I Like it!!!

Sunday, December 30, 2012

2012 Bakal Berakhir 2013 Mulai Menjelang!


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca blogku. Mencuri sedikit ruang dan waktu untuk menaip berkenaan pertukaran tahun 2012 ke 2013. Apa yang berlaku terhadap saya sepanjang tahun ni?

Urm, yang paling ketara pertambahan berat badan dan sepanjang 3 tahun telah berada di Kuala Lumpur, Alhamdulillah, dapat membiasakan diri dengan keadaan persekitaran dan tibalah masanya 2013 ini untuk saya memulakan langkah baru yang bakal saya blog semasa demi semasa. InshaAllah.

Perancangan saya 2013 ada dalam benak fikiran saya dan ada juga saya catatkan pada tempat lain samada platform digital or manual. Yang saya pasti, ada dua perkara UTAMA & PENTING. InshaAllah akan diberitahu kemudian ;)

Salah satu artikel yang saya baca beberapa hari lepas telah menarik saya untuk berkongsi membaca bersama kalian semua terutama bab pemakanan yang kini, saya juga semakin lama telah melanggar peraturan-peraturan pemakanan yang kesannya memang cepat bertindak terhadap saya terutama kesan sakit & demam.

Amalan pemakanan Rasulullah cegah obesiti

Madu telah lama tercatat di dalam Al-Quran
Kajian terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010 mendapati 60 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dikategorikan sebagai berat berlebihan.

Keseluruhannya, Malaysia kini menduduki tangga keenam di Asia dengan kadar obesiti tertinggi di kalangan dewasa.

Menurut laporan Malaysian National Health and Morbidity Survey pada 2006, sebanyak 43 peratus dewasa dan 38 peratus kanak-kanak di Malaysia adalah penghidap obesiti.

Kajian bertajuk 'Penularan obesiti dalam kalangan kanak-kanak' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008 menunjukkan peningkatan mendadak dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun ke atas sebanyak 30 peratus.

Ada juga usaha kerajaan bersama pihak media elektronik dan cetak dalam mengehadkan pengiklanan makanan dan minuman ringan kepada kanak-kanak sebagai menggalakkan tabiat pemakanan sihat terutama kepada kanak-kanak.

Tidak makan secara berlebihan
Mencegah obesiti bermula dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang betul. Cara pemakanan digalakkan Islam adalah tidak makan secara berlebihan.

Allah SWT berfirman: "Dan makanlah dan minumlah, jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan." (Surah al-A'raaf, ayat 31)

Saidina Umar pernah berkata: "Jauhi makan berlebihan. Sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas solat, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk."

Islam juga menyarankan makan secara perlahan atau tidak gelojoh kerana ia memberi kesan positif terhadap sistem penghadaman dan mampu menurunkan berat badan. Oleh itu, seseorang yang makan terlalu cepat, berkemungkinan besar akan makan secara berlebihan.

Cara pemakanan yang diamalkan Rasulullah SAW ialah tidak meminum susu ketika makan daging, tidak makan daging bersama ikan, tidak minum susu dengan ikan atau ayam, tidak makan ikan bersama telur dan daun salad selain melarang meminum susu bersama cuka.

Gemar makan berlawanan
Jika dilihat hari ini, masyarakat kita lebih gemar memakan makanan yang berlawanan dengan amalan Rasulullah SAW seperti koktel yang mencampurkan buah-buahan dengan susu. Masyarakat seharusnya mengubah tabiat ini yang boleh menjejaskan kesihatan.

Rasulullah SAW menasihati umatnya tidak memakan buah-buahan selepas makan nasi sebaliknya makanlah buah-buahan sebelum makan nasi.

Dari sudut saintifiknya, buah adalah sejenis makanan mudah cerna dan membantu penghadaman makanan berat lain. Jika kita terus makan buah selepas makan nasi ataupun memakannya bersama makanan lain, buah akan terperangkap dalam perut.

Hal ini akan mengakibatkan proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Apabila penghasilan tenaga tidak mendapat oksigen secukupnya, ia akan menghasilkan asid laktik dan menyebabkan perut sakit serta mengakibatkan otot perut menjadi lemah.

