I Like it!!!

Wednesday, August 17, 2011

☽ Kerna Ku Tak Pandai Menipu, Boss ☾

Salam Ramadhan semua. Moga kalian semua dalam keadaan sihat dan baik-baik saja dan jangan seperti saya tak sedar diri lagi sudah pucat muka. Pucat? Yakah? Sehinggalah banyak pengesahan dari kengkawan, bos dan doktor baru aku sedar. Nak tau kisahku today? Teruskan membaca.

Today aku pergi HKL, temujanji dengan doktor pagi-pagi lagi. Agak penat jugak menunggu giliran sampai aku boley terlelap di kerusi menunggu. Urghh. Setelah giliranku sampai untuk bertemu doktor, aku masuk dan mendengar segala penjelasan doktor. Dipendekkan cerita, aku telah diberhentikan pengambilan ubat-ubat rawatan kerana telah diikhtiar sembuh dari Diarrhea atau lebih kurang arr, sembelit. Hehe... Then, what happen? Doktor tengok aku. Hurmm. "Jelir Lidah!". Aku jelir dan doktor tiba-tiba suruh aku pergi tengok sendiri kat cermin. Aku tersenyum blur. Kenapa? Doktor bengang sama aku. Aku ni nampak sangat kurang minum air. Orang masalah sembelit macam aku lebih bahaya menghadapi risiko kurang minum air tambahan lagi berpuasa. Hurmmm... Apapun, apa yang dinasihatkan doktor tuu, ternyata benar. Aku sudah semakin jarang minum air banyak rupanya lately. InsyaAllah doktor, aku usahakan ubah semula sikapku yang terlupa minum air banyak. Dulu aku tak macam tu doktor :(

Soal aku tidak pandai menipu Boss dan sesiapa ialah, reaksi sakit ku yang tidak boleh aku sembunyikan walaupun aku berusaha ceriakan wajah. Hurmmm... aku terlalu jujur. Maafkan saya sekiranya menyebabkan persekitaran tidak selesa jika saya tak dapat menyembunyikan wajah sakit. Kenapa ni Dee? Sebenarnya, saya pun tak tahu saya sakit. Tak cukup rehat. Lately, tekanan kerja saya banyak tak siapa tahu mungkin kerna saya tak cerita pun. Cerita pun siapa yang diluar faham bidang kerja saya? Tadi small bos aku cakap "DeeDee kalau sakit, wajah dia akan nampak. Memang tak boley disembunyikan." Datang pula Marshill my best officemate and friend bersetuju, "DeeDee tak pandai menipu bila sakit, dia jujur". Dan di sokong lagi officemate lain, aku hanya mampu tersenyum cuba menyembunyikan rasa malu pada diri sendiri. Ya, saya akui, saya sakit tak boley sembunyikan, tapi, tadi, kalau korang tak cakap yang wajahku hari ni pucat, bibir pucat, aku pun tak tahu. Serius aku tak sedar aku sakit rupanya... Oh, ya Allah... aku tak larat ya Allah melakukan semua kerja. :'(

Hakiki kerjaku selain daripada hanya duduk menghadap computer dan menginput, aku juga mempunyai tanggungjawab kerja yang melibatkan fizikal dengan mengangkat bahan yang aku input dengan memproses perbaiki bahan dari segi sekiranya mengalami putus, disambungkan dan penjagaan serta lain-lain lagi yang belum bersedia untuk aku sharekan. Dipendekkan cerita, bidang kerjaku, hanya aku saja yang buat dalam unitku. Ingin meminta bantuan dari staff lain, namun mereka juga ada tugas masing-masing tetapi tidak salahnya membantu kerana ada yang mempunyai masa terbiar. Namun, mentaliti manusia yang sedia ada menyangka, sekali disuruh, forever la mereka akan disuruh. No, not me buat kat orang macam tu, tapi selalunya orang buat kat me adala! Sabar saja la aku...

Bahan yang aku jaga selain daripada filem, dan sumber media lain, kertas-kertas persidangan dan kertas kerja juga aku terlibat. Dipendekkan cerita, kebanyakan kami di bahagian saya mempunyai banyak unit, dan setiap unit mempunyai kemahiran masing-masing dan hampir semua kemahiran yang diperlukan masing-masing juga mesti tahu walaupun tiada pengkhususan untuk bidang tersebut. Apapun, bagiku, bukan masalah kemahiran soalnya di sini yang aku bengangkan. Aku bengang apabila bekerja, segala-galanya mesti disiapkan pantas padahal yang membuat kerja dengan bertungkus-lumus tu aku sorang saja yang merasa. Kalau la dapat di duplicate diri ku ini macam Goku dalam Dragon Ball or Monkey Magic, menjadi banyak aku, memang aku tak kisah! Don't Push Me! Aku bukan Superman yang boleh menyiapkan semuanya dalam masa yang singkat!

Terus-terang saya katakan, saya tak mampu buat semuanya dalam masa yang singkat tanpa bantuan. Ingin meminta bantuan pun, unit pun cukup-cukup makan saja orangnya. Maksudnya, terhad. Masaku terhad. Alatanku terhad. Dan ada lagi lah yang terhad. Dalam sibuk-sibuk terhad masaku itu juga lah kekadang diganggu dan aku hanya mampu senyum saja walaupun geram. Tau ka! Apa masalah ku ni? Aku ni tak sampai hati mo cakap depan muka sesiapa yang ganggu tu cakap kamu ganggu aku masa buat kerja! Sebab aku tahu, suatu masa kelak kalau aku mo mintak bantuan dengan korang, korang balas balik kat aku. Pengungkit! Suka sangat berkira kamu tuu. Jangan lar berkira sangat sama aku ni! Hurm... kita buat kerja bukan untuk pujian, kita buat untuk Negara! Apapun, sebaliknya, ini hanya segelintir. DeeDee ucapkan Terima Kasih banyak sangat banyak yang ganggu untuk memahami dan beredar pergi selepas tu untuk tidak ganggu lagi. Yang itu DeeDee sangat respek! At least, show some care. Some just come to me, understand or making tak paham saja, lepas tu lontar kerja lagi sama aku time ku tengah sibuk! O M G!

Aku marah ka? Tak! Fikiranku bercelaru tau ka? :'( Sedey sebenarnya diperlakukan semacam ini. Di kala senang korang dekat sama aku, yang time aku susah macam ni, korang bebankan pula lagi. Bukan aku saja boleh buat apa yang kamu minta tolong tu, ada yang berbakat tapi menyembunyikan bakat masing-masing dalam soal kerja, sungguh kedekut ilmu kamu yang menyembunyikan bakat kamu. Bila kita berilmu, bila kita share, saya terangkan pada kamu, tidak sama sekali bertujuan untuk kita nak menunjuk-nunjuk serta riak dan takbur! Biar kita share, dan jangan pedulikan apa yang orang lain mo kata. Tak baik simpan ilmu Allah yang luas tu tidak kita sharekan bersama tau! Bawa sampai mati tak guna. Hanya amalan kita saja yang di nilai. Janganlah buat saya saja yang kena buat semua. Sedih tau. Saya tak marah korang sebab saya bodoh sayang korang semua macam adik-beradik di tempat kerja :(

Sebenarnya pun, aku tak kisah kalau kamu ganggu aku time buat kerja sekurang-kurangnya aku tak berseorangan buat kerja dalam bilik khas tu. Tapi, kalau sekadar ganggu aku buat kerja lepas tu membebankan aku dengan kerja yang orang lain boleh buat jugak tapi mesti aku jugak yang buat, kompom aku jadi Incredible Hulk lepas tu. Hurmmm... Itulah aku cakap, kalau orang tak tegur yang aku ni pucat lesi tadi, aku tak tau pun rupa-rupanya aku sendiri tak terurus. Aku pun tak minta keadaan ku macam ni. Apapun, thanks yang tegur condition aku. Serius, aku pun tak nak diriku sakit disebabkan tekanan kerja. Aku juga mahu sihat seperti Superman. Mantap tapi tidak bermakna aku boley buat kerja setanding Superman kerna aku membuat kerja berdasarkan kualiti bukannya kuantiti. Please, respek yang lain, anda juga akan dapat respek yang sama.

