I Like it!!!

Saturday, April 23, 2011

Selamat Pagi DeeDee dan Hari Yang Panas Ceria

Selamat Pagi Semua! Dan kalau dah malam baru korang nak baca Blog aku sekarang nih, Selamat Malam semua!!! [Haha, siap awal-awal ucap Selamat! Sungguh Bajet kan!]. Huhu... Hari ni sabtu lagi. Bermulanya hari ni, aku akan sibuk hingga sabtu depan! Mintak-mintaklah hari ahad dan seterusnya aku rileks walaupun bekerja. Hurm... Mau tau apa cerita? Sebelum itu, cerita hari ni dulu! Huhuhu... Pagi-pagi lagi aku telah bangun dan memamaikan diri. Di pendekkan cerita, terlintas membuat teh hijau di pagi hari. Tentu saja tau apa kesannya meminum teh hijau. Huhu... Tapi, amat baik untuk kesihatan perutku. Teh hijau panas tanpa gula. Memang benar iklan di tv tentang teh dapat membangkitkan semangatku. Semangat apa? Semangat ni banyak. Antara 1001 semangat aku yang bangkit ni Blogging! Haha... Wahhh, di pagi sabtu yang tenang di rumah sewa baru ni betul-betul membuatkan aku semakin semangat mau menaip walaupun tiada apa mau cerita sangat. Okeh, bangun pagiku melayan sudah music-music Korea dan Barat. Antara terbaru yang paling aku suka dengar tuu dari cadangan rakan juga malam tadi di Facebook, lagu Ring Ding Dong dan juga lagu Replay yang dinyanyikan oleh kumpulan Korea SHINee. Huhu... Layannnn. Lagu lain aku suka buat masa ni, J-Lo dan Pitbull - On The Floor kerana ada lagu lama oleh Kaoma - Lambada terselit sekali dalam iramanya. Begitu juga dengan lagu Travie McCoy bertajuk We ll be alright. Huhuhuhuhu... Apapun, apa lagu yang anda suka, sila cadangkan untuk saya dengar. Huhu... Sharing kan Caring???

Hari ni DeeDee nak ajak Fauzi lah jalan-jalan KL tunjukkan dia jalan mudah untuk sampai ke destinasi walaupun dia telah tahu kebanyakan tempat, tapi kali ni aku nak ajak dia ronda restoran dan gerai-gerai berdekatan rumah sewa baru ni dan jugak aku akan direct bawanya ke Sogo dan menunjukkan lagi jalan singkat untuk sampai ke Masjid India dan menaiki LRT paling cepat sampai ke rumah! Yippi! InsyaAllah. Jalan-jalan hari ni sebab aku nak beli barang keperluan rumah. Aku tak pasti lagi seminggu ni aku punyai masa keluar yang cukup kerana mungkin aku akan keletihan akibat kerja yang mendadak seminggu ni walaupun sepatutnya pada bulan ini aku harus sibuk dengan persiapan peperiksaan. Namun, begitulah kalau kita berada berdekatan dengan tempat kerja HQ, minta maaf sajalah dengan kerja Hakiki. Kirim salam saja lah, pasti tergugat dan terganggu. So, aku Redha jeww lah dengan tugasan ni. Lagipun, kalau aku ditegur atau dimarahi bagaimana sekalipun kalau kerja tak siap, sekurang-kurangnya aku ada alasan yang kukuh kan?

Esok Ahad, tapi aku kerja menggantikan teman yang akan Exam. Namun, tidak perlu ku katakan juga aku juga punyai exam. Tidak mengapa ba itu... Aku bagi peluang ya. Huhu... Exam kali ni pun, aku akan hadir sekadar untuk mengetahui bentuk-bentuk soalan. Aku tahu aku akan gagal pada ujian kali ni, tapi sekurang-kurangnya aku telah tahu daripada langsung tidak tahu. Examku pada 28hb April ni, tapi kesibukan daripada esok hingga 30hb. Hari ni pun tidak mustahil jika Big Boss or Bos ada call aku untuk cover mereka menjemput tetamu dari luar negara di KLIA. Nevermind, tugas is tugas! Harus jalankan! [Sedapkan hatiku saja :)] Huhu... Esok aku akan jadi penyambut tetamu. Isnin hingga Rabu sibuk menjemput tetamu dari Hotel-hotel di KL ke opis. Khamis pula exam. Jumaat tentu saja singkat masa bekerja [Yang Faham saja Faham]. Manakala sabtu 30 hb aku ditugaskan bertugas di Jusco, Mahkota Cheras! Mak aiii!!!! Jauh ba jauh~~~ Takpa-takpa, sabar Dee sabar Dee kap kun kap! Hoho... So, senyum tak perlu kata apa-apa... Janji pembaca tahu apa yang ku rasa kini cukuplah. Huhu... Di pejabat pula aku speechless saja bila ada-ada saja ragam lah. Di pendekkan cerita, aku buat jak satu-satu kerjaku... Lama-lama tu nanti siap ba jugak kan? Kan Kan Kan... Ini semua ujian ni... Tabah DeeDee! Sabar! Huhu... Ceria Ceria Ceria! Aja-aja! Fighting!!! Hari ni pulak biasanya aku akan balik rumah bini pertamaku. Hohoho... Memang tak sompat eden balik sobab ecok koja... Lupakan saja niat tu. InsyaAllah next week yeahhh... Petang di rumah ni pun best kalau jemur pakaian! Baru tadi saja si Wanzy [my housemate jugak] membasuh pakaian, sekarang aku pergi pegang pakaiannya di jemuran telah kering sedikit! Wahhhh... ternyata rumah ni boleyyy buat bisnes Dobi ni nanti cepat keringgggggg... Hahahaha...

