I Like it!!!

Sunday, December 25, 2011

Tiada Lagi Istilah 'Bujang Sepah Semat'

Today Ahad. Krismas bagi mereka yang beragama Kristian. Untung bagi kami yang bekerja pada keesokan harinya, PH. Wee~ Cuti sehari. Selamat Bercuti kepada yang bercuti esok. Happy? Good! Plan nak ke mana cuti? InsyaAllah, DeeDee pergi Melaka esok ditemani adik-adik. Mereka ajak DeeDee pergi Melaka balik hari. Well, macam biasa ... DeeDee mo kasi jelajah Melaka tu mana yang sempat. Huhuhu... Bukan selalu pun kan? Entri kali ni DeeDee tidak akan lagi bersama budak-budak serumah maybe Januari or Februari. Maksud? Wanzy dan Pojie nak pindah rumah sewa lain. Remember tak lagi DeeDee ever cakap pasal isu pindah rumah kan? Well, akhirnya sampai sudah masanya untuk isu ini DeeDee share sama kalian pembacaku :)

Semalam DeeDee telah berbincang bersama Pojie tentang pada mulanya DeeDee telah maklum tentang Wanzy akan berpindah around January maybe before Chinese New Year. By the time DeeDee bincang dengan Pojie, tersentap lah jugak DeeDee rupa-rupanya Pojie juga akan berpindah rumah sewa. But, what about you DeeDee? Tak pindah?

For now, DeeDee tak bersedia lagi untuk pindah. Pertama kali sebab DeeDee masuk rumah sewa sedia ada sekarang adalah sebab nak dekat dengan tempat kerja dan jimat kos perjalanan tanpa menggunakan pengangkutan awam. So, kalau nak jugak pindah, boleh dengan syarat, lebih dekat dengan tempat kerja, tempat parking lebih selamat dan tidak memerlukan kos pengangkutan ke tempat kerja hanya berjalan kaki.

DeeDee okay jer dengan keputusan Wanzy dan Pojie jika mahu pindah rumah. Cuma kerisauan sekarang tentu saja mencarik housemate baru yang lebih dipercayai seperti DeeDee percayakan Wanzy dan Pojie. InsyaAllah, sedang dalam usaha mencari.

Wanzy pindah salah satu sebab kerana mahukan parking kereta yang lebih selamat. Pojie pindah juga salah satu sebab supaya dapat parking motorsikal dengan selamat kerana rupa-rupanya dia telah membeli motorsikal baru-baru ini. I'm okay with their keputusan kerana DeeDee faham bagaimana rasanya nak memastikan tempat parking tu selamat sebab DeeDee juga memiliki motor tetapi tidak dibawa ke KL. Lagipun, situasi parking di rumah sewa sedia ada ini memang sangat bahaya. Penyewa sebelum kami telah banyak kali hilang motorsikalnya. Blacklist area lar katakan tempat nih. Tapi, yang best dan terbaiknya tentang tempat yang DeeDee sewa sekarang, sewa okeh, pastu berdekatan dengan stesen LRT dan jugak berada di Pusat Bandar. Kalau nak pergi mana-mana tuh, terpulang nak pergi mana. Dekat juga dengan fasiliti lah. Alhamdulillah.

So, siapakah yang bakal menjadi penyewa terbaru rumah sewa yang sedang ku duduki sekarang menggantikan Wanzy dan Pojie? Kita nantikan samada pada Januari or Februari entri :) InsyaAllah. Kalau boleh, kali nih, biarlah seorang saja penyewa seterusnya. I think should be okay if duduk berdua jer this time. Dapat privasi masing-masing sorang satu bilik. Rumah ni ada 2 bilik :)

Until now then. Later kita cerita la lagi pulak yer sapa kah yang bakal menduduki rumah sewa DeeDee ni nanti. Hanya menanti penyewa baru saja ni. InsyaAllah, sebaik-baiknya yang dikenali dan dipercayai dan senang untuk diajak berbincang :) Kepada yang sedang bercuti tu, jaga makan, jaga minum dan kesihatan okay. 6 hari lagi dah nak bertukar tahun 2012. Time tu lar kita patut dah bersiap dengan azam baru pulak. Start Januari jugak nanti waktu bekerja DeeDee akan berubah dari pukul 8am punch in pukul 5pm balik berbanding sebelum ni DeeDee masuk kerja 7:30am dan balik 4:30pm. Well, pilihan tu sentiasa ada, so pilihlah yang terbaik dan jangan menyesal dengan apa jua keputusan yang telah dibuat. Okeh! Jumpa lagi (^_^)


Sunday, December 18, 2011

Ketika Talqin Dibacakan

Pagiku hari ni agak mengejutkan setelah menerima panggilan telefon dari rakan setugas menyampaikan berita sedih tentang sekembalinya suami kepada bekas rakan setugas kami iaitu Kak Jauhari (bukan nama sebenar) ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilaihi ro ji un ... Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali ... Setelah menerima mesej yang telah disampaikan, hati merasa tidak senang lantas bergegas bangkit membuka laptop untuk memaklumkan teman-teman lain di Facebook yang mengenali Kak Jauhari dan keluarganya. Pagi itu juga, setelah bersiap, aku dan 2 lagi rakan setugas bergegas ke rumah Kak Jauhari untuk menziarahi jenazah suami. Untuk makluman pembaca kalian, inilah buat pertama kalinya pengalaman dalam hidupku menziarahi orang yang telah meninggal dunia. Even selama ini ketika ku di Miri, Sarawak, jika ada saudara mahupun ahli keluarga ku meninggal, ibu bapaku tidak pernah menyuruhku menziarahi mungkin kerana kekhuatiran mereka sekiranya aku ni lemah semangat untuk melihat mayat.

Syukur Alhamdulillah, hari ni dari jenazah ditutupkan wajahnya dengan kapan, solat jenazah dan diusung ke tanah perkuburan sehinggalah selamat dikebumikan dan dibacakan Talqin aku ada di setiap masa mengerjakan dan memerhatikan sebagaimana salah satu Adab Menziarahi Jenazah yang telah lama ku ingin ketahui. Perasaan sebak terasa di perkarangan rumah Kak Jauhari sehinggalah ke tanah perkuburan. Melihatkan Kak Jauhari dan anak-anaknya menitiskan air mata, aku lantas teringatkan ibu bapaku di Miri, Sarawak. Salah seorang anak Kak Jauhari pagi ni terbang dari Kuching, Sarawak ke KL setelah mendengar khabaran ayahnya telah meninggal dunia pagi ni di rumah kediaman mereka. Ucapan takziahku buat keluarga Kak Jauhari... Al-Fatihah. Walaubagaimanapun, aku tetap tidak akan menyalahkan ibu dan bapaku sekiranya tidak pernah melepaskanku untuk menziarahi orang yang sudah meninggal dan keluarga mereka kerana kini aku telah faham apa dan bagaimana rasanya menziarahi mereka. Cukuplah syukur terhadap pelepasan ibu bapaku apabila aku merantau, dan aku boleh berdikari sendiri untuk mempelajari apa jua yang ku mahu pelajari sebagai pengisi kekosongan ilmu di ruang hati ini yang selama ini ingin ku kecapi. Pengalaman menziarahi ini cukup penting buatku kerana kematian merupakan salah satu Kekuasaan Allah s.w.t yang tidak sesaat ke depan dan sesaat ke belakang pun kita boleh mengelak.

Begitu banyak pengajaran yang aku pelajari hari ini setelah menziarahi keluarga Kak Jauhari. Terima kasih ya Allah guideku ke sini. Subhanallah ... Alhamdulillah ...

*Ucapan maafku pada rakan sekolah menengahku hari ini iaitu Nurul Aimi Binti Rohaizar. Tahniah kerana selamat bertunang hari ni. Maaf ya kerana tidak dapat hadir majlis pertunangan, DeeDee hari ni ada menziarahi kawan.

Wassalam


Thursday, December 8, 2011

This is My December ...

Goodbye November, Welcome December. Hari demi hari kian berlalu pergi tanpa ku sedari telah setahun aku meninggalkan Disember yang lepas tahun 2010. Setelah hari ni dan esok hari, cukup genaplah sudah pemergian 2 orang antara yang ku paling sayang dalam pengalaman hidupku. Arwah anak buahku Noraida dan rakan setugasku Zuzanah. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

Salam perkhabaran semua buat teman-temanku di luar sana yang setia untuk membaca blog terkiniku walaupun tahun ini aku agak kurang menaip cerita tentang hidupku jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Hari-hariku semakin tabah untuk ku tempuhi dan begitu banyak ingin ku kongsikan bersama namun setelah apa yang berlaku terhadapku semakin menuju ke pengakhiran 2011 ini, sungguh aku insan yang lemah tidak termampu untuk menceritakan semua tetapi cukuplah sekadar yang kalian tahu, itu semua bukanlah penghalang buatku untuk berhenti menaip blog, tetapi itu semua merupakan antara sumber inspirasiku lagi dalam meneruskan penulisan blog seterusnya di masa akan datang. InsyaAllah, pengalaman yang bisa kita jadikan iktibar bersama. Teruskan menyokong saya :) Terima Kasih.

Hari tak selalunya mendung. Kita masih lagi mempunyai rakan di sekeliling kita sebagai tempat untuk kita meluahkan perasaan dan bermanja selain daripada keluarga sendiri. Namun, di dalam kehidupan ini juga, kawan juga bisa jadi lawan buat kita samada di depan kita mahupun sebaliknya. Terkisahlah aku pada November lepas, walaupun aku baru saja di rompak pada bulan Oktober seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, namun, Allah itu Maha Kaya. Seminggu sebelum Hari Raya Qurban, rakan setugasku dari bahagian lain, Ryzal telah mengajakku mengikutnya ke Terengganu. Pada mulanya, memang aku menolak atas alasan yang malu untuk ku beritahu padanya tentang kewanganku merosot setelah dirompak dan potongan gaji besar mendadak, namun Ryzal menenangkanku setelah mengetahui dan tetap mengajakku untuk pergi juga kerana buat pertama kalinya Ryzal mahu pergi ke rumah bakal mertuanya. Demi kawan, aku sanggup pergi dan demi pengalamanku sendiri juga, aku harus pergi kerana ini merupakan peluang yang besar buatku untuk pertama kalinya menjelajah Negeri Terengganu yang terletak di pantai Timur itu.

Di pendekkan cerita, segala-galanya berjalan lancar dan penuh kegembiraan. Dan rezeki yang Allah berikan padaku sepanjang berada bersama keluarga mertua Ryzal adalah sesuatu yang diluar bidang kuasaku sendiri kerana Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Kaya... Alhamdulillah. Thanks Allah. Namun, di dalam suka ada duka. Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku menyemak inbox Facebook ku dan menyedari ada mesej telah masuk. Setelahku membaca, ada gosip tentangku. Hehe... apalah agaknya gosip tentangku kali ini.

Rupa-rupanya, rakan setugasku Jane (bukan nama sebenar) memberitahuku tentang seseorang mencemburuiku ketika aku berada di Terengganu. Dipendekkan cerita, rakan yang paling dekat denganku yang paling ku tidak sangka rupanya mengata tentangku di belakang, "Dah tau takder duit, masih boley pulak si DeeDee tu pergi Terengganu. Tau lah belanja semua dorang janji support, tapi manalah tau kemudian kelak diungkit."

Pada ketika itu, aku rasa terkilan. Aku pun tidak meminta-minta semua ni Temanku, tetapi rezeki tidak terbatas hanya dalam bentuk duit. Rezeki itu datang dalam pelbagai rupa bentuk dan nikmat. Aku hargai tentang apa yang kau consider tentangku Teman. Namun, usahlah kau mencemburui nikmat yang orang lain ada, sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Istighfar sajalah yang mampu menahan rasaku ketika itu.

Memang tidak ku sangka apabila, teman sendiri yang paling rapat dan kira teman sama makan lagi mengata tentangku begitu. Agak terkilan, namun walaupun begitu tingkah lakunya dibelakangku, dan aku telah tahu sifatnya begitu, ketika aku pulang dari Terengganu hari tu, bertemu dan terserempak padanya ketika di pejabat, sepatah pun aku tidak mahu mengungkitkan tentang cerita yang dikatakannya tentangku. Kerana, yang mengekalkan aku dan dia sebagai rakan, adalah, kebaikannya sebelum ini terhadapku. Cukup. Baik buruk sekalipun tentang kawan-kawan kita ya teman pembaca blog ku sekalian, ingatlah tentang kebaikan mereka sebelum ini lebih banyak daripada kita terlalu sensitif untuk mengingati keburukan mereka terhadap kita. InsyaAllah, kita akan kekal bersama sebagai teman kerana silaturrahim itu amatlah penting sesama kita. Ini kisah benar tentang perkara yang berlaku terhadapku terbaru ini. Nama Teman itu tidak perlulah aku rungkaikan di sini demi menjaga keaibannya. Sesungguhnya rahsiaku juga mungkin ada padanya tanpaku sedari. Tamat.

