I Like it!!!

Sunday, December 25, 2011

Tiada Lagi Istilah 'Bujang Sepah Semat'

Today Ahad. Krismas bagi mereka yang beragama Kristian. Untung bagi kami yang bekerja pada keesokan harinya, PH. Wee~ Cuti sehari. Selamat Bercuti kepada yang bercuti esok. Happy? Good! Plan nak ke mana cuti? InsyaAllah, DeeDee pergi Melaka esok ditemani adik-adik. Mereka ajak DeeDee pergi Melaka balik hari. Well, macam biasa ... DeeDee mo kasi jelajah Melaka tu mana yang sempat. Huhuhu... Bukan selalu pun kan? Entri kali ni DeeDee tidak akan lagi bersama budak-budak serumah maybe Januari or Februari. Maksud? Wanzy dan Pojie nak pindah rumah sewa lain. Remember tak lagi DeeDee ever cakap pasal isu pindah rumah kan? Well, akhirnya sampai sudah masanya untuk isu ini DeeDee share sama kalian pembacaku :)

Semalam DeeDee telah berbincang bersama Pojie tentang pada mulanya DeeDee telah maklum tentang Wanzy akan berpindah around January maybe before Chinese New Year. By the time DeeDee bincang dengan Pojie, tersentap lah jugak DeeDee rupa-rupanya Pojie juga akan berpindah rumah sewa. But, what about you DeeDee? Tak pindah?

For now, DeeDee tak bersedia lagi untuk pindah. Pertama kali sebab DeeDee masuk rumah sewa sedia ada sekarang adalah sebab nak dekat dengan tempat kerja dan jimat kos perjalanan tanpa menggunakan pengangkutan awam. So, kalau nak jugak pindah, boleh dengan syarat, lebih dekat dengan tempat kerja, tempat parking lebih selamat dan tidak memerlukan kos pengangkutan ke tempat kerja hanya berjalan kaki.

DeeDee okay jer dengan keputusan Wanzy dan Pojie jika mahu pindah rumah. Cuma kerisauan sekarang tentu saja mencarik housemate baru yang lebih dipercayai seperti DeeDee percayakan Wanzy dan Pojie. InsyaAllah, sedang dalam usaha mencari.

Wanzy pindah salah satu sebab kerana mahukan parking kereta yang lebih selamat. Pojie pindah juga salah satu sebab supaya dapat parking motorsikal dengan selamat kerana rupa-rupanya dia telah membeli motorsikal baru-baru ini. I'm okay with their keputusan kerana DeeDee faham bagaimana rasanya nak memastikan tempat parking tu selamat sebab DeeDee juga memiliki motor tetapi tidak dibawa ke KL. Lagipun, situasi parking di rumah sewa sedia ada ini memang sangat bahaya. Penyewa sebelum kami telah banyak kali hilang motorsikalnya. Blacklist area lar katakan tempat nih. Tapi, yang best dan terbaiknya tentang tempat yang DeeDee sewa sekarang, sewa okeh, pastu berdekatan dengan stesen LRT dan jugak berada di Pusat Bandar. Kalau nak pergi mana-mana tuh, terpulang nak pergi mana. Dekat juga dengan fasiliti lah. Alhamdulillah.

So, siapakah yang bakal menjadi penyewa terbaru rumah sewa yang sedang ku duduki sekarang menggantikan Wanzy dan Pojie? Kita nantikan samada pada Januari or Februari entri :) InsyaAllah. Kalau boleh, kali nih, biarlah seorang saja penyewa seterusnya. I think should be okay if duduk berdua jer this time. Dapat privasi masing-masing sorang satu bilik. Rumah ni ada 2 bilik :)