Hari ni pun sebenarnya aku masih lagi terkena selsema. Agaknya kejutan air yang kotor tahap karat kot kat rumah ni. Alaaaa, K-eL kan? Jangan nak mengharap yer air bersih sejati. Ko tapis jewww, ko tengok balik penapis tuu tak perlu tunggu seminggu, tak sampai sejam dah kuning karat sudah penapis. Hehehe... Oklah geng. Setakat didih ni jer lah aku blogging now. Aku nak mandi dan bersiap! Tunggu Fauzi pulang dari kerja dan melangsungkan perjalanan kami. InsyaAllah segalanya okay saja. Dan tak mustahil jugak aku mungkin datang opis nak siapkan kerja yang tak pandai habis. Haha... Tata dear~
Jumpa lagi sidang hadirin dan hadirat!


Friday, April 22, 2011

Promise Yourself

Promise yourself....

To be so strong that nothing
can disturb your peace of mind.
To talk health, happiness, and prosperity
to every person you meet.

To make all your friends feel
that there is something in them
To look at the sunny side of everything
and make your optimism come true.

To think only the best, to work only for
the best,
and expect only the best.
To be just as enthusiastic about the
success of others
as you are about your own.

To forget the mistakes of the past
and press on to the greater
achievements of the future.
To wear a cheerful countenance at all
times
and give every living creature you meet a
smile.

To give so much time to the
improvement of yourself
that you have no time to criticize others.
To be too large for worry, too noble for
anger, too strong for fear,
and too happy to permit the presence of
trouble.

To think well of yourself and to proclaim
this fact to the world,
not in loud words but great deeds.
To live in faith that the whole world is on
your side
so long as you are true to the best that is
in you.

Thursday, April 21, 2011

Ceramah Kanser : Sedap Untuk Tekak Tak Sihat Untuk Badan. Saya Setuju! Anda?

Pada 19 April ni tadi, aku yang sedang sibuk-sibuk membuat kerja, tak terlintas untuk menghadiri Ceramah yang diadakan kat opis aku nih sehinggalah si Marshill call aku ajak temankan sebab Qistina Aguilera tak de'. Aku on jak. Semasa tengok klip-klip videonya, dan sebutan tentang kimoterapi dan radioterapi mengingatkanku pada penderitaan arwah Kak Nana. Buat aku terus menumpukan perhatian mendengar ceramah yang disampaikan oleh Kak Dib rasanya nama panggilan senangnya. Nasihat-nasihat Kak Dib tuu memang amat benar dari segi penjagaan kesihatan, pemakanan dan gaya hidup!. Walaupun tak makan dek usia 64 tahun rupa Kak Dib tu, mengukuhkan lagi fakta-fakta serta amalan pemakanannya yang telah lama juga dia amalkan. Aku tertarik dengan beberapa nasihatnya. Antaranya, 5-7 tambahan sayur-sayuran & buah-buahan dalam makanan seharian. Makan ayam tanpa kulit, lebihkan makan ikan.

Bijirin. Kalau goreng-goreng makanan tuu, minyak sedikit saja. Tapi bagi aku, baik aku beli Periuk elektrik terbaru jenama Philips tuu yang kalau goreng tanpa menggunakan minyak. Walaupun makanan tu macam French Fries or Nugget. Sekurang-kurangnya 80% daripada lemak tuu takdak~ Hehe... Ada banyak cara lagi ba kan untuk menikmati makanan kegemaran dengan sihat asalkan pandai jumpa ikhtiar. Namun, memang benar kata Kak Dib tuu, jangan makan kulit ayam. Tau-tau sajalah kan, kot-kot ayam injection! Betul betul betul! Makan ikan tuu memang aku suka! Huhu! Tapi aku paling suka ikan goreng! Hehehe... ape ape jer larrr~ Pastu Kak Dib ada cakap pasal, api mesti kecil bila masak! Wahhhhhh~ Insaf terus aku dengar bila dia cakap part api mesti kecil tuu! Bagi korang mungkin ada yang tak insaf lagi kot or tak serik lagi membeli makanan di luar, tapi, sedang aku insaf-insaf tak nak beli makanan di luar ni, aku terbeli gak~ Cuma, time beli tuuuu, kurangkan makanan yang bergoreng sangat~

Sebab Kak Dib cakap, kekadang kita ni tak tau punnn makanan yang di masak dengan panas yang berlebihan boleh menukarkan kandungan kimia di dalam makanan tersebut yang boleh mengundang / mendatangkan kanser! Memang benar jugak tu kak! Kan pernah gak kita dilarang memasak sayur terlalu lama takut kehilangan vitamin. Rupa-rupanya, kalau sudah hilang vitamin tuu, ada di dalam kandungannya itu bertindak balas yang tidak baik jika dimasak berlebihan! [Baik aku berulam jer lah, tak yah nak masak-masak nih, melainkan aku sendiri yang masak. Ya dak?]. Thanks Kak Dib! Pastu kan geng, Kak Dib cakap, Minum air bersih! yang semulajadi. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Biasanya, orang peminat tegar minum air kosong or suam macam aku nih terlebey 8 gelas rasanya minum air~ Aku peminat setia minum air kosong saja! Huhuhuh...

Kak Dib cakap, senaman 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit. Saya percaya tu kak! Kalau tak bersenam, walaupun kita nih jalan kaki hari-hari sekalipun rutin kita, tak sama dengan senaman kan? Kalau kita konon perasan berjalan kaki hari-hari tuu atau turun naik tangga walaupun rumah 5 atau 12 tingkat sekalipun, takder maknanya kita akan kurus dou~ Badan kita nih mudah immune lah katakan. Macam kalau sudah terbiasa dengan pergerakan yang kita biasa lakukan tuu, takkan nampak sangatlah mengubah perubahan bentuk fizikal kita. Sekurang-kurangnya dalam senaman kita tuu, yang jarang pernah kita buat dalam masa seminggu. Contoh saja lah kan, macam dalam seminggu tu ada buat Bangkit Tubi or Tekan Tubi. Otot-otot yang terlibat tuu, akan berubah dan bermuscle lah dan nampak perbezaan sedikit-demi sedikit jika dilakukan berterusan tetapi sekurang-kurangnya 3 kali 0r 2 kali per week. [Macam ada pengalaman sajak]. Kak Dib ponn cakap pagi-pagi tuuuuu tarik nafas segar dalam-dalam kat pokok hijau~