December nak berakhir, apa azam anda untuk Almanac 2012? :) Bagiku, tahun depan adalah kira tahun ke-3 untukku bertugas di Kuala Lumpur. Dan, aku punyai perancangan yang banyak untuk tahun depan kerana tahun ke-3 bekerja adalah tahun di mana, macam-macam boleh terjadi. [Hanya yang telah 3 tahun bekerja saja mungkin tahu apa yang ku perlukan? :P]

Mungkinkah melancong menjadi tumpuan? Haruskah aku melangkah lebih jauh? hehe... Tuhan sajalah yang tahu perancanganku tahun depan dan Dialah yang menentukan samada termakbul atau tidak permintaanku. Tahun ini, walau apa pun yang berlaku, aku mesti habiskan apa yang telah aku mulakan. The most important thing bagiku di Kuala Lumpur ini ialah kerjaku. Yang penting kerjaku tetap siap sebelum berakhirnya bulan. InsyaAllah, barulah tenteram untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti seterusnya samada bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Sepanjang last ku balik daripada beraya hari tu, rinduku pada keluargaku sesekali menyelinap masuk ke hati lantaran aku sibuk membuat kerja dan di saat itu juga, sedikit sebak ada terasa jauh di sudut hatiku bila mengenangkan usia ibu dan bapaku yang semakin lanjut. Bagiku, tanggungan yang ku berikan pada mereka setiap bulan, rasanya masih belum cukup untuk ku berikan. Aku berusaha mak, pak... Doakan aku berjaya di negeri orang.

Terkini, sepupuku masih lagi tidak mengendahkanku yang di Seremban, ataupun samada mereka menganggap aku tidak mengendahkan mereka? Terpulang lah... Aku berserah saja tentang penilaian mereka terhadapku. Aku wish semoga soon or later, mereka akan memahamiku jua. Dan, dari Oktober hingga bulan terkini juga, potongan besar pada gajiku masih lagi berlanjutan mungkin sehingga bulan March or Februari akibat admin opis aku terlajak bayar lebih di atas silap faham bayaran menanggung kerja arwah Zuzanah. Still, aku kena tabahkan diri dan banyakkan bersabar sungguh kewangan aku merosot sehingga awal tahun depan. Semoga dengan kenaikan gaji yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, bakal terlaksana dengan lancarnya dan InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan ku yang Nasi dan Garam saja paling sedap pun berubah :) Sabar Dee, Sabar... susah-susah kita ni, ada lagi yang lebih susah... Bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang kita semua masih ada kini. Tanpa merasa susah, kita mungkin tidak menghargai kesenangan. Thank You Allah.

Okeh, setakat ini saja...
Jumpa lagi
:*

Tuesday, November 22, 2011

Camera : Nikon AW100

My next target since my Sony TX10 telah hilang dicuri thief. InsyaAllah (^~^). Nak ambil model patern macam nih ala-ala army ni. Stylo gak kan? [mula mengumpul duit simpanan semula untuk mencapai impian]
Design terbaru Nikon AW100 ni pun bleh tahan... sesuai untuk traveller macam DeeDee :) Tak kisah sebenarnya ader ker takder Global Positioning System (GPS) tu, tapi dah 'tertanam' jelas kat kamera nih ada, syukurlah kan :)
Bukan touchscreen seperti model lamaku Sony TX10, tetapi aku cukup sukakan juga ciri mudah panduan yang sedia ada pada kamera ni :) HD jugak dan kualiti Nikon not bad (^~^)
Oh ya, most important part aku bercadang memilih nak beli kamera nih pasal Waterproof (Kalis Air). Tak jauh bezanya seperti Sony TX10 ku juga kan kalis air? Patah tumbuh hilang berganti... Hehehhee...
Oh, tidak dinafikan juga, bukan setakat kalis air saja, tahap rendaman ke dalam air pun lebih dalam daripada Sony TX10 ku yang pernah hilang tu. Kedalaman 2 kali ganda iaitu 10M di dalam air masih boleh snap gambar :) [nampaknya I kena berenang ke dalam laut nih :P]
Juga terdapat dalam pelbagai bentuk warna, but tetap juga aku mau kaler hijau ala-ala askar tu. Nampak sedikit keunikannya berbanding yang lain.Semoga ada d pasaran Kuala Lumpur sekarang sebab setakat yang aku terlintas nampak, warna Oren saja yang keluar~
Kalau ada warna putih pun, not bad. Let me rethink about it later... InsyaAllah, semoga impianku tercapai sekali lagi kerana aku rasa dunia warna-warniku seperti hitam putih saja tanpa kamera kesayanganku ;P See you all again :)







Saturday, October 22, 2011

“When You are tough on Yourself, life is going to be infinitely easier on You”


Tidur yang nyenyak. Lately. Semenjak kejadian yang telahpun berlaku kepadaku 2 minggu lepas, aku masih lagi boleh tidur dengan nyenyak di rumah kejadian. Since kejadian, kami semua lebih berhati-hati dan masing-masing dengan cara tersendiri untuk self defense. Semenjak itu juga, kami semua Bujang Sepah Semat bercadang akan berpindah rumah tidak lama lagi memandangkan keadaan rumah kami dan persekitaran yang selalu terasa seperti ada ancaman keselamatan. Namun...


Sebelum tu, perkembangan terbaru tentang rumah sewa kami ialah... air paip di rumah sewa kami ni semakin deras dan semakin senang bagi kami bertiga untuk menggunakan kemudahan air. Alhamdulillah. DBKL bertindak jugak untuk kebajikan penduduk seperti yang telah dijanjikan. Thanks. Tapi, itulah hakikatnya... semua ini benar-benar ujian buat kami, dahulu, kami menanti saja kederasan air tu supaya meningkat, agar kami bertiga boleh membeli mesin basuh dan memudahkan urusan membasuh pakaian. Tapi sekarang, harapan kami untuk membeli mesin basuh tertangguh lagi semenjak kejadian kecurian yang berlaku ke atas diriku, kami semua bercadang untuk membeli mesin basuh selepas berpindah ke rumah baru.



