I Like it!!!

Wednesday, July 18, 2012

8 Petanda Lelaki Boros

Pada mata kasar, umum melihat kaum wanita yang lebih boros dalam berbelanja. Namun hakikatnya, jika diperhatikan kaum lelaki juga tidak terkecuali. Apabila disoal mengenai isu kewangan, kaum lelaki akan bersikap acuh tidak acuh. Ramai juga yang dilihat hidup mewah di awal bulan dan sesak di hujung bulan. Cuba teliti tanda-tanda lelaki yang terlebih berbelanja atau lebih tepat boros seperti di bawah. Apakah anda tergolong dalam kumpulan lelaki yang bakal dibaluti hutang atau sebaliknya. Fikirkanlah.

1. Menggunakan Wang Simpanan
  • Dalam keadaan terdesak, mungkin wang simpanan akan jadi sasaran. Ia sebenarnya satu perbuatan yang merugikan. Mungkin anda mengeluarkan simpanan di dalam akaun bank, amanah saham, insurans dan sebagainya untuk membayar bil-bil tertunggak anda. Akhirnya, anda akan kehilangan simpanan untuk masa depan anda sendiri.
2. Membuat Pinjaman Untuk Membayar Hutang
  • Keadaan ini samalah seperti 'gali lubang, tutup lubang'. Keadaan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah kerana anda perlu menanggung beban faedah tinggi yang dikenakan oleh pihak pemiutang kepada anda. Anda juga mungkin berhadapan dengan risiko muflis jika nilai hutang terlalu tinggi.
3. Menerima Notis Lewat Bayar
  • Kadang kala anda mungkin tidak menyedari notis-notis pembayaran yang dihantar melalui peti surat anda. Mungkin ada sesetengahnya yang sudah terlewat. Ketika ini anda mungkin di dalam dilema untuk memilih bil yang mana satukah perlu diutamakan terlebih dahulu. Situasi ini kerap terjadi pada lelaki bujang.
4. Dibebani Hutang Yang Tinggi
  • Anda membuat pinjaman kenderaan atau pinjaman peribadi. Di masa hadapan, jika anda mengalami kesukaran membuat semua pembayaran tepat pada waktunya, peluang anda untuk bebas daripada hutang dalam jangka masa panjang agak sukar. Ketika itu, jika pembayaran semula pinjaman berserta faedah melebihi 30 peratus daripada pendapatan anda, atau mungkin nilai hartanah ketika itu melambung, anda mungkin bakal berdepan dengan masalah jangka panjang.
5. Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
  • Anda berbelanja menggunakan kad kredit walaupun anda memiliki wang tunai di dalam tangan. Selain itu, perbuatan mengeluarkan sejumlah wang tunai menggunakan kad kredit untuk tujuan membeli barangan yang tidak perlu, juga boleh menjadikan anda mengumpul nilai hutang secara tidak sengaja.
6. Membelanjakan Wang Yang Belum Diperolehi
  • Anda suka hidup bermewah-mewah dan berbelanja berlebihan daripada jumlah pendapatan anda yang sebenarnya. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan juga akan menyebabkan anda akan mengumpul lebih banyak hutang secara tidak disedari.
7. Tidak Sedar Ke Mana Wang Yang Dibelanjakan
  • Anda telah sampai ke satu tahap di mana wang amat sukar didapati ketika anda ingin membeli barangan asas seperti membeli barangan dapur, makanan mahupun pakaian. Pada masa yang sama, anda tidak pula berusaha untuk membuat 'post moterm' ke atas semua wang yang telah dibelanjakan sebelum ini.
8. Tidak Sedar Jumlah Perbelanjaan Sebenar
  • Anda selalu mengeluarkan wang untuk berbelanja tetapi tidak menyedari ke mana wang itu dibelanjakan (contohnya membeli barangan mewah). Awas! Jika ini berlaku, anda berada dalam kedudukan yang berpotensi untuk dilanda masalah kewangan. Sebolehnya lakukan catatan terhadap perbelanjaan seharian anda.








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers