I Like it!!!

Friday, December 31, 2010

Penutup 2010 : Seperti Ketam mengajar Anak Ketam berjalan lurus padahal dia sendiri berjalan Senget ✔

Moja-moja. Hari ni hari Jumaat. Hari penghulu segala hari kan? So, seperti biasa, Jumaat, solat Jumaat. Selesai saja solat, aku tak berhenti memikirkan khutbah yang di sampaikan. Hehe... Lepas ni aku cerr okay. Ni nak tanya nih, korang dah siap list tak apa kona buat tahun 2011 nih? Aku tak buat list cuma, haha, tulis-tulis sikit kat calendar tempat kejer aku. Sama lah jugak tu kan. Sengal. Ni, banyak juga perkara yang berlaku setakat 2010 tau. Sampai ada yang tak terkongsi. Tapi, dalam kehidupan ni, tak semua sebenarnya dapat kita kongsikan. Ada di antara memori kita tu ingin kita semat di dalam hati lama-lama kerana keindahannya dan begitu bermaknanya kenangannya ketika itunya. Nya Nya Nya. Haha... antara perkara yang banyak-banyak dah aku fikirkan untuk dilakukan pada tahun 2011, aku juga terlupa antara perkara yang harus aku tebuskan. Biasalah manusia. Manusia yang sering lupa dan melakukan kesalahan.

Tentu saja kalau sudah buat kesilapan tu, sebaiknya mengaku dan memohon keampunan dan keredhaan Illahi. Aku ada buat ni kesilapan. Terutamanya ni ha, aku tahun ni sebelum aku exam, ada pinjam buku di Perpustakaan Negara Malaysia. Dua buah buku yang ku suka tajuknya tapi tak pandai abis baca. So, antara perkara yang perlu aku selesaikan pada tahun 2011 ni adalah memulangkan semula buku yang ku pinjam tu ke Perpustakaan Negara Malaysia. Tiba-tiba kan. Bukan per, takut ah kalau tak sempat pulangkan nanti kena tanya di akhirat. Uh? Tadi, semasa khutbah, aku mendengar tentang seorang tua telah memulangkan sebuah buku yang setelah 47 tahun dia pinjam ke Librarynya di Negeri Barat dan terus melunaskan sekali bayaran denda yang dikenakan kerana kelewatan menghantar buku. Walaupun dia bukan beragama Islam, tapi cukup menggambarkan sebagaimana ciri-ciri Islam. Setiap apa yang kamu pinjam tu, pulangkan. Mengapa perlu menunggu untuk 10 tahun lagi. Insaf dengar jap tadi. Hehe... Terasa gak aku tadi kesilapan aku nih tak antar buku. Tak pernah aku macam ni. Huhu... Itulah pasal dalam Khutbah tu tadi :)

Dan dalam masa ku di dalam Masjid tu tadi pada suasana yang awal dan sunyi tuu, aku teringat balik setiap pertanyaan yang di tanyakan kepadaku di Facebook oleh keluarga, kawan-kawan dan anak buahku sendiri. Memang patut pun aku rancang waktu nih nak beli tiket pulang ke Miri dalam masa yang terdekat. Terlalu banyak sudah yang asyik bertanyakan kepulanganku ke Miri. Aku kena fikir masak-masak bab bajet nih kalau macam nih. Walaupun tahun 2011 ni aku ada 1 tiket free bila-bila jew aku nak tetapkan tarikh, tapi aku prefer kalau gunakan tiket tuu untuk AidilFitri jeww~. Takper, aku akan rancang lah cuti sebaik-baiknya dalam bulan terdekat nih. Yang pasti, aku mesti balik jugak! Hehe... Rindu lah jugak aku. Banyak betul yang aku rindu nih tau~ Rindu kat mak, ayah, sepupu, makanan kegemaran dan swimming pool awam kat Miri tuu. Ops, kawan-kawan aku gak aku rindu. Huhu...

Nak tau cerita tak? Huhu... Aku pun dah tak ingat siapalah yang ceritakan ni padaku. Hohoho. Aku suka cerita ni di sebalik lawaknya, ada juga pengajaran. Aku bagi tajuk, Ketam Yang Poyo. Ok? Atau Ketam Yang Sombong. Hehe...

Tersebutlah kisah seekor ketam ni yang bernama BamBam. BamBam ni kan seekor ketam yang paling playboy di antara semua ketam-ketam jantan yang lain. Asal ketam pegi clubbin' jer kan di tepi pantai, mesti ramai ketam betina datang hampir dan menari dengan BamBam. Tapi BamBam tak pernah terlintas nak fikir pasal kahwin. Pada suatu hari, kawan-kawan si BamBam ni bertanya lah pada si BamBam. "BamBam, ko bila mau kawen?"... Terangkat kening BamBam sebelah terkezut dengan soalan panas di benaknya tuu~. "Aku? kawen??? Hahahhahahhah... Dei~ Dei~ Dei~... Korang ingat aku nak ker kawen ngan ketam-ketam betina kat sini yang semuanya jalan senget?"...

Terkesima lah kesemua ketam-ketam jantan yang lain dengar. Terkinjat mereka cuba memikirkan. Mana ada ketam dalam dunia ni yang jalannya lurus. Semua kan senget! "Wah, BamBam, kalau ko jumpa betul-betul ketam betina jalan lurus baru kau nak kawen lah eh?"... Dengan selambanya si BamBam menjawab, 'Ehhhh, of course laarrr... Haha... Korang ni... Ape kelas ketam jalan senget?~ Aku nak ketam betina yang jalannya lurus jeww tau!"...

So, amat tak menghairankan lah lagi sudah dengan perangai si BamBam ni yang sombong tak nak kawen ngan ketam jalan senget. Tiba-tiba, suatu hari tu memang bukan seperti hari biasa apabila rezeki si BamBam malam tu di pesta Kelab Malam Kugiran Di Tepi Pantai. Malam yang indah dipenuhi dengan suasana meriah diterangi cahaya bulan penoh yang terang-benderang dan bintang-bintang berkelip sebagai lampu disko mereka. Tau tak per terjadi pada malam tu?

