I Like it!!!

Friday, March 18, 2011

Melihat kamu kepayahan dalam cubaan untuk meneruskan hidup membuatkan aku tersentuh...

Menoleh dan menumpukan sepenuh perhatian berita yang disampaikan oleh para pembaca berita di Tv3 sebentar tadi. Berita jam 8pm. Walaupun berita yang sama untuk beberapa hari ni, tidak berhenti ingin tahu tentang perkembangan dan usaha menyelamatkan mangsa-mangsa Tsunami di Jepun. Terbaru, video hari ni melihatkan mangsa sesama mangsa Tsunami membantu mangsa yang lain dari lemas dan dihanyutkan arus banjir Tsunami yang deras itu membuatkan aku tersentuh melihat.

Betapa sengsaranya mereka cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada menjadi mangsa yang tidak diberikan bantuan sehinggalah rakaman video terbaru tadi di berita memberikan sinar kehidupan semula kepada wanita yang menangis tidak menyangka akan hidup lagi setelah dibantu. Belum pun si wanita tu menangis, air mataku jatuh berlinang perlahan terlebih dahulu melihatkan situasinya terbiar di atas bumbung sebuah kereta. Setelah dibantu oleh salah seorang mangsa juga yang selamat di tingkat tertinggi, membuatkan aku terasa bersyukur yang teramat sangat. Terharu. Subahanallah... Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu yang menjadi mangsa kejadian Tsunami di Jepun itu agar selamat dan semoga kejadian ini semua menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua yang masih selamat di Malaysia dan negara-negara lain.

Cukupkah keperluan mereka? InsyaAllah... bantuan masih lagi berterusan. Kita yang mampu ni semua, beringat-ingatlah juga untuk menghulurkan bantuan kepada saudara/rakan Jepun kita di sana. Baik buruk mereka sekalipun, tetap juga manusia seperti kita yang tak lari dari rasa kehilangan dan kesedihan. Masa ni masa mereka. Ada banyak alternatif dan cara untuk kita di Malaysia menghulurkan bantuan. Dari cara sms, transfer from bank online, cek dan lain-lain lagi. Untuk mengelakkan dari rasa ditipu, baik pastikan iklan siaran komersial adalah dari semasa ke semasa samada melalui akhbar atau dari siaran televisyen. Yang penting, niat tuu. Okayyy...

Wow! Change topic! Today saja dah 18 hb March. Anda terasa? Aku tak terasa pun dah nak dekat pulak masa untuk aku pulang ke Miri. Lately sibuk menumpukan perhatian sepenuhnya menyiapkan kerja. Masih belum siap lagi tuu. Next week jer lagi tempoh aku kena habiskan kesemuanya! untuk bulan March ni. Esok sabtu, rehat. Tapi, ahad ni aku bertugas. Well, walaupun sepatutnya kalau aku bertugas pada hari ahad, ambil off wajib isnin ni, aku tukar ke hari isnin 28 March. Biar tak jugak habis cuti aku. Kena berjimat-cermat cuti ni. Raya lama lagi. Huhu... Sebelum nak balik tuu, harus aku tunaikan impianku terlebih dahulu. Kalau ikut perhitungan jari, 6 hari lagi bakal tercapai.

Memiliki sebuah kamera Sony Tx9 yang ku idam-idamkan tuu. Walaupun digital biasa, qualitynya saja DSLR. I love photograph! Inilah masanya. Setelah tercapai saja nanti kamera digital ni, barulah aku mau beli kamera DSLR pulak. Huhu... Jinak-jinakkanlah diri anda. Janji ada minat. Jangan tanya pasal bajet. Tanya pada diri, anda rasa perlu ka tidak perlu? :D Adakalanya kita ingin tunjukkan bagaimana rasanya kegembiraan yang kita rasa tu ketika berada pada satu-satu environment. Tapi, nak menunjukkannya dengan cara tersendiri memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Walaupun sebenarnya, kreatif itu hanyalah simple saja. Kreatif tidak memerlukan kerumitan. Kreatif perlukan imaginasi, warna, unik, makna yang mudah di fahami dan di terima pakai oleh semua golongan dan peringkat. Setiap kali aku ambil gambar, most of da picture tu kebanyakannya candid dan seumpama menangkap gambar untuk majalah. More about picture, InsyaAllah, April. Nantikan.

Bulan ni, maybe next time aku blogging pada hari aku sampai di Miri. Belum tahu lagi bila ada masa ni. Yang penting buat masa sekarang, siapkan kerja, apply cuti, beli kamera dan souvenir untuk saudara-mara dan rakan-rakan yangku sayang. Dah berminggu aku buat window shopping untuk di target. InsyaAllah, next week lamsam angkut. Ni pun tengah bengong nak memikirkan supaya labu sayung dan periuk tanah liat aku tak pecah bila di bawa terbang ke Miri. Haha... hari tu kerana minatkan barangan tanah liat dan keunikan labu sayung, sanggup tawar-menawar harga pada Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Jalan Conlay. Aku dan John keluar dari HKK tu mengalahkan perempuan menggendong keluar kiri kanan tangan penuh dengan barang. Haha... Kelakar masa tu. Dahla hari hujan. Hantam saja~ DeeDee bah ni! Siapa nda kenal!?? [Poyo] Haha...
XoXo
◕‿◕

