I Like it!!!

Sunday, July 18, 2010

Minum Milo anda jadi Sihat dan Kuat!!




Milo!!!! Ya... minuman kegemaranku ni sebenarnya. Dahulu, bapaku yang suka buatkan Milo untukku dari kecil lagi. Ehhee... Sedappppp... Tapi kedatanganku ke Kuala Lumpur lagilah menambahkan pengetahuan ku dan pengalaman. Ehehe.. padahal tentu saja di Miri sudah ada lama nih... Milo tabur!!!! Wooooowwooooo..... Haha... Everytime moodku mahu aja minum milo Tabur ni...ku order saja. Tidak ku berkira dengan harganya. Kepuasan meminumnya yang dititikberatkan...ehhee... DeeDee love to share!!! XOXO..

Maafkan Aku Memecahkan Virgin Mu

Virgin? Semalam ketika ku bertemunya di online facebook, seumpama ia memanggil-manggilku untuk mendapatkannya. Aku tanpa segan silu telah menghubunginya untuk datang ke rumahku. Akan ku bayarkan berapa sekalipun harganya. Setuju. Aku pun dapat. Aku pun dengan rakus dan lahap melayanmu tanpa segan silu. Siap ambil gambar bersamamu. Cuma, tidak ku tunjukkan adegan ku memakan mu sahaja.

Inilah dia, GCB (Grill Chicken Burger) yang terbaru dari McD yang terhoyong-hayang iklan di depan mataku malam tadi ketika ku berfacebook. Akhirnya engkau berjaya ku sentuh. Bukan kotak mu sahaja... Malah isi dalam mu jua...

Ku pegang ramas badanmu yang cukup lembut. Terasa suam panas badanmu seperti demam. Lalu aku pun tanpa segan silu mengangkat mu.. Lalu...

Lalu bergambar supaya kenangan ini abadi. Kerna engkau burger Limited Edition. So, aku pun limited lah juga menghubungi nanti kan. Nak tunggu pay day tak nak. So aku pun dapatkan kau segera. Ahhhh.... Nikmatnya... Kenyang aku di buatmu...

Jadi, kalian jangan lupa mencubanya. tidak mahu ku tunjukkan rupa didalamnya. Takut kalian kempunan. Korang cari sendiri lah dalam website McD k. Ia telah mula keluar iklan dari 15 Julai 2010 sudah. (^_^) Burp.... Alhamdulillah...

Saturday, July 17, 2010

Bunga Kusudama




Wednesday, July 14, 2010

Tukar Number Handphone?

Ingat tak DeeDee baru-baru ni posting blog tentang fitnah terhadap DeeDee? Orait...baru teringat yang Sepupu DeeDee tu cakap suruh DeeDee tukar jer number hanpon DeeDee supaya tak bercontact lagi dengan Nana. Hehe.. semudah itu ker korang nak tukar number setelah berkurun lamanya korang pakai dan setia dengan number korang, gara-gara fitnah ni jer aku kena tukar nombor? Haisssshhh... (-_-').. Agak-agak lah yer.. Dan, jika aku plak yang tukar number, macam aku lah pulak yang bersalah dan takut. Wei.. kalau tak salah, buat ape tukar number? Menyusahkan diri sendiri jer kan.. Tambahan lagi, number aku tu dah kira number rasmi. Macam-macam tujuan rasmi lah macam tempahan tiket kapal terbang lah, bank, perniagaan, teman tapi mesra, keluarga, tempahan, long distance relationship, insurance, database, dan macam-macam lagi number handphone ku itu telah ku gunakan. Tiba-tiba mahu di padam?, di buang? di ganti dan di tukar number baru lagi... Bukan senang kan... Jadi, seharian aku memikirkan tadi untuk menukar atau tidak... akhirnya, aku punyai kata putus.

