I Like it!!!

Sunday, December 30, 2012

2012 Bakal Berakhir 2013 Mulai Menjelang!


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca blogku. Mencuri sedikit ruang dan waktu untuk menaip berkenaan pertukaran tahun 2012 ke 2013. Apa yang berlaku terhadap saya sepanjang tahun ni?

Urm, yang paling ketara pertambahan berat badan dan sepanjang 3 tahun telah berada di Kuala Lumpur, Alhamdulillah, dapat membiasakan diri dengan keadaan persekitaran dan tibalah masanya 2013 ini untuk saya memulakan langkah baru yang bakal saya blog semasa demi semasa. InshaAllah.

Perancangan saya 2013 ada dalam benak fikiran saya dan ada juga saya catatkan pada tempat lain samada platform digital or manual. Yang saya pasti, ada dua perkara UTAMA & PENTING. InshaAllah akan diberitahu kemudian ;)

Salah satu artikel yang saya baca beberapa hari lepas telah menarik saya untuk berkongsi membaca bersama kalian semua terutama bab pemakanan yang kini, saya juga semakin lama telah melanggar peraturan-peraturan pemakanan yang kesannya memang cepat bertindak terhadap saya terutama kesan sakit & demam.

Amalan pemakanan Rasulullah cegah obesiti

Madu telah lama tercatat di dalam Al-Quran
Kajian terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010 mendapati 60 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dikategorikan sebagai berat berlebihan.

Keseluruhannya, Malaysia kini menduduki tangga keenam di Asia dengan kadar obesiti tertinggi di kalangan dewasa.

Menurut laporan Malaysian National Health and Morbidity Survey pada 2006, sebanyak 43 peratus dewasa dan 38 peratus kanak-kanak di Malaysia adalah penghidap obesiti.

Kajian bertajuk 'Penularan obesiti dalam kalangan kanak-kanak' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008 menunjukkan peningkatan mendadak dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun ke atas sebanyak 30 peratus.

Ada juga usaha kerajaan bersama pihak media elektronik dan cetak dalam mengehadkan pengiklanan makanan dan minuman ringan kepada kanak-kanak sebagai menggalakkan tabiat pemakanan sihat terutama kepada kanak-kanak.

Tidak makan secara berlebihan
Mencegah obesiti bermula dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang betul. Cara pemakanan digalakkan Islam adalah tidak makan secara berlebihan.

Allah SWT berfirman: "Dan makanlah dan minumlah, jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan." (Surah al-A'raaf, ayat 31)

Saidina Umar pernah berkata: "Jauhi makan berlebihan. Sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas solat, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk."

Islam juga menyarankan makan secara perlahan atau tidak gelojoh kerana ia memberi kesan positif terhadap sistem penghadaman dan mampu menurunkan berat badan. Oleh itu, seseorang yang makan terlalu cepat, berkemungkinan besar akan makan secara berlebihan.

Cara pemakanan yang diamalkan Rasulullah SAW ialah tidak meminum susu ketika makan daging, tidak makan daging bersama ikan, tidak minum susu dengan ikan atau ayam, tidak makan ikan bersama telur dan daun salad selain melarang meminum susu bersama cuka.

Gemar makan berlawanan
Jika dilihat hari ini, masyarakat kita lebih gemar memakan makanan yang berlawanan dengan amalan Rasulullah SAW seperti koktel yang mencampurkan buah-buahan dengan susu. Masyarakat seharusnya mengubah tabiat ini yang boleh menjejaskan kesihatan.

Rasulullah SAW menasihati umatnya tidak memakan buah-buahan selepas makan nasi sebaliknya makanlah buah-buahan sebelum makan nasi.

Dari sudut saintifiknya, buah adalah sejenis makanan mudah cerna dan membantu penghadaman makanan berat lain. Jika kita terus makan buah selepas makan nasi ataupun memakannya bersama makanan lain, buah akan terperangkap dalam perut.

Hal ini akan mengakibatkan proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Apabila penghasilan tenaga tidak mendapat oksigen secukupnya, ia akan menghasilkan asid laktik dan menyebabkan perut sakit serta mengakibatkan otot perut menjadi lemah.

Di samping itu, Islam turut memberi cadangan pemakanan yang baik untuk kesihatan seperti kurma dan madu. Madu mempunyai khasiat setanding kurma. Kita juga disarankan supaya meminumnya pada setiap hari seperti yang diamalkan Rasulullah SAW.