Sunday, March 13, 2011

Menyirap Darah Aku

Aku terima sms. Meminta bantuan mencarikan tiket penerbangan dari KL ke Miri [muka aku ni dah ada rupa cop tiket ka?] Padahal, aku tak pernah jumpa pun gadis ni [gadis lagi ka?]. Tapi, aku pernah bantu jugak dia dulu masa Awang Putra (my sepupu) suruh belikan tiket flight untuk pekerja barunya dari Miri. Selalu aku buatkan walaupun aku nda kenal siapa orang-orang yang aku belikan tiket bukan kerana aku yang mo buat, sebab Awang juga yang minta tolong. Aku usaha la tolongkan sebab kepakaran dalam booking membooking ni. Entah apahal la tetiba kan malam ni langsung aku tak boleh masuk web tiket tu sebab website penerbangan ni kekadang system down. So, aku pun setelah beberapa kali try web tu tak dapat jugak, aku jelaskanlah pada si gadis ni tadi. Bolehkan dia reply antara ayat yang bukan ku tunggu tu, "Bodo". Menyirap baiiiiiiiiii menyirap darah akuuuu baca sms tuuu!!! Aku pun dengan sepantas kilatnya menembak dengan ayat-ayat berbunga-bunga. Kalau ku jumpa gadis ni di Seremban, mo ku lihat mukanya setanding dengan smsnya.

Aku yang di KL ni pulak yang tengah bengong dengan sikap nya. Orang sudah usaha tolong di katanya bodo. Ko ingat ko tu pandai sangat, ko pergi lah cari sendiri tiket! Aku pun bukannya pandai sangat nda la jugak sampai ku kata orang tu bodo! Terus aku bagitau sama si Awang tadi. Biar Awang uruskan. Balik-balik cara sms nya menyalahkan aku sebab tak dapat tolong carikan tiket penerbangan murah untuk nya bulan Mac ni. Please lah... Aku, kalau dapat layari website tu tadi, lama sudahku tolong kau! Ko ingat aku main-main ka bila ko katakan ko ada masalah di kampung tu! Memang aku cuba sedaya upaya berkali-kali sudah! Bagaimana lah. Akhirnya, terbongkar jugak rahsianya ketika sms dengan aku. Terbongkar? Aku dapat menduga yang gadis ni suruh aku carikan tiket tanpa pengetahuan Awang dan Isterinya. Bilaku katakan, aku akan bagitau pada Awang supaya dapat membantunya, dia boleh cakap "paloi (bodo)" lagi kat aku! Damn U! Kalau ko nda bagitau masalah ko dengan majikan! sampai bila pun Majikan ko nda lepaskan ko dan nda tau apa masalah ko! Bagaimana juga orang mo tolong!!! [Sudah ku tembak habis-habisan tadi si Gadis ni sepertimana yang ku taip]...

Dari sana barunya kenal siapa aku! Terusnya tertanya-tanya kenapa ku bagitau dan bla-bla. Habis keluar kesemua pepatah aku yang terbaik dari ladang! Antaranya ialah, Berani kerana Benar, Takut kerana Salah! Ko ingat aku takut ka mo bagitau masalah ko sama Awang? Melainkan engko tu yang menipu saja mencari alasan mo pulang ke Miri kan? Barulah aku berani cakap ko tu yang penipu!!! Eeeeiiii... Nasib baik aku berjaya menenangkan diri sendiri dan berakhir sms ni tadi oleh sendirinya. Orang sudah bantu ko boleyy lagi kurang ajar cakap macam tuu... Aku bukan suka maaaa kalau aku sendiri yang ditimpa masalah macam ni... Urghhh... Tired ni sudaa mencarikan dari tadi. Gud nite!!! Bye-bye! Foot Lussss!!!!

Sampai sudah di Miri sebelum tarikh yang ku telah tempah???!

Urgggghhhh... sakitnya sudah kepala terlajak bangun pagi ni lewat. Bangun baik ku bangun sebelum terbawa-bawa rasa tuu. Sampai sudah di Miri? Ah? Biar betolll ni... Rasanya belum lagi tarikh yang ku beli tiket tuu sampai sudaaaa??? Bila masa aku packing barang semua? Sudahkah aku belikan barang-barang yang di pesan oleh sepupu dan rakan-rakan sekalian? Sempat ka aku pegi? Uh? Adui yaiii... Apa ni? Di mana ni??? Masih jugak aku di bilik ni... Kenapa tak sampai-sampai ke Miri lagi? Rupa-rupanya, aku sempat bergaduh dengan pemeriksa tiket penerbanganku ke Miri malam tadi. Tapi, itu semua berlaku dalam mimpi saja. Kurang asam!!! Aku ingat sampai sudah aku di Miri. Lost in space aku bangun tidur pagi. Lama aku memamai atas tilam tu memerhatikan sekeliling dan memegang diri sendiri. Ternyata kejadianku pulang ke Miri malam tadi tu dan segala macam krisis pergaduhan antara aku dan dot dot dot dan segala-galanya itu seperti suatu mesej yang jelas untuk aku.