Syukurlah semenjak pindah rumah baru nih, ada gak berderet pokok hijau depan rumah nih. Sejuk mata memandang tak kira siang mahupun malam. Suasana kampung tuu terasa ada saja~ Tapi, ingat gak pesan Kak Dib tuu pasal, sedut nafas tuu biarlah sedut time awal-awal pagi takdak banyak or takdak langsung kereta lalu! Baru dapat pure udara. Kan kan kan~ huhuhu... Betul tu kak! Lagipun, udara dari kenderaan yang berasap tuu mengandungi Karbon Monoksida dan Sulfur Dioksida yang berlebihan. Euuuuu!!!! I don,t like that!!! Huhuh... Banyak gak tips yang kakak tu bagi lagi geng! Hari ni pun aku terus amalkan sebab aku sangat memerlukan beberapa tips dia tuu selepas sahaja aku buat pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan selepas ceramah kanser tuu. Result yang aku dapat telahku duga jawapannya.

Hari nih saja aku telah mengamalkan seperti kakak tuu cakap, cukup memberikan rasa positif padaku. Iaitu dengan memakan segenggam nasi sahaja, lauk pauk buka genggaman dan sayur-sayuran/buah-buahan tiada limit pada bukaan tangan. Wow! Hasil yang mengkagumkan. Hehe... aku tak paksa diri aku, tapi aku rela. Hahahah... ye lar geng, aku perasan gak tentang perubahan fizikal yang berlaku kat aku nih semenjak tak jaga makan dan minum. K-eL air kotor, sebab tuu aku jarang minum air di rumah walaupun dah di masak. Makanan pun kadang beli dari luar jek. Hurmmmm... Macam kata Kak Dib, makanan kat luar tuu, kita tak tau kalau diorang masak guna minyak kitar semula. Ewwww... betul gak kata Kak Dib tuu! Kan kalau minyak digunakan 2-3 kali boleh mengubah chemical makanan dan mengundang kanser! Arrrrrggghhhhhhh!!!! I hate that! Bikin sakit orang sajak!

Hasil dari Health Report cakap, tekanan darah, kolestrol dan jantung aku semua ok. Tapi, berat aku berlebihan tak sesuai dengan ketinggian aku! Dulu aku berjaya maintainkan berat badan masa di Miri, tapi kat sini, aku terlebey 14.4kg geng! Oh no! Dah tu pulak, lemak 4.6% terlebih! Urggghhhh... Pastu, result kandungan air dalam badan kurang 5%... Lepas nih, aku tau lah apa mo buat sebab nasib baik dengan nasihat doktor tuu, dia bagitau aku saja. Hairan jugak kawan-kawan aku yang lain tengah menunggu. Dorang cakap, kenapa aku lama sangat ngan doktor tuu. Ternyata, lama dengan doktor tu bagus sebab nasihat doktor dan Kak Dib sangat berharga untuk diamal! Doktor tuu suggest aku ambik Omega 3, Fiber dan banyakkan minum air! Pagi-pagi breakfast dia cadang dalam minuman jus aku sekurang-kurangnya ada 2 buah-buahan+1 sayur-sayuran. Contohnya, dua biji epal muda blend with 1 carrot or timun pun buleyyy ba kan... Huhu... Wahhhhhhhhhh... good Suggestions!

Pastu, doktor ajar aku siap lukiskan kartun untuk aku tau! Dia lukiskan pinggan, sayur-sayuran apa yang patut ada dan sekurang-kurangnya 1 lauk/daging atas pinggan tuu. Yang jelas ketara, sayur-sayuran banyak!!! Waaahhhhhh!!!! I love sayuran! Pastu, doktor tanya aku kuat bermimpi tak? Aku cakap, ya! Huhu... Lately lah... Doktor cakap, tuu punca usus besar aku mengandungi Toxic-Britney Spears berlebihan! Wahhh... aku percaya tuu doktor! So, dipendekkan ceritera, doktor suruh aku detoxin saja tuu! Huhuhuhu... senangnya Detoxin! Beli saja lah nanti kat kawan-kawan yang ada jual Pelekat Pembuang Toxic-Britney Spears tu kan! Hahaha... Faber Max pun okay~ Huhuhu... patutlah aku selalu mengigau~ Banyak Toxic ka doktor? Bukan lupa cuci kaki sebelum tidur ka? Apapun doktor, anda terbaeeekkk~ *thumbs up!* Kamu sayang saya~ Doktor gtau, dalam masa 2 minggu saja aku boleh jatuhkan segala yang terok-terok meningkat tuuu... Caranya, [untuk aku saja ni] Colondetox, Fiber, Protein, Exercise, Water 5000cc/day. Huhuhu... Good! Oklah, aku nak gi sambung mamam roti Hi-Fibre aku brand Jacob's tuu... Hiah! Take good care of your kesihatan semua!!!

Saturday, April 16, 2011

Suka dan Sayang : Please lah okay, Dua Perkataan yang Berbeza.

Anda tentu saja tahu bukan perbezaan maksud bagi SUKA dan SAYANG? Perbezaan ketara antara suka dan sayang tuu ialah sayang terlebih dua huruf saja. So, sayang tu lebih panjang perkataannya jika dibandingkan dengan suka. Why Dee? Kenapa ko mo explain tentang ni sekarang? Just that, lately, aku perasankan sesuatu. Adalah orang-orang tuu yang macam keliru ka entah dengan Aku ni. Belum lama ni tiba-tiba saja aku terima isu meminta maaf? Uh? Ada saja yang meminta maaf dan terasa fikir aku ni memarahi dorang?... Ya... sedar saja lah kan, mungkin sebab apa kah itu. Di sini, saya, selaku empunya blog ni nak bagitau, saya kalau bleyyy tak nak yang perasan tuu, terasa bersalah ka or pikir bukan-bukan yang aku ni memarahi sesiapa ya. Ini suatu merupakan isu murahan. Saya berkawan dengan sesiapa saja dan suka sesiapa saja dan saya tahu batas-batas saya jika masing-masing pun telah menetapkan term and condition sendiri dan ini bukan isu saya perasan orang suka or dislike saya. Huhu...

