I Like it!!!

Sunday, May 22, 2011

The field of consciousness is tiny. It accepts only one problem at a time.

Trilogi di sebalik trilogi bakal merungkai episod ku kali ini sedikit demi sedikit. Walaupun aku telah membuat kata putus dalam keputusan hidupku untuk meneruskan kehidupanku berdekatan dengan tempat kerja, namun realitinya tak semua yang menerima. Di kala ini, kesakitan kepalaku telah berkurangan kerana asyik memikirkan untuk orang lain. Walaupun aku telah berhijrah ke rumah baru yang lebih dekat dengan tempat kerjaku, namun kisah di rumah lama tidak berhenti dan berakhir begitu sahaja. Baru-baru ini, aduan dari rumah lama telah sampai lagi kepadaku. Walaupun aku tidak duduk di situ, aku tetap terima aduan dan update tentang rumah itu. Aku yang merasa, lagilah siapa yang tahu. Ada di antara housemate lama di rumah itu seringkali menghadapi kesulitan dan kesukaran membayar pantas kepadaku bila ketika aku menagih duit sewa untuk ku sampaikan kepada tuan rumah sewa. Oleh itu, selalunya aku tolong dahulukan dengan duitku sendiri.

Aku terlalu menjaga hati tuan rumah sewa lama. Senang saja kenapa aku terlalu menjaga hati tuan rumah sewa. Walaupun hakikatnya tuan rumah sewa tidak tahu kesukaran yang tengah aku alami sekarang. Dahulu, mula-mula mencari rumah sewa, bukan main susah, setelah dapat, bila aku pindah sekalipun, aku tetap ingat janji-janji kami semua serumah lama itu akan duduk lama. Tetapi, sekarang keadaan telah bertukar jadi begini. Salah seorang housemate mengadu padaku yang seorang lagi housemate tidak balik ke rumah untuk sekian lama. Bilik housemate yang tidak balik tu pulak bukan main sepahnya siap dengan bekas-bekas makanan dan sisa-sisa. Terdapat juga bau yang tidak menyenangkan. Aku faham apa yang diadukannya padaku sedangkan aku pernah terlihat dan terhidunya sendiri. Namun, apakan daya kami yang tidak sebilik untuk mengemas dan membersihkan biliknya. Tanpa disedarinya juga, keadaan biliknya itu menjejas kami sehousemate samada dari kesihatan dan jugak mental. Kekadang Cik T (tikus) keluar masuk. Lipas dan seangkatan dengan tentera perosak kekadang shuffle dalam tuu~ Tak tau lah kalau ada makhluk halus sekali dalam tuu~

Apapun, housemate yang mengadu kepadaku itu mengadu agar tanyakan samada si housemate yang telah lama tak balik tu, duduk lagi ker tak di rumah lama itu. Kalau tidak duduk, akan mencarik pengganti baru menduduki bilik itu namun dalam aduannya pula, takut untuk mengemas dan mengusik barang-barang empunya housemate yang tak balik-balik tu nanti dikhuatiri hilang disalahkan pulak. Kalau ikutkan aku, semua itu sepatutnya boleh dilakukan terutama part membersihkan. Namun, ikutkan prosedur pembayaran rumah sewa, housemate yang lama tak balik rumah tu, tetap setiap bulan dia membayar sewa kepadaku walaupun ikut kiraan bayaran sudah 2-3 bulan tak balik rumah. Walaupun tetap membayar sewa, namun tetap lambat membayar kepadaku sehinggakan aku begitu sengkek untuk mendahulukan duit sewa kepada tuan rumah sewa terlebih dahulu.

Sebenarnya, lain-lain hal tu, aku dah terpaksa buat tak pedulik. Tetapi, aku tetap mempunyai tanggungjawab terhadap rumah sewa tuu sebab aku masih ada perjanjian lain lagi dengan tuan rumah sewa. Masalahnya, apabila perkara sebegini, aku juga yang disuruh menegur housemate yang telah lama tidak balik itu. Walhal, housemate yang telah lama tidak balik tu rakan sekampung dengan housemate yang mengadu tu. Apakah salahnya jika housemate yang mengadu tu sendiri bertanya sendiri pada rakan sekampungnya itu. Selama ini aku tidak berani menegur perangai dan sikap masing-masing sebab mereka adalah rakan sekampung dan aku terlalu menjaga hati hubungan persahabatan mereka. Rupa-rupanya di sebalik kehipokritan masing-masing, ada ketidakpuasan hati yang terpaksa melibatkan pihak ketiga untuk menyelesaikan.