Suatu mesej dari masa depan! Seumpama mesej tu mengatakan, aku harus bersedia apa yang bakal ku hadapi ketika nyata-nyataku tiba di Miri 27 Mac nanti. Kejadian malam tadi tuu di dalam mimpi seperti benar-benar berlaku. Rasa mo meraung saja bagi orang-orang yang ku selalu gaduh tuu faham. Geramnya... Tapi, syukur betul-betul... Dalam mimpi tu, aku check balik tarikh dalam handphone aku! Haha... betul ni... Dalam mimpi pun aku masih belum percaya yang aku dah sampai di Miri! Ketika tu aku bersama ibu. Ibu menenangkan aku. Aku gapai handphone dan melihat balik tarikh. Ternyata bukan tarikh 27 Mac. Tarikh 18 Mac. Bagaimana tuu aku boleh terlepas terbang ke Miri? Dalam mimpi tuu betul-betul celaru fikiran aku. Macamana boleh aku tersilap terbang awal ke Miri? Aku dah siapkan kesemua tugas-tugas di tempat kerja ka sebelum aku boleh terbang ke Miri? Wahhhh.... banyaknya kerisauan aku...

Begitu runsing hinggakan di dalam mimpi tu aku beritahu ibuku, aku telah tersilap tarikh datang, dan aku segera ke Lapangan Terbang Airport Miri dan bergaduh dengan gadis si pemeriksa tiket tu di kaunter. Adakah mungkin sebab system down dan urrrgggghhhh... Entah kenapa la aku tak suka mimpi malam tadi ni. Dah la bangkit dari tidur tu tadi sakit kepala... Buat aku tak sedap hati sebenarnya bila bangun pagi tadi. Melihatkan wajah ibu tuu yang gembira melihat kedatanganku dan tiba-tiba aku mau pulang pula sebab salah tarikh sebab takut tiada tiket pulang ke KL pula... Ntah apa-apa ah mimpi tuuu... [Tarik nafas panjang-panjang]... Tenangkan diriku. Itu hanya mainan tidur. Mimpi adalah anugerah Tuhan. Aku patut mensyukuri mimpi yang telah diberikan. Bila ku fikirkan semula tadi, ada antara 1001 hikmahnya... Banyak!!!

Antaranya, sedar jugak aku kenapa mimpi tu datang sebab aku belum bersedia. Aku belum lagi belikan barang-barang yang saudara-mara pesan dan rakan pesan. Aku belum lagi berkemas untuk bawak apa yang aku perlu. Aku tak tahu nak guna pengangkutan mana satu sama ada aku nak balik dari KL atau aku nak balik dari Seremban masa tu dan jugak kerja-kerjaku di opis yang harusku siapkan sebelum ku apply cuti. Dan sebab-sebab lain... Mimpi mesej malam tadi yang kabur tapi jelas itu memang benar-benar big warning untuk aku bersedia! Okay DeeDee! start ecok, mesti buat To Do-List!. Araso! Aja-aja!!! Fighting!!! Bbasya!!!

[berterabur ayat]
Haha
(@_@)

Saturday, March 12, 2011

Everyone has photographic memory; some just don't have the film.

Pagi yang indah. Sabtu. Awalnya aku bangun hari ni?! Bukannya kerja pun. Tetapi, terbiasa bangun awal ketika kerja terbawa-bawa ke hari tak bekerja Sabtu ni. Hehehehe... Apa lagi? Bertindak lahhhh bangkit dan bersenam. Hahaha... Merendam pakaian sebaldi tuu [kalau buatkan pertandingan baldi terpenuh di kalangan orang bujang di rumah ni, aku rasa aku menang sebab baldi aku hampir mo melimpah ruah ke ladang gandum sudaaa] Melampau! Sarapan pagi pun sudaaa~ Hehe...

Ternyata, ada sesuatu yang jelas tetapi kurang jelas ni kenapa aku bangun awal. Aku rasa aku tahu selepas kejadian semalam. Kejadian yang belum jadi-jadi lagi tapi insyaAllah bakal menjadi tak lama lagi. Cuba teka? Adakah sebab kamera impianku yang bakal menjadi kenyataan pada masa terdekat? Atau kerana kepulangan yang ku nanti-nantikan akan tiba pada bulan ni? Atau? Aku dah terbagitau sebelum ni? Huhuhuhuhu... Jangan poning kepala. Jawapan kepada soalan ni akan ku jawab tahun 2012. So, jangan sakit kepala menunggu terlalu lama. Nanti Gila. Apapun, rasanya aku belum bagitau dalam mana-mana entri tetapi di luar entri. Huhuhuhuhuhuhuhu... akan ku pertimbangkan impian seterusnya itu selepas saja menyelesaikan kesemua perancangan bulan ni. Buat masa ni akan menjadi rahsia. Antara aku dan John. Tetapi, rahsia ini bisa terungkai setelah aku bukakan. Maksudnya, bukan rahsia besar, cuma rahsia sulit Power Rangers.

Apapun, aku ucapkan terima kasih first kat John sebab bagi aku kad diskaun ISETAN! Haha... Bestnya! Wahhhhh... boleh shopping-shopping dapatkan diskaun membercard! HAhaha... Bagaimana aku boleh dapat kad tu? Lepas ni aku cerita. Dan, terima kasih kali keduanya lagi jugak sebab akan menyimpan rahsia masing-masing dan akan menemani aku sepanjang rahsia tu dijalankan! Hahaha... Wah... macam spy-spy saja operasi ni. Apa jugak ni? Hehe... Entah... yang penting, operasi ni, semua orang mau jugak kalau tahu... Huhuhu... Sabar, aku janji akan bagi tau nanti. Belum today. Sampai cukup masanya nanti.