Sebelum cerita pasal pindah rumah pula, aku ada sesuatu nak share kepada pembaca walaupun berat nak share, tapi, aku luahkan di sini saja betapa strugglenya kehidupan aku sepanjang 2 minggu ni sementara menunggu Kad Pengenalanku yang telah siap pada hari rabu lepas. Sepanjang 2 minggu ni aku banyak berusaha untuk menggantikan semula barang-barang pentingku yang telah hilang dan dalam pada masa yang sama, begitu banyak kos telah habis untuk recovery semula. Walaupun selepas payday 2 hari lepas, masih lagi belum cukup untuk aku selesaikan beberapa barang yang hilang kerana jumlah kiraan kasar kerugian kehilangan barangku lebih kurang RM2K. Tanpa sedar kan, aku rupa-rupanya telah kerugian dalam sebanyak itu.


Memang nampak macam sedikit kerugian tu kalau ada yang pernah hilang lebih banyak daripadaku, namun... aku berusaha keras untuk semua yang pernah hilang dan bukan hasil daripada perjudian sekalipun. Maksudku, aku bekerja dan menyimpan dengan perlahan sedikit demi sedikit untuk membeli salah satu barang impian dan pada sampai waktunya tanpa diduga, ia hilang di curi. Bukan maksudku merungut, tetapi... barang itu memang boleh diganti, seperti kameraku. Tetapi hard drive? Hard drive pejabat tu harus diganti dengan sepantasnya. Adui... Aku kena cari duit lagi untuk menggantikan Hard Drive tu. Duit bukanlah segalanya, namun segalanya perlukan duit.

Sebut tentang duit, terbaru ni, aku terima gajiku dan aku terperanjat terdapat potongan yang besar mendadak terhadap gajiku. Sampai sudah waktunya potongan itu bulan ini kerana majikan ku beberapa bulan yang lepas telah terbayar lebih gajiku kerana tersilap kiraan menanggung kerja arwah Kak Nana. Hutang tetap hutang dan hutang harus dibayar. Aku tidak marah pada potongan cuma aku terkilan semua ini berlaku dalam bulan yang sama. Setakat ini, aku hanya ada RM20 saja untuk survive sehingga gajiku yang seterusnya pada bulan depan. Serius... bagaimana tu? Tidak bermaksudku memohon simpati dan mengaibkan diri. Namun, hakikatnya, aku pokai.


Jauh di sudut hatiku, memang ada terasa sedih. Tapi, aku tutupi seperti biasa dengan senyuman ketika bersama rakan-rakan setugas di pejabat. Yang lebih tahu penderitaanku selain daripada rakan-rakan sekerja yang terdekat, John. John yang selama ini selalu menunjukkan aku jalan-jalan di KL untuk pergi ke mana-mana saja yang aku mahu untuk memenuhi keperluanku dan pengalamanku. Baru semalam mungkin John berusaha menggembirakan aku lagi dengan membelanjaku menonton wayang cerita Johnny English walaupun dia tidak memberitahuku sebab dia membelanjakan. What a good kawan aku dapat semasaku susah, John ada menemaniku seperti seorang abang. [Touching]

Di bulan ini jugalah aku rasa seperti dipinggirkan oleh sepupuku sendiri di Negeri Sembilan. Seumpamanya aku telah tiada siapa tempat bergantung kehidupan lagi walaupun ada saudara terdekat. [Sabar dan sedang menabahkan hati lagi]. Mungkinkah sepupuku masih merajuk padaku. Setakat ini, telah 5 bulan aku tidak balik ke Negeri 9. Aku terlalu sibuk pada hari-hari senangku dengan urusan kerja dan majlis-majlis yang dilancarkan opisku. Bila aku telah balik ke Miri, kampung halamanku last Raya, aku terlupa memberitahu sepupuku akan kepulanganku, tetapi setelah sepupuku mendapat tahu dari panggilan telefon kepadaku, mereka kecil hati dengan jawapanku. Aku tidak memberitahu mereka yang aku pulang ke Miri.

Sebab utama aku tidak memberitahu mereka sebenarnya adalah, aku pernah terdengar mereka juga mahu pulang ke Miri pada tahun ini sebelum ni. Tapi, aku tidak sangka pula mereka tidak jadi pulang dan mungkinkah sampai sekarang mereka masih lagi merajuk kepadaku? Jika benar masih merajuk, fahamlah aku sudah kenapa mereka tidak membalas mesej ku meminta bantuan kewangan daripada mereka semalam. [Sedih, rasa bagai dipukul ombak dengan kuat dari belakang badan].


Terus-terang aku katakan, aku bukan seorang yang meminta-minta untuk diberi sesuatu pada bukan waktunya. Namun, kali ini aku benar-benar meminta bantuan kewangan dari sepupuku sendiri namun mesejku semalaman aku menanti tidak dibalas. Walhal, terang-terang di handphoneku menyatakan mesejku 'Delivered' kepada sender. Lagipun, aku tahu permohonan yang ku pinta adalah bayaran dari bulanan yang tertangguh mereka belum bayar padaku atas belian barang daripadaku. Selama ini tertangguh semenjak aku tidak balik ke Seremban dari sebelum Ramadhan dan selepas Syawal. Tapi, aku bukanlah jenis yang suka bertandang ke rumah orang setiap bulan walaupun saudara-mara sendiri kerana kos perjalanan juga harus diambil kira. Nevermind, aku sabarkan saja lah lagi hati ni berusaha memohon pertolongan rakan lain untuk meminjamkan aku wang sehingga gaji seterusnya. Aku benar-benar hadapi kesusahan dari segi bentuk kewangan sekarang ni. Aku tidak mahu ibu dan bapaku susah dan tahu tentang ini. Biarkan aku berdikari.


Sebab ini lah, on the first place aku fikirkan semula tentang pindah rumah ni nanti. Bukanku tidak mahu pindah rumah sekarang, cuma kewanganku benar-benar terjejas sekarang dan bagaimana lar aku nak dapatkan deposit lagi nanti untuk bayar rumah baru sedangkan rumah sewa yang sedang didudukiku sekarang ni masih lagi kontrak. Belum pun sampai 2 tahun, boleh jadi saja 'hangus' begitu saja deposit yang sebelumnya. Aigoo... Tuff time.

Apapun, aku doakan pada sepupuku di Seremban, semoga perniagaannya dan cawangan-cawangan kedai barunya di semua tempat semakin bertambah maju dan semoga mereka sekeluarga gembira dan sihat-sihat sahaja. Maaf kerana begitu lama aku tidak menjenguk kalian di Seremban. Aku berusaha nanti, tapi, tunggulah kalian redakan kemarahan atau kecil hati padaku. Maaf.

Aku akan berusaha cari cara lain. InsyaAllah.

Semoga Allah memberkati kalian semua juga pembacaku. Terima Kasih :)


Friday, October 7, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah Kisah Hidupku DeeDeeiDarus

Tabahkanlah hatiku ya Allah... hambaMu ini lemah tidak berdaya
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini, hati saya begitu sayu dan sedih mengenangkan kejadian yang menimpa saya di Subuh hari. Hari ini, saya telahpun ke Balai Polis membuat laporan polis mengenai kehilangan barang peribadi dan barang kerja saya. Malang tidak berbau.

Beg laptop saya yang hilang. Namun di dalamnya, tidak terdapat laptop tetapi nilai barang yang hilang adalah lebih berharga daripada laptop. Wallet saya juga hilang. Tentu saja kalian dapat mengagak apa ada dalam wallet kan? Kad Pengenalan Diri, Lesen Memandu, dan Kad-kad lain seperti kad ATM Bank, Kad Member dan juga gambar-gambar kenangan yang ada... Ada juga saya selit Memory card SD 2GB di dalam wallet. Duit tunai saya hilang. Duit mama bagi untuk saya letak dalam bank pun hilang. Itu cerita wallet.

Selain dari wallet, kamera Sony yang saya baru beli March tahun ni pun hilang sekali. Pakej dengan chargernya sekali dan memorikad 8GB. Hard drive kerja saya juga hilang kepunyaan pejabat. Pendrive persendirian saya 8GB juga hilang. Broadband Celcom saya juga hilang. Pas kerja saya hilang. No, ini bukan hilang, ini kes curi. Kes Jenayah. Semuanya di curi. Terdapat juga barang-barang lain yang saya tidak ingat tetapi ini adalah antara barang yang penting saya selalu bawa ke Pejabat.

Hilang memang berganti, namun hari ini tadi, saya memang tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Saya tidak jadi turun kerja pagi ni dan terus sms Bos. Alhamdulillah, Bos memahami saya. Saya hubungi semula roommate dan roommate saya si Pojie pun bawa saya ke Balai Polis berdekatan untuk membuat laporan. Thanks Pojie. Wanzy another housemate DeeDee juga menenangkan saya dan lambat turun kerja today.


Terima Kasih kepada teman-teman dan keluarga yang menyokong saya...
Pagi ini juga, ketika rakan sekerja menghubungi saya, mereka semua tersentap dengan kejadian yang menimpa diri saya. Mereka juga menenangkan diri saya. Terima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan juga adik-adik angkat saya kerana memberikan sokongan dan ada yang menawarkan diri untuk menghulurkan bantuan.

Saya juga benar-benar tersentap atas kejadian kehilangan dokumen kad penting saya pagi ini dan juga kehilangan barangan saya sekelip mata. Malam tadi sebelum tidur, saya letakkan beg laptop tu di kaki tidur saya dan Pojie sahaja. Entah pagi ni hilang. Nampaknya, pencuri yang memecah masuk itu, samada datang ketika kami semua tidur atau ketika tanpa sedar pagi DeeDee mandi kerana telah berlaku perkara yang mencurigakan pagi ini iaitu kedatangan orang yang tidak dikenali di depan pintu rumah kami.

Kejadiannya berlaku begini [diringkas seringkasnya, more detail ask me], setelah Pojie keluar dari rumah untuk turun kerja, saya bersiap pula untuk giliran mandi subuh. Ketika dengan bertualanya saya di bilik, saya terdengar bunyi pintu grill dan tombol pintu kayu di buka langsung kedengaran juga bunyi orang memberi salam.

Pada sangkaanku, itu Pojie. Tetapi, kenapa Pojie patah balik semula ke rumah? Aku keluar dari bilik dan menjarakkan diri 3 or 4 meter dari pintu sebab aku ternampak kelibat badan bersusukkan Pojie dari jauh. Rupa-rupanya orang lain. Tiba-tiba saja orang tu memberanikan diri menolak pintu kayu dan bertanya padaku "Abang! ada nampak Ismail tak?"... Aku terkejut tetapi menjawab,"Tak der."

"Yang tadi baru keluar tu bukan Ismail (maksudnya dia dah nampak Pojie atau sengaja memberikan alasan)ker?"

"Bukan, itu bukan Ismail!", jawabku.

"Oh! Sori yer Bang, ingatkan tu Ismail. Silap orang." Langsung dia menutup pintu dan lari memanjat keluar grill rumah kami yang satu lagi sempadan antara beranda. Aku tergamam, tetapi entah kenapa aku tidak memeriksa semula pintu grill utama seolahnya aku yakin pintu grill masih bermangga selepas Pojie keluar rumah dan aku juga terus ke bilik mandi untuk terus mandi.

Selesai mandi, aku dapati Wanzy terbangun tidur dan sedang mengunci Pintu Grill utama dan Pintu Kayu langsung menceritakan padaku kejadian seterusnya.

Ketika aku mandi rupanya, Wanzy ternampak lagi kelibat bayang lelaki yang memanjat keluar beranda selepas bersembang denganku, datang semula memanjat ke dalam halaman beranda rumah kami. Wanzy bangkit dan terdengar pintu grill sedang di buka dan pintu kayu juga turut kedengaran sedang di buka. Wanzy yang ketika itu berada di dalam bilik bersembunyi bangun dan menanti sekiranya ada kelibat orang tersebut masuk. Namun, Wanzy hanya kedengaran kelibat orang yang berkopiah putih dan berbaju lengan panjang putih itu pergi meloncat keluar semula. 

Persoalan besar diminda ku kini, adakah kami serumah dipukau? Kenapa aku tiba-tiba terus ke tandas tanpa rasa mahu memeriksa semula pintu padahal situasi itu sudah sepatutnya rasa terancam, dan kenapa Wanzy hanya kedengaran bunyi tetapi tidak nampak kelibat? Tingkap bilik Wanzy betul-betul menghadap depan rumah. Allahu A'lam...

Ini semua ujian dan dugaan yang Allah s.w.t beri... semuanya telah tertulis Dee, tabahkan hatimu...
Dengan hanya berbekalkan duit RM50 Pojie pagi ni, selesai saja Pojie menemani aku di Balai Polis, Pojie terus sambung turun kerja dan aku berusaha berdikari sendiri untuk menyelesaikan barangan/dokumen pentingku yang hilang. Sebelum memulakan, aku hubungi juga ibuku. Meluahkan rasa dan setelah lega sedikit, aku pun meneruskan perjalanan kaki ku ke Maju Junction selepas sarapan ringan Chocolate Cadburry sepapan kecil dan sebotol air mineral. Penat tetapi aku kena kurangkan perbelanjaan untuk mencapai matlamat selesaikan Kad Pengenalan dan seangkatannya hari ni juga kerana esok Sabtu ofis tak bukak.