Mungkin kerana aku jenis yang terlalu direct sound, sebab itulah aku terpilih untuk sound terus supaya tidak menghadapi masalah-masalah yang lebih parah seperti makan hati, berulam sambal goreng DeeDee masak, ataupun supaya hubungan mereka tetap macam biasa. Entah, itu sebenarnya antara 1001 sebab juga untuk aku telah berpindah ke rumah baru selain daripada aku perlu mengurangkan bajet kos pengangkutan awam pergi balik kerja dan juga terdapat isu-isu lain sebab untuk aku berpindah ke rumah baru ini yang tidak perlu ku ceritakan semua demi mengelakkan dari mengaibkan sesiapa. Cukup. Ini semua tidak akan berlaku sekiranya mempunyai sikap, give and take, tanggungjawab dan masing-masing tahu diri sendiri dah dewasa! Siapa lah aku yang perantau ini hendak mengajar orang yang sememangnya asal di sini. Jika dibandingkan usia, aku lebih muda berbanding mereka semua. Janganlah peristiwa seperti Singapura dilanggar todak berlaku lagi apabila si Hang Nadim telah memberikan ikhtiar, ada diantara pegawai istana yang tidak sukakannya lalu diakhiri dengan hukuman bunuh. [Sarcasticnya aku].

Semua ni berlaku pun sebab aku masih menyewa rumah tu walaupun aku tidak duduki lagi. Aku mempunyai sebab untuk masih terus menyewa rumah tu tetapi setakat Disember sahaja. Lepas tu, aku akan lepaskan tanggungjawab ini kepada yang sebenar-benarnya masih duduk di rumah sewa itu. Yang lain, tidak perlulah ku adukan di sini kalau aku benar-benar mahu mengadu. Lagipun, ini semua sebab sikap masing-masing dan tanggungjawab terhadap rumah sewa. Jika kita tidak dapat mengubah seseorang itu di penempatan kita duduki, adalah lebih baik jika beransur pindah ke penempatan baru daripada terus menerus memendekkan umur di penempatan lama. Tidak semua dapat menerima perubahan. Oleh itu, sentiasalah berubah mengikut keadaan agar fleksibel dan mudah serasi biar di mana pun kita. Berubah tu, biarlah ke arah kebaikan dan bukannya sehingga menjejaskan kesihatan sendiri dan kebajikan sendiri.

Terlihat aku akan akaun Facebook arwah Kak Nana hari ni, hari lahirnya hari ni. Aku teringat lagi, hari lahirnya walaupun tidak sama dengan hari lahirku, namun bulan kelahiran kami berdua sama, iaitu bulan May/Mei.
I miss U Kak.
-Al-Fatihah-


Tuesday, May 17, 2011

Public Holidayku Hari ni yang kelam dan kabut sebentar~ Adeiiiiihhhh

"Uhh???! DeeDee!!! Bangun! Ko sik keja ka aritok??!!!" Jam di dinding sudah pukul 7 pagi. Si Fauzi mengejutkan aku dan aku bingkas bangun seperti rumah mahu runtuh dan senyum tak perlu kata apa-apa lalu berlari deras ke jamban. Kedengaran juga Fauzi berlegar di luar tandas. Aku out dan senyum mengatakan,"Fauzieee, ko sik ingat ka aritok PH? Hari Wesak? Hehehe...Aku ney ada keja aritok~ Huhuhu". [Haha, saja membuatkan Fauzi kehairanan aku bergegas ke tandas. Memang pun aku nak ke tandas pagi tadi, cuma maseh tertahan-tahan lagi sampai Fauzi bangunkan baru aku bergegas] Huahuahuahuahuahua...~

Apa pun, Selamat Menyambut Hari Wesak kepada rakan-rakan saya yang menganut agama Buddha. Hehe... keuntungan bagi kami di Malaysia ialah, hari perayaan di antara bangsa terbesar di Malaysia, kami pun turut tempias untung cuti umum. Dapat larrrr rehat~ Huhuhu... Anda tahu tentang hari Wesak? Tak tahu takper, DeeDee gtau dan hayati bersama okeh? Sebelum tuh, nak explain hal pagi tadi tu pulak. Yang si Fauzi risau aku terlewat tuu~ Hahahaha... Geng! Ko tau ka?!! Hari Isnin hari semalam? Adoi na!!! Semalam, memang betol weiiii aku terlewat bangun untuk pertama kalinya dalam tahun ni saja lah... Aku datang ke opis aku lewat jam punch kad sebanyak 21 minit! Huahauahuahauahauahauahaua [ini bukan sesuatu yang membanggakan!]. Adoiiii~ Ye larrr, mentang-mentang dah berusia nih, tiba-tiba plak aku lewat bangun! Ternyata kelenaan tidur aku dengan wish-wish hari jadi yang menggembirakan dari korang-korang semua yang wish aku tuh, cukup buat aku tidur tersenyum sampai terlewat bangun pagi untuk kerja~ Hahaha...