Semalam, punyalah aku dengan John pulang dari opis mo pergi cari DiGi centre di SURIA KLCC. Kesesakan lalu lintas di KL [paham-paham aja] begitu teruk petang tu. Bayangkan... dari pukul 4:45pm aku dengan John dan para-para sakura yang lain menunggu Bas di stesen Bas, pukul 6pm macam tu baru dapat Bas! Oh! Sungguh penat kaki beta berdiri. Ada-ada saja. Tambahan lagi rusuhan ka apa tu entah apa-apa saja area di Ampang Park dengan sepanduk-sepanduk yang di rampas Polis tu bertulis Citibank bla bla bla entah lah apa tu yang tertulis lagi. Nasib baik tak berlanjutan. Ada-ada saja kan? Hurmmmmm... Apapun, setelah tiba saja di KLCC tuu, aku dan John paham-paham saja lah mo menyerang kedai makan. Kelaparan yang teramat sudaaaaa! Berkeroncong irama Hawaii sudah perut ku ketika tuu~

Aku dan John serang McD. John pun peminat Double CheeseBurger... Huhuhuhu... sambil-sambil makan tuu, kami dua cuci mata di Food Court tuu... Tengok fashion orang dan gelagat manusia. Haha... Kan macam-macam foreigner situ. Memang layannnnn... Seronok!!! Lepas kenyang tuu baru lah dapat pikir dengan waras mo buat apa lagi. Haha... Mo cari DiGi Centre. Sebelum ke DiGi Centre tuu lalu ISETAN. Entah apa lah yang diserbu tiba-tiba sekerumunan orang dewasa mengalahkan budak-budak di sekeliling mainan BAN DAI dan lain-lain tu. Aku pun join! Aku kan suka menan! Wahhhhhhh!!!! Diskaunnnnnnnnn!!!! Menan-menan diskaunnnnnnnnn!!!!!! Wuhuuuuuuu.... Tapi aku tak beli. Masih boleh mengawal diri dengan bagi alasan lagi tuu kat John, "John! beli la! Beli untuk anak buah kau di rumah tuuu!"

Memang murah! Tapi, baru sekejap aku tunjuk kat John menan Busur dan Panah tuu, tiba-tiba sorang Abang yang terlihat aku menunjuk tu lalu pantas mengambil Busur dan Panah yang satu-satunya tinggal saja lagi. Ah! Hebatnya telunjuk ku! [perasan! padahal geram tu aku sepatutnya memiliki Panah dan Busur diskaun mendadak tu!] [Dee! Ko bukan budak lagi!]...Hurm... Takpa-takpa... aku sedapkan hati, aku tenguk figure Power Rangers sana, sejuk gak hati aku... Pastu kan! ada Nano Block paling kecik di dunia! Boleyyy buat macam-macam! bentuk binatang! Monster! Ahhhhhhhhhhhhh~ Menan menan menan!!!! Hurmmmmm diskaun lagi tuuuu!!!! Kalau dulu-dulu aku sempat main LEGO! Sekarang LEGO telah semakin kecil dan murah!!!!!! owwwwwwwwwwwwwww!!!! Bestnya.... [Terujanya kamu!]

Walau apa pun, aku dan John masih dapat lagi mengawal diri masing-masing daripada membeli menan. Pantang jugak terlihat pakaian cantik di sekitar Brand SEED. Baju petak-petak tu murah pulak time-time sengkek begini. Haha... Perbezaan yang ketara di antara harga member dan bukan member. Tersangatlah murah kalau ada member card ISETAN tuu! Apa lagi? Aku dan John buatlah interview terbuka denga Promoter yang sedia ada di SEED tuu. Ternyata pendaftaran hanya Rm15 untuk 2 tahun tuu menarik perhatian aku dan John. John pun mengisi borang member dan yang paling aku Gumbira tuu, ada satu ruangan borang John isi tuu SUBCARD! Maksud? Ada peluang seorang lagi dapat Kad Member John tu, tapi keuntungan masuk ke arah akaun John walaupun pemakainya bukan John. Wahhh, beta amat berbesar hati menerima pelawaan John menerima kad ahli tuu. Wuhuuuu!!! Diskaun-Diskaun-Diskaun! Keluar saja dari ISETAN tu, aku dan John senyum memanjang! ($_$)

Dengan rasminya, aku telah diiktiraf sebagai Perunding Fashion buat si John! Hahahaha... Bagi ku pula, John adalah Penasihat Kewanganku. Padan! Habislah bila bertemu. Selagi ada shopping complex tuu, habis di window Shopping. Rajinnya~ Aku suka membanding-banding harga tu sebab mudah jika ada teman-teman ka yang suka atau mo beli hadiah ka, aku guide dorang beli di mana :) Nanti aku mo servay pulak Tailor pakaian tuu. Settle jak, dapat buat tempahan untuk opis ka dan lain-lain majlis kan? Yeay!!! Hoorayy~ I Like! Owh, okaylah... memandangkan adrenalin ku ni macam baru lepas makan coklat jak, baik aku bagi tips pasal Coklat ngan korang. Aritu aku ada terbaca info pasal Coklat. Tak ingat sudah aku terbaca di Majalah mana masa tuu. Nah, Selamat Mentelaah! (^~^)

Ramai orang cuba menghindari coklat dengan alasan sedang diet. Namun, mungkin selepas membaca hasil kajian ini, sikap anda akan berubah. Sebuah kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Agriculture and Food Chemistry mendapati, coklat hitam dan makanan yang kaya antioksida lainnya mampu membantu mencegah pengumpulan sel-sel lemak dalam tubuh.