Aku cheating!.. I have too.. Menipu! M E N I P U... Adoi yai nahhh... macamana? Ketika saja mesej si Nana sampai, aku seringkali bertanya siapa? Hinggakan si Nana bengang. Di pendekkan crita, aku katakan padanya namaku *&&%&(#&, dan aku adalah cewek DeeDee. Hehe.. Tau apa yang bisa terjadi selepas itu? Penipuan ku berjaya menCUAKkan si Nana. Si Nana macam lipas menaip sms berkata dia dan aku tiada punyai apa-apa hubungan lantas memuji ku orang yang baik-baik aja. Lega sebenarnya hatiku dia termakan penipuan ku. [It is not something I should proud with]. Apapun, di pendekkan crita lagi, sampai malam ini pun dia masih mengatakan dia hanya sebentar sahaja berkenalan denganku. Mati-mati lah dia percaya tu aku bukanlah aku.

Di sini, aku akan menerangkan pada kalian. Cara guna tipu. Aku orang yang jujur dan lurus serta berani kerana benar. [Bukan memuji diriku sendiri, kenyataan benar ya kalian]. Namun, menipu adakalanya aku terpaksa gunakan. Menipu untuk apa? Menipu untuk kebaikan. Bukan menyalahgunakan penipuan. Jika kita terlalu telus, pasti kita juga akan goyah. Oleh itu, tipu kalau ku katakan kita semua orang-orang yang jujur benar! Tanpa menipu, strategi peperangan orang baik bagaimana skalipun pasti akan kalah dalam apa jua pertarungan. Dalam bahasa inggerisnya pula trick. Helah la kunun ba... Jadi, permainan kita pun kalau tiada helah tiada lah juga keseronokan kan. Begitulah. Janganlah guna menipu untuk seronok pulak dalam dunia nyata. Gunakan sebaik-baiknya. Menipu sekejap saja. Kalau lama-lama nanti mencuri pulak. Orang kuat menipu lama-lama jadi penjahat pulak.. Ehehe.. apapun, kalian semua tentu lebih mahir dariku menggunakan penipuan. Orait lah.. Sampai sini saja. Ehhee.. Takde kena-mengena eh dengan Lady Gaga. XOXO

Tuesday, July 13, 2010

Hadiah dan Pemberian

Apa ada blog mu hari ni DeeDee? Ehehe.. okay.. arini aku ada beli hadiah.. untuk siapa? Adala... Nampaknya, membeli hadiah ni semakin menjadi-jadi dan seperti habit pulak bagi ku. Ehehe.. mungkin ini semua ada kena-mengena dengan kisah hidupku zaman kanak-kanak dahulu yang riang ria corn flakes saja. Bagaimana... Mari aku ceritakan. Masa kecil-kecil dahulu, aku selalu menghadiri majlis hari jadi sepupu-sepupuku yang boleh ku katakan terdiri dari golongan berada... Ehehe.. Aku suka kan party... Kenapa dengan party? Ya.. pada masa itu dunia ku penuh dengan warna-warni kanak-kanak di mana aku hanya mahu main sepuas-puasnya bersama teman-teman baru yang aku tidak kenali dan bergurau serta share-share teka-teki apa saja. Ehehe... Iya.. memang menceriakan. Sementara menunggu waktu makan itulah masa main kami. Berlari ke sana dan ke mari. Tambahan lagi, di rumah sepupuku itu juga mempunyai buaian. Duduk lah di situ sepuas-puasnya dan bergoyang-goyang seperti kera. Ketika itu juga tetamu-tetamu yang di jemput datang sambil membawa hadiah-hadiah sepupu yang menyambut hari jadi.