Alarm clock aku berbunyik pun aku siap tutup lagu alarm kat kedua-dua handphone aku tuhhh belum sempat pun lagu alarm tuh habis~. Ternyata, sungguh lena~ Huahauahuahaua~ Jangan diamalkan ya. Sebab tu lar si Fauzi bimbang kejadian semalam tu berulang bak kata Tomok -Sejarah Mungkin Berulang oh kekasih~ Huahauahauahaua... Apa pun, thanks la kat jasa baik si Fauzi care and tolong bangunkan walaupun tak ingat memang hari nih aku tak koja punnnn~ :P (^~^). Lantas, bila aku sudah bangun, aku sambung semula tidur dan bangun semula bila cukup rehat. Apa lagi, memasakkkkkkkkk!!! Hahaa... Ini saja kesempatan yang ada bila Fauzi di rumah. Dua hari lepas asyik makan dengan Wanzy saja. So kecian plak si Fauzi tak dapat join sebab syif kerjanya berbeza~ Kali ni aku masak, kompom si Fauzi sempat~ Yeayyyy~ Lagipun Fauzi kerja pukul 3pm bertolak dari rumah 2pm. Sempatttt~~~ Huhuhuh...

Oppsss, melalut pulak. Ya ya ya... tentang Wesak Day. Hari Wesak ni merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka. Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha, yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Patutlah semalam aku tanya kat Kak Blossom, dia cakap pagi-pagi dia akan pergi ke Kuil di Chow Kit. Anyway, Happy Wesak Day Kak Blossom (bukan nama sebenar). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi. Ohhhhhh, begituuuuu~ Selamat Hari Wesak 2011 dan selamat bercuti. ◕‿◕

Bulan May ni memang macam-macam perayaan ada termasuklah Hari Jadi saya~ :P Balik-balik cerita bufday. Haha. Soalnya semalam ko ga explain sama kami sih DeeDee? Semalam? Errrr... ya ya ya... Hari Guru semalam. Ya ya ya... Siapa yang tak ingat hari Guru kalau dah sederet dengan hari jadi aku~~~ Hehehe... Okay, Selamat Hari Guru juga kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya sehingga saya begini dan begitu dan juga kepada semua guru-guru di dunia yang selagi mengajarkan benda-benda dan pelajaran yang baik-baik dan bermanfaat! Huhuh... [Tak pulak PH semalam]. Hari Guru di Malaysia disambut pada setiap 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Begitulah al-kisahnya Hari Guru yerrrr kengkawan~ Huhuhuuh...

So, sekarang... apa lagi perkembangan terkini nak di share?Ermmmmm... takder... ermmmm, handphone aku. Hurmmm, menyampah sarapnya rasa handphone aku yang satu tu, tiba-tiba saja padam sendiri. Eiii... nampak sangat nak mintak tukar handphone. InsyaAllah tahun ni target tukar handphone. Pada mulanya aku nak carik handphone yang dapat dua sim card bukan CSL Brand, tapi yang Brand Samsung tuu. Tapi, tu larrr, yang touch skrin Samsung dapat 2 simkad tuu kebanyakannya cepat sangat stop jual. Banyak kedai tak nak rugi lar tuu. Hairan aku. Takper-takper. Aku kena save budget plak kali ni untuk carik handphone lain kalau boleh dapat letak dua simkad. Rimas rasanya membawa ke hulu ke hilir dengan 2 handphone. Macam terlalu ramai skandal plak :P. Lately, aku dah jarang tengok wayang. Memandangkan si Fauzi kekadang selalu rajin pinjam pendrive aku dan bawak cerita movie-movie terbaru. So, aku layan jewww. Hehehe... kalau layan tuu pun, kitorang layan ramai-ramai kat rumah sampai tertido-tido kat ruang tamu tuhhh. Tak kisah lah cerita seram ka, aksi ka, perang ka... terutamanya lawak ka, bila bersama-sama menonton, cerita tu tak best ker best, tetap best!!!! Layannnnn... hahaha... Sebab tu larrr rumah ni selalu riuh-rendah tak kira waktu malam mahupun waktu pagi sebab penuh dengan gelak ketawa riang raya Cornflakes~ Pedulik kat jiran sebelah rumah. Asal jer dulu mula-mula kitorang datang pindah, tiap kali nak tegur dorang, dorang buat-buat tak nampak dan sombong jewww. Hurmmm... Tak per... kitorang saja nak berkenalan sebab jiran jeww. Tak per lar kalau itu Pe'el korang di K-eL. Huhu... tetap kitorang meriah~