Ketika si BamBam menari-menari di pesta malam itu, tiba-tiba si BamBam terkejut! Si BamBam terperanzat setelah melihat seekor ketam betina telah berjaya menambat hatinya! Kenapa? Tak pernah di jumpa dek ketam lain ketam ni jer menari berjalan lurus.

So, tanpa perlu membuang masa lagi, dengan kehensoman yang ada pada BamBam, dia datang dekat dan menari sekali dengan ketam betina tuu. Macam biasa mengorat, nak tau nama dan bla bla bla yada yada yada... Nama si ketam betina tu pulak si PomPom. Dan pada malam itu jugak, si BamBam tanpa perlu melengahkan masanya bertanya pada si PomPom. "PomPom sayang~, BamBam Luv U nak tanya sesuatu nih~ Boleyyy?"... Si PomPom menjawab, "BamBam dear darling honey ku sayang, tanya lah dinda apa yang boleh dinda jawabkan...~ [mata berkelip-kelip]..."

"PomPom, sudikah engkau berkahwin denganku? Pada malam ini juga aku ingin mengetahui keputusan mu tentang lamaranku ini~"... Si PomPom menjawab, "Ya Abang!!! nak, malam ni jugak!!! (dengan gediknya)..."...

So, malam tu si PomPom terus kawen jugak seperti yang pernah dijanjikannya suatu masa dahulu. First jumpa terus kawen? Wahhhhh.... Tak sabor-sabor... Malam tuu jugak lah si BamBam be'romance' dengan si PomPom dengan ganasnya di ranjang. [Sungguh 18SX]

Setelah kepenatan pada malam itu, akhirnya si BamBam dan PomPom terlentang keletihan tidur dengan nyenyak akhirnya sampailah ke pagi. Ketika pagi tu pulak, si BamBam bangun dari tidur dan menggeliat badan dengan sepenuh hatinya dan berguling ke sebelah tilam katilnya untuk memeluk bininya si PomPom. Di lihatnya tiada!????!!!! Di mana? Adakah sebenarnya ini semua mimpi? Oh tidakkkk....

Tiba-tiba, si BamBam terdengar bunyi bising di dapur apartment nya seperti ada bunyi ketam memasak. Ketang ketung bunyi kuali. Berjalan perlahan ke arah dapur dan menjenguk senyap dilihatnya si PomPom sedang memasak. Tersenyum riangnya si BamBam dan terus mendekati perlahan ke arah si PomPom dari belakang dan terus memeluk si PomPom dari pinggangnya...

Si PomPom terkezut sebentar dan blushing pipinya sambil meneruskan memasak dan menggaul apa yang di masaknya. Si BamBam mencium mesra pipi si PomPom yang kemerah-merahan itu lalu beredar dan duduk di meja makan sambil memerhatikan pinggul si PomPom dari belakang menunggu si PomPom selesai masak. Menikmati nampak!

Raut wajah si BamBam yang ceria itu tadi dan tersenyum pada isterinya si PomPom tiba-tiba berubah apabila si PomPom datang ke meja makan dan menghidangkan makanan. Tahu kenapa berubah? Si BamBam tiba-tiba dengan bengangnya bertanyakan sesuatu pada si PomPom!

"Kenapa sayang jalan senget???!!!!!"... Tergelak si PomPom lepas soalan si BamBam tu di tujukan kepadanya. Namun, gelakkannya itu terhenti sebab melihatkan muka si BamBam yang serius jeww. Lalu menjawab,"Abang, ape abang ni tanya soalan macam ni. Hehe... Kan memang semua ketam jalan senget?..."

Blur bertambah blur si BamBam. Terkena balik kat dia tapi rasanya malam tadi dia tak tersilap pandang.Di tanyanya lagi pada si PomPom dengan tak puas hatinya. "Sayang, sayang ni jangan la main-main. Habis tuu, kenapa pulak malam tadi sayang jalan lurus jeww masa kita di pesta tu?"...

"Owhhhh, malam tadi tu ker??? Laaarrrr, abang ni, PomPom mabuk sebenarnya malam tadi tuu, sebab tuu lah PomPom jalan lurussss...."...

Hahahahahahahhahaha, dapat tangkap tak korang semua bloggers ku? Kalau manusia mabuk minum arak kan, tak dapat jalan lurus? semuanya jalan senget tak balance jeww... Tapi terbalik lah pulak pada ketam, hahah, dorang kan memang semulajadi asalnya berjalan senget, jadi bila dah mabuk tuu, lurus lah jalan dorang~ Hohoh... Hehehe... Biasalah geng, ini hanya cerita rekaan semata-mata nak bagi Moral dan Pengajaran jewww :)

So, dah dapat tangkap pengajaran dan teladan? Untuk cerita tu? Erm, antaranya ialah, jangan bercakap sombong, lagi? Haha... Aku malas ni nak pikir. Korang renung-renungkanlah pengajarannya. Jangan terlalu memilih lah jugak kan~ Hohoh...

Cerita pasal azam tahun baru ni jugak, biarlah kita-kita jew tahu apa azam kita yang nak dilaksanakan tuu. Jangan lah sampai rasa diri sendiri tu dah penuh azam, nak memberi nasihat kat orang lain pulak lepas tuu supaya berubah. Dei~ Pernah dengar ni tak? Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah –nasib- suatu kaum, sehingga mereka yang mau mengubah jiwa mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11).

Jadi, biar apa pun yang kita azamkan pada tahun 2011 ni, jangan sampai memudaratkan diri sendiri tu sudah dan jangan menyinggung orang lain, jangan jatuhkan maruah orang, jangan pentingkan diri sendiri, jangan suka bergaduh, jangan-janganlah. Haha...
Okay?