Di samping itu, Islam turut memberi cadangan pemakanan yang baik untuk kesihatan seperti kurma dan madu. Madu mempunyai khasiat setanding kurma. Kita juga disarankan supaya meminumnya pada setiap hari seperti yang diamalkan Rasulullah SAW.

Hadis riwayat daripada Aisyah, "Rasulullah SAW sangat menyukai makanan yang manis-manis dan madu." (Sahih Bukhari)

Nabi Muhammad SAW mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik iaitu mengambil pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu hendaklah dicampurkan dengan air sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan tubuh badan.

Antara lain, madu juga mempunyai khasiat yang mampu melegakan banyak penyakit seperti menghilangkan batuk dan mencairkan kahak, disamping dapat mencergaskan otak dan menguatkan daya ingatan.

Apabila kita mengubah tabiat pemakanan kita seperti yang disarankan oleh Islam, masalah obesiti dapat dicegah, manakala penjagaan kesihatan juga turut terjamin. InshaAllah.

Setelah membaca artikel ni, teringat yang lately asyik melanggar peraturan makanan sunnah. Mula-mula tu memang saya akan kata, takper, sekali sekala, tapi bila diperhatikan semula, saya rasa, kadang-kadang tu dah macam selalu-selalu.

So, semoga 2013 ni, saya akan lebih berhati-hati dalam penjagaan makanan dan tubuh badan saya sendiri. Kepada pembaca-pembaca blogku sekalian, jaga kesihatan selalu dan jangan membazir ;)

FYI: Regarding on makan-makan ni, jemput semua yang berada di sekitar Kuala Lumpur pada 31 Disember 2012 ni ke Dataran Merdeka untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baru dan Krismas anjuran KPKK dari mula matahari menyerah diri hingga menenggelamkan dirinya. Saya bertugas di kesemua 40 gerai makanan percuma di Dataran Merdeka dari pagi sehinggalah 12am (1 Januari 2013). Pelbagai juadah free, so silakan memakan percuma sebagai penutup 2012 ;)

LOVE, HUGH & KISSES

DeeDeeiDarus








Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1434H


Assalammualaikum dan Salam Maal Hijrah kepada semua penduduk Islam di bumi Allah ini. Semoga sihat hendaknya ya. Saya tidak sihat sekarang ni. Demam sejak dari Jumaat lepas sebab perubahan cuaca agaknya. Kejap panas kejap sejuk. Lagipun Jumaat dan Sabtu lepas saya bertugas di Dataran Lenggong, Perak. Jumaat tu rasa macam biasa saja walaupun ada rasa macam nak demam. Bila menjelang pagi Sabtu, ingatkan kahak, rupanya darah keluar dari tekak. Baru tau dah start sakit. Sepapan lar jugak Panadol habis 2 hari tu. Ingatkan Ahad dah rasa macam sembuh. Rupa-rupanya demam tu tak sembuh lagi.

Apapun, pendek cerita, semalam dah pergi Klinik Setapak, tanpa diberitahu, doktor seolah telah tahu melihatkan kondisi saya yang ada cirit-birit, demam, pening, batuk, selsema, sakit tekak, loya, mual dan macam-macam rasa lagi. Alhamdulillah, ubat dapat, MC pun dapat. Semalam tak kerja. Duit pun melayang. Hihi. Takper, duit melayang untuk tujuan perubatan takper.

Oh ya! Maal Hijrah. Maksud ringkasnya pertukaran tahun kalendar Islam. Tahun Baru Islam telahpun bermula hari ni. Perpindahan Nabi dan Umat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah 1434H dahulu. Apa azam anda?



Jade & Jena (Kucing adik aku kat rumah sewa ni) selamat menjadi ibu dan bapa kucing yang baru dilahirkan. Sebenarnya Jena lahirkan 4 anak, tragis dan kesiannya, anak ke-4 Jena mati semasa dilahirkan. Tinggallah 3 ekor jer yang selamat dilahirkan dan ketiga-tiga ekor anak Jena sangat CUTE! Saya sangat suka anaknya yang ke-3 tu yang warna bulunya exactly macam warna kucing Jerry (Kartun TOM & JERRY).


Bertambahlah nampaknya tanggungjawab kat rumah ni nanti. Boleh mohon BR1M 2.0 tu tak untuk tanggungan keluarga kat rumah ni? Semalam baru lahir anak 3. Jadik bapak tunggal nih. LoL.


Apapun, Selamat menyambut Maal Hijrah dari DeeDeeiDarus dan kucing-kucing di rumah ;) Selamat bercuti jugakkkk~








Sunday, October 28, 2012

Jaga Pakaian dan Penampilan Diri


Memilih pakaian di kedai lebih mudah daripada menjaganya. Begitulah yang sesuai digambarkan dalam soal menguruskan pakaian. Sebagai lelaki, soal menjaga pakaian kadangkala tidak begitu dititikberatkan.

Namun satu perkara yang harus disedari oleh golongan lelaki, pakaian mencerminkan keperibadian. Cantik pakaian, cantik jualah pandangan. Untuk itu, cuba beberapa tip asas menjaga pakaian yang sesuai diamalkan agar anda berpenampilan kemas dan menarik. 


REHATKAN PAKAIAN

  • Seperti anda, pakaian juga memerlukan rehat. Jadi, pastikan anda berganti pakaian yang anda pakai setiap hari. Pakaian jenis suit misalnya, memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk direhatkan sebelum digunakan semula keesokannya. 



MENYIDAI BAJU

  • Lelaki kadangkala agak malas untuk menyidai atau menyangkut baju di tempat yang sepatutnya selepas digunakan. Jangan biarkan pakaian anda terperap tanpa disidai atau dilipat untuk mengelakkan ia berkedut.
  • Membiarkan pakaian tanpa disidai atau dilipat kelak akan menimbulkan kecacatan pada pakaian anda. Pakaian yang dibiarkan terlalu lama akan mudah ditumbuhi kulat serta merosakkan tekstur fabrik. Akhirnya, ia akan meninggalkan kerosakan kekal pada pakaian anda.



MENJEMUR PAKAIAN
  • Jemurlah pakaian anda di tempat yang terbuka atau di mana udara mudah bergerak. Ia memastikan agar pakaian anda dapat bernafas serta mengelakkan fabrik menjadi berbau hapak. Selain itu, cuba elakkan daripada menjemur di dalam bilik atau rumah yang tertutup. Jika menjemur di dalam rumah, pastikan tingkap dan pintu dibuka agar udara bebas bergerak. 


MENCUCI PAKAIAN
  • Selepas mengeringkan pakaian di dalam mesin cuci, terus keluarkan baju tersebut dan jemur di bawah cahaya matahari. Jangan biarkan pakaian terperap terlalu lama di dalam mesin pengering kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyumbang kepada penghasilan bau hapak pada pakaian. Ini selalu dilakukan oleh kaum lelaki. Baju mereka berbau bukan kerana tidak dibasuh atau badan berbau tetapi kerana baju yang telah lama terperap. 



MENGGOSOK PAKAIAN
  • Jangan memakai pakaian yang diambil dari mesin pengering secara terus tanpa menjemurnya terlebih dahulu. Seelok-eloknya, jemur seketika atau gosok pakaian agar ia benar-benar kering. Selain itu, ketika menggosok baju, cuba letakkan sehelai kain antara seterika dan pakaian anda. Ini bertujuan untuk menjaga warna serta kualiti pakaian agar tidak rosak akibat kesan haba melampau.



CUCIAN KERING
  • Jika anda membawa pakaian ke pusat dobi, pastikan anda mengenal pasti terlebih dahulu apakah produk cucian yang digunakan. Ia memastikan agar pakaian anda tidak akan rosak akibat penggunaan produk cucian yang tidak bersesuaian dengan fabrik anda. Selain itu, pastikan juga bahan pencuci tekstil yang digunakan itu adalah berasaskan cecair parafin yang mesra alam ♥









Friday, October 19, 2012

Kembalikan Semangat Di Tempat Kerja


Assalammualaikum pembaca blog ku semua? Minta maaf terlebih dahulu kepada pembaca-pembaca ku sebelum ini yang ternanti-nanti entri terbaruku. Lately aku hanya mampu kemaskini ceritaku di laman-laman sosial saja selain daripada Blog. Jadi, kepada pembaca yang sudah sedia maklum add saya di Facebook atau Twitter memang dah tau lar kan? Hehehe...

Baiklah, saya takkan cerita banyak, cuma nak share artikel menarik lagi untuk saya kongsi bersama kalian yang telah saya baca pada Selasa lepas ya. Ini berkenaan kerja sebenarnya dan yang paling penting, haruslah ada kena-mengena dengan kisah hidupku semasa. Apapun, selamat membaca artikel yang telah saya baca ;)


Hari Tak Selalunya Cerah, Ada Kala Hujan Menimpa. Begitu juga dengan mood di tempat kerja yang mana pastinya hampir setiap daripada kita pernah mengalami perasaan 'bad mood' atau tidak bersemangat di tempat kerja. Sebagai manusia kita pasti akan merasai pelbagai perasaan seperti bersemangat, senang, bahagia, sedih, bosan dan sebagainya.

Namun Begitu, Setiap Manusia Punya Perasaan Yang Berbeza. Tidak dapat dinafikan, ketika seseorang berada dalam kesedihan, bosan atau tidak bersemangat, tubuh badan juga secara langsung akan terasa lemah, mengantuk dan tidak bermaya.

Keadaan ini sekaligus membuatkan aktiviti harian kita turut terganggu. Namun begitu, perasaan negatif ini tida harus dibiarkan dalam diri kita. Untuk itu, jalan penyelesaiannya perlu dicari seberapa segera agar prestasi dan tumpuan terhadap kerja tidak terganggu.

Kesejahteraan minda merupakan salah satu aspek yang ditekan dalam kepenggunaan. Oleh itu, bagi membantu para pembaca mengekang 'bad mood' daripada terus menjejaskan kesejahteraan minda anda, Persatuan Keselamatan Kuala Lumpur (PKPKL) ingin berkongsi beberapa tips.

Penyebab - Dengan mengetahui punca dan penyebab 'bad mood', kita akan mudah mengatasinya. Sebagai contoh, kita 'bad mood' sewaktu melihat meja atau kerja yang berselerak atau memikirkan beban kerja yang berat.

Bagi meredakan perasaan 'bad mood' yang dialami, ambil sedikit masa untuk 'merapikan' semula meja kerja atau menyusun semula senarai tugas-tugas mengikut keutamaan.

Atur Keutamaan - Sebaik-baiknya, kita perlu mempunyai perancangan dan menentukan prioriti sesuatu tugas yang diberikan. Tentukan yang mana lebih perlu disiapkan terlebih dahulu dan yang mana boleh disiapkan kemudian.

Ini supaya keadaan tidak akan menjadi kelam-kabut. Jika perlu sediakan 'checklist' harian, mingguan dan bulanan anda. Ini dapat membantu anda mengenal pasti tugas-tugas mengikut keperluan dan keutamaan.

Disiplin - Sentiasa tentukan tarikh akhir sesuatu tugas yang perlu disiapkan agar segala perancangan berjalan lancar. Tindakan ini bukan sahaja mampu meningkatkan semangat bekerja, sekaligus berupaya menghindari terjadinya 'bad mood' akibat kelewatan menyiapkan tugas dan sewaktu bebanan tugas yang semakin bertambah.

Hindari Penyebabnya - Hal ini berkaitan dengan point pertama. Ketika kita mengenal pasti 'bad mood' sebaiknya kita hindari hal-hal tersebut sebelum memulakan kerja. Alangkah baik sekiranya penyebab itu dapat diselesaikan sebelum bebanan tugas menjadi semakin banyak.

Usahakan agar kita mampu mengawal perasaan agar apa yang dilakukan pada hari ini lebih baik daripada semalam.


Atasi Kebosanan Kerja

  1. Tetapkan tujuan agar apa yang dilakukan mampu membuahkan hasil. Selain itu, pastikan juga sebarang perancangan yang dibuat dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Kerja adalah suatu ibadah.
  2. Meluangkan masa untuk diri sendiri mampu meredakan perasaan 'bad mood'.
Untuk itu, sebaiknya setiap pagi luangkan sedikit waktu untuk melakukan aktiviti bermanfaat seperti minum kopi sambil membaca surat khabar atau mendengar muzik kegemaran yang mampu menenangkan jiwa.