Until now then. Later kita cerita la lagi pulak yer sapa kah yang bakal menduduki rumah sewa DeeDee ni nanti. Hanya menanti penyewa baru saja ni. InsyaAllah, sebaik-baiknya yang dikenali dan dipercayai dan senang untuk diajak berbincang :) Kepada yang sedang bercuti tu, jaga makan, jaga minum dan kesihatan okay. 6 hari lagi dah nak bertukar tahun 2012. Time tu lar kita patut dah bersiap dengan azam baru pulak. Start Januari jugak nanti waktu bekerja DeeDee akan berubah dari pukul 8am punch in pukul 5pm balik berbanding sebelum ni DeeDee masuk kerja 7:30am dan balik 4:30pm. Well, pilihan tu sentiasa ada, so pilihlah yang terbaik dan jangan menyesal dengan apa jua keputusan yang telah dibuat. Okeh! Jumpa lagi (^_^)


Sunday, December 18, 2011

Ketika Talqin Dibacakan

Pagiku hari ni agak mengejutkan setelah menerima panggilan telefon dari rakan setugas menyampaikan berita sedih tentang sekembalinya suami kepada bekas rakan setugas kami iaitu Kak Jauhari (bukan nama sebenar) ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilaihi ro ji un ... Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali ... Setelah menerima mesej yang telah disampaikan, hati merasa tidak senang lantas bergegas bangkit membuka laptop untuk memaklumkan teman-teman lain di Facebook yang mengenali Kak Jauhari dan keluarganya. Pagi itu juga, setelah bersiap, aku dan 2 lagi rakan setugas bergegas ke rumah Kak Jauhari untuk menziarahi jenazah suami. Untuk makluman pembaca kalian, inilah buat pertama kalinya pengalaman dalam hidupku menziarahi orang yang telah meninggal dunia. Even selama ini ketika ku di Miri, Sarawak, jika ada saudara mahupun ahli keluarga ku meninggal, ibu bapaku tidak pernah menyuruhku menziarahi mungkin kerana kekhuatiran mereka sekiranya aku ni lemah semangat untuk melihat mayat.

Syukur Alhamdulillah, hari ni dari jenazah ditutupkan wajahnya dengan kapan, solat jenazah dan diusung ke tanah perkuburan sehinggalah selamat dikebumikan dan dibacakan Talqin aku ada di setiap masa mengerjakan dan memerhatikan sebagaimana salah satu Adab Menziarahi Jenazah yang telah lama ku ingin ketahui. Perasaan sebak terasa di perkarangan rumah Kak Jauhari sehinggalah ke tanah perkuburan. Melihatkan Kak Jauhari dan anak-anaknya menitiskan air mata, aku lantas teringatkan ibu bapaku di Miri, Sarawak. Salah seorang anak Kak Jauhari pagi ni terbang dari Kuching, Sarawak ke KL setelah mendengar khabaran ayahnya telah meninggal dunia pagi ni di rumah kediaman mereka. Ucapan takziahku buat keluarga Kak Jauhari... Al-Fatihah. Walaubagaimanapun, aku tetap tidak akan menyalahkan ibu dan bapaku sekiranya tidak pernah melepaskanku untuk menziarahi orang yang sudah meninggal dan keluarga mereka kerana kini aku telah faham apa dan bagaimana rasanya menziarahi mereka. Cukuplah syukur terhadap pelepasan ibu bapaku apabila aku merantau, dan aku boleh berdikari sendiri untuk mempelajari apa jua yang ku mahu pelajari sebagai pengisi kekosongan ilmu di ruang hati ini yang selama ini ingin ku kecapi. Pengalaman menziarahi ini cukup penting buatku kerana kematian merupakan salah satu Kekuasaan Allah s.w.t yang tidak sesaat ke depan dan sesaat ke belakang pun kita boleh mengelak.

Begitu banyak pengajaran yang aku pelajari hari ini setelah menziarahi keluarga Kak Jauhari. Terima kasih ya Allah guideku ke sini. Subhanallah ... Alhamdulillah ...

*Ucapan maafku pada rakan sekolah menengahku hari ini iaitu Nurul Aimi Binti Rohaizar. Tahniah kerana selamat bertunang hari ni. Maaf ya kerana tidak dapat hadir majlis pertunangan, DeeDee hari ni ada menziarahi kawan.