Minta maaf semua jika DeeDee ada terkasar bahasa atau tersilap salah laku ya. DeeDee tak berniat nak melukakan dan sengaja menyakitkan hati sesiapa pun.
It just me. Just the way I am. Take me as I am then
I will treat you as you are too.
InsyaAllah.
GBU

Thursday, December 30, 2010

Fireworks and Happiness

Moja moja semua? I wish semuanya gembira di saat ini. Aku juga gembira setelah mendengar khabar tentang esoknya kami enggak kerja kerna PM isytihar cuti besok sebab kemenangan Pasukan Malaysia menumpaskan pasukan lawan Pasukan Indonesia dalam perlawanan bola semalam. Hehe... Happeningggggg~!!!!!

Hati juga turut berbunga-bunga gitu dong~ Oh ya, a short blog today about azam anda. Sudah bersedia dengan azam tahun baru 2011? Huhu, well, 2 days saja lagi untuk mencecah ke tahun baru 2011. Aku juga tidak pasti apa bakal yangku temui selepas ini. Kerna, aku kena melepasi cabaran yang pertama terlebih dahulu baru dapat menstabilkan rancangan. InsyaAllah. Orait, cabaran DeeDee yang pertama untuk tahun baru 2011 ini adalah~~~~~~~~~~~~

Mesti masuk kerja sebelum 7:30 pagi dan kena bangkit tidur pukul 5 pagi selama 1 tahun. Wow!!! a big cabaran bagi aku yang mempunyai jamban 1 orangnya 5 di rumah untuk di kongsi. Hahah... Walau apapun, aku mesti terima cabaran ini demi memperbaiki reputasi diriku sendiri. Huhu, biarlah kita semakin hari, semakin maju dan bagus. Jangan semakin mundur dan kendur. Hahahahha.... Dei~


Oklah friends. Be happy yeah. Senyum-senyum selalu. Di sini, aku sertakan sekali pantun untuk kalian renung-renungkan bersama maksudnya dan di manfaatkan :) Ya. Orait. Adios. Salam.

Pantun Nasihat

Share by: DeeDeeiDarus

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur

Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa


Wednesday, December 22, 2010

Buang Tebiat ko ni DeeDee... Sale!!!

Lepas jer aku selesai berurusan dengan dealer-dealer perfume kat area Masjid India kerana member-member Brunei dan Sarawak dan housemate order perfume, aku dan John meneruskan misi ke Sogo KL tu mamam McD! Urgggghhhh... Tidak ku sangka, Prosperity Burger yang aku inginkan habis di saat aku mengorder. Ouchhh!!!... Hmmmmm... Geram ni ... hmmm... dahla di menu McD tuu sudah cukup mengiurkan aku... Hmm... Siap dengan air Frizz baru nya lagi... Hurmmm... patutlah nampak raut di semua wajah pemakan di McD Sogo tuu macam takde mood jerrr... Ada yang tak dapat lar tuu~ So, takkan aku nak berundur plak. Aku ni pun hantu McD, so, tukar arr menu. Set Double Cheese Burger jer lah... Sedddddappp gak tuu~ Takper, ari lain aku target lagi Prosperity nih... Lagipun kan sampai Tahun Baru Cina... Hoho... Selalunya Prosperity Burger di KL ni keluar sebelum Tahun Baru Cina lagi, awal bulan 12 sebelum tukar tahun dah memanggil-manggil hantu lapar McDonald macam aku nih... Haha... Tips, kalau nak murah dan sedap McD, beli sebelum iklan di tv dikeluarkan. Murah tau! Haha...

Memandangkan aku dah tukar menu Prosperity kepada Double Cheese Burger, so, makan jer lah kan apa yang ada. Nasib baik sebahagian dari pelengkap Prosperity tuu masih ada. Ni, Onion Ring!!! Hohoh, tak pandang French Fries dah kalau yang ni dah ada. Aku memang suka ni... Order Bessssaaarrrr Punya!!! Hohoho... puas hati... Cecah Sos Cili. Auuuu.... Nyum-nyum... Disebabkan aku separuh geram tadi kat cashier McD tuu, geramku tuu tiba-tiba jer hilang sebab tak tahan tengok muka Cashier tuu tak berhenti senyum. Gigi jer nampak. Bercakap ngan DeeDee asyik senyum jer. Sampaikan kena sakat pelanggan yang sedang menunggu pesanan di sebelah DeeDee... Penyakat betoll, sampaikan aku tak dapat tahan gelak besar depan cashier dan pelanggan tuu gak... Geram aku tuu sebab takde Prosperity jer... John plak dah order kat sebelah, patutlah John macam tak terkejut jer lepas order, dia order menu lain. Dah sampai kat meja makan baru aku gitau kat John Prosperity habis. Tiba-tiba jer muka John macam muka kesian kat aku. Haha... Mana tak nyer, bulan ni mula-mula Prosperity keluar tuu John sempat rasa. Aku ni pulak tak sempat sebab asyik sibuk jer makan menu lain.