Oh ya, hari ni aku dan John terkandas dalam hujan lebat semasa hendak membeli makanan di Bazaar Ramadhan Kampung Baru. Dalam terkandas tu, aku memutuskan untuk makan saja di restoran berhampiran. Selesai saja makan tu, hujan pun dah berhenti. Aku mengajak John pergi stol berdekatan untuk membeli buah-buahan kerana aku tahu stol kecil berdekatan tu sangat-sangat murah ya buah-buahannya. Aku beli makanan serat seperti yang dipesan doktor. Buah Pisang dan Buah Betik. Tadi doktor pesan, malam sebelum DeeDee tidur, DeeDee amalkan makan sehiris betik or pisang sebelum tidur. Number 1 best is Betik, then number 2 best is Pisang. Aku bantai beli kedua-duanya sebab murah and demi kesihatanku supaya aku tak lah Pucat Lesi lagi :P Haha... Serius, aku mo sentiasa kelihatan mantap juga! Weeee~

Ok lah... until now ya... At least, ini update terkini ku for today. Oh ya, masa ambil giliran number di HKL tadi, setelah aku melihatkan tarikh pada number giliranku, aku benar-benar tergamam. Genap sudah 2 tahun aku di Opisku. Tarikh sebenar aku tiba KL 15 Ogos 2009. Melapor bertugas pada 17 Ogos 2009. Tak silap, 3 hari before Ramadhan. That's why, each time Ramadhan in Kuala Lumpur, I still remember Who Am I.
Salam Dendang Perantau dari DeeDee buat kalian semua pembacaku.
:)

Sunday, August 14, 2011

۞ Kenangan Ramadhanku Tahun Ini 2011 ۞

Kata orang, usah dikenang masa yang telah lalu. Ermmm, masalahnya, itu kalau dikenang. Yang ini, terkenang. Lain banyak sikit :P Hehehhe... Umph! Salam Ramadhan al-Mubarak Ho Naa pembaca setiaku semua. Terima kasih sekali lagi atas sokongan kalian yang terus menerus membaca blog saya bila berkesempatan. Hari ni Ahad, terkena duty DeeDee hari ni, so DeeDee kerja and akan dapat claim 1 hari off untuk esok, tapi DeeDee mungkin tak ambik dulu off tuu ecok, samada nak guna untuk tambahan cuti Raya or guna untuk this coming Rabu. Why this Rabu? Rabu ni DeeDee ada temujanji dengan Doktor di Hospital KL yang pasal diarrhea DeeDee hari tuu. Moga keputusan Doktor ok-ok saja yaa... Amin. Mmm, terlintas menaip hari ni pasal Ramadhan ni ada kenangan antara aku dan orang yang ku sayangi namun ada lagi yang lebih menyayanginya dariku. Arwah Kak Nana. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kenapa mesti aku teringat pada Kak? Kerna, belum pun setahun lagi Kak, Kak sempat menyambut Ramadhan bersamaku tahun lepas 2010. Rapatnya aku padamu Kak di kala aku tiada teman untuk mencari barang-barang perayaan untuk di bawa pulang ke kampung halamanku, Miri. Namun, setiap yang patah, akan tumbuh, yang hilang kan berganti. Allah Maha Adil. Aku sentiasa ditemani adik-adik, rakan-rakan dan saudara-mara tersayang selalu walaupun aku jauh di perantauan. ~Al-Fatihah~