Apa yang menyeronokkan itu adalah, saiz-saiz hadiah tu ada yang besar dan kecil siap dibaluti dengan pelbagai warna pembalut hadiah. Melihat kan itu semua aku senyum. I love it. Walaupun hadiah itu bukan untukku dan party itu bukan party hari jadiku. Ehehe... Ya, aku sedar yang zaman kanak-kanak ku aku tidak di sambut meriah seperti sepupu-sepupu ku itu kerna aku tahu kemampuan keluargaku setakat mana dan aku juga tidak bersedih atas ketiadaan party hari jadi sebegitu walaupun dalam hati mengingini namun enggak bisa memiliki... Ehehe.. Selesai sahaja solat dan doa selepas isyak itu, tentu saja lah masa makan yang di tunggu-tunggu. Wuhuuu... Macam-macam ada tuuu... Ya, biasalah, party tentu saja yang enak-enak gitu. Dan.. selesai aja makan... tentu aja tiba waktu-waktu yang dinantikan iaitu, time to bergambar and buka present wahhhhh.... Ehehe... Gembiranya time tu.. Jelas terpampang di raut wajah sepupu yang menyambut hari jadi itu sambil membuka-buka hadiah-hadiahnya di satu sudut di mana semua juga mengkerumuni dan ingin mengetahui apa yang ada di dalamnya... Ehehe.. tentu saja lah mainan pada zaman kanak-kanak itu yang paling menggembirakan bila dapat... Tambahan lagi kalau terkena sepupu yang perempuan tu yang celebrate, dapat saja patung Barbie tu pun dia sudah happy kerna collection yang berbeza dan latest dari collectionnya... Kebanyakan hadiah-hadiah itu memang mahal-mahal dan cantik-cantik. Ehehe... Aku hanya mampu melihat dari jauh dan senyum gembira walaupun bukan hadiahku... Walaupun aku tidak dapat, tapi aku gembira melihat kegembiraan orang lain. Ehehe...

Mungkin disebabkan itulah aku juga tidak berdendam dalam soal ini. Dendam? Dendam yang bagaimana tu? Atau, maksudmu, dengki? Ehehe.. Maksudku, aku menukarkan sesuatu yang negatif itu kepada positif. Jika benar memberi hadiah itu mampu menggembirakan, kenapa tidak aku teruskan saja tradisi itu. Ehehe... Ya, sampai sekarang, ku akui... Aku tetap gembira melihat hadiah... Walaupun bukan milikku.. Ehehe.. Dan, ku ingin membuat pengakuan juga, sampai sekarang perasaan ku terhadap mainan tetap ada. Ehehe... Namun sekarang aku tidak lah menyimpan lagi koleksi-koleksi permainan. Eheheh.. Jika ada pun mainan ku sekarang biarlah mainan yang mempunyai fungsi yang berguna seperti jam tangan dan handphone. Ehehe... Itu juga tetap ku anggap Gadget mainan... Tambahan lagi jika semakin canggih. Ehehe... Sehinggakan kekadang aku sanggup menghadiahkan apa saja benda yang ku paling sayang kepada sesiapa saja yang ku mahu. Jika ada yang tidak mahu menerimanya sebagai hadiah, ada yang sanggup membayar pula... Namun, jika itu kehendak mereka, aku pun tak dapat menghalang. Ehehe...

Lagipun, sebenarnya tujuan atau sebab memberi hadiah itu bukanlah hanya kerana hari jadi sahaja. Ia menunjukkan reaksi atau respon atau ekpressi diri kita kepada si penerima hadiah tersebut... Dengan ikhlas... Sepertinya ekspressi memohon maaf, persahabatan, kegembiraan...kasih sayang...perpisahan, kenangan (cenderamata/cenderahati) dan lain-lain lagi sebab dan ekspressi. Dan, DeeDee memberikan hadiah, langsung tidak mengharapkan balasan. Amalan meminta balasan terhadap apa yang telah kita lakukan terhadap orang lain adalah tidak baik. Lagipun, kita beri bila kita benar-benar ikhlas serta niat yang betul. Itu saja. Namun, memang ada kalanya pemberian hadiah kita terkadang itu ada di salah ertikan orang lain. DeeDee pernah juga orang salah ertikan maksud apabila menghadiahkan hadiah kepada kawan seperti kawan perempuan dan lelaki yang menyukai perempuan itu pula cemburu. Itu memang situasi biasa... Namun, syukur... lama-kelamaan, mereka juga memahami maksud DeeDee kerana suka memberi dan tidak mempunyai maksud apa-apa. Ya, tidak mudah orang faham. Ehehe... DeeDee di Kuala Lumpur ini juga sudah mula suka memberi hadiah pula disebabkan begitu banyak tempat dan pilihan untuk memberikan gift untuk apa cara majlis dan kesuaian waktu sekalipun... Apa yang mampu, itulah yang sebaik-baiknya DeeDee usaha berikan. Lain daripada itu jika DeeDee tidak mampu, hanya senyum dan mendoakan yang terbaik saja kepada kalian. Ehehe... Hidup di negeri orang ni, malas nak membuat simpanan koleksi hadiah. Risau pindah nanti, memang banyak nak kena angkut. Ehhee....Tips kalau nak bagi hadiah tu, sebaik-baiknya berilah hadiah yang pernah anda miliki bagi yang tidak berkemampuan itu supaya tiada sedetik pun rasa menyesal di hati memberikan hadiah yang diri sendiri pun tidak pernah miliki.

Namun, jika mampu pula, belilah hadiah yang mampu buat diri tersenyum dan orang yang anda ingin hadiahkan itu senyum juga... Ehehe.. InsyaAllah.. dari situlah datangnya keikhlasan dalam pemberian hadiah... Di sana juga DeeDee masih lagi dapat meneruskan tradisi menggembirakan ini sampai bila-bila. Ehehe... Selalunya, DeeDee suka bagi hadiah yang simple-simple saja. Kekadang, most of present yang dapat mereka gunakan harian atau tatap bila punyai masa agar tidak melupakan kita ketika dalam kesusahan atau kemurungan. Sesungguhnya, sifat tolong-menolong itu amat digalakkan dalam komuniti kita. :) hacer feliz

Sunday, July 11, 2010

Kedatanganku Kali Ini Tak Sia-sia, Terungkai segalanya namun belum Terbongkar Semuanya...

SEREMBAN- Kedatanganku ku ke Seremban kali ni bukanlah suka-suka sahaja. Tidak sia-sia juga ku datang kali ini setelah 2 bulan menahan rasa tak balik tambahan lagi namaku di buruk-burukkan ketika ketiadaanku. Buruk yang macamana? Fitnah. Fitnah bodoh dari keluarga bodoh. Statement berani mati bah ku ni. Tapi, itulah.. mulut orang. Aku tak tahu pun sampai aku begitu sekali di layan. Ingin tahu sudah? Baiklah. Mana aku nak mulakan ya? Erm.. Okeh, macam ni... Aku mulakan dari 1st time ku di kedai Kazen kena suruh jadi cashier. Ermmmm... Dua bulan lepas, ketika ku jadi cashier, ada seorang perempuan Sabah baru kerja juga di kedai Kazen. Namun tiba-tiba balik kerana demam. Tapi, dia sempat terlihat ku di Kedai kazen pagi tu sebelum memulakan tugasku. Semalam, ku nanti-nantikan kazenku menceritakan sendiri fitnah apa yang telah sampai di telinganya selama ini. Mulanya kazenku menceritakan mengenai seorang perempuan Sabahan yang berminat padaku hingga mahu balik ke rumah kazenku semata-mata hendak bertemu ku dan berkenalan denganku hinggakan juga aku ni seperti persaingan sengit kepada adik Kazen. Eheheh... Chewah, pisang panas nampak.. Tapi, bukan crita mengenai itu rupanya yang selama ini kazenku pendam hendak bercerita denganku...Ada lagi cerita yang lagi bodoh bahlul paloi @#$%^&* dan yada yada yada.. Setelah selesai sahaja malam tadi kazenku mandi, dia duduk bersamaku dan saudara serta pak cik makcik (parent Lizz) pun ada malam tadi. Kelihatannya perkara ini serius dan aku cover saja sambil mengambil rambutan yang terhidang di buka kulit. Kazenku, Awang pun memberitahuku tentang Nana. Aku terperanjat dalam hati namun raut wajahku sendiri ku tenangkan dan mulut menyebut Paloi, Bodo!!!... Uiii nahhh... Ketawa Parent Lizz dan Isteri kazen mendengarku menyumpah pendek. Ya, cilaka... benar-benar cilaka. Mo tau apa? Sini, aku ceritakan...

Pada hariku menjadi cashier hanya sehari sahaja di kedai Awang hari tu, rupa-rupanya salah seorang dari pekerja kazen tu OKU telah meminati ku dari hari pertama melihatku di Seremban dahulu. Aku tidak akan menyalahkan sesiapa sekalipun kalau ada sesiapa yang suka ku, malahan akan ku layan dan ingin ku selidiki sebab-sebabnya. Kerna aku juga ingin tahu apa ada denganku. Ini bukan mesej utama yang ingin ku sampaikan pada kalian. Pada hari itu juga, sedang aku sibuk menjadi cashier, aku di datangi si Nana yang OKU ni juga. Seringkali jika ada kesempatan dia datang dan cuba menerangkan sesuatu kepadaku. Aku hanya faham angguk dan buat bodoh saja kerna aku sibuk juga. Tapi, setelah dia menjelaskan dia pernah masuk OKU, aku simpati jauh di sudut hatiku. Rupa-rupanya selama ini dia tidak normal. Aku pun senyum dan berbual biasa-biasa saja. Sampai suatu tahap tu si Nana ni minta nombor telefonku. Ku berikan. Dengan alasan dia mahu menjadi adik angkatku. Aku setuju saja walaupun aku tak nak tapi kerna dia berbeza aku iya kan saja. Tetapi, yang menjadi tanda tanya ku dari hari itu ialah si Nana seringkali mewarningku supaya tidak memberitahu sesiapa tentang hubungan adik-beradik angkat ini. Aku hairan, tapi iya kan saja. Tapi aku tak percaya juga kalau aku boleh merahsiakan kalau sudah aku sendiri tidak yakin akan kejujurannya yang lain macam saja. Jadi, setelah selesai sahaja ku di Kedai Awang itu, aku pulang bersama Awang dan bertanyakan tentang benar atau tidaknya tentang si Nana OKU. Awang meng iyakan. Keesokan harinya aku pun balik ke KL. Semenjak itu lah bermulanya fitnah rupanya tanpa ku sadari.

2 bulan telah ku tiada di Seremban atas alasan yang kukuh seperti sakit demam, kenduri, membantu memasang penapis air di rumah kawan dan yada yada yada lagi. Namun, sepanjang alasanku itu yang kukuh, tiba-tiba Awang menekankan aku. [seperti yang pernah ku post blog sbelum ini]. Sekarang aku tahu sudah jawapannya.

Rupa-rupanya, parent si Nana membuat rancangan jahat untuk mengenakan aku dan memerangkap aku supaya kena tangkap basah dan berkahwin dengan anak mereka yang OKU itu. Anda terkejut? Aku yang merasa lagi lah nak tersembur keluar rambutan yang aku kunyah. Kurang ajar tak? Selama ini, kazenku Awang banyak membantu keluarga mereka itu dalam meneruskan hidup. Tidak berniat aku membuat blog ini untuk mengaibkan mereka, tapi fitnah yang mereka sampaikan seluruh Seremban yang mengenali aku itu sungguh mengharukan keluarga kazenku di Seremban. Aku di Kuala Lumpur yang bekerja lagilah stress pada mulanya aku tidak tahu. Sekarang aku sudah tahu. Celaka. Aku marah ni sebenarnya. Tapi, itulah. Kenapa aku marah? Kerna, rupa-rupanya menantu mereka sebelum itu pun mereka perangkap sebegitu di tangkap siang-siang petang 3pm macam tu. Orang tak nak dan mereka kahwinkan juga. Yang akhirnya sehingga kini menantu mereka itu maseh lagi ada. Khabar dari kazenku juga mengatakan bahawa keluarga si Nana mahu merancang untuk menyerangku di Kuala Lumpur supaya memerangkapku kahwin dengan si Nana kononnya. Tergamaknya mereka kan. Aku dan sepupuku itu tidak menjahati mereka tetapi mereka membuat perlakuan seperti itu pula terhadapku. Alangkah lebih baiknya aku tidak kenal mereka dahulu... Namun, ini semua memang ada hikmahnya. Nasib baik juga mereka tidak tahu di mana rumahku di Kuala Lumpur. Yang paling ku sakit hati mendengar sejarah mereka memerangkap menantu mereka itu dahulu lagilah seperti perjalananku sekarang. Maksudku, anak mereka mula langkah terlebih dahulu bermesej-mesej, lama-lama nanti si ibu mereka pula pura-pura menghantar sms menggunakan hanpon anak mereka itu tetapi mengaku anak pula. Kemudiannya mereka akan cuba cari jalan memerangkap hingga terjerat seperti yang menantu dorang pernah terkena jerat rancangan jahat mereka itu. Urrrrggggghhhhh..Celaka sungguh di perbodohkan....

Nasib baik sudah seminggu juga aku malas mereply mesej si Nana yang hari-hari itu semenjak aku syak sesuatu. Semalam memang terungkai segala-galanya. Persoalan yang maseh hanya dan sekarang yang bermain di benak fikiranku ialah, Adakah si Nana bertindak smsku kerana arahan atau gerak hatinya, atau Adakah Nana selama ini sms denganku tanpa pengetahuan parentnya pada mulanya tapi akhirnya ketahuan lalu parentnya meneruskan saja rancangan jahat atau Adakah, si Nana yang lembap IQ (seperti pengakuannya sendiri pada mula perkenalan denganku) pandai atau ingat seperti yang di arahkan padanya oleh ibunya sebelum ini supaya mencari peluang untuk cuba berkawan denganku? Urggggghhh...Banyak lagi persoalan yang tak mampu ku perTaipkan.... Namun ini semualah antaranya setelah ku mengetahui. Memang kebanyakannya masuk akal juga. Celaka betik-betik celakin sungguh mempergunakan aku. Urggggghhhh..... Sampai hati kalian manusia yang bernama niat buruk. Inikah didikan anak korang? How could you do that?

Namun aku bernasib baik kerna Awang tidak mudah mempercayai fitnah orang. Dia pun maseh ingat statementku bertanya tentang Nana OKU itu dulu. Nasib baik aku dah buat soalan statement dahulu si Nana tu betol ke tak OKU. Lepas ku mendengar ke semua isi perut luahan Awang padaku itu dan kerisauan serta kegelisahan serta tentang masa depanku [yang pernah di sebut-sebut dalam blogku lepas], Ya!! Memang lega!! Dan make sense lah semua tindak-tanduk celaka mereka selama ini. Aku bersyukur setakat ini rancangan jahat mereka di ketahui terlebih dahulu sebelum mereka memulakan tambahan lagi mereka juga tidak tahu yang aku telah tahu perbuatan rancangan jahat celaka mereka itu padaku. Bukan kerna tak mahu kawen, tapi jika dengan cara ini, di perangkap, di tangkap basah, korang nak ke pembaca blogku? Tentu saja yang waras membaca faham blog ini lagi hebat jawapan kalian kan? Okay lah....Korang buatlah rumusan sendiri k. Nanti siap, hantar pada cikgu dan doakan dapat markah penuh dalam Sains. Habis cerita.

Tinggalkan Masalah Anda Sebentar!


Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang 'Stress Management'. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya, "Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran kamu semua?" Mahasiswa menjawab berat air mungkin dalam 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah berat secara total, tetapi bergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama satu minit, ia tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan terasa sakit. Dan jika saya memegangnya selama satu hari, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama tapi semakin lama saya memegangnya beban yang akan ditanggung badan saya akan bertambah," jawab pensyarah itu.

"Jadi jika kita membawa beban terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan bertambah beratnya. Jadi apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas itu dan berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi."

"Kita harus meletakkan beban itu secara periode, agar kita berasa lebih segar dan mampu membawanya lagi."

Bermakna sebelum pulang ke rumah dari pejabat atau ke mana saja, tinggalkan beban pekerjaan anda. Jangan membawanya pulang. Beban itu boleh diambil pula keesokan hari. Apa pun beban yang ada di bahu anda sekarang, cuba tinggalkan atau lupakannya sementara waktu, sebelum anda memikir atau mengambilnya kembali.

At least korang semua dapat sesuatu eh dari kisah kat atas nih...DeeDee wish korang semua faham bagaimana nak meninggalkan masalah sebentar... InsyaAllah no problem tu..

Jangan kita lupa bahawa setiap masalah yang datang adalah dari ciptaan kita sendiri. Ia tercipta kerana kelemahan kita dalam mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, perbaikilah setiap amalan kita setiap hari. Jika baik amalan harian kita seperti solat dan adab-adab kita, itulah yang kan membantu dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang. InsyaAllah.

Lagipun bersempena Israk Mikraj ni, faham-faham sajalah amalan masing-masing yang tidak cukup. DeeDee juga sedar itu semua. Takut.

Saturday, July 10, 2010

Aktiviti Ku Hari Ini Yang Memuaskan Hati


Aduh...mengantuknyer.... Pulang nya aku ni tadi dari Terminal 1. Sekarang aku di rumah sepupuku. Sepupuku pulak takder kat umah. Nevermind. Dorang kan busy. Bisnes dan urusan masing-masing. Nasib baik ada anak-anaknya di rumah dan Pak Cik ku (Bapa Lizz) di sini. Oh ya, nah, arini bejalan sakan ku seorang diri. Hehe.. Aku mencontohi Shill kawanku yang mana kalau dia nak buat sesuatu yang dia suka tu, tak semestinya perlu ajak kawan or tunggu kawan. So, aku pun tanpa memikirkan komitmen yang lain, aku bangkit pagi tadi dari tidur lalu bersiap ke Maju Junction. Di Maju Junction pula, aku menunaikan wang pos ku. Lalu aku yang gila facebook pula tak dapat tak online sepanjang perjalanan ku. So, aku pun online menggunakan sim card broadband ku ke dalam hanpon kecayangan ku Nokia 3120Classic.

Aku namakan pulak arini DeeDee Destinasi Bajet. Kunun. Hehe.. Yalah, aku sudah kira boleh menjimatkan wang dalam soal shopping di Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Terutama shopping barang keperluan dan hadiah-hadiah tau. Eheh... Orait, selepas selesai sahaja urusanku di pejabat Pos, aku berjalan kaki menuju ke LRT Monorail. Sesak jugak ari sabtu. Yelah, orang tak kejer... Hehe...Yang muda-mudi remaja plak jalan-jalan sekitar Bukit Bintang, Times Square dan sewaktu dengannya. So, aku pun menuju ke Stesen Hang Tuah. Dimaklumkan stesen bas perjalanan ke KL-Seremban dah berubah. Dahulu biasanya di Pasar Seni. Yupp..ada renovation kat Pasar Seni tu...

Setelah mendapatkan bas menuju ke Seremban, aku rehat dalam bas dan sambil mendengar lagu Techno dan lagu-lagu Alternative, RnB dan variety of songs lagi sambil ku memandang keindahan alam yang Allah ciptakan. Baru 2 bulan aku tak balik Seremban, memang ada perubahan walaupun sedikit.. Akhirnya, sampai sahaja aku di Terminal 1, aku pun meneruskan jalan-jalanku. Aku berasa lapar, aku beli Kit Kat setibanya di dalam Terminal 1. Memang cukup mengalaskan rasa laparku. Mencari KFC dan McD dan di jumpai penuh, so aku memilih keputusan window shopping sambil makan Kit Kat (amalan makan sambil berjalan tidak bagus okay). Saja melintas di food court, ada cineplax, melihat terlebih dahulu Movie ape yang best. Antaranya, Zoo, Despicable Me, Twilight, Predators dan 9 Temple Ghost ker tak silap...Aku memilih Movie di luar jangkaan ku sendiri dan musim sepatutnya. Sekarang musim Twilight, tapi aku pilih Predators. Well, full of satisfaction. Dihidang lagi trailer-trailer movie yang akan datang. Memang puas ati tengok Trailer Avatar, Ong Bak 3 dan Angelina Jolies punyer movie aku tak ingat tajuk.. Ke 3-3 movie tu mesti tengok. Seronok!!! Terutama Avatar!! Bukan Avatar Biru tuh...Crita Kartun Avata The Last Airbender tu...haaaaaa... Yang tu lah....memang puas ati..Terbaeeeekkkk!!! InsyaAllah... Tonton lah bersamaku... Taknak sudah...

Balik dari Movie aku terus ke kawasan perumahan Sepupuku di College Height. Ow yah...mengantuk la pulak time nih... Baru pukul 7pm..haishhh.. Tidur kejap jer okay..XOXO...yada yada...

Friday, July 9, 2010

Twilight Eclipse


We’re doing this your way. Because my way doesn’t work. I call you stubborn, but look at what I’ve done. I’ve clung with such idiotic obstinacy to my idea of what’s best for you, though it’s only hurt you. Hurt you so deeply, time and time again. I don’t trust myself anymore. You can have happiness your way. My way is always wrong.
Edward Cullen, Eclipse, Chapter 27, p.617

Thursday, July 8, 2010

Avatar The Last Airbender








Jom tonton crita ini bersama ku.. Di cinema nanti... Ehehe... Kartun Avatar tu jadi real sudaaa.... Wuhuuuuuu....

Sunday, July 4, 2010

Bahu Hang Bahu Kau.. Rupa-rupanya ko maksudkan ini padaku!!!

"DeeDee, maner Dee?".. Tanya Kak Celine Dion (bukan nama sebenar) kepadaku. "Ah? Ape kak?"..Tanyaku kembali padanya... "Ala....Bahu Kau...".. "Ah?..Bahu Kau?..Ape tu Kak?" Tanyaku kembali lagi... "Kuih la Dee!!!"..Lamaku memikirkan semula apa yang di maksudkan kakak Celine Dion ni tetiba saja... Then kakak tu senyum dan menjawab..."Bahulu lah Dee!!!!!"...Haha.. Ceh.. Ingatkan apa... Aku pun heran sampai perhati-hatikan bahu ku sendiri ada kuih ka tidak. Ehhe.. Ada-ada saja... Mungkin kerana keunikan Bahulu ni yang berwarna-warni nih yang buat dia tertanya-tanya maner kuih nih... eheh..Kalau korang nak interview kuih nih, di persilakan lah. Ehehe.. Nama kuih nih, semua orang tahu Baulu or Bahulu. Tapi rasa kuih ni tentu korang pikir sama dengan kuih baulu biasa.. Nope!!! Huhuh...aku dah rasa kesemua jenis kaler-kaler kuih nih...rupa-rupanya!!!!! Tiap kalernya lain rasa!!!! Wow!!!!! Orait, cuba korang perhatikan!! Berapa kaler ada tu? Ada kaler Purple, Hijau, Oren dan kaler pink!! Hehe....yang kaler purple rasa blueberry.. Yang kaler Pink rasa strawberry, Yang Oren nda silap rasa Orange, dan yang kaler ijau rasa kelapa ka pandan tu ah..nda ingat sudah bila kesedapan... Ehehe...korang perlu rasa sendiri la nih... Sebab, rasa baulu tu tetap tak lari walaupun di tambah dengan Jem-jem 4 prisa nih... Sedap tau!!!!! Haha...

Ini lah rupa bentuknya. Kalau sesiapa yang telan terus boleh pengsan sebab besar, padat, mantap, dan boleh tercekik di kerongkong kalau takdak ayak or air kopi panas ka, teh ka, milo ka... huhuhu... Memang sedap... Rasa nya yang padat itu dan seperti memakan pillow saja. Ow yeahhhh... Eh.. Kuih Bahulu yang ku tangkap gambar ni pon bukan aku punya... si Johnny Deep(bukan nama sebenar) punya. Aku macam biasa lah.. kalau sudah di hidang masakan aku menolak rezeki.. Huhuhu... Aku paling suka makan yang kaler purple ni bah... Sedap tau.. Sehingga tercekik. Eheh.. Alahai...nak beli ni pun dari Negori Sembilan... KL takdak...kalau ada pon baulu biasa aja dong.. So, apa lagi, Chewah.. hubungi Rosalinda Ayamor(bukan nama sebenar) untuk mengirim baulu ni ketika dia sempat singgah kar pasar di Rembau. Huhuh.... Rembau ka katner eh? Ehehe.. Apa-apa pun.... Harus try...

Lupa mo bagitau... Rm10 saja. Ehehe.. brapa banyak dalam tu aku tak la hitung sebab berbaloi-baloi.. lain dari yang lain tau. Dapatkan stok sekarang selagi maseh ada hanya pada Cik Rosalinda Perez. Yummy... Padahal Cik Rosalinda tak mintak aku promote pun..nanti dia sibuk aku pulak kena kedebushhh!!!!... hahahaha... Orait orait.. Muah bebeh... XOXO...

Saturday, July 3, 2010

Bersempena Hari Kucing


















Followers