Wednesday, March 9, 2011

Kerana Manisnya Epal

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ni. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.

Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad. Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya.

Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."

Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal.

"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemuinya."

Abu Salleh terus memasuki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah, berasal dari keturunan Imam Husin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga. Beliau ialah seorang yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di kawasan itu.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah.

Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika lalu tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat."

"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."

"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama 12 tahun!"

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama 12 tahun dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh 12 tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu."

Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata, "Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."

"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."

"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus-terang tentang keadaan puteri saya itu."

"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin 12 tahun yang lalu."

"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."

Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malam perkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya, wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.

"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"

Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!

Wah!!! Happy ending!!! Sejarah benar begitu koknya mirip cerita dongeng tapi enggak sama sekali!!!... Trueeee... Huhuh... Apa pendapat kalian? Pendapat aku mula-mula terbaca cerita ni di surat khabar semalam membuatkan aku tertanya-tanya pada mulanya. Adakah ini cerita dongeng rekaan pada permulaan membaca? Ku teruskan membaca sehingga setengah bila ada menyebut nabi junjungan Nabi Muhammad s.a.w tuu, terus aku meneruskan minat membaca dengan mendalam dan menghayati cerita ini. Ohhh, sungguh romantiknya!

Berakhir dengan begitu indah sekali!!! Apatah lagi hasil perkahwinan mereka itu adalah salah seorang pengkaji yang sangat terkenal bagi para pengkaji Islam yang mengenalinya! Rupa-rupanya, kisah ibu bapanya begitu romantik sekali kerna sebiji epal. Wah!
Saranghae Yo!!!

Saturday, March 5, 2011

Body Language

Semalam, aku bengang. Bengang dengan sikap dan perangai John (bukan nama sebenar). Pada tengahari tu, Big Boss tengah cari John. Aku dengan selurus bendulnya berusaha mencarinya dengan menelefon opis tempat lain lagi. Di maklumkan, dia tiada. Okay, fine. Aku cari guna phone. I mean, call. Aku call dua kali, tiada yang mengangkat handphone. Dalam pada masa yang sama juga, Big Boss cakap, takper. Big Boss mintak aku ganti John saja tolong angkatkan pc di keretanya. Aku okay saja, dan turun ke bawah. Dalam pada masa yang sama juga aku terlupa ambil troli dan naik semula mengambil troli. Gerak hatiku begitu kuat memberitahu John ada. Sempatku sms padanya Bos perlukan bantuannya. Tak jugak John reply. Tak percaya aku dia takda kredit sebab pakai line bill. Okeh... takper, aku assume saja John dah keluar ke KLCC for Jumaat Prayer [sedapkan hati]. Naik saja ku semula, aku terserempak John di pintu lif. Menyirap darah aku dia buat tak tau. Aku lalu begitu saja sambil menyorong troli sampai ke bilik Big Boss. Pada masa yang sama juga, John turut ikut ku semula dari belakang.

Selesai aku meletakkan troli di depan meja John. Aku bergegas bersiap nak ke Surau Jawa (seluas masjid jugak walaupun namanya surau) untuk Jumaat Prayer. John sedar akan sikapku lantas bertanya, "Dee, ada sesiapa buat kau tersinggung or salah hati ker? Ko okay ker?". Aku buat tak tau sebab aku malas mo gaduh saja ngan si John depan Bang Mawas (bukan nama sebenar). Aku cakap tiada. Aku bukannya mo jatuhkan maruah si John tu depan-depan orang kalau aku cakap dia sebenarnya yang buat aku 1001 bengang! Then, John dengan selambanya berlalu keluar dari bilik opis. Aku tarik nafas panjang-panjang, dan keluar juga untuk menunaikan kewajipan terlebih dahulu daripada mengganas macam Godzilla kat opis. Haha. Sabar saja lah aku... Rasa tak nak aku cerita dalam ni, tapi aku nak cerita gak, dah Kisah Hidupku DeeDeeiDarus. Mungkin, tak semua. Tapi ada.

Pulang dari Jumaat prayer tuu, hatiku tenang. Tapi, tetap terkilan dengan John. Sampai ke petang aku fokus buat kerja saja. Sepatah tanya John, sepatahku jawab. Tapi, serius aku tak dapat senyum dengannya seperti biasa aku bertegur sapa dengan sesiapa pun. Berat untuk senyum. Menoleh pun tak nak. Geram sangat ker aku? Ya, aku geram sampai aku pulang ke rumah. Malam tadi juga setelah lama ku bersabar dan tangan ni meronta lah jugak nak sms bagitau jawapan kepada soalannya tengahari tu, tak jugak aku sms sebab aku rasa baik aku cakap depan-depan bila sesuai. Sabar punya sabar, SMS pun aku terima. "Dd kalau aku ada buat kau marah aku minta maaf"... Terharu aku, body language ku di perasan oleh John. Lantas aku memaafkannya [sedangkan nabi ampunkan umat~]. Kemudian John pun bertanya apa silapnya untuk diperbaiki dan akhirnya ku ceritakan juga termasuk luahan sepi bin sunyi aku sejak ketiadaan arwah ketika ku bekerja. Bang Mawas pula Big Boss lagi percayakan John untuk disuruh dari menyuruh Bang Mawas.