Tak per John, esok lusa, aku Usha-usha plak carik kat McD lain atau macam biasa call McDelivery jer eh... Nama aku nih dah terpahat tersergam indah dalam list McD di Kuala Lumpur. So, aku tak heran lah asal aku call jer Talian Hangit McD tuu, keluar lah ayat-ayat cinta "Yer, Encik Idarus nak Order ape?"... haha... Famous Dou~ Tak heran punnn kan... Apapun, Double Cheese Burger tuu juga berjaya merawat rinduku pada Prosperity tuu dengan kesedapan dan empuknya roti Double Cheese Burger tuuu dan kelazatan cheeseeeezzzz nya pekat, enak dan lemak menyentuh lidah di sukai ramaiiii tuuu... Ambooooiiiii DeeDee~

Haaaa, dah sedap, dah nikmat ko nak buat-buat lupa ke plak DeeDee? Engko tuu batuk. Asyik nak sedap jer, batuk sendiri mana nak semboh... Dah la tadi tuu minum air milo berais! Sebenarnya jugak, disebabkan aku terketawa kat Cashier awek tu, aku pulak terlupa nak pesan kat dia jangan letak ais dalam Milo aku tuhhh... Haissshhh, per lagi, batukkk arr alamatnya~ Dah sekian lama batuk, ubat kerajaan, ubat swasta, ubat beli sendiri cap ibu dan anak, lozeng, strepsils, dan Dequadin pun macam-macam dah aku usaha tak jugak semboh-semboh batok, last-last, baru aku teringat! Mula-mula aku jatuh sakit di Kuala Lumpur ni, antara last ubat yang aku kira berkesan sembuhkan batuk aku, Brand Himalaya nih. Nama ubat batuk tu Koflet! Product Himalaya ni banyak. Untuk pecahkan batu karang, lain lagi namanya. Macam-macamlah keluaran Himalaya nih. Ubat ni pun diimport dari India. Di keluarkan lagi di Malaysia. Bagus jugak sambutan brand ubat ni. Kalau di KL, terhad nak carik macam di Suria KLCC dan Mid Valley baru ada branch besar-besar dia. Kalau takat nak kuantiti atau keperluan sikit tuu, nasib-nasib lah jumpa kat area KL macam kat Jusco, Mydin, Sogo, dan lain-lain tempat lagi yang pandai anda cari.

So, aku pun berjaya carik ubat ni di Farmasi Sogo bersebelahan McD Aiskrim. Terliur gak tengok aiskrim dia... Sabarrr... Selesai jer beli ubat batuk nih, John ajak aku gi Tingkat 2 Sogo. Aku ikut jerrr... Tau ape jadi? John tengah carik brand kasut dia nak... Aku pulak merayap tengok pakaian lelaki yang begitu menggoda dan menodai aku di balik gantungan kemas dan kreatif di Sogo tuu... Sampailah mataku tak berkelip melihat baju kaler merah ala-ala Clark Kent tuu petak-petak di pakai patung... Oh mennnn... Lawa siottt!!!

Masin betol mulut member aku dulu si Marsupalami (bukan nama sebenar) bila dia cakap, jika aku ke KL, pasti aku akan rambang mata nak shopping. Marsupalami ni dulu bekas Supervisor aku gak lah masa aku jadi Promoter di Boulevard Miri. Hehe... Ya, memang rambang mataku suddddaaaa nih... Aku tak salahkan kau John, salah aku... salah akuuuu... Dengan pop card yang memaparkan diskaun 50% lah, 20% lah, New Arrival lah... oh mennn....

Last, aku cakap kat John, before aku mengigau malam ni sebab tak beli semua baju aku nak, baik aku try salah satu tuu...

Inilah first pakaian aku try dalam fitting room tuu. Syok sendiri arr... Aku suka bangat tengok baju nih... Cantik!!! Sabar jer lah... Rm120. New Arrival. Ambik gambar ponn jadi lah. Esok lusa aku pikirkan lagi nak beli ker tak. Haha... Buang tebiat... Tadi kalau nak beli dah boleh daa... Tapi, tuu arr... aku mesti control perbelanjaan bulan ni. Bulan depan gaji pun lewat sikit. Hoho, rumah sewa pun belum bayar ni.

Yang ni pulak 2nd try aku. Baju ni memang tak cantik, aku just nak try saiz. Nak make sure aku pakai saiz per untuk pattern baju ni. Kadang, lain baju, lain brand, lain jugak dia punya cutting dan size. So aku try jer, alang-alang dah berkesempatan try tuu, hohoho, ambik gambar jugak. Sempat!!! Apa pendapat korang?

Yang ni baru aku try jenama lain dari 1st aku try tuu. Tapi aku tak suka sangat tengok. Pattern bajunya kelihatan tak menarik dan tak modern dari yang 1st aku try tuu. Aku prefer lagi yang baju 1st aku try tuu than this. Antara 3 gambar aku fitting this baju, dan aku dibagi pilihan, aku akan pilih baju yang 1st try tuu. Bagi aku lagi cantik, ranggi dan modern, simple type and young person lover caring sweet aiskrim. Naaaahhh...

Hohoho... Oklah...gurau-gurau saja k... Aku hanya ingin berkongsi ceria fun dan happening lifeku saja... until here saja okay. Esok lusa kita bersua lagi ya dear :) Muah muah muah... Hoho.. Have a nice day...

Tuesday, December 21, 2010

Absence makes the heart grow fonder.

“I’ll be back so soon you won’t have time to miss me. Look after my heart — I’ve left it with you.”

Mum telefon aku masa lunch break tengahari tadi. Dalam pada masa yang sama ketika aku berbual dengan Mum, Danial juga menghubungiku. Jelas, ada dua perkara yang sama dalam perbualan itu tentang aku. Mereka berdua, rindukan aku. Hurmmm... Lama juga aku tak pulang ke Miri ni. Tipu kalau aku katakan aku tak rindu untuk pulang dan bertemu dengan rakan-rakanku dan keluargaku. Tiket flight mahal. Kalau ada sekalipun offer dalam AirAsia tuu, tetap ke Miri tiada yang murah kalau dari KL. Melainkan dari Kuching ke Miri or Miri ke Kuching dan sebaliknya. Takda plak ku jumpa setakat ni offer KL<->Miri murah... Hrmmm... Lagipun, this year juga aku sibuk dengan kerja-kerjaku. Jangankan nak pulang ke Miri yang kena terbang tuu, nak balik Seremban dari KL yang dekat ni pun aku tak terbalik-balik lagi sebab sabtu dan ahad pun aku kadang kala turun kerja. Bila dah letih sangat, antara salah satu hari tuu jer aku datang.