Hadis riwayat daripada Aisyah, "Rasulullah SAW sangat menyukai makanan yang manis-manis dan madu." (Sahih Bukhari)

Nabi Muhammad SAW mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik iaitu mengambil pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu hendaklah dicampurkan dengan air sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan tubuh badan.

Antara lain, madu juga mempunyai khasiat yang mampu melegakan banyak penyakit seperti menghilangkan batuk dan mencairkan kahak, disamping dapat mencergaskan otak dan menguatkan daya ingatan.

Apabila kita mengubah tabiat pemakanan kita seperti yang disarankan oleh Islam, masalah obesiti dapat dicegah, manakala penjagaan kesihatan juga turut terjamin. InshaAllah.

Setelah membaca artikel ni, teringat yang lately asyik melanggar peraturan makanan sunnah. Mula-mula tu memang saya akan kata, takper, sekali sekala, tapi bila diperhatikan semula, saya rasa, kadang-kadang tu dah macam selalu-selalu.

So, semoga 2013 ni, saya akan lebih berhati-hati dalam penjagaan makanan dan tubuh badan saya sendiri. Kepada pembaca-pembaca blogku sekalian, jaga kesihatan selalu dan jangan membazir ;)

FYI: Regarding on makan-makan ni, jemput semua yang berada di sekitar Kuala Lumpur pada 31 Disember 2012 ni ke Dataran Merdeka untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baru dan Krismas anjuran KPKK dari mula matahari menyerah diri hingga menenggelamkan dirinya. Saya bertugas di kesemua 40 gerai makanan percuma di Dataran Merdeka dari pagi sehinggalah 12am (1 Januari 2013). Pelbagai juadah free, so silakan memakan percuma sebagai penutup 2012 ;)

LOVE, HUGH & KISSES

DeeDeeiDarus








Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1434H


Assalammualaikum dan Salam Maal Hijrah kepada semua penduduk Islam di bumi Allah ini. Semoga sihat hendaknya ya. Saya tidak sihat sekarang ni. Demam sejak dari Jumaat lepas sebab perubahan cuaca agaknya. Kejap panas kejap sejuk. Lagipun Jumaat dan Sabtu lepas saya bertugas di Dataran Lenggong, Perak. Jumaat tu rasa macam biasa saja walaupun ada rasa macam nak demam. Bila menjelang pagi Sabtu, ingatkan kahak, rupanya darah keluar dari tekak. Baru tau dah start sakit. Sepapan lar jugak Panadol habis 2 hari tu. Ingatkan Ahad dah rasa macam sembuh. Rupa-rupanya demam tu tak sembuh lagi.

Apapun, pendek cerita, semalam dah pergi Klinik Setapak, tanpa diberitahu, doktor seolah telah tahu melihatkan kondisi saya yang ada cirit-birit, demam, pening, batuk, selsema, sakit tekak, loya, mual dan macam-macam rasa lagi. Alhamdulillah, ubat dapat, MC pun dapat. Semalam tak kerja. Duit pun melayang. Hihi. Takper, duit melayang untuk tujuan perubatan takper.

Oh ya! Maal Hijrah. Maksud ringkasnya pertukaran tahun kalendar Islam. Tahun Baru Islam telahpun bermula hari ni. Perpindahan Nabi dan Umat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah 1434H dahulu. Apa azam anda?



Jade & Jena (Kucing adik aku kat rumah sewa ni) selamat menjadi ibu dan bapa kucing yang baru dilahirkan. Sebenarnya Jena lahirkan 4 anak, tragis dan kesiannya, anak ke-4 Jena mati semasa dilahirkan. Tinggallah 3 ekor jer yang selamat dilahirkan dan ketiga-tiga ekor anak Jena sangat CUTE! Saya sangat suka anaknya yang ke-3 tu yang warna bulunya exactly macam warna kucing Jerry (Kartun TOM & JERRY).


Bertambahlah nampaknya tanggungjawab kat rumah ni nanti. Boleh mohon BR1M 2.0 tu tak untuk tanggungan keluarga kat rumah ni? Semalam baru lahir anak 3. Jadik bapak tunggal nih. LoL.


Apapun, Selamat menyambut Maal Hijrah dari DeeDeeiDarus dan kucing-kucing di rumah ;) Selamat bercuti jugakkkk~








Sunday, October 28, 2012

Jaga Pakaian dan Penampilan Diri


Memilih pakaian di kedai lebih mudah daripada menjaganya. Begitulah yang sesuai digambarkan dalam soal menguruskan pakaian. Sebagai lelaki, soal menjaga pakaian kadangkala tidak begitu dititikberatkan.