DeeDee tak suka larrr tengok isu-isu Like or Dislike nih... Jangan buat susah-susah kat diri nih. Life is simple but not easy saja. And it is not good lah mau blogging pasal isu nih. Tapi, must know jugak what about my term and condition since this "thing" entah ape ni berlaku! Tapi, cakap mo sekali saja! Jangan buat aku ulang lagi. Nanti, kabur imej Blog nih. [Amboi Dee, jaga imej Blog nampak? Bagus sangat ker?]. Tak kiralah isu ni nak ditujukan pada lelaki mahupun perempuan kerana isu sebegini, masing-masing punyai pendapat dan cadangan tersendiri. Masing-masing sudah dewasa kan? Kalau tak dewasa, please! Out! Dah bagitau korang kan? Perasan tak mula-mula korang masuk Blog nih jer kena melepasi pintu gate cyber 18 tahun ke atas tuu? Or dalam bahasa rasminya, sini aku bacakan/taipkan semula bagi yang tak faham bahasa sahaja : The blog that you are about to view may contain content only suitable for adults. In general, Google does not review nor do we endorse the content of this or any blog. For more information about our content policies, please visit the Blogger Term of Service. Lepas tuu kan dah dibagi kat korang samada nak tekan [macam nak mengajar jer aku nih] I understand and I wish to continue atau korang nak pilih I do not wish to continue. Nahhhh~ So, hidup ni memang sentiasa ada pilihan baaaa! So, aku mintak korang yang perasan saja tuu please jelas ya tentang content dan warning nih.

Senang saja bah! Sekarang yang dapat membaca blog aku nih atas pilihan yang sepatutnya tidak kamu menyesal. Kalau tak nak faham nasihat tuu sudah. Siapalah aku untuk mengajar korang kan? Dan mintak jasa baik korang semua yang tersalah faham dengan layanan aku, bagitau saja. Nanti aku serviskan siap berus sekali kat yang tak faham. Pakej! Hahahaha... buat baik berkali-kali, buat jahat, jahat sekali. Ada faham matchhaaa? My entry blog this time is about How will you keep your relationship long lasting! [Ada betul ka ayat aku nih?] WhatEVA... Bagaimana membuatkan hubungan kamu lebih intim. Eh! Silap! Bagaimana untuk membuatkan persahabatan antara kalian semua berkekalan dan enggak tergugat langsung pecah belah dan bisa roboh keretakan terbelah 3. Nahhhhhh... Dahsyat ayat tuuu part terbelah 3... Sungguh kanak-kanak drastik ala-ala Ribena gitu.

For Me... [ini pendapat saya, pendapat anda?]... untuk mengekalkan hubungan sesuatu persahabatan tuu, antara 1001 tu, jujur. Give and Take! Take it or Leave it!... Hidup kita mesti sentiasa dengan perkara-perkara yang menggembirakan dan bukannya yang menggundah-gulanakan. Even by now pun kalau aku mau pikirkan sangat tentang sekeliling aku yang penoh dengan gundah-gulana ka, tetap tak akan habis. Teruskan saja hidup. Masalah, kalau dibiarkan terus atau diselesaikan, tetap tak putus ada semua tuu. Bezanya, bagaimana cara kita menghadapi dan mengatasi. Setelah itu, bagaimana cara untuk kita adaptasikan/aplikasikan pada rakan-rakan kita yang lain yang turut menghadapi or sedang menghadapi dalam masalah. Hidup tak sentiasanya sempurna right? Perfection is Boring! Practise makes Perfect! Araso? Arachi!?

Kita semua ni Fragile... I mean, hati masing-masing. Nampak saja di luar fizikal kita ni Good or Bad Looking or Teguh bagai BATA tapi dalamnya ada Taman Serigala berekor 9. Senang cerita, masing-masing punyai hati dan perasaan yang perlu di jaga baik-baik agar tidak terluka. Bila sudah luka tu berparut. Bila sudah sembuh tu, terluka lagi dan parut yang lama tu terasa sakit lagi. Boleh tak jangan tinggalkan parut? Guna SK II ka? Mahal tu geng. Cuba guna produk Nivea [For Men] macam aku nih. Facial Foam saja dah orang ingat aku buat Facial di luar. Dei, anda tahu ka? Kalau buat Facial di luar sana saja even aku lelaki mahunyer Rm199. Dei~ Dei~ Dei~ Tidak mampu saya buat. Tapi ada pernah lah Boypren kepada seopis aku buat. Mahal tuu. Better lagi guna yang ada brand tapi mampu dimiliki. Baru tidak Keruan bin Ikan Haruan. [Mulalah tu Dee, merepek!] Senang cerita, Jaga Hati Bukan Makan Hati orait! Tak puas hati, cakap! Bukan disimpan macam Freezer. Bila habis elektrik, cair Freezer, pastu bersambung lagi adegan Tak Puas Hati. [Hanya yang faham saja Faham kan?].

