I Like it!!!

Sunday, October 28, 2012

Jaga Pakaian dan Penampilan Diri


Memilih pakaian di kedai lebih mudah daripada menjaganya. Begitulah yang sesuai digambarkan dalam soal menguruskan pakaian. Sebagai lelaki, soal menjaga pakaian kadangkala tidak begitu dititikberatkan.

Namun satu perkara yang harus disedari oleh golongan lelaki, pakaian mencerminkan keperibadian. Cantik pakaian, cantik jualah pandangan. Untuk itu, cuba beberapa tip asas menjaga pakaian yang sesuai diamalkan agar anda berpenampilan kemas dan menarik. 


REHATKAN PAKAIAN

  • Seperti anda, pakaian juga memerlukan rehat. Jadi, pastikan anda berganti pakaian yang anda pakai setiap hari. Pakaian jenis suit misalnya, memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk direhatkan sebelum digunakan semula keesokannya. 



MENYIDAI BAJU

  • Lelaki kadangkala agak malas untuk menyidai atau menyangkut baju di tempat yang sepatutnya selepas digunakan. Jangan biarkan pakaian anda terperap tanpa disidai atau dilipat untuk mengelakkan ia berkedut.
  • Membiarkan pakaian tanpa disidai atau dilipat kelak akan menimbulkan kecacatan pada pakaian anda. Pakaian yang dibiarkan terlalu lama akan mudah ditumbuhi kulat serta merosakkan tekstur fabrik. Akhirnya, ia akan meninggalkan kerosakan kekal pada pakaian anda.



MENJEMUR PAKAIAN
  • Jemurlah pakaian anda di tempat yang terbuka atau di mana udara mudah bergerak. Ia memastikan agar pakaian anda dapat bernafas serta mengelakkan fabrik menjadi berbau hapak. Selain itu, cuba elakkan daripada menjemur di dalam bilik atau rumah yang tertutup. Jika menjemur di dalam rumah, pastikan tingkap dan pintu dibuka agar udara bebas bergerak. 


MENCUCI PAKAIAN
  • Selepas mengeringkan pakaian di dalam mesin cuci, terus keluarkan baju tersebut dan jemur di bawah cahaya matahari. Jangan biarkan pakaian terperap terlalu lama di dalam mesin pengering kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyumbang kepada penghasilan bau hapak pada pakaian. Ini selalu dilakukan oleh kaum lelaki. Baju mereka berbau bukan kerana tidak dibasuh atau badan berbau tetapi kerana baju yang telah lama terperap. 



MENGGOSOK PAKAIAN
  • Jangan memakai pakaian yang diambil dari mesin pengering secara terus tanpa menjemurnya terlebih dahulu. Seelok-eloknya, jemur seketika atau gosok pakaian agar ia benar-benar kering. Selain itu, ketika menggosok baju, cuba letakkan sehelai kain antara seterika dan pakaian anda. Ini bertujuan untuk menjaga warna serta kualiti pakaian agar tidak rosak akibat kesan haba melampau.



CUCIAN KERING
  • Jika anda membawa pakaian ke pusat dobi, pastikan anda mengenal pasti terlebih dahulu apakah produk cucian yang digunakan. Ia memastikan agar pakaian anda tidak akan rosak akibat penggunaan produk cucian yang tidak bersesuaian dengan fabrik anda. Selain itu, pastikan juga bahan pencuci tekstil yang digunakan itu adalah berasaskan cecair parafin yang mesra alam ♥









Friday, October 19, 2012

Kembalikan Semangat Di Tempat Kerja


Assalammualaikum pembaca blog ku semua? Minta maaf terlebih dahulu kepada pembaca-pembaca ku sebelum ini yang ternanti-nanti entri terbaruku. Lately aku hanya mampu kemaskini ceritaku di laman-laman sosial saja selain daripada Blog. Jadi, kepada pembaca yang sudah sedia maklum add saya di Facebook atau Twitter memang dah tau lar kan? Hehehe...

Baiklah, saya takkan cerita banyak, cuma nak share artikel menarik lagi untuk saya kongsi bersama kalian yang telah saya baca pada Selasa lepas ya. Ini berkenaan kerja sebenarnya dan yang paling penting, haruslah ada kena-mengena dengan kisah hidupku semasa. Apapun, selamat membaca artikel yang telah saya baca ;)


Hari Tak Selalunya Cerah, Ada Kala Hujan Menimpa. Begitu juga dengan mood di tempat kerja yang mana pastinya hampir setiap daripada kita pernah mengalami perasaan 'bad mood' atau tidak bersemangat di tempat kerja. Sebagai manusia kita pasti akan merasai pelbagai perasaan seperti bersemangat, senang, bahagia, sedih, bosan dan sebagainya.

Namun Begitu, Setiap Manusia Punya Perasaan Yang Berbeza. Tidak dapat dinafikan, ketika seseorang berada dalam kesedihan, bosan atau tidak bersemangat, tubuh badan juga secara langsung akan terasa lemah, mengantuk dan tidak bermaya.

Keadaan ini sekaligus membuatkan aktiviti harian kita turut terganggu. Namun begitu, perasaan negatif ini tida harus dibiarkan dalam diri kita. Untuk itu, jalan penyelesaiannya perlu dicari seberapa segera agar prestasi dan tumpuan terhadap kerja tidak terganggu.

Kesejahteraan minda merupakan salah satu aspek yang ditekan dalam kepenggunaan. Oleh itu, bagi membantu para pembaca mengekang 'bad mood' daripada terus menjejaskan kesejahteraan minda anda, Persatuan Keselamatan Kuala Lumpur (PKPKL) ingin berkongsi beberapa tips.

Penyebab - Dengan mengetahui punca dan penyebab 'bad mood', kita akan mudah mengatasinya. Sebagai contoh, kita 'bad mood' sewaktu melihat meja atau kerja yang berselerak atau memikirkan beban kerja yang berat.

Bagi meredakan perasaan 'bad mood' yang dialami, ambil sedikit masa untuk 'merapikan' semula meja kerja atau menyusun semula senarai tugas-tugas mengikut keutamaan.

Atur Keutamaan - Sebaik-baiknya, kita perlu mempunyai perancangan dan menentukan prioriti sesuatu tugas yang diberikan. Tentukan yang mana lebih perlu disiapkan terlebih dahulu dan yang mana boleh disiapkan kemudian.

Ini supaya keadaan tidak akan menjadi kelam-kabut. Jika perlu sediakan 'checklist' harian, mingguan dan bulanan anda. Ini dapat membantu anda mengenal pasti tugas-tugas mengikut keperluan dan keutamaan.

Disiplin - Sentiasa tentukan tarikh akhir sesuatu tugas yang perlu disiapkan agar segala perancangan berjalan lancar. Tindakan ini bukan sahaja mampu meningkatkan semangat bekerja, sekaligus berupaya menghindari terjadinya 'bad mood' akibat kelewatan menyiapkan tugas dan sewaktu bebanan tugas yang semakin bertambah.

Hindari Penyebabnya - Hal ini berkaitan dengan point pertama. Ketika kita mengenal pasti 'bad mood' sebaiknya kita hindari hal-hal tersebut sebelum memulakan kerja. Alangkah baik sekiranya penyebab itu dapat diselesaikan sebelum bebanan tugas menjadi semakin banyak.

Usahakan agar kita mampu mengawal perasaan agar apa yang dilakukan pada hari ini lebih baik daripada semalam.


Atasi Kebosanan Kerja

  1. Tetapkan tujuan agar apa yang dilakukan mampu membuahkan hasil. Selain itu, pastikan juga sebarang perancangan yang dibuat dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Kerja adalah suatu ibadah.
  2. Meluangkan masa untuk diri sendiri mampu meredakan perasaan 'bad mood'.
Untuk itu, sebaiknya setiap pagi luangkan sedikit waktu untuk melakukan aktiviti bermanfaat seperti minum kopi sambil membaca surat khabar atau mendengar muzik kegemaran yang mampu menenangkan jiwa.



Percayalah, 'Mood Baik' Di Pagi Hari Akan Terbawa Hingga Ke Petang.
  • Lakukan perubahan dengan menukar ganti 'screen saver' computer. Disarankan agar memilih gambar yang lucu. Melihatnya pasti akan membuatkan anda ketawa sendiri.
  • Cari aktiviti selepas pulang dari pejabat seperti bermain bola sepak, badminton, berenang atau aktiviti-aktiviti menarik yang lain.
  • Langkah ini secara tidak langsung berupaya membantu mencari kenalan baru sekaligus muncul peluang kerja baru.
  • 'Penderitaan' selama bekerja di pejabat mampu dibalas dengan membeli sesuatu yang berharga untuk diri sendiri seperti buku, pakaian dan sebagainya. Sesekali tiada salahnya untuk berbelanja demi kepuasan diri sendiri.
  • Mempertahankan prestasi kerja anda adalah sesuatu yang penting. Meskipun bosan, jangan biarkan prestasi anda menurun. Sebaliknya motivasikan diri untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin.





Alhamdulillah. Setakat ini saja entri blog DeeDeeiDarus. Sampai kita semua bertemu lagi dalam entri yang lain. InsyaAllah. Selamat bekerja, belajar dan berehat semua bersama disamping yang tersayang samada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin. Wassalam.



Followers