Double maaf lagi John kat aku pasal kelakuannya selama ni tak disedari. Syukur John mengerti sebab aku pun bukan suka kalau berterusan macam ni. Sebenarnya, DeeDee tak kisah pun pasal arahan Big Boss tu. Yang DeeDee kisahkan, John tak selalu berada di tempat opis berdekatan aku dan Big Boss ni padahal memang tempatnya di sini. Tapi, John jugak ada membantu kerja-kerja Kak Blossom (bukan nama sebenar), jadi aku faham kalau jarang ada di sini sebab alasan tu. Lain tu aku tak kisah, tapi, John ada dua ka tiga handphone, takkan lar satu pun tak bawak bila sesiapa mencarik. Dahla aku sorang-sorang saja buat kerja dan tiada teman berbicara seperti aku dan arwah Kak Nana. Tension rasanya aku bekerja tak berbual. Aku bekerja mulut berbual kerja jalan tak macam orang lain. Lama sangat dah John. Semoga kau berubah lepas aku bantu perbetulkan. Bang Mawas pulak ada lar dalam bilik tuu, tapi asyik sibuk jaga tepi kain orang sampaikan aku tak tahu pun pasal hal-hal gosip entah apa-apa tuu. Pedulik aku cerita orang lain, bukannya bagi aku duit pun :P Itulah aku malas~

Bagaimanapun, aku dan John okay sudah. Happy semula kawan sebab mengaku akan kesalahan. Good! Alhamdulillah. Then, boleh sudah aku mau share pasal diet? Haha... Adaku terbaca artikel dalam majalah Maskulin lately. Rahsia Sukses Berdiet. Nak tau tak? Jom. Antara word yang telah DeeDee highlightkan~

Perkara perlu dihindari - Sekiranya penurunan berat badan anda cenderung cepat dan mudah, jangan ingat cara diet anda itu betul. Agar tidak berlakunya kesilapan, lebih baik anda ketahui kesilapan yang selalu dilakukan ketika berdiet.

1 - BERLAPAR : Makan banyak boleh menambah berat badan. Jadi ramai yang berusaha menahan lapar malah ada yang tidak makan. Sebenarnya cara ini salah, apabila anda berlapar, ia akan menurunkan metabolisme tubuh yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak. Tenaga tubuh akan berkurang. Anda akan berasa lemah dan keletihan apabila melakukan aktiviti harian. Rasa lapar adalah salah satu petanda bahawa perut anda kosong dan gula dalam darah juga kurang. Sedangkan perut yang terisi dan gula sangat diperlukan otak. Mungkin anda pernah mengalami masalah pening kepala apabila perut kosong bukan? Masalah ini juga akan terjadi kepada mereka yang hanya makan sekali atau dua kali sehari. Jadi anda perlu makan 5 hingga 6 kali sehari ; 3 kali makan normal dan 3 kali hanya makan ringan agar metabolisme tetap tinggi dalam tubuh.

2 - TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI : Sengaja tidak mengambilnya, tidak sempat mengambilnya atau tidak biasa mengambilnya walau apa sahaja alasannya, ramai daripada kita elak mengambil sarapan pagi. Sarapan adalah waktu makan paling penting untuk tubuh. Setelah tidur malam 8 jam tanpa mengisi nutrisi, tubuh sangat memerlukan nutrisi yang boleh diperolehi ketika makan sarapan pagi. Ia untuk mengembalikan tenaga untuk tubuh badan.

3 - TIDAK MAKAN MALAM : Memang ketika tidur, kita tidak memerlukan kalori dalam jumlah yang banyak, apatah lagi karbohidrat dalam kadar tinggi. Tetapi kita memerlukan banyak protein kerana ketika tidur, hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki semula sel-sel tubuh yang rosak. Oleh itu, pastikan pengambilan protein mencukupi. Ambillah protein kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum tidur & karbohidrat 4 jam sebelum tidur. Disarankan minum susu atau air kosong sebelum tidur untuk penyerapan protein yang lebih lambat.

Setakat ini, selamat mencuba kepada teman-teman yang berdiet di luar sana :) Jangan lupa, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Orait!!! Aja-aja! Fighting!!!

Tuesday, March 1, 2011

Of all the things you wear, your expression is the most important.

Goodbye February, welcome March. How are you? DeeDee fine. Alhamdulillah. Cuma pagi tadi kena serangan pening akibat di timpa hujan rintis tiba-tiba sepanjang perjalanan ke opis :)
Dah mamam panadol. Ok dah. Sesampainya saja di opis sudah blur tengok apa tarikh hari ni sebab lepas 28 Februari, mana juga number 29 ni dalam kalendar aku? Ada 3 kalendar di mejaku [tamak tak?]. Orang tamak kan selalu untung? :P
Rupa-rupanya, memang sudah terlanjur memasuki bulan March yang selama ini telah ku nanti-nantikan kerana akan tibanya pelbagai perancangan yang telah ku tulis dan sediakan dalam diari besar di atas mejaku. Semua orang boleh baca diari tu sebab banyak melibatkan kerja-kerja yang dilakukan seharian. Dalam tu juga terdapat makluman untuk aktiviti dan peringatan yang akan aku lakukan pada bulan ini dan bulan mendatang. Excited but please jangan Excited sangat Dee... Hanya mampu tersenyum dan act like you cool saja... Okay? Araso?

