I Like it!!!

Friday, December 31, 2010

Penutup 2010 : Seperti Ketam mengajar Anak Ketam berjalan lurus padahal dia sendiri berjalan Senget ✔

Moja-moja. Hari ni hari Jumaat. Hari penghulu segala hari kan? So, seperti biasa, Jumaat, solat Jumaat. Selesai saja solat, aku tak berhenti memikirkan khutbah yang di sampaikan. Hehe... Lepas ni aku cerr okay. Ni nak tanya nih, korang dah siap list tak apa kona buat tahun 2011 nih? Aku tak buat list cuma, haha, tulis-tulis sikit kat calendar tempat kejer aku. Sama lah jugak tu kan. Sengal. Ni, banyak juga perkara yang berlaku setakat 2010 tau. Sampai ada yang tak terkongsi. Tapi, dalam kehidupan ni, tak semua sebenarnya dapat kita kongsikan. Ada di antara memori kita tu ingin kita semat di dalam hati lama-lama kerana keindahannya dan begitu bermaknanya kenangannya ketika itunya. Nya Nya Nya. Haha... antara perkara yang banyak-banyak dah aku fikirkan untuk dilakukan pada tahun 2011, aku juga terlupa antara perkara yang harus aku tebuskan. Biasalah manusia. Manusia yang sering lupa dan melakukan kesalahan.

Tentu saja kalau sudah buat kesilapan tu, sebaiknya mengaku dan memohon keampunan dan keredhaan Illahi. Aku ada buat ni kesilapan. Terutamanya ni ha, aku tahun ni sebelum aku exam, ada pinjam buku di Perpustakaan Negara Malaysia. Dua buah buku yang ku suka tajuknya tapi tak pandai abis baca. So, antara perkara yang perlu aku selesaikan pada tahun 2011 ni adalah memulangkan semula buku yang ku pinjam tu ke Perpustakaan Negara Malaysia. Tiba-tiba kan. Bukan per, takut ah kalau tak sempat pulangkan nanti kena tanya di akhirat. Uh? Tadi, semasa khutbah, aku mendengar tentang seorang tua telah memulangkan sebuah buku yang setelah 47 tahun dia pinjam ke Librarynya di Negeri Barat dan terus melunaskan sekali bayaran denda yang dikenakan kerana kelewatan menghantar buku. Walaupun dia bukan beragama Islam, tapi cukup menggambarkan sebagaimana ciri-ciri Islam. Setiap apa yang kamu pinjam tu, pulangkan. Mengapa perlu menunggu untuk 10 tahun lagi. Insaf dengar jap tadi. Hehe... Terasa gak aku tadi kesilapan aku nih tak antar buku. Tak pernah aku macam ni. Huhu... Itulah pasal dalam Khutbah tu tadi :)

Dan dalam masa ku di dalam Masjid tu tadi pada suasana yang awal dan sunyi tuu, aku teringat balik setiap pertanyaan yang di tanyakan kepadaku di Facebook oleh keluarga, kawan-kawan dan anak buahku sendiri. Memang patut pun aku rancang waktu nih nak beli tiket pulang ke Miri dalam masa yang terdekat. Terlalu banyak sudah yang asyik bertanyakan kepulanganku ke Miri. Aku kena fikir masak-masak bab bajet nih kalau macam nih. Walaupun tahun 2011 ni aku ada 1 tiket free bila-bila jew aku nak tetapkan tarikh, tapi aku prefer kalau gunakan tiket tuu untuk AidilFitri jeww~. Takper, aku akan rancang lah cuti sebaik-baiknya dalam bulan terdekat nih. Yang pasti, aku mesti balik jugak! Hehe... Rindu lah jugak aku. Banyak betul yang aku rindu nih tau~ Rindu kat mak, ayah, sepupu, makanan kegemaran dan swimming pool awam kat Miri tuu. Ops, kawan-kawan aku gak aku rindu. Huhu...