Wassalam


Thursday, December 8, 2011

This is My December ...

Goodbye November, Welcome December. Hari demi hari kian berlalu pergi tanpa ku sedari telah setahun aku meninggalkan Disember yang lepas tahun 2010. Setelah hari ni dan esok hari, cukup genaplah sudah pemergian 2 orang antara yang ku paling sayang dalam pengalaman hidupku. Arwah anak buahku Noraida dan rakan setugasku Zuzanah. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

Salam perkhabaran semua buat teman-temanku di luar sana yang setia untuk membaca blog terkiniku walaupun tahun ini aku agak kurang menaip cerita tentang hidupku jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Hari-hariku semakin tabah untuk ku tempuhi dan begitu banyak ingin ku kongsikan bersama namun setelah apa yang berlaku terhadapku semakin menuju ke pengakhiran 2011 ini, sungguh aku insan yang lemah tidak termampu untuk menceritakan semua tetapi cukuplah sekadar yang kalian tahu, itu semua bukanlah penghalang buatku untuk berhenti menaip blog, tetapi itu semua merupakan antara sumber inspirasiku lagi dalam meneruskan penulisan blog seterusnya di masa akan datang. InsyaAllah, pengalaman yang bisa kita jadikan iktibar bersama. Teruskan menyokong saya :) Terima Kasih.

Hari tak selalunya mendung. Kita masih lagi mempunyai rakan di sekeliling kita sebagai tempat untuk kita meluahkan perasaan dan bermanja selain daripada keluarga sendiri. Namun, di dalam kehidupan ini juga, kawan juga bisa jadi lawan buat kita samada di depan kita mahupun sebaliknya. Terkisahlah aku pada November lepas, walaupun aku baru saja di rompak pada bulan Oktober seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, namun, Allah itu Maha Kaya. Seminggu sebelum Hari Raya Qurban, rakan setugasku dari bahagian lain, Ryzal telah mengajakku mengikutnya ke Terengganu. Pada mulanya, memang aku menolak atas alasan yang malu untuk ku beritahu padanya tentang kewanganku merosot setelah dirompak dan potongan gaji besar mendadak, namun Ryzal menenangkanku setelah mengetahui dan tetap mengajakku untuk pergi juga kerana buat pertama kalinya Ryzal mahu pergi ke rumah bakal mertuanya. Demi kawan, aku sanggup pergi dan demi pengalamanku sendiri juga, aku harus pergi kerana ini merupakan peluang yang besar buatku untuk pertama kalinya menjelajah Negeri Terengganu yang terletak di pantai Timur itu.

Di pendekkan cerita, segala-galanya berjalan lancar dan penuh kegembiraan. Dan rezeki yang Allah berikan padaku sepanjang berada bersama keluarga mertua Ryzal adalah sesuatu yang diluar bidang kuasaku sendiri kerana Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Kaya... Alhamdulillah. Thanks Allah. Namun, di dalam suka ada duka. Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku menyemak inbox Facebook ku dan menyedari ada mesej telah masuk. Setelahku membaca, ada gosip tentangku. Hehe... apalah agaknya gosip tentangku kali ini.

Rupa-rupanya, rakan setugasku Jane (bukan nama sebenar) memberitahuku tentang seseorang mencemburuiku ketika aku berada di Terengganu. Dipendekkan cerita, rakan yang paling dekat denganku yang paling ku tidak sangka rupanya mengata tentangku di belakang, "Dah tau takder duit, masih boley pulak si DeeDee tu pergi Terengganu. Tau lah belanja semua dorang janji support, tapi manalah tau kemudian kelak diungkit."

Pada ketika itu, aku rasa terkilan. Aku pun tidak meminta-minta semua ni Temanku, tetapi rezeki tidak terbatas hanya dalam bentuk duit. Rezeki itu datang dalam pelbagai rupa bentuk dan nikmat. Aku hargai tentang apa yang kau consider tentangku Teman. Namun, usahlah kau mencemburui nikmat yang orang lain ada, sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Istighfar sajalah yang mampu menahan rasaku ketika itu.

Memang tidak ku sangka apabila, teman sendiri yang paling rapat dan kira teman sama makan lagi mengata tentangku begitu. Agak terkilan, namun walaupun begitu tingkah lakunya dibelakangku, dan aku telah tahu sifatnya begitu, ketika aku pulang dari Terengganu hari tu, bertemu dan terserempak padanya ketika di pejabat, sepatah pun aku tidak mahu mengungkitkan tentang cerita yang dikatakannya tentangku. Kerana, yang mengekalkan aku dan dia sebagai rakan, adalah, kebaikannya sebelum ini terhadapku. Cukup. Baik buruk sekalipun tentang kawan-kawan kita ya teman pembaca blog ku sekalian, ingatlah tentang kebaikan mereka sebelum ini lebih banyak daripada kita terlalu sensitif untuk mengingati keburukan mereka terhadap kita. InsyaAllah, kita akan kekal bersama sebagai teman kerana silaturrahim itu amatlah penting sesama kita. Ini kisah benar tentang perkara yang berlaku terhadapku terbaru ini. Nama Teman itu tidak perlulah aku rungkaikan di sini demi menjaga keaibannya. Sesungguhnya rahsiaku juga mungkin ada padanya tanpaku sedari. Tamat.

December nak berakhir, apa azam anda untuk Almanac 2012? :) Bagiku, tahun depan adalah kira tahun ke-3 untukku bertugas di Kuala Lumpur. Dan, aku punyai perancangan yang banyak untuk tahun depan kerana tahun ke-3 bekerja adalah tahun di mana, macam-macam boleh terjadi. [Hanya yang telah 3 tahun bekerja saja mungkin tahu apa yang ku perlukan? :P]

Mungkinkah melancong menjadi tumpuan? Haruskah aku melangkah lebih jauh? hehe... Tuhan sajalah yang tahu perancanganku tahun depan dan Dialah yang menentukan samada termakbul atau tidak permintaanku. Tahun ini, walau apa pun yang berlaku, aku mesti habiskan apa yang telah aku mulakan. The most important thing bagiku di Kuala Lumpur ini ialah kerjaku. Yang penting kerjaku tetap siap sebelum berakhirnya bulan. InsyaAllah, barulah tenteram untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti seterusnya samada bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Sepanjang last ku balik daripada beraya hari tu, rinduku pada keluargaku sesekali menyelinap masuk ke hati lantaran aku sibuk membuat kerja dan di saat itu juga, sedikit sebak ada terasa jauh di sudut hatiku bila mengenangkan usia ibu dan bapaku yang semakin lanjut. Bagiku, tanggungan yang ku berikan pada mereka setiap bulan, rasanya masih belum cukup untuk ku berikan. Aku berusaha mak, pak... Doakan aku berjaya di negeri orang.

Terkini, sepupuku masih lagi tidak mengendahkanku yang di Seremban, ataupun samada mereka menganggap aku tidak mengendahkan mereka? Terpulang lah... Aku berserah saja tentang penilaian mereka terhadapku. Aku wish semoga soon or later, mereka akan memahamiku jua. Dan, dari Oktober hingga bulan terkini juga, potongan besar pada gajiku masih lagi berlanjutan mungkin sehingga bulan March or Februari akibat admin opis aku terlajak bayar lebih di atas silap faham bayaran menanggung kerja arwah Zuzanah. Still, aku kena tabahkan diri dan banyakkan bersabar sungguh kewangan aku merosot sehingga awal tahun depan. Semoga dengan kenaikan gaji yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, bakal terlaksana dengan lancarnya dan InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan ku yang Nasi dan Garam saja paling sedap pun berubah :) Sabar Dee, Sabar... susah-susah kita ni, ada lagi yang lebih susah... Bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang kita semua masih ada kini. Tanpa merasa susah, kita mungkin tidak menghargai kesenangan. Thank You Allah.

Okeh, setakat ini saja...
Jumpa lagi
:*

Followers