Bulan March ni juga patutnya aku study. Tapi, rancangan dan fikiran ku terganggu dengan perancangan yang telah banyak ku aturkan pada bulan March ni, so, pelajaranku bertukar menjadi bacaan ringan saja-saja. Ada exam sebenarnya this April. Biasanya, banyak benda yang aku suka buat masa study ni. Hehe... Tak semua dapat terima cara aku study. Kalau orang tengok pun, macam aku tak study. Tapi, lain orang lainlah ragamnya. Jangan terlalu stress bila study. Yang penting, lebih baik faham daripada menghafal entah apa-apa. Semalam aku ada baca 10 minit saja nota curik-curik time kat opis. Itupun aku tak faham, tanya-tanya dengan Kak Bayam yang menguasai ilmu tuu, terdengar pulak Big Boss aku. Big Boss siap guide suruh aku ambil saja buku berkenaan di bilik mesyuarat. Wahh... terharu, macam dapat semangat baru saja bila Big Boss siap suruh aku dapatkan sumber. Wink wink~ Tapi, enough setakat yang ku baca semalam sebab aku begitu banyak kerja perlu disiapkan pada bulan ni. Bagi pekerja lain mungkin tak perlu rush sebab dalam 39 orang staff tu, aku sorang saja yang akan exam this April. Tapi, aku pun tak menduga exam April.

Bulan ni pulak adalah bulan, Impianku bakal tercapai (TX9 tuu), Pulang ke Miri, Sarawak, bulan menanggung kerja lagi dan terbaru, tu lar, nak Exam, bulan study. Bagaimanapun... Setelah berbulan-bulan menunggu, aku akan laksanakan Impianku terlebih dahulu. Bajet dah dekat nak capai ni. Settle Impian tuu, siapkan kerja di pejabat pulak. Big Boss dah remind aku bulan Januari tu, janji kerja siap awal, dapat apply cuti tu tanpa ada masalah. Tiket flight kan dah beli awal Januari tuu, sebab tuu aku mesti manfaat sebaiknya bulan March ni untuk merealisasikan apa saja yang telahku rancang. InsyaAllah. Bulan ni jugak kalau dah tolak dengan 27 hari waktu aku bekerja dengan cuti yang bakal aku pohon, aku ada masa 19 hari waktu bekerja saja untuk menyiapkan kerja-kerjaku dan kerja-kerja arwah Kak Nana yang ku tanggung. So, macam singkat, walau apa pun, aja-aja! Fighting!!!

Itu semua bukan alasan! Sabtu dan Ahad aku akan sanggup datang! Big Boss tentu faham sebab kerja jugak tuu mesti clear sebelum cuti. Lagipun, kalau buat sabtu dan ahad, tiada sesiapa yang mengganggu ku fokus buat kerja. Siap aku boleyyy banging kepala ba! Pasang lagu nyaring-nyaring dalam bilik opis tuu buat kerja. Di jamin Halal. Tiada orang lain yang mendengar tuu sebab tutup pintu. Bbasya!!! Aja-aja!!! Hihihiiii... Sekarang, fikir nak bawak apa gak balik Miri, untuk parents, keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan yang sentiasa bising merindui... Betul kenyataan Kak Bayam pagi tadi sambil-sambil aku tulis diari dan buat kerja, "DeeDee kepala dah asyik teringat nak balik kampung saja kan? Hehehe..." Haha... Rasanya ada tertulis di Dahiku ni. Yalah... lama juga aku tidak pulang ni. Rindu. Kali terakhir pulang pun, raya 2010 tuu. Mak dan Ayah pulak, tipu kalau call aku time kerja atau ku di rumah tuu, saja-saja tanya hal lain, padahal, rindu ah tuu... Ni kes rindu lah ni. Macam ni macamana lar aku mau study kan? Jasad di Kuala Lumpur, fikiran di Miri sudah. [Hanya yang faham saja faham] Mun paham bisai~

Permulaan 1hb March ni pulak, DeeDee, macam biasa larrr... suka mencari warna-warni kehidupan dan keceriaan bahan bacaan terutamanya magazine! Dah alang-alang lalu kat tempat member awal-awal pagi tadi, terpampang magazine bermacam-macam di mejanya. Sempat membaca info berguna. Tertarik maklumatnya yang sejak dari dahulu seringkali diperkatakan. Buat DeeDee tertarik tu dengan info ni bukan apa, selalu nampak nyata-nyata. Pasal buah delima. Kalau DeeDee jalan-jalan di sekitar Masjid India tu area Mydin, ada ternampak orang jual buah delima ni di kaki lima siap tolong bukakkan jugak kalau nak. Kelihatan enak dan fresh! Terliur sebab belum try. InsyaAllah, in this week DeeDee nak try. Oleh itu, DeeDee akan share it today yang telah DeeDee highlightkan daripada Majalah Intrend Bulan Januari 2011 di lembaran Kecantikan Puri Petua Asli teks oleh Huda Hussain di muka surat 64 & 65. Tajuk Azimat Buah Delima Baik untuk kesihatan dan kaya dengan khasiatnya yang bermanfaat untuk kecantikan.

... Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi Surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud, Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." Allah menyebut kalimah rumman yakni buah delima sebanyak tiga kali untuk membuktikan betapa hebat penciptaan-Nya dan ia juga disebut sebagai buah syurga.
Pada zaman Nabi Musa A.S, buah delima yang berkualiti ditanam di Palestin dan Lebanon. Manakala di Timur tengah, buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan dalam kalangan masyarakatnya.

Dalam agama Kristian pula, buah delima diangkat sebagai simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal. Berlainan pula bagi agama Buddha, buah delima dipercayai sebagai buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China, masyarakatnya menganggap buah delima sebagai satu simbol kesuburan, rezeki, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Walau apa jua kepercayaan yang diangkat oleh segelintir penganut dan masyarakat, ia jelas membuktikan bahawa buah delima membawa manfaat yang besar lagi bermakna daripada perspektif kesihatan dan kecantikan.

Pokok delima ataupun nama saintifiknya punica granatum adalah sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal dari Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika. Kini ia ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus. Minuman ini mengandungi lebih banyak antioksidan. Faktanya, kandungan antioksidan dalam jus delima adalah tiga kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan teh hijau.

Buah delima juga kaya dengan antioksidan seperti polyphenols, tannin dan anthocyanin. Berdasarkan penelitian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, menunjukkan bahawa pesakit yang mengambil jus delima setiap hari dapat mengurangkan kadar kolesterol berlebihan dalam tubuh, memperoleh Vitamin C lebih banyak serta membaiki sistem pengaliran darah ke jantung. Dalam masa sama, ia membuktikan, jus delima juga berkesan untuk memelihara kesihatan jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Selain itu, amalan meminum jus delima juga dapat mencegah dan memperlambatkan efek penyakit Alzheimer, menurunkan tekanan darah, mencegah kerosakan tulang rawan serta menjaga kesihatan gigi. Kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai elemen penting dalam pembentukan sel darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Di samping itu, buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya selain membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk.

Selain perspektif kesihatan, buah delima juga mempunyai khasiat tersendiri malah ia turut digunakan sebagai kajian untuk menghasilkan produk kecantikan. Daripada sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diperakui sebagai antara jenis buah yang kaya dengan khasiat antioksidan. Malah, umum mengetahui antioksidan berupaya melambatkan proses penuaan, menegangkan kulit dan mengelakkan kedutan pada wajah. Kandungan gula didalamnya pula mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya, kulit akan kelihatan segar dan awet muda.

Rahsia Cantik Buah Delima
Tubuh Lebih Langsing :
Ambil isi buah delima dan masukkan ke dalam segelas air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Kacau sampai rata dan amalkan meminum air ini setiap pagi selepas sarapan. Amalkan petua ini secara berterusan dan insya-Allah tubuh kamu beransur langsing.







Kulit Lebih Tegang :
Gaulkan 1/2 cawan biji delima dengan 1/2 cawan gula putih. Masukkan juga camca besar minyak zaitun dan dua titik pati minyak lavender di dalam mangkuk kecil. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang camca. Kemudian, campurkan minyak dan kacau rata. Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan. Kamu juga boleh menambahkan pati minyak haruman untuk membangkitkan aura tersendiri. Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Hasilnya, kulit tubuh kamu lebih tegang dan kedutan beransur hilang. Selamat mencuba!

Tahukah Kamu?
  • Buah delima digelar sebagai buah diraja.
  • Berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India.
  • Di Perancis, ia dikenali sebagai epal yang berbiji.
  • Mempunyai hayat pokok yang panjang dan boleh hidup hingga 200 tahun.
  • Bagi kaum Cina, buah delima dianggap sebagai lambang kesuburan dan panjang usia.
  • Berbuah selepas setahun hingga tiga tahun ditanam.
  • Dalam kaedah rawatan tradisional, buah delima diproses menjadi jamu untuk mengubati masalah sakit perut.
  • Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya mempunyai rasa yang amat pahit.
  • Lapisan yang membahagi ruang antara biji buah delima bertujuan memelihara buahnya manakala seluruh biji buah dilitupi dengan kulit yang keras untuk melindunginya daripada hama.

Khasiat Buah Delima

Kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niasin, Vitamin C, kalsium dan fosforus.

Mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengubati penyakit jantung dan barah.

Dalam rawatan Homeopati, delima digunakan untuk mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan masalah penghadaman kurang lawas.

Kulit buah delima digunakan untuk mengubati masalah cirit-birit yang kronik, buasir berdarah, muntah darah, batuk darah, pendarahan rahim dan radang telinga.

Bertindak sebagai penawar bagi merawat tekanan darah tinggi dan arteritis.

Menguatkan jantung dan membantu fungsi saraf dan otot.

Bagi kucing pula, buah delima merupakan makanan asas baginya. Eh, ini tiada ya. Part ni tiada. Kucing tak makan buah delima. Hehe... Kekadang tu, mungkin magazine di depan mata, tapi tak semua membaca kandungan keseluruhannya. Ada yang terlepas pandang ka. Hehe... DeeDee just share bukan untuk korang jer, untuk peringatan pada diri DeeDee sendiri juga. Okaylah, setakat ini hari ni, see you when I see you~




Followers