Sorrylah ya... Bagusnya kamu yang menghubungiku itu juga amat memahamiku... Lagipun, sekali-sekala aku jauh ni, ada jugak fungsi rindu tu tercipta... InsyaAllah, aku usahakan juga minggu ni untuk selesaikan semua kerja-kerjaku yang di tempat kerja dan di rumah sebaik mungkin. Selesai saja dapatlah aku berehat pulang ke Seremban dengan tenang. Tanpa perlu memikirkan banyak perkara yang belum selesai. Minggu ni sudah minggu ke 3. Sebulan lebih sudah aku tak pulang ke Seremban. Tentu saja sepupuku ku tertanya-tanya lagi tentangku disana. Syukurlah ada tempat untuk melepas rindu. Bila bulan sudah mengambang...

Danial ketika menghubungi, memberitahu tentang kepulangan rakan kami yang lain yang telah terlalu lama juga ku tidak temui sejak dari aku berhenti kerja di Boulevard lagi. Terlalu lama. Rasanya 2 tahun tak jumpa atau lebih. Last contact, telefon dan hanya di Facebook. Itu pun tau-tau dia bukan berada di Malaysia lagi. Bersempena Krismas yang bakal menjelang tiba ni lah baru dengar khabar dia pulang. Rindu juga mo jumpa. Apatah lagi rakan dari sekolah menengah... Sorrylah Ken, aku tak dapat visit ko tahun ni Krismas. Tapi, just let you know, I still kawanmu walaupun kita jauh. Krismas ni Danial kan ada dan adik-beradikku yang lain di sana kan ada, enjoy your Christmas yeah... Miss you Buddy!... Ho Ho Ho, Merry Christmas... Dan, bersempena hari Krismas ni jugak yang jatuh pada hari sabtu ni 25th December 2010, aku mahu lihat suasana sambutannya di Seremban pulak. Bagaimana sambutannya di sana ya?

Sayangnya sambutan hari Krismas ni jatuh pulak hari sabtu. Tak der lar cuti hari biasa untuk pekerja macam kitorang nih. Kalau PH tu jatuh hari ahad kan cantekk?!! Hoho... Sebab, biasanya kalau PH tuu jatuh hari Ahad, Isnin hari bekerja, automatically jadi pengganti cuti PH. Maksudnya, tak kerja arr. Tak per ah, sabtu ni aku kasi hentam itu Seremban. Aku nak jalan-jalan dan tonton wayang kat sana plak. Beralih angin. I wish menjadi!!! With God Willing. Insha'Allah.

Mum pula today tiba-tiba call. Ingatkan ada hal penting lagi. Aku ni bulan ni memang bulan menangis dan terkinjat(terperanjat) jer. Asyik dengar berita sedih saja. Tapi, cara menghilangkan sedih tu, solat, baca Yassin, sedekah al-Fatihah dan lain-lain lagi yang bisa menenangkan jiwaku. Alhamdulillah. Mum call pasal rindu. Bertanyakan khabar tentang kesihatanku. Hari tuu kan aku demam, cuma sampai sekarang batuk ku tak hilang. Silap aku jugak, makan tak berpantang. Asal nak sedap jer, goreng-goreng, pedas-pedas, western food, carbonated drinks dan macam-macam lagi yang juga bisa menimbulkan rasa batuk. Beginilah kejadiannya kalau sudah merantau tuu tak jaga sangat makan. Balik Miri terjaga gak makan. Aku makan pun bila perlu jer. Kat sini, asal tengahari jer, member ajak makan, pergi jer walaupun masih boleh bertahan kenyang sarapan yang pagi tadi. Mana tak nyer badan I berisi kat sini. Mantap gitu :P

Tinggal 10 hari mengejar cinta. Maksudku, 10 hari lagi tahun 2010 ni akan ditinggalkan samada rela tak relanya. 2011 pula bakal menjelang tiba dan menggantikan 2010. Apa azam anda? Kalau ada yang masih belum bersedia dengan pertukaran tahun Kalendar Islam hari tuu, bersedia lah pulak dengan Almanac 2011 ni. Salah satu azam aku tahun depan dari 1001 ialah, dapatkan Kamera Sony DSC TX9 sebelum pulang ke Miri!!! Tak dapat, aku tak nak balik! Chewahhhh... bleh plak macam tuu... Ho Ho Ho... Mana aja kata kau DeeDee... itu semua kena kuatkan hati sendiri gak. Tak kuat tak tersimpan arr duit nak beli. Yakin DeeDee, anda boleh buat!!! Hiah!!! Chai Yok Sayor!!! Namun harapan pasti ada dengan kesungguhan seperti petikan dalam Bersamamu di TV3. Okay Buddy! Merry Krismas, yang mana nak bersedia beli barang sekolah dan berbelanja tu, berpada-pada lah yer, Happy Holiday. XOXO.

Saturday, December 18, 2010

What makes you different just might be your greatest strength.

Salam!!! Hehe. How was your saturday today? Okay? Hehe... Me just fine. At last! relax at rent house! Even so many thing to do, I'm just let it be bak kata The Beatles. Hehe... Okay, hari ni DeeDee nak cerita tentang Hackers! Godam. Penggodam? Si pemecah Cyber... Hurmmm... The best dreams I wanna be... Chewaahhh... Tapi, tak boleh dou... kalau diturutkan, anda boleh disabitkan di bawah Akta yang berkenaan atas kesalahan menyalahgunakan IT dan Cyber dan memecah masuk dan dianggap crime! Jenayah! Criminal... Dan seumpama dengannya lagi... Sebelum tuu, nak cerita pasal Blackberry lah. Hehe... Why? Semalam, aku ni ternampak member gunakan BB ni lagi. Aku pun hairan lah. Hairan bukan pasal tak pernah nampak phone ni, cuma, sekarang, semakin menjadi-jadi demam BB ni.