Hehehe... So, kesimpulannya Dee? Belum jugak saya mo menghabiskan hujah-hujah saya ni Yang Arif! Di sini, saya, selaku bekas Pembahas Sekolah, siapa yang setuju, sila buat begini! Nampak tak? Tak nampak pun tak pa... Sila jumpa saya. Hehe... [Bikin pecah Kepalak ba pikir ni]. Jangan difikirkan lagi kalau sudaa overload. Yang penting sekarang, aku dah sampaikan Content Warning aku kat korang yang tak faham sahaja. Yang Faham tuu, cukup jangan Panassssss... Bikin menyirap darah saja nanti. Aku tak cukup bajet ni nak belanja korang kasi darah rendah. Bulan ni pulak ada Kempen Derma darah kat Opis aku pada 23hb bersamaan dengan hari Sabtu. Sila hadir kepada darah yang telah terlebeyyyy sudaaahhhh... Jangan risau, saya selaku pemilik darah jenis spesis berdarah O Negatif, akan turut sama-sama memeriahkan majlis Derma Darah tuu nanti. Untuk rekod, insyaAllah, pada tahun ni, kira tahun kedua aku menderma darah. Bukan nak cakap besar, tapi, banyak kelebihannya menderma darah ni. Kan kan kan.

Aku pernah derma darah masa tahun lepas untuk pertama kalinya. Ketika tu, arwah Kak Nana masih lagi hidup dan betapa aku tidak memikirkan sangat kepentingan menderma darah tuu, tapi cukup memuaskan hatiku apabila aku telah mengetahui kebaikan menderma darah ketika itu. Yang setakat aku tahu tuu ikut belakang rekod sijil menderma darah aku tuu, ada kelebihan buat kita yang menderma darah bila sudah melebihi 50 kali menderma. Tak silap, kos tanggungan Hospital kita akan ditanggung Free of Charge saja. Tapi, mula-mula aku derma tuu, tak pulak aku terpikirkan sangat pasal tuu. Yang penting, aku ada rekod menderma saja. Sebab, itu antara 1001 impian yang aku ingin capai sebenarnya. Tetapi, semenjak arwah Kak Nana telah tiada, kempen menderma darah atau tidak perlu menunggu kempen ni membuatkan aku semakin mahu menderma darah dan ini merupakan alasan bagiku yang kukuh untuk kukatakan, ramai yang memerlukan bantuan/darah apabila kecemasan yang melibatkan darah terutamanya lagi spesies berdarah O Negatif or Positif. Kepada anda semua yang bukan berdarah O, walaupun berdarah A, B dan AB sekalipun, dermalah kerna darah itu bukan seperti menderma organ. Kalau anda derma darah, darah boleh wujud semula pertambahan, tapi bagiku, tidak pada organ seperti mata, usus dalaman ka. So, selain daripada kita boleh menderma duit tu, dermalah darah juga. Bukan sakit sangat pun. Macam kena gigit dek serangga jak. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ramai di antara kita yang memerlukan darah ketika memerlukan. Bukan Vampire tau! [Walaupun aku bertaring].

Kenapa pulak ada kena-mengena dengan arwah Kak Nana Dee bila ko sebut soal derma darah? Semasa arwah bertahan dahulu di hospital, apa yangku faham, darahnya kan telah merebak semua kanser tuu. Pertukaran darah jawapannya. Jadi, bila tukar darah, tentu saja darah yang ditukarkan adalah darah yang sihat serta hasil daripada orang ramai yang pernah menderma bukan? So, hanya Tuhan saja yang tahu penderitaan arwah Kak Nana ketika itu. Kan?... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berat lah lagi rasanya orang yang merasakan keperitan dan kesakitan tuu kan? I wish, dengan hasil kita semua menderma darah, insyaAllah, bantuan akan sampai pada yang memerlukan apa yang kita derma. Okay? alright! until now then... Sekarang, sebagai penutup Blog for today, ingat-ingatlah rakan-rakan kita tak semuanya suka kita. Bila mereka tegur akan keburukan kita, Give and Take! Now, aku nak reply kat budak-budak yang memohon maaf kat aku tuu yang aku rasa, tiada ponnn silapnya padaku. Kasian saja aku kat dorang asyik merasa bersalah rupanya lately. Orait! Kamsahamnida!


Friday, April 15, 2011

Never say Never : Senyum : Tak perlu Kata Apa-apa

Di sini ada. Di sana pun dia ada. Kenapa aku tengok DeeDee ni ada di mana-mana ya? Hahaha... Dei Dei Dei~ Hari ni saya balik rumah bini saya yang pertama. Hahah... berikutan entri semalam tentang Dua Alam tuu... Hari ni dengan jayanya aku sampai ke rumah lama ni di Keramat. [Mengaku saja Dee ko tuu rindu kat member rumah lama]. Ya... rindu lah jugak. Walaupun dorang jejarang ada kat umah. Asal malam jer ada, asal ada jer, malam. Siang pergi mana? Kerja la wei!!!! Dei~ Jangan macam-macam anda! Hahaha... Nanti bagaimana mo sara diri. Haishhh... Apa aku bawa ke rumah ni tadi? Ada pakaian basah aku bawa ke rumah ni...[Kenapa pakaian basah?] Sebab aku suka basuh pakaian di rumah lama ni. Pressure airnya walaupun dulu aku rasa slow, tapi, kalau di compare dengan rumah baru tuu, slow tahap Gaban lagi rumah baru tuuu pressure ayaq dia~

Coba anda terangkan Dee! Apa perbezaan rumah lama dan rumah baru? Dan jelaskan. [Macam soalan Esei ba kan?]. Erm, isi dan pendahuluan perlu tak? Hehehe... Okeh-okeh... biar saya jelaskan! Kalau dari segi air, macam aku jelaskan tadi, aku prefer air di rumah lama ni di Keramat. Even pakai penapis air Bio Aura untuk tapis air di rumah Keramat tu, still ok lagi. Kalau di rumah baru berdekatan opis ni, hurmmm... Payah bin Susah arrr air. Kalau aku cadang nak guna penapis air kat rumah baru tuu pun, berpikiaq 1001 kali. Tekanan rendah amat bangat! Korang bayangkan [cuba bayangkan sekarang], aku kalau mandi, kan, lepas aku mandi tuu, kalau air kolah (macam tempayan or takungan air mandi) tuu aku dah kurangkan air selepas di pakai, mahu nyerrr member aku yang seterusnya kalau menakong ayaq (air) tuu sejam macam tuu... [Kecian tak?] Hurm... bagi aku, tiada bezanya bangun pagiku di rumah lama dan rumah baru. Tetap aku akan coba mengalah untuk membolehkan air ditakung selepas aku mandi awal. [Tapi itu bukan paksaan ya][it's an option]. Walaubagaimanapun, kedua-dua rumah ni aku puas hati duduki. InsyaAllah, rumah lama di Keramat AU3 tuu, aku out by the end of this year. [Berat nak meninggalkan, tetapi, bila ada yang lebih baik, kita harus berubah kepada yang lebih baik, dan tak bermaksud rumah lama aku tu tak baik :) Dua-dua pun best!]

Bukannya setakat nak membasoh baju jeww aku kena datang rumah lama ni. Ada banyak lagi larrr jugak barang aku kena angkut sikit-sikit ke rumah baru... Slow-slow... Antara sebab lain tuu aku pilih rumah baru, jimatkan kos tambang perjalanan aku dari rumah lama ke opis. Aku pengguna tegar Bas-bas selagi ada di K-eL ni~ Pedulik lah RapidKL ka, Metro ka, NyangRapit ka, Metrojaya ka...[lebih-lebeyyy suddaaaa]...semua aku naik semata-mata untuk sampai ke pejabat! dan beraksi sebagai pekerja terlampau yang dahsyat-dahsyat. Membazir saja aku naik macam tu hari-hari. Lain lah kalau aku guna motor. [Pakai motor ka? Macam pakaian]. Masalahnya, terbaru ni geng! Ada member aku motor dia kena curik haaaaa kat opis! Dei!!!!! Terus terpelanting niat nak membeli sebuah motor ajaib kat K-eL ni! Bagaimana tuu? Kat opis tempat kerja sendiri ponnn hilang, apatah lagi kalau aku parkingkan motor aku tuu kat rumah berdekatan tompat koja beta! Dahlah bekas penyewa rumah baru aku ni penah ngadu kat aku dia telah kehilangan motor sebanyak 6 kali dalam hidup dia sekitar rumah dan tempat koja ni... Haissshhhh, baik aku dengar cakap orang dah 6 Kali kahit kahilangan motor nih kan? Jangan cukupkan 7 En. Dinosaurus (bukan nama sebenar), kalau cukupkan 7, kena la lipat moto tu simpan dalam beg tangan lepas pakai dan bawak masok ke dalam rumah. Kan Kan Kan... Haissshhh... Pencurik-pencurik~ Helep... Helep!

Begitulah kejadiannya... Dan, bukanlah setakat tempatku menjemur pakaianku saja rumah lama ni... Tempat untuk aku bertukar-tukar selera lah jugak sekijap sini, sekijap sana~ Kan Kan Kan? [Lantak engko lah DeeDee! Duit ko!] [Janji ko bahagia! Amin]. Tapi kan geng! Kalau aku comparekan bab pengeringan pakaian, aku rasa, pakaian yang aku basuh di rumah baru lagi copat kering jika dibandingkan jemur pakaian di rumah lama... Kenapa? Faktor cuaca? Or Persekitaran? Faktor tempias sebenarnya menyebabkan pakaian Aku copat kering haaaa~ Bagaimana tuu? Begini! Kalau di rumah lama Keramat ni, aku jemor kat dalam rumah ponnn tetap kering! Tapi ambil masa 3 hari begitu kalau jemur di dalam rumah tanpa sinaran Ungu. Kalau jemur di beranda rumah pulak, memakan masa 2 hari saja! Kekadang cuaca mendung kan. Tetapi, kalau dah begitu hangat bangat! Tak sampai sehari or memakan masa selama 1 hari saja dah keringgggggggg kat rumah lama ni!

Namun begitu, [deh...tiba-tiba] yang senorok senoroknya menjemur pakaian di rumah baru ni pulak, hentam lah kalau hari hujan lobat ka, panas ka, salji ka, hanya mengambil masa sehari saja sudaaaa kering pakaian Beta. Waaaahhhhhhhhhhhh... Dahsyat! hebat! So, kesimpulannya Dee? Belum kesimpulan lagi.

Di sini atau di sana sekalipun bab menjemur ni, itu bukan isu yang penting sangat sebenarnya [walaupun penting sebenar-benarnya lah!]. Apa yang penting? Kerjasama! Apa yang penting?! [Aku tanya sekali lagi kat diri aku nih!] Apa yang penting adalah kerajinan dan jangan berfoya-foya selepas balik kerja! Maksud? Lepas balik kerja tu kan Dee! Buatlah cara orang bujang yang budiman sikit! dEi!!! Balik kerja tuu terus lah basohhh Kurta (Baju) tuu!!! Janganlah dilenggang-lenggang kangkung lagi! Basuh terus! Cepat! Jangan tunggu dah seminggu pakaian dalam baldi bagaikan bercinta nak RAK baru nak basohhh... mahunya baju tuu kering 2hari 3malam percutian di rumah sewa siap pakej Seterika dan spray minyak wangi sekali kan! Nahhhh... [Hanya yang faham saja understand]. Rileks-rilekssss... Cool Dee...Cool Maintainence Dee~ Lagipun, duduk berTIGA saja di rumah baru tuu, apa nak di rushkan... Huhu... Semua nya ala Kemachoan Bujang Sepah, so, tak bujang larrrr kalau rajin! [Dei! Sapa cakap?!!!] Bujang ponnn kena rajin tau! Huhuhu... Apa saja~ Bahasa Koreanya : Whatever~~~~ WhatEVA~~~

Bak kata pepatah aku nih, iboh ko nyesal nok pa di polah kawu, semua ya kelak dudi tetap camya juak bah! [Orang Korea cakap ni kat Aku! ;P] Hehehe... Jadi, perenggan terakhir ni Cikgu DeeDee!? Bolehlah dikatakan anda kena sabo jewww kat apa yang korang tengah buat. Kalo tak sabo, kita bako jewww~ Hahaahaha... Acah saja ya... Teringat aku kat member-member aku di dalam dan luar negara dok bertubi-tubi bantai aku guna ayat-ayat keramat KLBR (Kak Limah Balik Rumah) tuuu... Walaupun sudah 1001 kali member-member dan sepupu sepapat aku cakap cerita Kak Limah tuu kelakar, aku tetap belum tertonton-tonton geng cerita tuu... Rasanya, akulah makhluk tuhan paling berdekah ketawa nanti terguling-guling terhantuk dinding mengKETAWAkan adegan-adegan dalam cerita-ceritu tu nanti. Haha... Tapi, aku layan jak member-member haku yang dok sebut-sebut jak ayat-ayat KLBR tuu depan aku... aku layan saja~ Sebab, the way member-member aku tuu demo kan jeww dah cukup mengagumkan dan cukup Berdekahhhhh Mattttttt!!! Wuhuuuu... i Love slang Perak, Kedah, Penang and seangkatan dengan Utara hohhhh~ So, ada peluang ni!!! Opssss... cukup-cukup... Takat didih ni terlebeyyy suddaaa... huhu... I love my Blog! Daaaa~

Nantikan saja nanti ya ceritera baru aku dalam Blog DeeDeeiDarus ni!!!
Caaaaaaayaaaaaaaannnnggggg DeeDee!!!!
Betulka ni Blog DeeDee?
Hahah


Thursday, April 14, 2011

Dua Alam = Two World


Dua Alam? Apa ni??? Whyyyyy? Dee! Baik ko cakap! Apa? Urghhhhh!!! Tetttttt~ Hohohoh... Amboiiiii~ Lain bunyinya Dua Alam ni~ Tadi pulak member seopis cakap, aku ni macam kena jaga dua bini pulak. Haha... sekijap balik rumah sini, sekijap balik rumah sanunnn~ Apo ni Dee? Ko gaduh ka dengan member-member rumah? Ce cite ce cite~

Adalah sesuatu yang tidak ku duga untuk pindah rumah. Kejadian rancangan mo pindah rumah ni berlaku sebelum lagi aku mau terbang ke Miri. Rasanya, memang macam fool bulan ni... Hoho... bukan April Fool... Rasa macam, aku rancang mengejut sampai aku terkejut. Boleh kan, tiba-tiba saja aku rancang mo pindah dari rumah ku di Keramat Au3 ke kawasan yang lebih dekat dengan tempat kerjaku. Tetapi, entah macamana lah kan... Tuhan tu memang Maha Mendengar, aku mendoakan agar dapat hampir dengan tempat kerja, aku dapat jugak rumah berdekatan opis pulak! Masalahnya, larat kah aku hidup sorang membayar sewa rumah tuuuu? Ingat tak entri aku sebelum-sebelum ni pasal Wanzy dan aku nak pindah tu? Sebenarnya aku cancel nak pindah sama, sebab macam berat nak tinggalkan rumah di Keramat setelah memikirkan kesusahan dan kepayahan mencari rumah tu dulu. Tetapi, akhirnya aku juga yang membuat keputusan untuk pindah.

Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah, segalanya telah berjalan lancar dari segi dapat rumah dan dekat tempat kerja. Sebelum cerita lebih lanjut tentang dua alam aku nih, baik aku cerita pasal sebelum kejadian terbang Miri tuu yang tak sompat-sompat aku nak cerita kat korang sebelum ni sobab kepalo dah asyik pikir Miri Miri Miri dan Miri. Jadi, rasa nak menaip tu, tak habis-habis nanti perkataan perenggan pertama hingga akhir hanya perkataan Miri. Kompom kena potong markah! Huhuhu... bukan berkenaan penting sangat ponnnn cuma, DeeDee dah dapat kamera baruuuuuuuuu!!!! Yeayyyyyyyy!!! Hahah... [poyo] Ala... biasa-biasa saja. Bukan DSLR lah. Digital Sony kamera saja. Nanti ada masa, insyaAllah, aku akan terangkan pasal spesifikasi kamera tuu. Yang aku nak cerita pasal kamera ni sekarang ialah, bagaimana pulak aku dapat merealisasikan impian dapat kamera nih!

Pernah dengar tentang duit kutu tak? Atau tarik gaji la kunun. Aku guna duit simpanan tarik gaji aku lah tuu. Sebab tuu dapat. Tapi, kena kesabaran yang tinggi lah Beb... Kalau kita sabar, insyaAllah, dengan berkat kesabaran kita tuu, akan membuahkan hasil yang memuaskan hati. Inilah yang aku benar-benar bersyukur pada Allah. Kan aritu aku target amat sangat kat Kamera Sony Tx9 tuu yang kaler Gold! Tapi, tiba-tiba masa aku tengah carik di Sony Style di KLCC, tiada pulak kamera tu di Display kat tempat biasa display. Yang ada macam T99. Rupanya mata aku silap. T99 di display tempat Tx9 tu rupanya Tx10! Wahhhhhhhhh... ada baru lagiiiiiiiii!!! Yang aku pelik tuu, kenapa harganya Rm1299 padahal Tx9 Rm1499. Tak pandai turun harga plak tuu walaupun dah keluar keluaran baru. Sony memang macam tu kot? Apapun, beta amat berpuas hati dengan Kamera Tx10 tuu. Alhamdulillah. Tak jadik menunaikan impian Tx9, tetapi tertunai impian yang lebih baik Tx10 memang diluar dugaan saya. Wink! Jadi... apabila sudah ada kamera tuuu, aku pulang saja ke Miri, huhhhh!!! Sakan bergambar dengan rakan-rakan dan saudara terutamanya lagi view senja di pantai yang berlainan tempat di Miri. Banyak. Huhu...