Nak tau cerita tak? Huhu... Aku pun dah tak ingat siapalah yang ceritakan ni padaku. Hohoho. Aku suka cerita ni di sebalik lawaknya, ada juga pengajaran. Aku bagi tajuk, Ketam Yang Poyo. Ok? Atau Ketam Yang Sombong. Hehe...

Tersebutlah kisah seekor ketam ni yang bernama BamBam. BamBam ni kan seekor ketam yang paling playboy di antara semua ketam-ketam jantan yang lain. Asal ketam pegi clubbin' jer kan di tepi pantai, mesti ramai ketam betina datang hampir dan menari dengan BamBam. Tapi BamBam tak pernah terlintas nak fikir pasal kahwin. Pada suatu hari, kawan-kawan si BamBam ni bertanya lah pada si BamBam. "BamBam, ko bila mau kawen?"... Terangkat kening BamBam sebelah terkezut dengan soalan panas di benaknya tuu~. "Aku? kawen??? Hahahhahahhah... Dei~ Dei~ Dei~... Korang ingat aku nak ker kawen ngan ketam-ketam betina kat sini yang semuanya jalan senget?"...

Terkesima lah kesemua ketam-ketam jantan yang lain dengar. Terkinjat mereka cuba memikirkan. Mana ada ketam dalam dunia ni yang jalannya lurus. Semua kan senget! "Wah, BamBam, kalau ko jumpa betul-betul ketam betina jalan lurus baru kau nak kawen lah eh?"... Dengan selambanya si BamBam menjawab, 'Ehhhh, of course laarrr... Haha... Korang ni... Ape kelas ketam jalan senget?~ Aku nak ketam betina yang jalannya lurus jeww tau!"...

So, amat tak menghairankan lah lagi sudah dengan perangai si BamBam ni yang sombong tak nak kawen ngan ketam jalan senget. Tiba-tiba, suatu hari tu memang bukan seperti hari biasa apabila rezeki si BamBam malam tu di pesta Kelab Malam Kugiran Di Tepi Pantai. Malam yang indah dipenuhi dengan suasana meriah diterangi cahaya bulan penoh yang terang-benderang dan bintang-bintang berkelip sebagai lampu disko mereka. Tau tak per terjadi pada malam tu?

Ketika si BamBam menari-menari di pesta malam itu, tiba-tiba si BamBam terkejut! Si BamBam terperanzat setelah melihat seekor ketam betina telah berjaya menambat hatinya! Kenapa? Tak pernah di jumpa dek ketam lain ketam ni jer menari berjalan lurus.

So, tanpa perlu membuang masa lagi, dengan kehensoman yang ada pada BamBam, dia datang dekat dan menari sekali dengan ketam betina tuu. Macam biasa mengorat, nak tau nama dan bla bla bla yada yada yada... Nama si ketam betina tu pulak si PomPom. Dan pada malam itu jugak, si BamBam tanpa perlu melengahkan masanya bertanya pada si PomPom. "PomPom sayang~, BamBam Luv U nak tanya sesuatu nih~ Boleyyy?"... Si PomPom menjawab, "BamBam dear darling honey ku sayang, tanya lah dinda apa yang boleh dinda jawabkan...~ [mata berkelip-kelip]..."

"PomPom, sudikah engkau berkahwin denganku? Pada malam ini juga aku ingin mengetahui keputusan mu tentang lamaranku ini~"... Si PomPom menjawab, "Ya Abang!!! nak, malam ni jugak!!! (dengan gediknya)..."...

So, malam tu si PomPom terus kawen jugak seperti yang pernah dijanjikannya suatu masa dahulu. First jumpa terus kawen? Wahhhhh.... Tak sabor-sabor... Malam tuu jugak lah si BamBam be'romance' dengan si PomPom dengan ganasnya di ranjang. [Sungguh 18SX]

Setelah kepenatan pada malam itu, akhirnya si BamBam dan PomPom terlentang keletihan tidur dengan nyenyak akhirnya sampailah ke pagi. Ketika pagi tu pulak, si BamBam bangun dari tidur dan menggeliat badan dengan sepenuh hatinya dan berguling ke sebelah tilam katilnya untuk memeluk bininya si PomPom. Di lihatnya tiada!????!!!! Di mana? Adakah sebenarnya ini semua mimpi? Oh tidakkkk....