Buat masa nih, aku nantikan dengan kesabaran saja lah dulu cerita X-Men : First Class yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Huhuhu... yang tuu memang aku nak sangat tengok di wayang sebab aku tak pernah terlepas menonton cerita X-Men kegemaran! Sementara tu nanti, akan keluar pulak cerita Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides. Huhuhu... sabar jewww. Cerita melayu jer nanti aku berkira sikit nak tengok terbaru nih dengar pasal wayang Nur Kasih. Hurmmm, tengok lah macamana nanti. Hehe... So far, kalau pasal tempat kerja aku sekarang, Alhamdulillah sebab aku dah dapat kembali buat kerja aku ikut turutan asal semenjak MuMu (bukan nama sebenar) telah ambil alih kerja. Nampaknya sekarang di tempat kerja aku nih semakin ada muka-muka baru yang masuk kerja dari yang telah berpengalaman hinggalah tiada pengalaman. Bagus gak lah ada pertukaran wajah-wajah baru nih. Muak gak tengok ada segelintir pekerja-pekerja lama yang tak bertanggungjawab dan bengkeng. Sekurang-kurangnya dengan adanya yang baru nih, mudah untuk dilentur buluh dari rebungnya. [Senanglah mengajar dan menerima ajaran kerja yang dipertanggungjawabkan]. So, semuanya just fine. Alhamdulillah. Baiklah, esok sudah mulai kerja semula, saya wish, Selamat Bekerja dan meneruskan apa saja pekerjaan dan pelajaran esok ya.

Esok, ibuku akan menjalani pembedahan memotong selaput pada mata yang hampir menutupi anak mata. Semoga pembedahan selaput mata ibu esok berjaya dan maafkan DeeDee tidak berada di samping ibu ketika ini kerana menjalankan tugas di perantauan.
Love you Mum.

Sunday, May 15, 2011

If we could be twice young and twice old we could correct all our mistakes.

Senyum semua. Hari ni hari Ahad. Aku berpeluang menulis blog di kesempatan hari jadiku ini. Apa perancanganku untuk hari jadi kali ini? Huhuhuhu... Oh oh oh tidak. Tidak saya keluar dan stay out late macam dulu-dulu lagi [amboi, bercakap macam sudah tua bangka]. Hehe... acah saja ya. Gurau-gurau. Saya di rumah hari ni sepanjang hari. Rehat lebih baik dan menghayati sepenuhnya nikmat aku masih lagi bernafas hari ini dengan izinNya. Alhamdulillah.

Party and present? Hehe... tak perlu majlis besar-besaran dan tak semestinya ada hadiah. Itu saja. Cukup besar bagiku hadiah dari kalian semua menyadari akan kehadiranku dan mengingatiku kepada yang menyayangi. Itu hadiah terbesar bagiku. Tak kiralah samada wish hari kelahiranku melalui social network atau sms dan call. So, far Alhamdulillah, semua laluan penghantaran wish kepadaku, sampai dalam bentuk media, call dan internet. Cukup. Sudah cukup buat saya senyum lebar sampai ke telinga di atas sambutan sebegitu. Kenapa ni Dee? Merajuk ka? [Hehe, tidak lah, sebab saya tahu]. Apa yang ko tahu Dee? Setelah sekian lama dan setiap tahun melalui hari kelahiran, takkan tak faham-faham lagi. Ce fahamkan. Soal Party, Hadiah dan Rakan-rakan yang menghadiri. Hehe... Party? Ermmm... I love Party. Sukakan majlis tak kira besar-besaran mahupun kecil. Kecil lebih bagus. [Senang berkemas]. Huahauahuahauahu. Mungkin majlis harijadi bagiku tidak bermakna sebab aku sejak kecil tidak pernah ada majlis setiap kali harijadi. So, tak demand. Kalau ada pun, Alhamdulillah. Jika ibu bapaku sedar saja, baru ada bacaan doa selamat antara kami sahaja. Itupun dah memadai :D.