Syukur dengan report polis yang aku bawa, tiada cas dikenakan atas sebab ini kes jenayah dan aku mangsanya. Aku sekarang hanya menggunakan kad pengenalan diri sementara. Pada masa yang sama juga aku langsung ke JPJ di bangunan yang sama untuk menguruskan Kad Lesen Memandu.

Selesai urusan itu, tahu-tahu hari sudah tengahari dan aku terasa lapar. Aku makan di gerai Masjid Jamek dan saat ku menyuapkan nasi ke mulut entah kenapa betapa sebaknya rasa hati ni. Ku kuatkan semangat untuk mengelakkan makanan bercampur dengan air mata. Selesai saja makan, aku berkejar untuk mendapatkan LRT dan pulang ke rumah untuk mandi solat Jumaat.

Sebelah petang, aku meneruskan perjalananku ke bank. Namun, seperti yang telah dinyatakan kawanku, benar, aku tidak dapat membuat kad ATM baru selagi Kad Pengenalan Diri ku yang asal belum diperolehi. Aku hanya dapat membatalkan kad-kad bank ku sementara menunggu 10 hari lagi IC ku siap.

Selesai sahaja semua urusan bank ku petang tadi, aku pulang ke rumah dan selepas rehat, aku call customer service Celcom untuk pertanyaan Broadbandku... Setakat itu, lain-lain akan saya uruskan lagi.

Dan just now, rakan sekerja ada yang menghubungiku lagi. Sebak terasa bila kata-kata semangat "Takper Dee, semua itu telah tertulis, dan mungkin Tuhan nak beri yang lebih baik pada DeeDee dari apa yang DeeDee telah hilang..."

Terima Kasih, aku hargai sokongan kalian semua dan betapa aku tidaklah hilang segala-galanya rupanya. Aku masih ada kalian semua yang masih lagi sayang dan mengambil berat tentangku. Apatah lagi yang dekat padaku seperti adik-adikku, roommate, housemate dan rakan-rakanku di Miri yang sempat mengetahui kisahku hari ini... Kamsahamnida...

Walaupun kenanganku dalam pelbagai bentuk media ada di dalam hard drive ku yang telah di curi, namun, aku kena juga teruskan hidup ini dengan kenangan yang baru dan kali ini aku mesti lebih tabah dari sebelumnya. Jumpa lagi kalian semua. Ini kisahku hari ini... Inilah realiti kehidupan...

Wednesday, October 5, 2011

♥ Komunikasi Antara Pasangan ♥


♥ Gigitan Heart saya pada Epal ♥

Salam perkhabaran semua teman yang sedang membaca blog ku lagi kali ini. Apa khabar anda semua? Sihat? Semoga ceria selalu ya walaupun bersedih. Hidup kita kena teruskan juga :)

Hari ni aku bertugas di kaunter, dan dalam pada masa yang sama, aku juga terima bahan dari kurier yang berisi buku dan majalah. Antara majalah yang aku terima hari ini ada salah satu artikel daripada Majalah Dynamic Vilippunarvu edisi Oktober 2011 Monthly Magazine - 63 membuatkan aku ingin kongsikan bersama kandungan artikelnya kepada kalian semua terutama kepada pasangan yang bercinta dan menghadapi masalah dalam percintaan. InsyaAllah berguna ya maklumat yang DeeDee ingin kongsikan bersama. Sekiranya sesiapa ada majalah tu kini di tangan, buka m/s 24... [Majalah ini di dalam bahasa Tamil semuanya, dan 1 artikel ni sahaja yang dalam Bahasa Melayu dan penulisnya - Rubadevi].

"Maafkan saya... My Heart ♥"
Pertelingkahan adalah perkara yang biasa dalam  sesuatu perhubungan. Sama ada melibatkan percintaan mahupun perkahwinan, setiap pasangan pasti akan berhadapan dengan pertengkaran.

Persoalannya mengapa perlu mewujudkan ruang untuk pertengkaran? Bukankah lebih baik jika setiap perselisihan faham yang berlaku itu diselesaikan menggunakan cara baik dengan berkomunikasi matang? Sesetengah pihak berpendapat pertengkaran tidak semestinya menyumbang kepada perkara yang tidak baik.

"mmm... mmm... nak manja-manja ni... mmm rrr"

Dengan adanya pertengkaran juga kadang-kala mampu membuat kita lebih mengenali pasangan dan yang paling penting ia dapat mengajar kita erti kematangan dalam menjalani kehidupan berpasangan dan tidak harus juga lupa dalam mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina tidak menemui jalan buntu.

"Pelukku erat-erat Sayang... Aku amat perlukannya ♥"
Saling  menghormati merupakan kunci pada pehubungan yang matang. Anda mesti menghormati pasangan dan diri sendiri agar semasa pertengkaran ia dapat mengelak daripada pengeluaran kata-kata kesat yang boleh mencetuskan suasana yang kurang menyenangkan.

"Sahranghaeyo ♥"
Adalah satu kebiasaan bagi setiap individu melakukan kesilapan namun tidak seharusnya membuat keputusan untuk menghukum dan berbicara panjang lebar tentang kesilapan yang pasangan anda lakukan. Perkara ini akan mencetuskan perasaan kurang selesa dalam dirinya. Apa yang anda harus lakukan adalah mencari jalan penyelesaian supaya perkara itu tidak berulang lagi. Jangan sesekali perasaan dendam wujud dalam perhubungan. Seringkali apabila hati seseorang itu disakiti dan dihancuri, pasti wujud perasaan untuk membalas dendam atas segala yang telah dilakukan. Alasannya, biar pasangan berasa dan turut merasai apa yang kita rasa selama ini. Elak bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan anda seorang yang tidak profesional dan matang dalam percintaan.

"Kita mungkin berbeza, namun Cinta ♥ kita tetap sama"
 Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa disedari, jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya anda menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah dengan mencari jalan tengah supaya tidak wujud persoalan siapa salah dan siapa menang. Contohnya anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat atau tip menyelesaikan masalah.