Semalam, aku membantu sahabatku dalam pencariannya mencari tudung untuk teman wanita kesayangannya dan adik kesayangannya. Aku pantang menolak jika pengetahuanku ada, aku sedia untuk kongsi. Ajim namanya, rakan seperkenalanku masa kerja zaman shopping complex suatu masa dahulu di Miri. Aku bawa Ajim pergi area Masjid India untuk mencari targetnya. Berjaya, Alhamdulillah :) Dalam pencarian, aku melalui kawasan-kawasan yang aku dan arwah Kak Nana suka lalu untuk perbandingan harga dan tawar-menawar. Terkenang setiap saat semalam namun jauh ku sembunyikan di sudut hatiku di depan Ajim supaya aku kekal senyum untuk mengurangkan rasa kepenatan dan kepanasan berjalan di dalam kesesakan orang ramai di Masjid India. Seronok dan aku have fun. Namun, aku cuma window shopping saja. Tahun ni, aku bersederhana menyambut Ramadhan tidak seperti tahun-tahun lalu aku agak boros berbelanja untuk kedatangan Syawal. Manusia pasti akan melalui proses perubahan berdasarkan pengalaman. Thanks ya Allah. Selesai saja urusan di area Masjid India, aku mengajak Ajim ke Bazar Ramadhan Kampung Baru yang terkenal berdekatan dengan pintu gerbang dan LRT.
Selesai berbeli makanan di Bazar Ramadhan, aku mengajak Ajim berbuka sekali bersamaku dan housemate-housemate ku yang ceria~ Sangat meriah rumah bujang sepah semat kami dengan celoteh dan gelak ketawa sambil berbuka menonton siaran langsung perlawanan badminton Malaysia vs China. Selesai semua, Ajim pula nampak kepenatan, aku mengajaknya bermalam saja di rumah kami memandangkan kami semua bukannya kisah pun sebab kami semua sudah kenal dengan Ajim sama kampung, Miri. Apa salahnya? Weeee~ bertambah lagi keceriaan malam tadi tu dengan marathon movie American Pie yang terakhir. Happening. Sempat aku memasak sotong dan nasi goreng untuk santapan bersahur. Kami meriahkan lagi sahur kami berbuka sama dan sungguh aku terlupa akan kepenatan di badan. Hehe... Alhamdulillah~

Oh ya, tiket penerbanganku telah ada untuk kepulangan ke Miri pada bulan ini. Lama aku tunggu admin siapkan, rupanya telah lama siap. Hurmmm, sabar saja lah :) Senang lah aku pastikan cuti-cutiku bila nanti. Kali ni, aku sedia pulang ke Miri tidak seperti 2 tahun yang telah lalu atas pengalaman sejarah-sejarah hitamku 2009. Thanks ya Allah~

Bagaimana dengan tentang persiapan Raya mu tahun ni DeeDee? Hehehe, after semua yang telah menerpa padaku sepanjang menyambut Ramadhan di Kuala Lumpur, aku sedar aku tidak perlu lagi menyambut Syawal begitu berlebihan seperti selalu. Cukup! Cukup buatku kali ni, aku hanya pulang untuk melepasi rindu. Dan hanya pulang atas kiriman-kiriman dari saudara-maraku dari Miri. Aku lebih gembira kiranya aku pulang ada yang sentiasa mengingatiku sudah memadai. Mungkin juga aku akan membeli sehelai dua sahaja pakaian Raya yang aku berkenan terpandang semalam di area Masjid India. Sangat cantik dan unik-uniknya rekaan pakaian Raya tahun ni. Hehehe... Takper, aku dah pantau harga, tinggal tawar-menawar saja lagi bila aku bersedia untuk membeli.

Kedengaran sepanjang Ramadhan ni, kanak-kanak di sekitar perumahan sewa bujang sepah semat kami ni, bermain mercun dan bunga api. Rasa nak join saja, tapi, takpa... Aku balik Miri nanti baru aku kasi letup mercun-mercun kegemaran. Sebut tentang mercun, bunga api... pasti ada penyuntik segar diingatanku yang membuatkan kenapa aku masih lagi meneruskan budaya bermain bunga api dan mercun di hari Raya ini. Kenangan terindahku dengan kakak kandungku, Kak Yah. Ketika aku kecil lagi, ketika aku masih belum punya kawan, hanya Kak Yah lah temanku di kala sedih dan gembira. Ketika itu Kak Yah sudah sakit tapi tidak separah sekarang. Ketika itulah kakak mengajarku bermain bunga api dan menulis huruf menggunakan cahaya bunga api yang cantik. Kak Yah, kenangan itu sampai sekarang Kak, segar di ingatanku... I miss You Kak Yah... Moga cepat sembuh. :')