Party pulak, kalau di pejabat yang aku kerja sekarang, syukur Alhamdulillah, akan ada party. Setiap tahun memang ada. Itu untuk kepastian. So, memadai bagiku ada majlis sambutan bersama-sama di pejabat sebab semua dapat :D. Hadiah? Erm, tak kisah. Yang terbest hadiah bagiku, wish hari jadi daripada, teman berdekatan, rakan-rakan lama dan baru, keluarga dan juga network social. Cukup. Macam malam tadi dan hari ni, ada yang menelefon. Thanks ya... Itu sudah cukup membuatku gembira. Ermmm, rakan-rakan yang menghadiri pulak? Kalau ada majlis hari jadi, kompom sesiapa saja mau datang tuu, ada makan Freee~ Hahahaa... Terbaeeekkk kiranya yang datang itu adalah semuanya yang di kenal! Hahaha... Pasti meriah... Tapi, tak nak cerita pasal hari nih, memang aku tak dak celebrate hari jadi hari nih. Sebab tu pagi bangun tidurku nyenyak saja bagaikan Putera Kapas. [Hahaha, adaka Putera Kapas? Ntah! Siri Korea terbaru kot?].

Ada lagi yang tertinggal. Kek Hari Jadimu DeeDee? Hehe... usia pun dah meningkat nih, kek hanya untuk kanak-kanak saja lah. Tapi, kalau ada pun, wow wow wow, I like! Hahaha... Oh, cake untuk aku tahun ni, ada selagi aku bertugas di pejabat aku yang sekarang. Tentu saja ada. Kalau ada yang membaca entri-entri harijadiku, tentu tahu Kek di order dari mana. Cukup lah tuu. Janji ada tapi tak wajib. Haha... Adoi... Kesimpulannya, ada tiada nya majlis untuk hari jadiku, aku tak kisah. Yang aku kisah, ada rehat bagiku ketika Hari Jadiku. Itu cukup. Selebihnya, aku berserah saja. Hehe... Rezeki kita jangan tolak. Itu jeww...

Budak serumah a.k.a Bujang Sepah Semat amacam?
Hahaha... Bujang saja bukan bukan bujang terlajak. Oh! Kitorang di rumah baru ni Happy-happy saja selalu. Haha... Sehari kalau tak ketawa, tak boleyyy. Wajib pecahkan lemak. F,W dan D ok saja [Amboi, guna Initial saja plak daaaaaa~]. Lately saja kami 3 kejap-kejap melayan cerita Korea. Hahahah... aku berjaya pulak sekali lagi buat Housemate baru nih kegianan menonton Korea bersamaku. Padahal sudah ada tv aku angkut dari Seremban ke rumah baru di K-eL nih hasil collection kami bertiga bersama. Nak jugak menonton Korean Series di laptop. Hehe... Layan Korea cerita lama plak tuu. Ala... Cerita My Girl! Hehehe... Best and Cute-cute! Itu komen terbaik aku pada jalan cerita dan para pelakonnya. Huhuhu...

Penyakat pun penyakat masing-masing kami bertiga di rumah nih. Ada saja bahan untuk di jadikan bahan ketawa. Haishhh... Tak habis-habis. Tambah-tambah lagi kalau si F ada. D dan W masing-masing menokok tambah bahan ketawa. Adoi~ Kalau setakat malam tadi pun ketika aku tengah berbual di handphone, ada saja terngiang-ngiang nyanyian "Happy Birthday" untuk D lepas 12 malam oleh si F dan W menyakat. Hahaha... Oh! Sungguh terharu~ Housemate wish... Orang yang paling dekat menggantikan keluarga wish. Hehehe... Sudah cukup memadai. Hehhe... Apapun, semenjak kami bertiga duduk bersama, kami bertiga saling menjaga kebajikan masing-masing dan batas masing-masing. Kesemua kerja mengemas dan membersihkan rumah adalah tanggungjawab bersama tanpa perlu bersuara kerana kami masing-masing pun sudah dewasa. Itu sudah cukup membuatkan kami bertiga semakin selesa tinggal bersama kerana saling bertanggungjawab ingat dan mengingati tugas masing-masing.

Aku pula selaku ketua rumah, saling memantau dan memastikan semuanya terurus dan cepat-cepat mengadu pada tuan rumah sewa jika ada kemusykilan dan masalah tentang rumah sewa. Alhamdulillah, so far so good. Semuanya terurus. Lama telahku berdoa di tambah dengan usaha, and tawakal Alhamdulillah, inilah hasilnya. Thank You Allah - Maher Zain. :D InsyaAllah jika diizinkan, raya nantik lepas kitorang masing-masing dah balik Miri, balik semula ke KL untuk buat open house masakan Sarawak pulak. Huhuhu... jemput-jemput lah datang ke rumah. InsyaAllah, Laksa Sarawak ada. Original gitu~ Mai la datang... Hanya yang telah kenal lama okeh! Tak lama tapi kenal pun cukup memadai. Rasakanlah masakan Bujang Sepah Semat kami. Hahahahhaha... [Berangan yang bakal menjadi kenyataan]. Belum lama ni, kitorang bertiga makan besar bersama di rumah. Rezeki. Nasib baik semua sama kepala jerrr makan. Ada lah lebihan jamuan dari tempat kerja si D dan F. Malamnya kami panaskan. Hidang lalu makan bersantap! Huahauahauahuahu, licinnnnnnn!!!! Berulam sekali! Wahhhh~ D pun tak sangka malam tu ingatkan makanan dari opis D jer ada, rupanya, kebetulan si F pun ada lebihan makanan majlis di opis dia plak. Wahhhhh, makan besaq la malam tuu, untung W? Untung bersama la kami~

Hehehe... Oh! Sebelum terlupa, bacakan pepatah ini, Patah Tumbuh, Hilang Berganti. Baru-baru ni, ada staff baru datang ke opis aku. Dalam antara 3 staff tu, aku nak highlightkan staff yang ke-3 nih. Namanya MuMu (bukan nama sebenar). Muda lagi dan first time dapat kerja. Syukur Alhamdulillah, kedatangannya ke bahagianku dapat mengisi kesunyian lama aku semenjak arwah Kak Nana pergi. Tempat arwah dah ada penggantinya, namun tidak sekali-kali aku lupakan arwah dan jasa-jasa baik arwah kepadaku walaupun telah ada pengganti. Kalau dulu arwah mengajarku, kini aku pula yang menjadi Mentor kepada MuMu. Syukur, bebanku di pikul semula kepadanya. Bukan beban besar, tapi tanggungjawab. Itulah sebaiknya kita bersabar saja dalam apa jua situasi yang berlaku. Di setiap kejadian, ada hikmah yang berlaku. Terima Kasih ya Allah. Terima Kasih banyak. Aku suka dengan pengganti yang baru ini kerna senang untuk di ajar dan cepat menangkap pelajaran. Semoga dia juga sukses dalam apa jua yang dikerjakannya selagi ia baik dan bermanfaat. Amin.

*Buat arwah Kak Nana dan arwah anak buahku Noraida*
-Al-Fatihah-

Saturday, May 7, 2011

Mothers hold their children's hands for a short while, but their hearts forever.

The moment a child is born, the mother is also born. She never existed before. The woman existed, but the mother, never. A mother is something absolutely new. When you are a mother, you are never really alone in your thoughts. A mother always has to think twice, once for herself and once for her child.

Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible. Mother - that was the bank where we deposited all our hurts and worries. A mother is a mother still, the holiest thing alive. Tomorrow, 8 May adalah tarikh untuk Ibu-ibu di seluruh dunia. Tapi, aku tidak pernah menyambut hari ibu. Bukan kebiasaan bagiku dan bukan sesuatu yang rasmi dalam keluargaku untuk di sambut hari sebegitu. Namun, kasih sayang antara aku dan ibu, tetap tidak berubah. A mother understands what a child does not say. Thanks Ibu. Aku memanggil ibuku dengan panggilan Mama in my Malay Bruneian Language. Mama faham apa saja situasi ku walaupun aku tidak memberitahunya. Walaupun aku tidak pernah meminta untuk dibelikan, namun setelahku terangkan situasi, Mama akan memberikan seperti yangku gambarkan seperti situasi aku mencemburui kanak-kanak lain di sekolahku dahulu yang mempunyai game. Oleh sebab ketika itu aku tidak termampu membeli GAMEBOY bernilai Rm300, Mama sanggup memenuhi rasa gembira di hatiku dan membelikan untukku. Pada ketika itu aku yang kecil sanggup memberikan kata-kata manis menjanjikan akan membayar GAMEBOY Nintendo itu kemudian. Mama hanya meng'iya'kan saja. Tapi, hingga sekarang, Mama tidak berkira denganku.

I remember my mother's prayers and they have always followed me. They have clung to me all my life. Mama sering mendoakan yang terbaik untukku. Jika tidak, masakan aku sampai ke Kuala Lumpur ini dan meneruskan hidup tanpa Mama and Bapak untuk jangka masa yang agak panjang dan jika kira kan setahun, 2 atau 3 kali sahaja dapat balik. Patutlah ketika ketibaanku di Miri beberapa bulan lepas, amat terasa disayangi yang amat. Aku tahu, rindu Mama dan Bapak. A man loves his sweetheart the most, his wife the best, but his mother the longest. You don't really understand human nature unless you know why a child on a merry-go-round will wave at his parents every time around - and why his parents will always wave back. Bila suatu hari nanti, anak-anak kita membesar, kita akan faham how much work and love it takes to raise and to keep a family together. The example of your strength Mama, devotion, and patience is now rippling through the generations. Di masa itu, ucapan Terima Kasih amat bermakna.

Oprah Winfrey pernah berkata, Biology is the least of what makes someone a mother. Anda faham itu? Nanti, faham-fahamkanlah. On Mother's Day I have written a poem for you. In the interest of poetic economy and truth, I have succeeded in concentrating my deepest feelings and beliefs into two perfectly crafted lines : You're my mother, I would have no other! [Forest Houtenschil]. A mother is the truest friend we have, when trials heavy and sudden, fall upon us; when adversity takes the place of prosperity; when friends who rejoice with us in our sunshine desert us; when trouble thickens around us, still will she cling to us, and endeavor by her kind precepts and counsels to dissipate the clouds of darkness, and cause peace to return to our hearts. [Washington Irving]. Dan anda juga harus ketahui, most mothers are instinctive philosophers. Di kala aku punyai masalah yang aku sendiri tidak dapat merungkai dan mencuba untuk menyelesaikan, aku luahkan pada ibuku better dari aku meluahkan pada bapaku. Mama menasihatkan aku begitu banyak sehingga telahku applikasikan hari-hari dalam kehidupan seharian serta di mana jua aku berada. Hanya yang merasai saja akan menyedari di sekitarku.

Oleh itu, walaupun aku tidak menyambut hari ibu, ibu lebih memahamiku dari aku sendiri. Mama terbaik. Where we love is home - home that our feet may leave, but not our hearts. Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom. If I had a single flower for everytime I think about you, I could walk forever in my garden.

Selamat menyambut Hari Mama 2011

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja kepada Yang Bekerja dan Selamat Bercuti kepada Yang Tak/Belum Bekerja :D

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan blog dan juga rakan-rakan yang telah mengenaliku setakat yang mampu :)
Apa khabar anda semua? Kepada yang memahami hari ni hari Public Holiday kegemaran pekerja-pekerja seluruh alam, pastinya anda gembira. [Jika tidak gembira, wak hang wak lu, lantak kau lah ya :P]. Dan, kepada yang meraih keuntungan bercuti walaupun tidak bekerja tu, tahniah dan semoga gembira juga. Untung kamu buat masa ni :D [walaupun bukan pun kamu pun mengeluarkan pun modal pun :P]
Rileks-rileks lah ya...

Kepada yang bekerja pulak di hari PH ni, jangan bangun lewat macam saya pulak! Bangkit dan terus bingkas bangun dan tunaikan tanggungjawab anda yang cute itu. Tanpa anda yang bekerja, siapalah kami. DeeDee berasa amat syukur [Alhamdulillah] apabila hari ni diizinkan Allah untuk berehat di rumah setelah seminggu berpenat lelah bekerja menyiapkan kerja-kerja yang saya menanggung, ditugaskan dan urusan-urusan lain yang harus disegerakan. Oh, aktiviti saya sungguh padat sehinggakan saya tidak terdengar bila kawan-kawan saya memanggil saya hampir 3 kali... Oh, sungguh tidak patut saya melupakan dunia nyata yang saya pijak ketika itu. Haha... Balik dari exam aritu, kawan saya si Miss Wawa panggil-panggil jerit nama saya punnn saya tak sodarrr... Adoi... [ke mana pikiran aku masa tuh melayang? Asyik nak menyiapkan segala-galanya saja]... Sorry to say~ Sorry Seems To Be The Hardest Word by Elton John dan kumpulan BLUE la kunun ya :)

Exam! Selesai sudah exam saya buat masa ni yang telah saya hadiri pada 28 April bersamaan Tahun Gajah tu tadi. [Tahun Gajah ka? Bukan Arnab?] Terus-terang, soalan-soalan exam esei yang saya jawab semuanya senang, tapi, disebabkan saya tidak study, moga anda faham bagaimana rasanya memandu kereta tanpa kemahiran. {Begitulah al-Kisahnya} Jadi, apa lah tips dan cara anda menjawab Dee? {Terus-terang, saya salin bulat-buat nota rujukan yang disediakan untuk dirujuk} Wassalam... Waaaaaa {ini bukan untuk dibangga-banggakan}. Hebat anda Dee menjawab dengan penuh confident dan keluar dari dewan Exam dengan penuh keyakinan mantap berkesan meletup kebabom rupanya anda saja-saja jawab dengan ilmu yang setakat ada dan hasil pengalaman bekerja saja~ {Hurm, sekurang-kurangnya aku telah berusaha menjawab dengan bersungguh-sungguh} [dan tiada niat saya suka-suka tidak study sebab ada alasan yang tidak boleh saya ungkai di sini].