Tiba-tiba, si BamBam terdengar bunyi bising di dapur apartment nya seperti ada bunyi ketam memasak. Ketang ketung bunyi kuali. Berjalan perlahan ke arah dapur dan menjenguk senyap dilihatnya si PomPom sedang memasak. Tersenyum riangnya si BamBam dan terus mendekati perlahan ke arah si PomPom dari belakang dan terus memeluk si PomPom dari pinggangnya...

Si PomPom terkezut sebentar dan blushing pipinya sambil meneruskan memasak dan menggaul apa yang di masaknya. Si BamBam mencium mesra pipi si PomPom yang kemerah-merahan itu lalu beredar dan duduk di meja makan sambil memerhatikan pinggul si PomPom dari belakang menunggu si PomPom selesai masak. Menikmati nampak!

Raut wajah si BamBam yang ceria itu tadi dan tersenyum pada isterinya si PomPom tiba-tiba berubah apabila si PomPom datang ke meja makan dan menghidangkan makanan. Tahu kenapa berubah? Si BamBam tiba-tiba dengan bengangnya bertanyakan sesuatu pada si PomPom!

"Kenapa sayang jalan senget???!!!!!"... Tergelak si PomPom lepas soalan si BamBam tu di tujukan kepadanya. Namun, gelakkannya itu terhenti sebab melihatkan muka si BamBam yang serius jeww. Lalu menjawab,"Abang, ape abang ni tanya soalan macam ni. Hehe... Kan memang semua ketam jalan senget?..."

Blur bertambah blur si BamBam. Terkena balik kat dia tapi rasanya malam tadi dia tak tersilap pandang.Di tanyanya lagi pada si PomPom dengan tak puas hatinya. "Sayang, sayang ni jangan la main-main. Habis tuu, kenapa pulak malam tadi sayang jalan lurus jeww masa kita di pesta tu?"...

"Owhhhh, malam tadi tu ker??? Laaarrrr, abang ni, PomPom mabuk sebenarnya malam tadi tuu, sebab tuu lah PomPom jalan lurussss...."...

Hahahahahahahhahaha, dapat tangkap tak korang semua bloggers ku? Kalau manusia mabuk minum arak kan, tak dapat jalan lurus? semuanya jalan senget tak balance jeww... Tapi terbalik lah pulak pada ketam, hahah, dorang kan memang semulajadi asalnya berjalan senget, jadi bila dah mabuk tuu, lurus lah jalan dorang~ Hohoh... Hehehe... Biasalah geng, ini hanya cerita rekaan semata-mata nak bagi Moral dan Pengajaran jewww :)

So, dah dapat tangkap pengajaran dan teladan? Untuk cerita tu? Erm, antaranya ialah, jangan bercakap sombong, lagi? Haha... Aku malas ni nak pikir. Korang renung-renungkanlah pengajarannya. Jangan terlalu memilih lah jugak kan~ Hohoh...

Cerita pasal azam tahun baru ni jugak, biarlah kita-kita jew tahu apa azam kita yang nak dilaksanakan tuu. Jangan lah sampai rasa diri sendiri tu dah penuh azam, nak memberi nasihat kat orang lain pulak lepas tuu supaya berubah. Dei~ Pernah dengar ni tak? Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah –nasib- suatu kaum, sehingga mereka yang mau mengubah jiwa mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11).

Jadi, biar apa pun yang kita azamkan pada tahun 2011 ni, jangan sampai memudaratkan diri sendiri tu sudah dan jangan menyinggung orang lain, jangan jatuhkan maruah orang, jangan pentingkan diri sendiri, jangan suka bergaduh, jangan-janganlah. Haha...
Okay?

Minta maaf semua jika DeeDee ada terkasar bahasa atau tersilap salah laku ya. DeeDee tak berniat nak melukakan dan sengaja menyakitkan hati sesiapa pun.
It just me. Just the way I am. Take me as I am then
I will treat you as you are too.
InsyaAllah.
GBU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers