I Like it!!!

Sunday, February 27, 2011

Jangan Cerita Keburukan Orang

Salam salam seribu kali salam persahabatan buat anda semua pembaca blogku. DeeDee hari ini akan berkongsi bahan bacaan terbaru lagi. Walaupun pendek, tetapi cukup padat dan memuaskan hati DeeDee ketika terbaca tentangnya di akhbar Harian Metro hari ni bertarikh 27 Februari 2011. Jika sesiapa di kalangan anda masih lagi mempunyai surat khabar Harian Metro untuk hari ini, buka muka surat D20 lembaran Ekspresi. Anda Musykil : Dr. Mashitah jawab [Pengelola Mimbar Metro Ahad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. E-mel mimbar@hmetro.com.my]. Dalam banyak-banyak soalan yang telah dijawab Dr. Mashitah, DeeDee tertarik dengan jawapan untuk soalan berkenaan Jangan Cerita Keburukan Orang. Anda ingin tahu? Mari DeeDee kongsikan bersama :)

Soalan:
Apakah hukumnya menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain sehingga mengundang kebencian orang selepas mengetahui keburukannya? Apabila seseorang menceritakan keburukan orang kepada kita, apakah cara terbaik menanganinya walaupun hakikatnya cerita yang dibawanya adalah benar?
SYAFIQ
Seremban

Jawapan:
Menceritakan keburukan orang lain adalah berdosa, walaupun ia benar, kerana dianggap sebagai mengata. Jika tidak benar, ia adalah fitnah. Menceritakan keburukan orang lain tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya menimbulkan perkara negatif saja.
Hanya ada satu keadaan dibolehkan menceritakan keburukan orang iaitu demi kebaikan dirinya seperti dimaklumkan pada orang tertentu untuk dinasihati atau membela diri daripada dizalimi.

Setakat itu bahan bacaan DeeDee hari ni yang DeeDee highlightkan. Renung-renungkanlah bersama :)







Saturday, February 26, 2011

Makan Sebelum Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang

Apa khabar? Mabuhay? Suasdei? Chao Mung Ban~ Sabai Dee? Mingalaba~ to all pembaca Blog!!! Hohohoho... Hari ni Sabtu dan gumbiranya bila tak duty and kerja hari nih... Huhuhuhuhu... Semalam konon nak tengok wayang tapi rasa tak jadik sebab lately di K-eL ni selalu saja hujan sampaikan banjir jalan raya di Bandar... Hanyut sampah dan kenderaan pun tak bleh lalu~ Jalan kaki tuu, nasib-nasiblah kalau ada pakai selipar Jepun ka, Crocs ka. Tu lah semalam malas nak gi tengok wayang. Pakai baju kerja jak pun tak selesa nak gi tonton wayang kat KLCC tuu... Rimas... hahax... Kalau nak tengok wayang pun, nak tonton Movie : I Am Number Four yang telah begitu sebulan kot menanti... atau 2 ka 3 bulan dah ku tunggu... best tuu... Ada power-power ah macam tuu. Hehehe... Mungkin esok saja lah... Tengok keadaan.

Bangun lewat pagi ni... selesanya berguling-guling tiada siapa di bilik. Hahaha... Memang perasan gak mula-mula wake-up kejap pagi tadi tengok macam housemate-housemate sedang bergelumang menukar pakaian nak keluar rumah. Biasanya dorang-dorang housemate nih pergi kerja sabtu macam nih. Boleh claim OT or Off tuu... Aku bersyukur dapat rehat minggu ni. Kadang tuu, tipu kalau setiap minggu rehat. Kadangkan kerja. 2 hari ni aku sibuk membalut hadiah seorang diri. Aku suka balut hadiah kan? Hehehe... Memandangkan kerja-kerja hakiki ku dah siap, sebab tu aku offer dirik aku pulak tolong balutkan hadiah untuk kesemua 39 staff di pejabat aku. Dulu staff mencecah 42. Ada yang telah berpindah, berhenti dan meninggal. Tinggal lah beberapa orang ni saja. Dalam 39 tu aku berjaya balut 34 saja. Aku sangka lah hadiah-hadiah tuu ada yang di curik ka. Rupa-rupanya memang 34 saja aku balut sebab tak cukup stok. Haha... Hadiah apa tu Dee? Untuk Majlis apa?

Hehe... Aku balut hadiah-hadiah tu untuk Majlis Hari Jadi staff di opis ni untuk setahun. Dalam setahun, kami akan celebrate 3-4 kali hari jadi. Contohnya, ada di antara staff hari lahir dari Januari hingga Mac or April, pada bulan April or Mac tu kita buat larrr mesyuarat berkenaan kerja. Selesai mesyuarat tuu, mesti ada jamuan. Jamuan tuu lah kita sekali harung atau Lamsam celebrate birthday staff-staff tu untuk 3-4 bulan tuu... Hehe... pastinya ada Cake!!! Harusssss ada 2 Bijik kek besar tuuu samada dari Secret Recipe atau Coffee Bean (tertakluk kepada bajet). Masa tuu larrrr semua senyum lebar ada Kek, Hadiah kepada giliran yang akan dapat, makan-makan (sebab tuu lar aku ni dah tak cekeding)... dan Jurugambar!!! (Selalunya aku lah jugak yang kena jadik jurugambar sebab aku simpan Kamera opis) Hehehe... Tu larrr reason aku suka balut hadiah ni jugak... Satu lagi, orang lain belum siap buat kerja, jadi apa salahnya aku yang balutkan. Kalau aku tak balut pun, siapa lagi... Hehe... seronok!!!

Bila aku tengah balut hadiah tuu, aku teringat akan seseorang. Seseorang tu yang telah ku anggap kakak dan juga teman, rakan setugasku yang dulu juga teman bergelak ketawa semasa suka dan duka. Ketiadaannya benar-benar membuatkan hatiku tabah dan sentiasa membuatkan aku sentiasa dalam keadaan bersedia dalam apa jua keadaan. Arwah Kak Nana. Antara kenangan yang berkaitan hadiah antara aku dan Kak Nana ialah, hadiah yang kami balut, hadiah tuu jugak milik kami berdua. Lucu masa tuu. Pada mulanya, bukan main lagi Kak Nana pulang dari shopping waktu kerja atas arahan Bos jugak belikan hadiah untuk pertandingan Pakaian Tercantik di Pejabat ketika Hari Raya AidilFitri. Selepas Kak Nana bawak semua barang yang telah di beli, hatiku yang meronta-ronta nak join Kak Nana balut Hamper tuu tak tertahan. Aku bagitau jugak bakat tu. Dulu aku pernah bantu pekerja-pekerja balut Hamper sempena Krismas di Shopping Complexx. Sebab tu ada pengalaman. Bertungkus-lumus aku dan Kak Nana masa tuu balut hadiah yang hanya ada 2 Hamper saja kategori lelaki dan perempuan.

Majlis sambutan hari raya telah diadakan di pejabat. Selesai Majlis, kata putus telah di buat antara juri-juri hakim yang tersembunyi di kalangan staff pejabat termasuk Bos sebagai juri. Aku pulak masa tuu kira tahun pertama kalinya aku masuk kerja dan tak tahu menahu tentang pertandingan dan majlis sambutan punn...

Beberapa minggu kemudian, mesyuarat di jalankan. Di akhir mesyuarat sebagai penutup mesyuarat. Keputusan pertandingan Pakaian Lelaki dan Perempuan tercantik pada Majlis Sambutan Hari Raya tuu telah ada.