Takpe Dee, hari ni semuanya telah berlalu, dan apa cerita pulak semalam Dee? Bukan anda bekerja di Jusco Mahkota Cheras kah semalam? Sabtu kan semalam? Anda pun kerja? {Tu larrrrrr nak Habaq mai kat Hang!!! Ce Cite Ce Cite~ Begini haaa cerita nya~~~} Al-Kisahnya si DeeDee ni tadi ditugaskanlah bertugas di Jusco Mahkota Cheras yang jauhnya beribu batu dari tempat kediaman kalau tiada pengangkutan sendiri dan hanya menggunakan transport awam seperti Bas RapidKL dan Metro [kalau ada]. Jadi, bagaimanapun, dengan izin Allah, dipendekkan cerita, DeeDee dapat transport dari tempat kerja!!! Wahhhhh!!! Tak sia-sia usaha memohon transport penghantaran ke Jusco! Plus, pemandu tuu bukan pernah jumpa pun! Plus, DeeDee dapat kawan baru! Plus, Pemandu tu pulak hanya memandu untuk Timbalan Big Big Boss! Oh, Ya Allah, trimas-trimas ya Allah... Alhamdulillah Kau permudahkan kerja-kerjaku minggu nih... Aku kepenatan dan Kau berikanku penawar :) [FYI, if guna pengangkutan awam, DeeDee akan sampai sejam kemudian, Harap Maklum, Terima Kasey]

Tahniah atau dalam bahasa Koreanya, 축하합니다 Chuka Hamnida lar kepada Putera William, Duke of Cambridge (William Arthur Philip Louis lahir pada 21 Jun 1982) telah berkahwin dengan Kate Middleton (Catherine Elizabeth lahir pada 9 Januari 1982) pada 29 April 2011 bersamaan dengan Hari Jumaat di Westminster Abbey, London. Perkahwinan diRaja gitu. Anyway, tahniah ya dari DeeDee walaupun anda bukan kerabat saya :D Saya gembira sekali buat kamu di sana. Yang baik-baik begini usah di lambat-lambatkan. Happy dan Bahagia Selalu.
Saranghae and Hee Ae...

Jadi, bersempena dengan Hari Pekerja = Labour Day nih, anda nak buat apa Dee? Antonim dan Sinonimnya, baik saya berehat dan ikut mood kemampuan saya jika saya mahu teruskan window shopping lalu tershopping barang keperluan rumah. InsyaAllah. {Ada lebih baiknya jika anda berehat saja Dee}. Hargailah Hari Pekerja ini kerana tak semua dapat menikmati nikmat bercuti di Hari Minggu plus Isnin esok. Housemate saya kini si Fauzi pun sedang bekerja. Esok, insyaAllah, dia punyai masa dengan saya, jadi, saya akan bawa dia pulak membeli barang keperluannya. [Saya kan perunding imej dalam senyap]. So, bila semuanya telah stabil, insyaAllah kita Partyyyyyyyyy!!! Buahahahhaa... Dei Dei Dei~ Kain baju melambak dalam baldi tu Dee? Siapa mo basuh? Baik ko basuh, Holiday-holiday lah jugak! Tapi, di rumah mesti Kerja! Harus! Disokong di jamin HALAL! Pegi basuh sekaranggggggggg!!!! Jangan Escape - Enrique Iglesias!

Walhal, sebenarnya, hari ni, aku mana bley kuar gak. Kaki aku sakit kedua-dua urat sebab kepenatan dan bengkak urat asyik maju ke hulu ke hilir menunaikan tanggungjawab. [Muda-muda lagi dah gitu, nampak sangat tak jaga Kesihatan] Bukan begitu, entahlah... Haha... Ya, ya, telah saya sapu minyak Balm dan Minyak Cap Kapak! Beransur sudah pulih. Alhamdulillah. Plus juga, petang ni haaa, aku ada perjumpaan a.k.a perjanjian dengan Tuan Rumah Sewa Baru nih, so, better aku stay kemas-kemas rumah dan buat apa yang patut agar semuanya terurus. Petang ni jugak kununnya aku bayarkan kesemua deposit dan sewa-sewa lain dan jugak bil-bil yang patut. So, tiada alasan tiada duit! Itu semua hasil kutipan serumah Bini 1 dan Bini 2! So, mesti bayar apa yang di pertanggungjawabkan! [Susahnya menjadi Ketua Dua Rumah] {Tiada Alasan Dee! Mesti} [Ya ya ya, saya tahu, saja tadi~]

Oklah! Bulan May adalah bulan Kegemaran saya sebab Hari Lahir saya, Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari adik-beradik angkat saya, Hari-Hari saya dan jugak Keropok brand Hari-Hari. Oleh itu, kita mesti gembira selalu! 행복해 Haengbokhe!
◕‿◕


Followers