Ye larr, BB ni kejap aku dengar best, kejap aku dengar tak best. Erm, oklah, memang ku akui pada mulanya, aku tak menyukai BB. Big, boleh lontar ke kepala anjing kalau kecemasan berlaku dan ada saja lah lagi rungutan mengenainya. Tapi, setelah kajianku yang terkini semalam, mendapati, aku semakin meminati kemudahan BB ni. My friend is so easily FB and anything lah about IT ni. So, pendek cerita, aku sudah mula dapat menerima hakikat tentang selain Nokia, maybe BB the next option for me yang jenis gila Internet nih. Hehe... Chuppp!!! Next topic ni aku nak share. Okay. Erm, tentang godam. Penggodam. Anda tahu apa itu godam? Pecah masuk dunia Cyber dan melakukan macam-macam kerosakan internet atau samada untuk kepentingan sendiri.

Semalam, aku tak sengaja. Bukan menggodam la. Cuma membantu. Semalam, aku dan rakan-rakan sepejabat kena hadir kelas di samping praktikal untuk mengisi borang wajib demi kepentingan kerja dan untuk di nilai. Di akhir-akhir tahun ni, biasa larr... Penilaian tu amat penting untuk markah kerja kami dan demi kebaikan rekod kerja kami juga samada untuk kegunaan company sendiri atau kegunaan rujukan company yang lain sekiranya menerima kami bekerja di tempat lain samada berpindah atau dipindahkan atas keinginan atau kerelaan sendiri. Usually, we fill that form hanya manual. Kertas borang biasa saja yang diberikan pada setiap orang samada nak menulis atau menaip print out dan dilampirkan bersama. Semua company di seluruh Malaysia ni pulak serentak perlu hantar before the end of this year. Jadi, demi bajet, dunia pun semakin maju dan canggih, salah satu inovasi yang telah diwujudkan untuk mengelakkan pembaziran menggunakan kertas, online form telahpun diwujudkan.

I guess, it's much more easier to fill in online than isi borang yang kalau tulis pakai pen silap kena pulak correction pen atau 'Blanko' dan kalau sudah salah isi satu paper, nak kena guna paper lain plak kan?... Jadi, semalam, bermulanya kami mengisi online borang keramat lah tu kunun... Cuma, setiap kelebihan tuu, ada kekurangannya. Bila online, if system down or low, off course saja lambat kan? Tapi, aku sentiasa yakin, kekadang tuu, kalau cara kita silap tuu pun boleh juga menyebabkan internet tuu lambat... I learn about this since I have phone and mengenali dunia internet sejak dari zaman persekolahan menengahku lagi... Itu saja punca utama setelah mengetahui kelemahan, kita pulak jangan lah demand lebih untuk expect yang lebih dari tuu pulak. Terima seadanya...

Berlakulah semalam seperti yangku duga iaitu, semasa memulakan pelajaran mengisi borang penilaian tuu online, internet kami semua pun lambat... Sebenarnya silap teknik, tu lah yang lambat... I follow the flow saja mulanya seperti yang diarahkan... menjadi. Tapi, lambat! Even si Pengajar pun mengalami kesukaran untuk log in dan memasuki ke next page borang.

Hatiku pula sudah meronta-ronta nak cepat log in dan menyiapkan segala-galanya hari tuu jugak. Jadi, tanpa berlengah lagi, aku pun membuat di luar batas pengetahuan si tenaga pengajar supaya aku dapat log masuk dengan cepat. Ini semua juga berkat pengalaman dan kepakaranku yang ku pelajari selama ini, dan Alhamdulillah! Berjaya log in dengan pantas. Tanpa berlengah, dalam keadaan kelas yang seperti semuanya mengalami kesulitan log in, aku terus share saja kesemuanya pada rakan-rakanku terlebih dahulu cara online pantas tuu, baru aku bagitau kat Pengajar. What Happen then?

Si Pengajar terkejut dengan cara yang ku kemukakan. Nampak dari raut wajahnya berkerut hairan. Macam tak percaya pulak ada cara lain. Tapi, dia menurut saja arahanku dan dia pun berasa teramat gembira kerana dapat log in dengan pantas walaupun pada mulanya dia macam tak nak sebab risau akan tiada Secure Connection dengan cara yangku ajar. Sebenarnya, aku tak risau pasal ada atau tidak https atau http saja semasa online sebab namanya sudah kita online di company, automatically connection kita juga akan berubah dengan sendirinya kepada Secure Connection kemudian. Lalu dia memujiku sambil dia berkata aku telah berjaya menggodam dan boleh dapat credit(markah) lebih nii sebab punyai alternatif terbaru untuk log in pantas. Dalam ku gembira tu dapat membantu, aku sebenarnya kelu sebab pujian itu sebenarnya berbentuk seperti sindiran.

Kenapa?

Bila aku telah dikata begitu, aku terkejut seumpama aku berjaya memecah kelambatan online dan tiba-tiba aku telah dibagitau berjaya menggodam. Erm... sebenarnya, niatku bukan nak menggodam untuk kejahatan ya. Lagipun cara yang ku ajarkan tu sesuai untuk diguna pakai oleh semua. Kalau sebenar-benar Hackers, bukan dapat memberitahu identiti sebenarnya pada khalayak ramai dan menunjukkan lagi cara tuu kat semua orang dengan skrin besar didepan kelas tuu... Huhu...

Apapun, aku tak lah peduli tu semua. Asalkan dapat sudah online pantas semalam, dan menyiapkan kerja, sudah memadai. Segala pujian tu hanya bagi Allah. Lagipun, aku tak sengaja bagitau cara tu buat si Pengajar tu rasa dia pulak yang kena ajar aku dalam kelas tu bukan dia pulak yang sepatutnya mengajar kita. Rakan-rakan sekerjaku pulak hanya menggelakkan karenah kami dua sebab terbalik. Maaf ya. Tak terlintas aku nak menjatuhkan maruah atau memperkecilkan kebolehan tenaga pengajar. Apapun, aku cukup gembira sebab Pengajar juga sangat gembira dengan cara yang ku ajar. Siap si pengajar nak bagi cadangan ni nanti pada semua pelajarnya yang lain jika mengalami masalah yang sama pula. Nampaknya, semalam, kami sama-sama dapat ilmu dan tersenyum riang semasa pulang dari kelas. Tambahan lagi, ilmu yang ada di manfaatkan bersama.