Serius. Aku dan Kak Nana terperanjat. Terperanjat akan keputusan tuu. Nama kami dua disebut sebagai pemenang Pakaian Lelaki dan Perempuan Hari Raya AidilFitri yang tercantik. Haha... Kami dapat semula pulak hamper tuu yang kami balut sendiri. Hahaha... Kenangan manisku bersama arwah berkenaan dengan hadiah ni. Sebab tu sekarang, aku membalut hadiah seorang diri, dan tersenyum mengenangkan kenangan-kenangan indah bersamanya. Telahku balut dengan seikhlas-ikhlas hatiku hadiah-hadiah Staff kali ni dengan teknik-teknik lipatan yang berbeza pada setiap satu kotak. Ilham dan kekreatifan itu datang apabila kita buat sesuatu kerja itu dengan bersungguh-sungguh. Seseorang atau sesuatu yang bermakna akan menjadi sumber inspirasi. Ini adalah rahsia yang tidak ku ceritakan pada teman-teman sepejabat tapi aku kongsikan pada kalian pembaca blogku. Nasib-nasiblah kalau ada di kalangan pembaca-pembaca blogku ni adalah terdiri daripada rakan-rakan sepejabat. Kalau tahu, senyum saja ya. Yang tahu saja yang faham :)

Until here, GBU all. Wassalam.


Sunday, February 20, 2011

What's Up K-Pop? Hehehe... Kepoh

Assalammualaikum cowok cewek sekalian!!! Yippa Yippi HipHipHoorayyy!!! Huhuhuhuhu... Macam biasa, apa khabar sekalian? Harap khabarannya baik-baik aja ya? Bukan, bukan. Erm, mintak-mintak semuanya baik-baik dan sihat-sihat ceria aja ya! Wuhuuuu... yaaaaa... DeeDee!!! Halo-halo... Aiyaaa DeeDee... mana kamu??? Kalau kirakan tarikh dan entri pada bulan Februari ni nampaknya sedikit sekali ya kamu Blogging DeeDee? Kenapa? Apahal? Apa kamu buat? Ke mana? Di mana? Dengan siapa? Apa cerita? Ada cerita? Boleh share ka? Boleh? Boleh? Boleh? Hehehe... Ya ya ya ya... okay okay... aku mau blogging lah ni. Rindu rasanya menaip nih. Alhamdulillah, walaupun sepanjang begitu lama aku tidak menaip dan blogging, aku selalu pantau dan updated diri sendiri saja. Haha... Maksud? Erm, bukanlah maknanya aku tak blogging begitu lama ni sebab tak nak share or mati akal sudah, cuma Excited! Wah wah wah wah... Excited???!!!!

Excited apa pasal pulak ni Dee???!!! Hehe... Excited bah! Happy ba. Ada paham ka? Hihi... orait-orait... mana mau mula? Erm, terbaru lah ya? Ermmmmm... Semalam. Semalam aku nak tak nak, pergi gak datang opis. Tolong bukakkan pintu untuk si John! Haha... Gatal ko John. Aku sabtu mau rehat boleh ko suruh aku datang kan? Heheh... Tak per... nasib baik ko pandai pujuk hati aku kan? Siap belanja aku makan Sushi di KLCC semalam. Alhamdulillah. Kenyang. Halal! Cukup kenyang hingga ke petang! Hoho... Bento bento bento... Saranghae! Nyum-nyum. Selepas makan tuu, aku tak demand apa-apa lah dengan John. Tapi, aku dan John macam ada sesuatu saja mo cakap. Haha... Apa tu? Duit collection terbaru kami dua John dah cukup! Kami panggil 'Duit Kutu Wayang'. Haha... member-member seopis aku asyik gelakkan kita dua John jer kalau sebut Kutu Wayang nih. Haha... Saja bagi gelaran tuu sebab tiada maksud atau niat buruk lain selain daripada menyimpan daripada membiarkan aku dan John membazir duit macam selalu tengok wayang tanpa pikir lalu mensengkekkan diri sendiri di hujung bulan. Haha... kaki wayang pun, kaki wayang lah jugak kan? Tapi, biarlah jadi kaki wayang yang bijak! huhuh...

Apa lagi? Selesai saja aku makan yang di belanja John tuu, pura-pura dalam perahu pulak aku tanya apa plan seterusnya. [Lupa nak cakap, John belanja aku nih sebab bantu dia bukak opis tuu sebab barang dia tertinggal dalam opis]. John pulak macam selamba cakap, tak de. Hoho... Aku dengan rasa tak sabarnya mengajaknya menggunakan duit Kutu Wayang tuu dah berminggu tak pakai-pakai lagi untuk tonton wayang. Hek eleh, tengok muka John dah tau, setuju lah tuu!!! Haha... [sebenarnya, dah berminggu-minggu dah John asyik tanya bila nak guna duit tu tonton wayang? Aku jer tak nak dulu sebab keadaan kesihatan John pada masa tuu pun batuk. Tambahan lagi, aku pulang kerja saja, ada saja lah Korean Series dalam Hard drive aku ni nak kena marathon]. Di pendekkan cerita, dah pilih cerita The Mechanic lakonan si Jason Statham, Ben Foster & Tony Goldwyn. Kalau ada sesiapa nak menonton tuu, silakan. Itupun kalau sukakan filem aksi :) Next week mula semula lagi duit kutu wayang nih sampai cukup seperti harga tiket baru berhenti collect. Macamana mainnya Dee? Sehari, mesti simpan Rm1. Sampai suatu tahap, stop! Huhu... Tanpa sedar, duit yang kita simpan tu, time sengkek-sengkek pun boleh tonton wayang. Hahaha... Ada saja lah yang ketawakan. Tapi, ketawa lah puas-puas, tiap bulan memang dapat tonton wayang. Haha... Aku gelak, orang pun gelak... Okeh dokes... Oh, ada lagi. Ada sesuatu yang aku nak cakap, aku kecewa, entahlah. Nak cakap gembira pun entahlah. Masa lepas beli tiket wayang sama John tuu, sementara nak tunggu masa wayang dimulakan, aku ajak John round-round kedai Sony tuu. Kononnya nak menjenguk lar kamera impian aku.

Ingat lagi tak? Ada aku blogging pasal kamera impian aku tu kan? Sebenarnya, dalam diam-diam aku sekarang, bulan March ni cukuplah sudah duit yang ku tengah gumpul untuk beli kamera tu. Tiba-tiba semalam, amoi cantik tuu explain, kamera tuu tengah promosi sekarang. Next week habis lah promotion. Tak kisah pun aku pasal promotion tuu habis. Yang aku kisah tuu, harga kamera digital impian aku tuu akan melambung naik pulak next week selepas habis promotion. Hurmmm... Sedikit hampa. Tapi, tak di bawakan sangat lah. Hehe... Aku pun dah ada back up plan yang lain. So, apa-apa pun, sabar dan tabah hingga waktu yang bakal tiba March nanti. Siapa tahu kalau aku berjaya jumpa harga yang sama atau lagi murah dari yang dijangkakan. InsyaAllah. Okeh... Tadi. Tadi member datang. CC (bukan nama sebenar) rakan setugas Boy di Mahkamah. Hehe... bukan sama kerjaku, tapi, faham-faham saja, aku kan suka berkawan. Kawan dari tempat lain pun aku balun saja kawan. CC datang pun Boy tak tahu. Haha... Boy pulak takda kat rumah tadi. CC cakap, aku semakin kurus. Haha...

Yeker??? Alhamdulillah kalau betul aku makin kurus. Haha... tapi, serius aku cakap, takder pun aku diet. Nak sedapkan hati ah, mungkin itu cuma pandangannya saja sebab lama dah tak jumpa aku since last year kan. Hehe... Ya, lama tak jumpa CC. Takder Boy pun takper dak? Aku pun kawan CC. Hehe... Oh ya, apa tujuan CC datang??? Hehe... CC datang rupanya nak mintak cerita Korea dari aku. Hahaha... Oww Yesss!!! Tak sia-sia update kat Facebook pasal Korean series yang aku sibuk tonton lately. Alhamdulillah. Ada yang prihatin. [Amboi Dee, ko rasa tak der orang prihatin ker? Kecian nyaaa... adala...!!! Acah jak] Ya... Ya... cerita apa CC??? CC tak kisah pun cerita apa yang DeeDee ada. Dia nak jerrr mana-mana yang DeeDee ada. Bagus. Good Boy CC. Macam tuu arr, tak memilih. I like!!! Hehehe... so, aku bagi kat CC cerita yang paling favourite aku tonton dari mula-mula 1st series Korea yang aku pernah tonton sampai habis! Full House & My Girl... Seems like CC happy for it! Greattt! Anda Happy saya pun Happy. Siap CC bawakkan 'Jajan' (makanan ringan dan snek) dan minuman untuk aku! Wahhh, thanks CC... Baiknya awak belanja! Hehe... kita tak mintak, orang bagi, terharunya... [sentimentalnya kamu Dee, perasan]. Walaupun begitu, CC tetap nak tonton Korean series yang paling-paling dia nak tonton. Cerita Stairway to Heaven. Sorry CC, DeeDee takder cerita tuu, tapi jangan risau, DeeDee akan tanya-tanyakan member-member DeeDee yang lain ada simpan koleksi tuu okay? InsyaAllah ada tuu. Hehe... buat masa sekarang, CC tonton lah dulu siri yang DeeDee bagi tuu. Best gak tuu :)

Sebut pasal Korean Series nih, bukan CC jer yang tengah demam Korean series nih. Banyak member-member aku yang tengah demam cerita Korea gak. Terutamalah yang dekat dengan aku lagilah senang nak mintak cerita dari koleksi yang aku ada ni semakin bertambah. Siapa yang dekat? Member seopis! Hahahaha... Alhamdulillah... Taklah rasa kesunyian sorang diri jewww menonton cerita Korea yang orang lain dah lama tengok. Dah lama tengok? Maksud? Orang dah tonton cerita yang aku tonton tuu 5-6 tahun lepas, aku baru nak tengok. Hahahaha... Okeh-okeh... walaupun begitu, sokongan dan cadangan dari rakan-rakan dan fanclub Korea lain tetap bagi dan guide kat aku apa yang patut aku tonton. Oh you guys, I really appreciate it. Beta amat menghargai cadangan dan sokongan-sokongan kalian suruh aku tonton cerita apa. Dalam pada masa yang sama, aku pulak tak lah terlalu bawakan diri tamak collect semua cerita. Mana yang ada tuu, aku tonton. Thanks ya rakan-rakan sepejabat, kursus, member-member dan rakan-rakan Mirianku. Kalian semua aku sayang :) Saranghae yo~ Arachi?

Jika benar ko ada ikuti Dee, cerita apa yang sudah ko tonton setakat ni? Hehe... after tonton Full House, My Girl, aku ada tonton Boys Over Flowers atau tajuk lainnya Flowers For Men. Memang seronok tonton cerita tuu. Mengisahkan tentang seorang gadis comel bernama Geum Jan Di dan sekumpulan Senior sekolah kaya kumpulan F4. Terdapat 4 orang dalam Kumpulan tuu. Dua daripadanya mempunyai rasa suka pada Geum Jan Di. Semakin lama menontonnya, semakin menarik. Sebenarnya, selain daripada jalan ceritanya, lagu-lagu OST nya yang sebenarnya yang menarik dan sedap di dengar! [macam makananlah pulak!] Hehe... Lagu-lagunya mempunyai makna-makna yang mendalam. Banyak tau OST nya!!! Best-best pulak tuu. Apa lagi, tak melepaskan peluang lah mendownload dan mendedikasikan lagu pada rakan-rakan dan membluetooth kat member-member sepejabat yang kegianan. [Adeh, lupa gak, sorang housemate aku nih pun layan cerita Korea yang aku bagik kat laptopnya. Yeay!!!! Siapa Dee? Hehehehe... Ami]...