Begitulah cerita ringkas mengenai kamera tu tadi. Dan sekarang, boleh sudah ku cerita pasal Dua Alam ni. Dalam pada masa aku bercuti di Miri tu, aku masih lagi dibelenggu bingung dan dilemma tentang rumah yang bakal ku duduki ni (yang berdekatan opis aku). Pendek cerita, settle kekalutan dan keresahan aku setelah aku berjaya mendapatkan ahli rumah baru tu! Pakej, rakan sekampung pulak tu! Wuhuuuuuu... Kamek orang Sarawak! DeeDee berjaya dapatkan rakan sekampung di rumah tuu!!! Yeayyyyyy!!!! Wanzy dan Fauzie! Yipppiiii... Kami bertigalah Bujang Sepah rumah baru tu nanti! Yeay!!! Hahaha... Ketiga-tiga kami orang Miri. So, tiada kekok! Harus! Macam biasa, kompom aku jugak yang kena jadi ketua rumah. Amboi~ Dahsyat-dahsyat. Hebat anda Dee! Aku yang dapatkan rumah sewa tuu dari member-member di opis gak. Pendek cerita buat kitorang nak sangat rumah tuu, murah dan dekat dengan tempat kerja masing-masing tambahan lagi ada kemudahan LRT! Weeeeeeeee~~~ Wanzy dan Fauzie dan Aku. Bila bergabung nama, Dd Wan Fauzie. Haha... ape je lah ko ni Dee... Mamai eek?

Berkenaan Dua Alam pulak, kira rumah yang dekat ngan opis aku ni Alam 2 larrr. Alam 1 mana Dee? Alam 1 tuu rumah lama aku lah di Keramat! Hurmmmm... Kenapa tak pindah terus lagi Dee??????? Buduhnya~ Ruginya~ Hurmmm... Tak! Ada sebab. Banyak sebabnya. Dalam banyak-banyak sebab tuu, rasanya, memang patut aku pindah terus ke rumah baru. Tapiiiii...ermmmmm.... Hurmmm... Aku tak ready nak blogging sebab apa di sini. Nanti lah aku ceritakan apa sebabnya. InsyaAllah. Belum sekarang. Apapun, kenapa baru sekarang aku nak blogging pasal rumah tuu, sebab esok, Jumaat 15 April 2011 sebenarnya bermulalah tarikh rasmi aku, Wan dan Pojie penyewa sebenar rumah tersebut! Huhuh... So, mulai sekarang, makin bertambah-tambah berwarna-warni lah hidup aku nih! Haha... Tapi, kelebihan kami semua diberi Mak Wan tuu, boleh pindah dari tarikh 4hb April aritu dah... sobab tuu lah kekadang aku nih malas dah nak update Blog aritu. Sibuk memanjang. Bukan pasal rumah jeww... Macam-macam lagi. Hope to see you all again okay lang~ Walaupun esok rasmi bagi kitorang, Aku tetap balik hujung minggu ke rumah Alam 1. Haha... kena adil. Lepas jaga bini 1, bini 2... Pastu bini 2, bini 1 semula... Arrr... Macam tu lah buat masa sekarang kehidupan aku di K-eL ni... Ada sebabnya~ Nanti ya~

Walaubagaimanapun lately aku menghadapi pelbagai situasi dan tak sempat aku kongsi bersama, aku harungi jua dan akhirnya aku berjaya juga setakat ini. Thanks ya Allah. Alhamdulillah. Ingatlah, sentiasa ada ujian terhadap kita kerna Allah sayangkan hamba-hambaNya. Until here dulu buat masa ni. Nanti aku ada lagi mo share, doakan saja aku share :D di sini. Tata. Kamsahamnida.


Wednesday, April 13, 2011

A Short Blog to Say Hi! But Not to say GoodBye! Haha...

Wehhhhhh You alllllll... Salam semua!!! Yarabiiiiii... Lamak sik nangga!!! Aiieee hehhhh... Adohhhh... Pa kah?!!! Nah... Lalu lah tek koh lupak nya koh nak greeting ngan member-member blog nya tok! Hahahahaha... You all, my oblong-oblong readers!!! How are you hahhhh???? OMG... It's been a long time no taip-taip hah... Haiya~ Well, what can I say??? Edeh~ [Mukadimah merapunya saja sudah sekian wabillahhitaufiqwalhidayah]... Adoi nah... Melepas geram nampak? Ce cite Ce cite!~ Ni geram ker, nak melepas perasaan ker nak melepas rindu? Haaaaaaa... DeeDee kembali setelah terbang di langit! Wuhuuuu~ Statement panas... Auuu... Nampak sangat menipu~ Hehehe [hanya yang tahu saja tahu]. Oh ya... begitu banyak mau di cerita, baiklah, hari ni aku just highlight content saja 10% dari 100% ku mau cerita k. Lain-lain tuuu, tunggggguuuu~

Apa cer? Ermmm, nanti aku mau cer pasal kamera impianku yang telah ku berjaya miliki. Tetapi, bukan Tx9! Huhuhu... Lebih baik dari itu. Okay. First of All, say Alhamdulillah. Next?

Ermmmm, mau cerita pasal pengalaman gembira di Miri dan juga Dilemma dalam pencarian sebuah kebebasan dan kegembiraan. Apa itu? Akan ku bincangkan dalam tajuk hangat, Dua Alam. Nantikan saja nanti. ????? Okaylah buat masa ni, janji aku ada greeting for da month of April ni even aku rasa begitu lewat tapi tak lewat sangat to Hye you all! okeh? Arasooo? Otukaniya? Yeaaaa... Arachi arachi... dan episod terbaru blog ku ni nanti, ada watak baru dalam dunia warna warni kehidupanku. Later, chow chin chau... See ya.. XoXo~ Muah!


Followers