Tadi, sambil-sambil menonton berita, tertarik aku dan Wanzy (housemateku) berita tentang Bubur Lambuk yang diedarkan di Masjid India pada setiap hari. InsyaAllah esok, selepas pulang kerja, kami berdua berusaha untuk mendapatkan bubur lambuk tuu. Berbaris pun kami sanggup asalkan kami sempat. Aku okay lagi, rupanya buat Wanzy semangat tadi, dia tak pernah merasa bubur lambuk rupanya. Sedap Wan! Better try! Ye lar, negeri kami Sarawak mana der tradisi bubur lambuk ni. So, sudah datang tempat orang ni, kita ikut lar resam sini pulak yer :) Hehehe... We Love to Try! Salam semua, Semoga kita semua dilimpahi Rahmat dari Illahi dan diBerkati selalu. InsyaAllah. Amin.
…….ℒℴѵℯ…………ℒℴѵℯ
…ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ….ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ
ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ
.ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ ℒℴѵℯ
..ℒℴѵℯℒℴѵℯℒℴѵℯℒℴѵℯℒℴѵℯ
……ℒℴѵℯℒℴѵℯℒℴѵℯℒℴѵℯ
……..ℒℴѵℯℒℴѵℯℒℴѵℯ
…………ℒℴѵℯℒℴѵℯ
……………ℒℴѵℯ

Wednesday, August 3, 2011

۞ Salam Ramadhan Pembaca Kisah Hidupku DeeDeeiDarus ۞


Assalammualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua yang sedang membaca blogku :) DeeDeeiDarus hari ni belum agak terlewat ya kalau setakat telah 3 hari Ramadhan berlalu? Namun ada kisah di sebalik kisah. Pasti ada. Berpuasa di Kuala Lumpur pada tahun ini adalah kali yang ke-3 bagi DeeDee. Mula-mula lapor diri dahulu adalah pada tahun 2009. Setiap kali Ramadhan yang di lalui memang berbeza. Apa bezanya Ramadhan pada tahun ini buat DeeDee?

Sebelum menceritakan lebih lanjut tentang Ramadhan, DeeDee nak ucapkan terima kasih kat adik-adik kesayangan DeeDee dari Penang dan Sarawak. UoL memang menceriakan hari Abang DeeDee. I'm Happy! Saat ini akan menjadi salah satu kenangan yang terindah buat Abang DeeDee. Terbaru, kalian semua bawa abang ke ICT, di Shah Alam kan? Sebuah tempat yang penuh dengan lampu-lampu pokok dan juga berbentuk haiwan serta unik dengan kepelbagaian warnanya. Amat sesuai bagi abang yang sangat sukakan warna. Sangat-sangat mengujakan. Weeee~ UoL the Best! Selama ni abang cuma lalu jer tempat-tempat tu, tak pernah pun masuk lagi sebab belum ketemu siapa yang bakal membawa abang ke tempat-tempat menarik seperti kat situ. Ini semua bisa jadi pengobat kerinduan abang pada kalian. Thanks ya Allah. Alhamdulillah. I miss them very mucho gracias. I appreciate it.