Bagi DeeDee, ilmu yang DeeDee ada tu hanya baru sedikit dari 1001 ilmu lagi yang ada di dunia ni. Walaupun sedikit kan, jangan lah kita sombong, riak, bongkak dan takbur... Berkongsi... Kongsikan pengetahuan anda tanpa ada niat nak menunjuk-nunjuk atau berbangga... Anda pernah dengar kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s? Nak tahu? Baiklah, hanya cerita ringkas nak mengaitkan dengan ilmu yang kita ada hanya baru sedikit.

Diringkaskan cerita antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s. selepas kedua-duanya bertemu di tempat pertemuan dua lautan, antara Lautan Roma dan Farsi, berlakulah beberapa peristiwa yang boleh dijadikan tamsil untuk teladan umat manusia.
Dalam pengembaraan mereka berjalan menyusur pantai, tiba-tiba kelihatan sebuah perahu kepunyaan anak tempatan, Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s pun melompat naik ke atas perahu itu tanpa dipelawa.
Tiba-tiba terbang melayang seekor burung pipit yang amat kecil lalu hinggap di hujung perahu. Burung itu menyentuhkan hujung paruhnya yang halus itu ke permukaan air laut.Setelah meminum air laut ia terbang semula sehingga lenyap dari pemandangan Nabi Musa a.s dan Khidir a.s.
Pada saat itu berkatalah Khidir a.s kepada Musa. a.s: "Hai Musa, engkau lihatkah apa yang dilakukan burung pipit tadi?" Musa a.s menjawab dengan segera: "Ya, saya lihat burung itu minum air laut." Soal Khidir a.s: "Tahukah engkau berapa banyak air laut yang diminumnya dan berapa pula banyaknya air laut yang masih tinggal di lautan itu?" Jawab Musa a.s:" Air yang diminum burung itu sedikit sekali, mungkin hanya satu titis sahaja, sedangkan air laut yang masih tinggal di lautan, banyak sekali, sebab laut itu tak terbatas luasnya, luas dan luas sekali, dalam dan dalam sekali."
Berkata Khidir a.s:"Hai Musa, ketahuilah olehmu demikianlah perbandingan ilmu kita manusia dengan ilmu Tuhan. Ilmu manusia termasuk saya dan engkau terlalu sedikit dan terbatas. Sedangkan ilmu Allah banyak, luas dan dalam sekali".
Setelah berkenalan, Musa a.s menyatakan bahawa baginda ingin bersama Khidir a.s dan menuntut ilmu kepadanya.

So, bagaimana? anda dapat faham sedikit sebanyak tentang ilmu? Adakah anda sekalian sudah bersedia juga untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan yang lain? Jika hendak berkongsi, dengan keikhlasan juga ya... InsyaAllah, ilmu itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Nak tunggu kita ni belajar kekadang tu ada saja halangan masing-masing. Alternatif lain tu begitu banyak sebenarnya. Jangan simpan lama-lama sampai ke mati, selagi dapat di kongsi, kongsikan. Ilmu itu juga bukan milik anda :)

Thursday, December 16, 2010

Tak Pernah Jadi Pernah. Uh?

Semalam, aku rasakan, ini sesuatu yang aku rasa, erm, tak perlu diceritakan. Mungkin biasa saja. Tapi, pagi ni, aku dah terkezut.

Semalam, sepulangnya aku dari kerja, aku mandi dan menghembus hingus di hidungku yang rasanya macam mengacau saja tersombat ba~ terkinjat aku tengok macam darah. Erm... memang darah. Cuma cair. So aku assume, mungkin luka biasa jer kot. Aku buat donno dan bersuka ria lah lepas tu... Tiba-tiba... jeng jeng jeng... Pagi tadi plak aku bangun tido, terus gi toilet nak mandi lah ready gi kerja kan, aku hembus lagi. Aku terperanzat terkezut terkinjat-kinjat lagi tengok darah beku pekat merah tersembur keluar lagi!!! Oh No!!! What Happen... But not bleeding... only bleeding love by Leona Lewis saja... Waduh waduh... Apa ini? Aku check-check jugak lobang idong aku tuh, tak jugak bleeding... Kenapa eh? Risau eden...

Rupa-rupanya, baru aku faham setelah ku ceritakan pada ramai rakan di tempat kerja, barulah antara kesemua ada seorang yang mengexplainkan padaku. Silap-silap boleh menyebabkan kebocoran di gegendang telinga tau kalau terus dikasari. Kak Bayam (bukan nama sebenar) menerangkan padaku, mengikut pengalamannya, punca utama hidungku berdarah itu adalah disebabkan semburan kuat hidung ku. Ada logiknya juga katanya padaku itu sebab sejak kebelakangan ni aku kuat menghembus membersihkan hidung sebab batuk dan selsemaku belum pulih sepenuhnya sebenarnya. Aku pun wonder. Menurut Kak Bayam lagi, dia tahu sebab dia pernah kena. Nak tau tak? Pasal ape?