Apa sebenarnya yang ada pada cerita Korea yang kau tonton Dee? Sebenarnya, yang aku suka tuu, konsep dan koreografi sesebuah cerita tu yang menarik perhatianku. Dari segi? Cinta. Kebanyakan dari kita jemu dan muak rasa nak menonton cerita cinta dan membaca novel. Anggere? I mean, kebanyakan cerita selalunya menangis lebih lah macam hindustan ker, atau sesuatu yang kita dapat jangka dan duga. Berbeza dengan siri-siri Korea yang terpilih aku pilih untuk tonton ni, kebanyakan aspek jalan ceritanya bercanggah dari apa yang di duga. Haha... Lebih sharp, lucu, kejadian sebenar berlaku dalam kehidupan seharian, budaya yang di luar jangkaan kita, tidak sepertimana Telenovela Spanish yang terlalu panjang, tetapi cerita-ceritanya cukup singkat dan pendek sehinggakan membuatkan kita dahagakan untuk menontonnya lagi padahal episode itu telah berakhir dengan Happy Ending, iaitu, cinta yang dinafikan akhirnya menjadi Cinta yang di damba-dambakan peminat. Hehe... [Dee, komen lebih ni dapat diskaun ker?]

Hahahaha... setuju tak setuju korang dengan pendapat aku tuu, terpulanglah yer... Aku tengah bagi pendapat dan pandangan yang menggembirakan diriku buat setakat ni. I wish kalian juga gembira. Aku benar-benar maksudkan ni :) Owh, setakat tu jer ker Dee cerita yang kau tonton? Ada lain? Ada. Setakat ni, atas sokongan dan kasih-sayang rakan-rakan lain KBS Fans, dorang bagi aku Cinderella Step Sister, 100 Days With Mr. Arrogant, Princess Hours dan jugak Coffee Prince No.1
Di antara keempat-empat series ni, semua aku masih belum tonton kecuali Princess Hours yang sekarang setakat Chapter 3 aku tonton. Setakat yang aku faham cerita tuu memang menarik gak!!! I love Korean Series!!! Thanks for those sharing... Siapa yang dekat padaku, aku cadangkan, bawa pendrive or hard drive lagi better kalau nak cerita-cerita yang sedia ada padaku. InsyaAllah, dengan rela hatinya aku bagi... sekali dengan software player yang tak semua pc or laptop have it. Araso? Kire... Aja-aja!!! Fighting! Bbasya!!!
(^~^)

Alhamdulillah. Dengan jayanya aku berjaya blogging again today and taip untuk pembaca yang sudi baca blogku :) Chuga DeeDee!!! Yeeeeehaaaaa... Anda Happy, Saya Happy! Next month maybe aku usahakan untuk blogging banyak. InsyaAllah. This month kelihatannya aku begitu spend my time more on Korean Series yang ada dalam Hard Drive. Pay attention lah kunun... Haha... Kepada yang ada lagi cadangan dan nak share pandangan or pendapat tentang Korea series, do Facebook me okeh?!!! Hehe... Orait, until here, Tah n' yoh oh guh say yoh (Jumpa kamu lagi)... Have fun and enjoy yourself. GBU

Tuesday, February 8, 2011

You do not leave me. You abandoned me. So even now you're back, my heart will never be the same.


An nyoung ha seh yo my bloggers? Mo hae? DeeDee fine saja. Lately aku rajin melayan Korean Series di lappy ku. Hehe... The first Korean series yang pernah aku khatamkan dulu masa zaman kerja di Brunei ialah Full House :D Best!!! Sampai sekarang masih lagi dalam ingatanku. Cerita tu banyak maknanya bagiku. Last tengok siri tuu 5 tahun lepas or 6 tahun sudah.