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain dalam pertelingkahan diantara kamu berdua. Mengungkit kisah lama yang menyakitkan hati akan mengakibatkan pertelingkahan yang terjadi berlarutan. Antaranya mengungkit sikap pasangan anda yang pernah melakukan hal yang sama dan lain-lain lagi. Bangkitkan suasana komunikasi yang baik tanpa meninggikan suara.
"Geletek Dear ♥ nanti... baru tau... aa aa...."
Lumrah bagi lelaki yang gagal mengawal kemarahan mudah untuk menyerang secara fizikal atau mudah naik tangan. Percintaan sepatutnya mengajar anda untuk lebih matang jadi jangan hancurkan segalanya dengan tindakan berlandaskan emosi semata-mata. Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas. Sebaliknya, guna perkataan yang lembut dalam erti lain gunakan pendekatan psikologi yang lebih baik daripada pendekatan emosi.


"Sayang nak lari mana ni? Hehehe... smile ♥"

Hanya dengan memaafkan kesalahan pasangan anda sebenarnya dapat membahagiakan lagi kehidupan anda. Ini adalah kerana apabila anda memaafkan seseorang, anda sebenarnya telah menanggalkan satu beban yang selama ini tersemat dalam jiwa anda. Semakin ringan bebanan maka semakin selesa untuk anda menikmati kehidupan ini. Sekiranya anda bersyukur terhadap apa yang anda miliki sekarang ia sebenarnya cara terbaik untuk melepaskan tekanan.

"Kenangan indah ♥ bersamamu..."
Semakin banyak anda bersyukur semakin bahagia diri anda. Setiap individu ingin merasai diri mereka dihargai. Begitu juga dengan pasangan suami isteri, untuk mengecapi kebahagiaan tersebut jangan sesekali lari daripada menghadapi krisis yang dilalui ketika itu. Sekiranya anda berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan anda terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

Hadapi masalah ini dengan berbincang bersama pasangan. INGAT! komunikasi yang sihat mampu memberi kelebihan dalam hubungan anda.

Kenangan hanyalah merupakan proses untuk anda menimba pengalaman. Ia akan beredar mengikut waktu. Hanya jadikan kenangan sebagai satu imaginasi dan bukannya realiti. Nikmatilah kebahagiaan terhadap apa yang anda lalui sekarang dan bukanya bergantung terhadap kenangan!
"Mencari Kemanisan Cinta Sebenar ♥"
Cinta itu manis apabila terletak pada tempatnya. Manisnya mengalahkan kemanisan madu yang dibawa lebah-lebah pada sarangnya. Cinta bertambah manis apabila ada keindahan dan ketenangan yang subur dalam hati. Mungkin pada masa itu hakikat sebenar cinta dapat kita rasai. Setakat ini daripada DeeDee ♥

♥℘.s. Æ ℓ٥ﻻ ﻉ√٥υ♥ 


Sunday, September 25, 2011

Sempat To Say, "Selamat Hari Raya AidilFitri"...

Selamat Hari Raya. This month, langsung ya aku tak tertaip sepatah cerita tentang apa yang berlaku padaku, apa yang mampuku taipkan disini hanyalah ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri. Selain dari itu, saya hanya mampu dedikasi lagu yang saya ingin perdengarkan buat teman di luar sana.
Selepas aku bersedia untuk memulakan cerita baru, aku akan start Blogging semula ya. It's complicated to explain here. GTG


Wednesday, August 17, 2011

☽ Kerna Ku Tak Pandai Menipu, Boss ☾

Salam Ramadhan semua. Moga kalian semua dalam keadaan sihat dan baik-baik saja dan jangan seperti saya tak sedar diri lagi sudah pucat muka. Pucat? Yakah? Sehinggalah banyak pengesahan dari kengkawan, bos dan doktor baru aku sedar. Nak tau kisahku today? Teruskan membaca.

Today aku pergi HKL, temujanji dengan doktor pagi-pagi lagi. Agak penat jugak menunggu giliran sampai aku boley terlelap di kerusi menunggu. Urghh. Setelah giliranku sampai untuk bertemu doktor, aku masuk dan mendengar segala penjelasan doktor. Dipendekkan cerita, aku telah diberhentikan pengambilan ubat-ubat rawatan kerana telah diikhtiar sembuh dari Diarrhea atau lebih kurang arr, sembelit. Hehe... Then, what happen? Doktor tengok aku. Hurmm. "Jelir Lidah!". Aku jelir dan doktor tiba-tiba suruh aku pergi tengok sendiri kat cermin. Aku tersenyum blur. Kenapa? Doktor bengang sama aku. Aku ni nampak sangat kurang minum air. Orang masalah sembelit macam aku lebih bahaya menghadapi risiko kurang minum air tambahan lagi berpuasa. Hurmmm... Apapun, apa yang dinasihatkan doktor tuu, ternyata benar. Aku sudah semakin jarang minum air banyak rupanya lately. InsyaAllah doktor, aku usahakan ubah semula sikapku yang terlupa minum air banyak. Dulu aku tak macam tu doktor :(

Soal aku tidak pandai menipu Boss dan sesiapa ialah, reaksi sakit ku yang tidak boleh aku sembunyikan walaupun aku berusaha ceriakan wajah. Hurmmm... aku terlalu jujur. Maafkan saya sekiranya menyebabkan persekitaran tidak selesa jika saya tak dapat menyembunyikan wajah sakit. Kenapa ni Dee? Sebenarnya, saya pun tak tahu saya sakit. Tak cukup rehat. Lately, tekanan kerja saya banyak tak siapa tahu mungkin kerna saya tak cerita pun. Cerita pun siapa yang diluar faham bidang kerja saya? Tadi small bos aku cakap "DeeDee kalau sakit, wajah dia akan nampak. Memang tak boley disembunyikan." Datang pula Marshill my best officemate and friend bersetuju, "DeeDee tak pandai menipu bila sakit, dia jujur". Dan di sokong lagi officemate lain, aku hanya mampu tersenyum cuba menyembunyikan rasa malu pada diri sendiri. Ya, saya akui, saya sakit tak boley sembunyikan, tapi, tadi, kalau korang tak cakap yang wajahku hari ni pucat, bibir pucat, aku pun tak tahu. Serius aku tak sedar aku sakit rupanya... Oh, ya Allah... aku tak larat ya Allah melakukan semua kerja. :'(

Hakiki kerjaku selain daripada hanya duduk menghadap computer dan menginput, aku juga mempunyai tanggungjawab kerja yang melibatkan fizikal dengan mengangkat bahan yang aku input dengan memproses perbaiki bahan dari segi sekiranya mengalami putus, disambungkan dan penjagaan serta lain-lain lagi yang belum bersedia untuk aku sharekan. Dipendekkan cerita, bidang kerjaku, hanya aku saja yang buat dalam unitku. Ingin meminta bantuan dari staff lain, namun mereka juga ada tugas masing-masing tetapi tidak salahnya membantu kerana ada yang mempunyai masa terbiar. Namun, mentaliti manusia yang sedia ada menyangka, sekali disuruh, forever la mereka akan disuruh. No, not me buat kat orang macam tu, tapi selalunya orang buat kat me adala! Sabar saja la aku...