Risau gak aku dengar penerangan Kak Bayam tuu. Pada suatu masa dahulu, dia pernah menjalani pembedahan telinga dan hidung beberapa tahun lalu jugak lah. Doktor mendapati, sebab utama nya ialah Kak Bayam menghembus hingus di hidungnya dengan kuat dan sepuas hatinya. Ku akui, aku juga begitu sebab merasa rimas. Tapi, nasib baik Kak Bayam explain awal-awal supaya aku takkan buat sepuas hati lagi. Cukup ala kadar menghembus hingus perlahan. Bila Kak Bayam terlalu kuat menhembus tu, situasi yang sama turut berlaku kepadanya iaitu pendarahan. Darah keluar dari hidung. Akibat terlalu kuat juga, terpaksa membuat pembedahan hidung. Ewww... bajet mau-mau 7K nak operation tu. Ouch... Telinga nya juga mengalami kebocoran gegendang. Puncanya juga hembusan tu lah... Kan saling connect tu hidung, telinga dan tekak. Hmm... Telinga pun mau-mau 7K tau operation. Dahlah tu Kak Bayam cakap isi kulit belakang telinga di leher ker tak silap di ambil sedikit untuk menampung kebocoran di dalam gegendang telinga tuu... ada 2 kemungkinan lagi tuu, kalau berjaya, melekat lah isi. Kalau tak berjaya pulak? Isi yang di tampal tuu boleh tertanggal dengan sendirinya tau kalau tak ngam! ... Risiko! Hmmm...

Lepas aku dengar tuu... Hmmm... aku dah mula risau dah nih... tanda-tanda awalnya itu ada padaku. InsyaAllah aku usahakan tak mengkasari lagi hidungku... bukan aku sedar pun aku terkasar tuu... rupa-rupanya, walaupun kita tak merasa sakit, tapi luka dalaman tu yang kita tak nampak sebenarnya... Hmm.... Moral of the story, jangan hembus hingus kuat-kuat sepuas hati dan berlanjutan berturut-turut setiap hari sebab boleh menyebabkan luka dalam hidung. Silap-silap resdung dan kena buat pembedahan... Oh No!!! Palis-palis jauhkan=simpang malaikat 44.

Wednesday, December 15, 2010

The Buried Life... Baby you are Firework~

Good day to everyone :) Today I'm totally suprised with my Boss. Not my Big Boss. Why? Hehe... while I'm busy doing my job, then my Boss come nearby. Aku punyalah sibuk sampai tak kisah kedatangannya kalau nak tengok kerjaku. Biasa jer bagiku. Then tiba-tiba saja Bosku offer ada apa-apa yang dia boleh bantu untuk ringankan beban kerja aku. Terperanjat lah aku dalam hati. Terkinjat aku. Terharu pun ada. Sebab, tak sangka aku ada bos seprihatin ni. Ye larr... aku takde plak bagitau dia aku benar-benar busy sebab buat kerja hakiki dan menanggung kerja orang lain. Tapi, dia sedar walaupun aku time tuu just buat kerja hakiki pun dah sekian sibuk, dia nak ringankan jugak beban kerjaku. Kerjaku memang banyak tapi tak semua tahu. Aku pun tak nak bagitau sesiapa di tempat kerjaku apa kerjaku yang banyak sampai aku terasa bebannya sebab bagi mereka yang lain kerja mereka lebih banyak dariku. Sebenarnya, walaupun kerjaku di mata mereka nampak seperti sedikit, rumitnya untuk setiap satu bahan yang ku proses tu mereka tak faham. Setiapnya berbeza saiz dan bentuk dan perlu di uji sebelum di proses.

Oleh sebab dah takde siapa tempat ku nak mengadu, aku just buat jer satu-demi-satu sampai siap tanpa perlu nak explain kat orang bagaimana rumitnya prosedur yang harusku lalui untuk melakukan kerjaku. Mungkin sudah terlalu biasa, sampaikan aku tak terdaya nak bagitau orang. Tapi, semenjak persoalan Bos tu ditujukan padaku, memang aku terperanjat. Takkan aku nak suruh orang pangkat yang tinggi dari aku ni buat kerja aku ni. Wah, betapa aku mengagumi sifatnya yang tak mengira darjat dan pangkat untuk melakukan kerja-kerjaku dengan niat untuk meringankan bebanku. Terharu. Tapi, aku tidak semudah itu nak menyusahkan orang yang lebih tinggi pangkatnya dariku yang telah melayan aku dengan baik dalam bidang pekerjaan kerana belum pernah bagiku terasa disusahkan olehnya. Bukan ku pinta untuk disusahkan. Tetapi, beruntung bagiku rasanya bila dapat bos yang menghargai pekerjaanku sebegini dan tidak ku terduga daripadanya. Alhamdulillah :)

Tapi, memang jelas sungguh Bos bersungguh-sungguh hendak menolongku sebab hari ni dua kali aku ditanyakan daripadanya. Hehe... sebenarnya Bos, cukup sekadar bos amat memahami aku. Itu sudah memadai bagiku. Tambahan lagi Bos ni kekadang suka menceritakan pengalamannya mengembara. Itu sebenarnya sudah cukup menghiburkan aku bila mendengar ceritanya yang menarik perhatianku. Bagiku, dia jujur dan tulus ikhlas menceritakan bukan kerana dia berniat nak mem-poyo bila cerita tu. Mungkin sesetengah orang fikir bila menceritakan pengalaman masing-masing tu seperti nak menunjuk-nunjuk. No. Kalau tak cerita, orang takkan tahu.

Siapa dia Bos yang saya maksudkan? Eheh... nak tau? jika pernah terbaca entri Blogku tentang

Sepintas cerita seringkas ini :)

barulah korang tau siapa dia ... Huhuh... Tak pernah aku jumpa orang sepertinya yang jenis tak berkira sangat dan tak mengendahkan siapa pun. Kalau dia buat kerja tu, memang fokus dan buat sampai dia siap. Hehe... bagiku, dia seorang yang bertanggungjawab. Aku akan mencontohi salah satu dari sifatnya. Tahniah Bos, anda salah seorang dari sumber inspirasi kehidupan saya. Yang baik-baik aja sih kita contohi dong... Dah dapat Bos sebaik ini, adakah aku akan dapat Bos sebagus ini nanti di tempat lain jika aku berpindah? Yang mana telah sedia ada ni, hargailah. Always appreciate your precious moments :)

Followers