Percayalah, 'Mood Baik' Di Pagi Hari Akan Terbawa Hingga Ke Petang.
  • Lakukan perubahan dengan menukar ganti 'screen saver' computer. Disarankan agar memilih gambar yang lucu. Melihatnya pasti akan membuatkan anda ketawa sendiri.
  • Cari aktiviti selepas pulang dari pejabat seperti bermain bola sepak, badminton, berenang atau aktiviti-aktiviti menarik yang lain.
  • Langkah ini secara tidak langsung berupaya membantu mencari kenalan baru sekaligus muncul peluang kerja baru.
  • 'Penderitaan' selama bekerja di pejabat mampu dibalas dengan membeli sesuatu yang berharga untuk diri sendiri seperti buku, pakaian dan sebagainya. Sesekali tiada salahnya untuk berbelanja demi kepuasan diri sendiri.
  • Mempertahankan prestasi kerja anda adalah sesuatu yang penting. Meskipun bosan, jangan biarkan prestasi anda menurun. Sebaliknya motivasikan diri untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin.





Alhamdulillah. Setakat ini saja entri blog DeeDeeiDarus. Sampai kita semua bertemu lagi dalam entri yang lain. InsyaAllah. Selamat bekerja, belajar dan berehat semua bersama disamping yang tersayang samada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin. Wassalam.


Monday, July 23, 2012

5 Sebab Diet Kecundang

Diet merupakan salah satu cara untuk mendapatkan berat badan ideal. Namun, jangan terlalu mengharap untuk berjaya dalam program diet anda sekiranya anda mengabaikan beberapa tip penting ini:

1. Melewatkan Waktu Makan
  • Kesibukan melakukan pekerjaan biasanya akan membuatkan anda menunda waktu makan. Namun, melewatkan makan sebenarnya akan meningkatkan nafsu untuk makan lebih daripada kuantiti yang sepatutnya.
2. Makan Pemanis Buatan
  • Sambil membuat kerja, tangan lincah menyuapkan kudap-kudapan manis, terutama makanan yang dihasilkan menggunakan pemanis buatan. Tidak kira di dalam makanan mahupun minuman. Kandungan pemanis buatan di dalam makanan ini akan memicu metabolisme tubuh untuk meningkatkan penyimpanan lemak di dalam tubuh.
3. Menjauhi Gandum Dan Bijirin
  • Jenis makanan ini secara bertahap akan mengurangi kemungkinan penambahan lemak di perut. Gandum dan bijirin memiliki jumlah karbohidrat yang membantu dalam proses pencernaan.
4. Mengabaikan Lemak Baik
  • Meski makanan berlemak merupakan musuh bagi mereka yang ingin melakukan diet sihat, namun tidak bagi avokado. Buah ini mengandungi lemak baik yang penting bagi tubuh. Menambahkan buah avokado di dalam menu harian akan mengurangi lemak di sekitar perut secara lebih cepat. Selain avokado, minyak zaitun dan kacang-kacangan merupakan sumber yang baik bagi tubuh mereka yang tengah diet.
5. Malas Olah Tubuh
  • Meski dikatakan lapuk, tetapi melakukan aktiviti olahraga memang menjadi senjata utama untuk membantu mencapai matlamat tubuh yang sihat, bugar dan langsing.





Wednesday, July 18, 2012

8 Petanda Lelaki Boros

Pada mata kasar, umum melihat kaum wanita yang lebih boros dalam berbelanja. Namun hakikatnya, jika diperhatikan kaum lelaki juga tidak terkecuali. Apabila disoal mengenai isu kewangan, kaum lelaki akan bersikap acuh tidak acuh. Ramai juga yang dilihat hidup mewah di awal bulan dan sesak di hujung bulan. Cuba teliti tanda-tanda lelaki yang terlebih berbelanja atau lebih tepat boros seperti di bawah. Apakah anda tergolong dalam kumpulan lelaki yang bakal dibaluti hutang atau sebaliknya. Fikirkanlah.

1. Menggunakan Wang Simpanan
  • Dalam keadaan terdesak, mungkin wang simpanan akan jadi sasaran. Ia sebenarnya satu perbuatan yang merugikan. Mungkin anda mengeluarkan simpanan di dalam akaun bank, amanah saham, insurans dan sebagainya untuk membayar bil-bil tertunggak anda. Akhirnya, anda akan kehilangan simpanan untuk masa depan anda sendiri.
2. Membuat Pinjaman Untuk Membayar Hutang
  • Keadaan ini samalah seperti 'gali lubang, tutup lubang'. Keadaan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah kerana anda perlu menanggung beban faedah tinggi yang dikenakan oleh pihak pemiutang kepada anda. Anda juga mungkin berhadapan dengan risiko muflis jika nilai hutang terlalu tinggi.
3. Menerima Notis Lewat Bayar
  • Kadang kala anda mungkin tidak menyedari notis-notis pembayaran yang dihantar melalui peti surat anda. Mungkin ada sesetengahnya yang sudah terlewat. Ketika ini anda mungkin di dalam dilema untuk memilih bil yang mana satukah perlu diutamakan terlebih dahulu. Situasi ini kerap terjadi pada lelaki bujang.
4. Dibebani Hutang Yang Tinggi
  • Anda membuat pinjaman kenderaan atau pinjaman peribadi. Di masa hadapan, jika anda mengalami kesukaran membuat semua pembayaran tepat pada waktunya, peluang anda untuk bebas daripada hutang dalam jangka masa panjang agak sukar. Ketika itu, jika pembayaran semula pinjaman berserta faedah melebihi 30 peratus daripada pendapatan anda, atau mungkin nilai hartanah ketika itu melambung, anda mungkin bakal berdepan dengan masalah jangka panjang.
5. Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
  • Anda berbelanja menggunakan kad kredit walaupun anda memiliki wang tunai di dalam tangan. Selain itu, perbuatan mengeluarkan sejumlah wang tunai menggunakan kad kredit untuk tujuan membeli barangan yang tidak perlu, juga boleh menjadikan anda mengumpul nilai hutang secara tidak sengaja.
6. Membelanjakan Wang Yang Belum Diperolehi
  • Anda suka hidup bermewah-mewah dan berbelanja berlebihan daripada jumlah pendapatan anda yang sebenarnya. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan juga akan menyebabkan anda akan mengumpul lebih banyak hutang secara tidak disedari.
7. Tidak Sedar Ke Mana Wang Yang Dibelanjakan
  • Anda telah sampai ke satu tahap di mana wang amat sukar didapati ketika anda ingin membeli barangan asas seperti membeli barangan dapur, makanan mahupun pakaian. Pada masa yang sama, anda tidak pula berusaha untuk membuat 'post moterm' ke atas semua wang yang telah dibelanjakan sebelum ini.
8. Tidak Sedar Jumlah Perbelanjaan Sebenar
  • Anda selalu mengeluarkan wang untuk berbelanja tetapi tidak menyedari ke mana wang itu dibelanjakan (contohnya membeli barangan mewah). Awas! Jika ini berlaku, anda berada dalam kedudukan yang berpotensi untuk dilanda masalah kewangan. Sebolehnya lakukan catatan terhadap perbelanjaan seharian anda.








Saturday, July 14, 2012

Maintain healthy & vitality during Ramadhan

Ramadhan is a time of spiritual and physical cleansing. During this time, your diet should not differ much from the norm and should be as simple as possible. Nevertheless, many people are prone to constipation due the reduction of dietry fibers and fluids, especially water.

Tips to maintain regularity:

  • Drink as much water as possible between buka puasa and sahur to give the body enough time to adjust to changing fluid levels.
  • Opt for high fiber foods during sahur. Complex carbohydrates or fiber-rich food enhance satiety, prolong digestion (up to 8 hours), minimizes blood sugar fluctuation and reduces hunger pangs during fasting.
  • Avoid refined carbohydrates such as white rice, bread or flour. They are quick to digest (last only 3 to 4 hours) and induce hunger. Also avoid food high in fat, sugar or salt.
  • Open fast with a glass of warm water, followed by a few dates. Ensure dinner is well balanced, with a small amount of food from each food group.



HAVE A NICE DAY
by DeeDeeiDarus





Followers