Bahan yang aku jaga selain daripada filem, dan sumber media lain, kertas-kertas persidangan dan kertas kerja juga aku terlibat. Dipendekkan cerita, kebanyakan kami di bahagian saya mempunyai banyak unit, dan setiap unit mempunyai kemahiran masing-masing dan hampir semua kemahiran yang diperlukan masing-masing juga mesti tahu walaupun tiada pengkhususan untuk bidang tersebut. Apapun, bagiku, bukan masalah kemahiran soalnya di sini yang aku bengangkan. Aku bengang apabila bekerja, segala-galanya mesti disiapkan pantas padahal yang membuat kerja dengan bertungkus-lumus tu aku sorang saja yang merasa. Kalau la dapat di duplicate diri ku ini macam Goku dalam Dragon Ball or Monkey Magic, menjadi banyak aku, memang aku tak kisah! Don't Push Me! Aku bukan Superman yang boleh menyiapkan semuanya dalam masa yang singkat!

Terus-terang saya katakan, saya tak mampu buat semuanya dalam masa yang singkat tanpa bantuan. Ingin meminta bantuan pun, unit pun cukup-cukup makan saja orangnya. Maksudnya, terhad. Masaku terhad. Alatanku terhad. Dan ada lagi lah yang terhad. Dalam sibuk-sibuk terhad masaku itu juga lah kekadang diganggu dan aku hanya mampu senyum saja walaupun geram. Tau ka! Apa masalah ku ni? Aku ni tak sampai hati mo cakap depan muka sesiapa yang ganggu tu cakap kamu ganggu aku masa buat kerja! Sebab aku tahu, suatu masa kelak kalau aku mo mintak bantuan dengan korang, korang balas balik kat aku. Pengungkit! Suka sangat berkira kamu tuu. Jangan lar berkira sangat sama aku ni! Hurm... kita buat kerja bukan untuk pujian, kita buat untuk Negara! Apapun, sebaliknya, ini hanya segelintir. DeeDee ucapkan Terima Kasih banyak sangat banyak yang ganggu untuk memahami dan beredar pergi selepas tu untuk tidak ganggu lagi. Yang itu DeeDee sangat respek! At least, show some care. Some just come to me, understand or making tak paham saja, lepas tu lontar kerja lagi sama aku time ku tengah sibuk! O M G!

Aku marah ka? Tak! Fikiranku bercelaru tau ka? :'( Sedey sebenarnya diperlakukan semacam ini. Di kala senang korang dekat sama aku, yang time aku susah macam ni, korang bebankan pula lagi. Bukan aku saja boleh buat apa yang kamu minta tolong tu, ada yang berbakat tapi menyembunyikan bakat masing-masing dalam soal kerja, sungguh kedekut ilmu kamu yang menyembunyikan bakat kamu. Bila kita berilmu, bila kita share, saya terangkan pada kamu, tidak sama sekali bertujuan untuk kita nak menunjuk-nunjuk serta riak dan takbur! Biar kita share, dan jangan pedulikan apa yang orang lain mo kata. Tak baik simpan ilmu Allah yang luas tu tidak kita sharekan bersama tau! Bawa sampai mati tak guna. Hanya amalan kita saja yang di nilai. Janganlah buat saya saja yang kena buat semua. Sedih tau. Saya tak marah korang sebab saya bodoh sayang korang semua macam adik-beradik di tempat kerja :(

Sebenarnya pun, aku tak kisah kalau kamu ganggu aku time buat kerja sekurang-kurangnya aku tak berseorangan buat kerja dalam bilik khas tu. Tapi, kalau sekadar ganggu aku buat kerja lepas tu membebankan aku dengan kerja yang orang lain boleh buat jugak tapi mesti aku jugak yang buat, kompom aku jadi Incredible Hulk lepas tu. Hurmmm... Itulah aku cakap, kalau orang tak tegur yang aku ni pucat lesi tadi, aku tak tau pun rupa-rupanya aku sendiri tak terurus. Aku pun tak minta keadaan ku macam ni. Apapun, thanks yang tegur condition aku. Serius, aku pun tak nak diriku sakit disebabkan tekanan kerja. Aku juga mahu sihat seperti Superman. Mantap tapi tidak bermakna aku boley buat kerja setanding Superman kerna aku membuat kerja berdasarkan kualiti bukannya kuantiti. Please, respek yang lain, anda juga akan dapat respek yang sama.

Oh ya, hari ni aku dan John terkandas dalam hujan lebat semasa hendak membeli makanan di Bazaar Ramadhan Kampung Baru. Dalam terkandas tu, aku memutuskan untuk makan saja di restoran berhampiran. Selesai saja makan tu, hujan pun dah berhenti. Aku mengajak John pergi stol berdekatan untuk membeli buah-buahan kerana aku tahu stol kecil berdekatan tu sangat-sangat murah ya buah-buahannya. Aku beli makanan serat seperti yang dipesan doktor. Buah Pisang dan Buah Betik. Tadi doktor pesan, malam sebelum DeeDee tidur, DeeDee amalkan makan sehiris betik or pisang sebelum tidur. Number 1 best is Betik, then number 2 best is Pisang. Aku bantai beli kedua-duanya sebab murah and demi kesihatanku supaya aku tak lah Pucat Lesi lagi :P Haha... Serius, aku mo sentiasa kelihatan mantap juga! Weeee~

Ok lah... until now ya... At least, ini update terkini ku for today. Oh ya, masa ambil giliran number di HKL tadi, setelah aku melihatkan tarikh pada number giliranku, aku benar-benar tergamam. Genap sudah 2 tahun aku di Opisku. Tarikh sebenar aku tiba KL 15 Ogos 2009. Melapor bertugas pada 17 Ogos 2009. Tak silap, 3 hari before Ramadhan. That's why, each time Ramadhan in Kuala Lumpur, I still remember Who Am I.
Salam Dendang Perantau dari DeeDee buat kalian semua pembacaku.
:)


Followers