Berkenaan puasa di bulan Ramadhan pada tahun ni, today adalah hari ke-3 kan, namun aku telah pecah puasa today atas sebab kesakitan yang telah menimpa diriku. Bukanlah kerana cuaca panas yang kini semua rakan-rakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak rasakan sahaja. Sebenarnya, dalam 3 hari berpuasa ni, dari 1st puasa lagi aku sudah tiba-tiba jatuh sakit. Tapi sakit yang belum lagi aku boleh katakan terlalu berat jika sekadar Flu dan Demam namun cukup juga dugaan bagiku menghadapi hari puasa kerana air Flu yang mengalir di hidungku tidak berhenti mengalir melainkan di lap tisu dan di sapu minyak angin. Cuma, bila hari ni rasanya sudah kebah demamku sebab usaha memakan ubat-ubat Panadol dan Soluble. Namun sekali lagi, tidak terhenti di situ apabila hari ni pagi tadi di pejabat aku melepaskan "hajat" yang kedua dan ketiga. Hajat yang ketiga itu yang benar-benar membuatkan DeeDee tersentap. Dengan segera selesai melepaskan hajat, DeeDee meminta keizinan dari Bos keluar dari pejabat dan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat pemeriksaan. DeeDee risau sebab DeeDee memang ada masalah gastrik tapi setakat ni, tak terlepas pun sahur dan waktu berbuka. Menjadi 1001 tanda kemusykilan. Setelah berjumpa doktor tadi, blood test dan doktor mengatakan berkemungkinan DeeDee mengalami masalah Diarrhea peringkat 1. Lebih kurang seperti penyakit Buasir namun jika Buasir lebih teruk tetapi DeeDee bukan terkena Buasir kerana bukan symptom sama seperti Buasir dan Doktor menerangkan masih boleh dirawat dan dicegah daripada berlaku parah asalkan DeeDee ikut treatment yang disyorkan Doktor kini. Sedih juga bila bertanya pada doktor, "Doktor, ubat yang doktor berikan nanti permulaan ni saya tak boleh puasa lah yer?"... Doktor senyum dan angguk. "Di dalam Islam juga, kita kan diberikan kelonggaran berpuasa jika uzur atau sakit?."

Aku akur... Better aku rawat sekarang daripada aku kesusahan kemudian. Selepas 2 minggu ni nanti, aku akan ada appointment lagi dengan Doktor untuk rawatan susulan untuk memastikan samada penyakit DeeDee ni bertambah baik atau sebaliknya. Terima kasih kepada yang turut memberikan sokongan padaku terutama pada adik-adik kesayangan serta rakan-rakan berdekatan dan juga rakan-rakan laman sosial. Kalian semua cukup menggembirakan aku kerana teman-teman yang dulunya selalu keep in touch dengan ku kini senyap saja entah kenapa. Sedih juga namun sekiranya kalian ada terbaca kini rintihanku, please keep in touch with me again. I miss you All. Mum and Dad tak tau pun pasal kesakitan ku kini kerana aku tak mahu kebimbangan pada benak fikiran mereka yang sekian lama kami tidak berjumpa ni. Last jumpa dengan mama, ayah dan kakak pada Mac 2011. Moga raya tahun ni, tiketku approve oleh admin dengan segera agar aku dapat melihat kondisi ibuku. Pembedahan mata ibu telah berjaya. I want to see you again Mum this Aidilfitri :'( I miss my Mum, Dad, Kak Yah and my saudara and sahabat serta keluarga-keluarga angkat. Di sini DeeDee hanya berusaha tabah menghadapi kesusahan dengan tenang walaupun jauh dibenak sudut hati adakalanya sedih dengan segelintir hamba-hamba Allah yang sering tidak puas hati dengan DeeDee walaupun DeeDee tak ganggu mereka. Jika difikirkan kejahilan dan keaiban yang mereka lakukan, sungguh cukup buat jiwaku yang lemah ini jatuh terkulai, namun, dengan kasih sayang yang Allah sampaikan sentiasa daripada teman-teman sepejabat, sosial network dan yang nyata-nyata ada, cukup buat DeeDee bisa terus meneruskan hidup ini. Terima Kasih ya Allah. Syukran ya Allah. [Sami Yusof - Healing]
♫ ♬♪♩♭♪

Semoga Ramadhan kali ini dapat kita semua lalui dan tempuhi dengan mudah segala rintangan dan dugaan yang melanda. Setiap penyakit itu datangnya dari Allah s.w.t, dan kepada Allah s.w.t jugalah tempatnya agar kita minta penawar penyembuhnya. InsyaAllah, dengan izin Allah kita semua sihat walafiat sejahteranya. Salam Ramadhan. Selamat Berbuka dan Bersahur.
♥℘.s. Æ ℓ٥ﻻ ﻉ√٥υ♥


Followers