I Like it!!!

Saturday, April 28, 2012

"You only live Once, but if you do it Right, once is enough" ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca tegar blog ku. Apa khabar anda semua? Sihat? Cukup makan? Cukup rehat? Hehehe ... Pejam celik sekali lagi, dah nak tutup bulan April baru aku start blogging semula. Normal ka standard ni? Atau DeeDee tidak punyai masa? Aigoo ... tak tahu lah nak cakap apa. Speechless. Hari ni baru lah tergerak lagi hati ini hendak menaip ringkas apa yang ingin dikongsikan bersama.

Hari ni pun sepatutnya DeeDee dan seorang lagi kawan kepada kawan DeeDee nak keluar sama ke Melaka, tapi malangnya disebabkan perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka hari ni, telah menjejaskan program kami. Pada masa yang sama jugak, DeeDee pun tak sempat nak jumpa teman DeeDee yang datang dari Sarawak hari ni. Totally, gara-gara perhimpunan BERSIH tu, saya nak keluar pun, hurm, kena langkah berjaga-jaga today. Nevermind lah, ecok saja dating sama kawan kepada kawan DeeDee tu.

Hari ni, DeeDee nak cerita tentang apa ya? Hurm, ada ni DeeDee nak kongsikan perasaan sekarang. Sebentar tadi selepas solat Maghrib, teman serumah DeeDee mahu berbicara sama DeeDee face to face di meja dapur. Ternyata sementara DeeDee menunggu kata-katanya, DeeDee agak berdebar dan merasakan seperti ada sesuatu yang bisa menggusarkan rasa hati DeeDee. Walaupun begitu, DeeDee berusaha bersifat terbuka dan berwajah tenang untuk bersedia mendengar luahan hatinya yang seperti tidak senang. As a gentleman, DeeDee tidak perlu haru-biru. Setelah bersedia, DeeDee mendengar satu-persatu apa mesej yang sedang di sampaikan beliau kepada DeeDee. Ternyata benar seperti yang DeeDee duga, luahannya itu benar-benar membuatkan DeeDee berada di atas Pagar atau umpama jantung DeeDee seperti Telur di hujung tanduk. Pepatah DeeDee mungkin silap, tapi apa yang DeeDee ingin maksudkan di sini, antara DeeDee dapat berita gembira ataupun sebenarnya berita berduka.

Teman serumah DeeDee ini meluahkan masalahnya pada DeeDee dan DeeDee sesungguhnya mengerti akan apa yang diluahkannya. Keadaan di mana, dia seharusnya pulang ke negeri asalnya untuk menguruskan urusan keluarganya yang sangat penting. Seandainya DeeDee berada di tempatnya juga, DeeDee mengerti apa tindakan selanjutnya juga yang DeeDee harus lakukan. DeeDee pun pasti akan melakukan perkara yang sama sebagaimana yang beliau mahu lakukan. Cuma, kini ada persoalan yang tergantung di antara tindakannya. Di mana, dia juga tidak berani memberikan jaminan seberapa lamakah urusannya itu di negeri asalnya akan membuatkannya kembali ke rumah sewa ini ataupun tidak. By the meantime, beliau akan keep in touch dengan DeeDee untuk makluman lanjut. DeeDee memahaminya.

Terus, beliau juga ada menyatakan bakal mencari pengganti yang bakal menggantikan beliau ataupun dengan cara lain yang bersesuaian. Sementara DeeDee telahpun mempunyai banyak perancangan yang terbuku selama ini di hati DeeDee sebenarnya, cuma, antara menjadi ataupun tidak sebenarnya perancangan DeeDee ini. Biasalah kan, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Ingin tahu apa perancangan DeeDee? Telah lama sebenarnya DeeDee ingin tinggal bersendirian di rumah sewa Kuala Lumpur namun keadaan kewangan DeeDee yang juga tidak mengizinkan semenjak pernah di tipu lagi-lagi di rompak, semenjak itulah DeeDee mengalami kesukaran dalam mengimbangi kewangan DeeDee. Tambahan lagi semenjak teman-teman serumah sewa DeeDee yang dahulunya kami berlima, berempat, bertiga dan kini berdua, meningkatkan kos bayaran sewa rumah DeeDee. Dari pernah berkongsi bayaran sehinggalah kini siapa tahu dengan kata putus beliau akan menyebabkan DeeDee membayar seorang diri nanti. Nampaknya, cost living DeeDee bakal meningkatlah di Kuala Lumpur ini nanti bila duduk seorang :)

Apapun, DeeDee tidak bermaksud DeeDee suka ataupun sedih sebenarnya dengan keputusan sebenar yang bakal DeeDee tunggu nanti daripada beliau yang akan pulang ke negeri asalnya pada hari isnin ini 30 April 2012, tapi, DeeDee tidak menyangka yang permintaan DeeDee itu samada Allah s.w.t. akan tunaikan secepat ini. Entah DeeDee telah bersedia ataupun tidak tinggal bersendirian. DeeDee hanya mampu berserah segala keputusan kepadaNya. Jika benar DeeDee bakal solo, Alhamdulillah.

Jadi, sebenarnya DeeDee merasakan apa? DeeDee pun tidak pasti lagi, sebaiknya, DeeDee persiapkan saja bajet kewangan DeeDee untuk bulan Mei yang menjelang tiba ini. Jika benar beliau tidak kembali tinggal di rumah sewa ini lagi, insyaAllah, duit simpanan DeeDee untuk Mei ini, mencukupi untuk menampung sementara duit sewa secara berseorangan. Namun, jika beliau pun dapat kembali semula ke rumah sewa ini dan bersama-sama DeeDee membayar sewa rumah ini, Alhamdulillah. Itu saja yang mampu DeeDee lafazkan. Sebenarnya, persoalan besar yang bermain di benak fikiran DeeDee ni semula ialah, "DeeDee, adakah engkau benar-benar mampu membayar seorang diri sewa rumah pada tahun ini setiap bulan?" ... walaupun sebenarnya DeeDee menduga tahun 2013 baru DeeDee bersedia untuk membayar secara solo. Ujian Allah buatku. Hanya kesabaran saja bersamaku kini. Esok aku harus bersosial keluar ke Mid Valley menemui kawan kepada kawan DeeDee itu untuk meluahkan rasa hati DeeDee ini segera untuk bertanyakan pendapatnya. Kami akan bertemu di kedai Sushi dan bersembang di sana. InsyaAllah. Semoga pertemuanku esok dipermudahkan urusan. Hari ni sepatutnya kami berjumpa untuk pergi ke Melaka bersama-sama, nampaknya kami tunda ke sabtu minggu depan gara-gara perhimpunan haram BERSIH 3.0 yang berlangsung hari ni di Dataran Merdeka. Ataupun DeeDee perlu batalkan perancangan untuk ke Melaka kerana bajet yang bakal tidak mengizinkan sebab mungkin DeeDee akan mulai membayar secara solo duit sewa rumah. Wallahualam.

Apapun keputusan yang bakal ku nanti, semoga keputusan yang baik dan aku bersedia menghadapinya dengan izin Allah. Semoga hatiku kuat menerima apa jua keputusan yang bakal ku terima selepas April ini. Salam keamanan buat semua. Assalammualaikum dan jaga diri. Sampai kita ketemu lagi. InsyaAllah para pembaca blogku ;)













Followers