Well, February ni banyak PH time. Hari Wilayah hari tu aku tak sangka gak ada keluar ngan member-member facebook. Chinese New Year plak aku ada balik Seremban, Negeri Sembilan. Macam biasa, kerja jadi cashier bantu sepupu di Negeri Sembilan tuuu... Ada gak income time cuti. Huhuh... walaupun aku ni malas sebenarnya, tapi bawa-bawa lah rajin tu kan. Jangan terikut sangat malas tu. Anda buat apa plak cuti? next week pun ada lagi PH. Bersempena dengan Maulidur Rasul. Tak tau gak apa nak plan. Baru hari ni jugak nampak aku punya entri baru. Lately aku banyak benda mo di cerita, tapi entah. Macam lagi suka di simpan kenangan-kenangan dan pengalaman tuu dari di taip. Why DeeDee? Why? Hehe... Kekadang, apa yang di taip tidak sesama yang telah dirasakan. Bukan kerana takda mood nak taip or kerana orang tersilap judge ka pada hasil penulisanku. Cuma, itulah aku cakap tadi, adakalanya baik disimpan memori indah tuu. Hehe...

Last best memoriku masa balik dari Seremban tuu. Punya lah ramai orang di Terminal 1 Seremban dan di stesen KTMB. Macam banjir orang. Hoho... Tapi, dalam kesibukan dan kesabaranku menahan marah sebab hampir 3 kali di kecewakan bas penuh dan sesak tak cukup tempat duduk, dua jari isyarat tangan memanggil-manggilku dari dalam bas yang ke-2. Aku tergamam. Tanpa berlengah, aku terus masuk semula ke dalam bas ke-2 tuu dan mendapatkan tempat duduk kosong yang gadis konduktor tuu panggil. Lega... Berkat kita bersabar, Tuhan sajalah yang tahu bagaimana rasa gembira dan bersyukur di dalam hati tu kerana terpilih untuk mengisi kekosongan tempat duduk yang ada daripada 1001 manusia yang membanjiri kawasan bas tersebut. Kamsahamnida Ya Allah. Sekarang, walaupun aku dah habis menonton Full House untuk kali ke-2 nya, aku tak berhenti setakat itu menonton Korean series. Dalam hard-drive ku hari ni masih ada lagi cerita Korean. Setakat ni aku dah berjaya menonton episode 4 dari 16 episode My Girl. Tetapi, dalam hati meronta-ronta juga nak melompat menonton Flowers 4Men (Boys Over Flowers) yang banyak kali diperkatakan terbaek siri nya yang tengah hangat jugak member-member aku suroh tengok. Rileks... Aku dah ada complete siri nya sudah. Rasanya sabtu ahad ni kot? hihihihihih [evil laugh].

Oh ya... lately, isu pelajar Malaysia di Mesir tuu semakin hangat bukan di berita? Dari hari Wilayah tu aku sudah merasa kebimbangan tersebut. Aku bimbang pada saudara-saudara Islam kita di sana saja mengharungi saat-saat getir. Semoga mereka semua selamat tiba di Malaysia. Mula-mula berita dalam 5-10 minit saja isu tu disiarkan. Dah 5 hari aku perasan berita di Tv3 tuu, semakin lama hinggakan hampir 30 minit isu Pelajar Malaysia sejumlah 10,000 orang lebih di Mesir disiarkan dalam berita. Ternyata semakin serius. InsyaAllah, semuanya bakal kembali ok. Keep update di berita ya. Yang ku kesian tu, ada student yang duit tinggal RM50 saja. Macamana mo balik ke Malaysia sendiri? Airport pun tak lepaskan juga foreigner yang lain. Dah. Kita henti setakat ini. Apa-apa perkembangan berita tersebut, kita ikuti bersama-sama di Tv dan Media Massa yang lain ok? Araso? Arachi? ye... Annyeong~



Followers