Namun satu perkara yang harus disedari oleh golongan lelaki, pakaian mencerminkan keperibadian. Cantik pakaian, cantik jualah pandangan. Untuk itu, cuba beberapa tip asas menjaga pakaian yang sesuai diamalkan agar anda berpenampilan kemas dan menarik. 


REHATKAN PAKAIAN

  • Seperti anda, pakaian juga memerlukan rehat. Jadi, pastikan anda berganti pakaian yang anda pakai setiap hari. Pakaian jenis suit misalnya, memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk direhatkan sebelum digunakan semula keesokannya. 



MENYIDAI BAJU

  • Lelaki kadangkala agak malas untuk menyidai atau menyangkut baju di tempat yang sepatutnya selepas digunakan. Jangan biarkan pakaian anda terperap tanpa disidai atau dilipat untuk mengelakkan ia berkedut.
  • Membiarkan pakaian tanpa disidai atau dilipat kelak akan menimbulkan kecacatan pada pakaian anda. Pakaian yang dibiarkan terlalu lama akan mudah ditumbuhi kulat serta merosakkan tekstur fabrik. Akhirnya, ia akan meninggalkan kerosakan kekal pada pakaian anda.



MENJEMUR PAKAIAN
  • Jemurlah pakaian anda di tempat yang terbuka atau di mana udara mudah bergerak. Ia memastikan agar pakaian anda dapat bernafas serta mengelakkan fabrik menjadi berbau hapak. Selain itu, cuba elakkan daripada menjemur di dalam bilik atau rumah yang tertutup. Jika menjemur di dalam rumah, pastikan tingkap dan pintu dibuka agar udara bebas bergerak. 


MENCUCI PAKAIAN
  • Selepas mengeringkan pakaian di dalam mesin cuci, terus keluarkan baju tersebut dan jemur di bawah cahaya matahari. Jangan biarkan pakaian terperap terlalu lama di dalam mesin pengering kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyumbang kepada penghasilan bau hapak pada pakaian. Ini selalu dilakukan oleh kaum lelaki. Baju mereka berbau bukan kerana tidak dibasuh atau badan berbau tetapi kerana baju yang telah lama terperap. 



MENGGOSOK PAKAIAN
  • Jangan memakai pakaian yang diambil dari mesin pengering secara terus tanpa menjemurnya terlebih dahulu. Seelok-eloknya, jemur seketika atau gosok pakaian agar ia benar-benar kering. Selain itu, ketika menggosok baju, cuba letakkan sehelai kain antara seterika dan pakaian anda. Ini bertujuan untuk menjaga warna serta kualiti pakaian agar tidak rosak akibat kesan haba melampau.



CUCIAN KERING
  • Jika anda membawa pakaian ke pusat dobi, pastikan anda mengenal pasti terlebih dahulu apakah produk cucian yang digunakan. Ia memastikan agar pakaian anda tidak akan rosak akibat penggunaan produk cucian yang tidak bersesuaian dengan fabrik anda. Selain itu, pastikan juga bahan pencuci tekstil yang digunakan itu adalah berasaskan cecair parafin yang mesra alam ♥









Friday, October 19, 2012

Kembalikan Semangat Di Tempat Kerja


Assalammualaikum pembaca blog ku semua? Minta maaf terlebih dahulu kepada pembaca-pembaca ku sebelum ini yang ternanti-nanti entri terbaruku. Lately aku hanya mampu kemaskini ceritaku di laman-laman sosial saja selain daripada Blog. Jadi, kepada pembaca yang sudah sedia maklum add saya di Facebook atau Twitter memang dah tau lar kan? Hehehe...

Baiklah, saya takkan cerita banyak, cuma nak share artikel menarik lagi untuk saya kongsi bersama kalian yang telah saya baca pada Selasa lepas ya. Ini berkenaan kerja sebenarnya dan yang paling penting, haruslah ada kena-mengena dengan kisah hidupku semasa. Apapun, selamat membaca artikel yang telah saya baca ;)


Hari Tak Selalunya Cerah, Ada Kala Hujan Menimpa. Begitu juga dengan mood di tempat kerja yang mana pastinya hampir setiap daripada kita pernah mengalami perasaan 'bad mood' atau tidak bersemangat di tempat kerja. Sebagai manusia kita pasti akan merasai pelbagai perasaan seperti bersemangat, senang, bahagia, sedih, bosan dan sebagainya.

Namun Begitu, Setiap Manusia Punya Perasaan Yang Berbeza. Tidak dapat dinafikan, ketika seseorang berada dalam kesedihan, bosan atau tidak bersemangat, tubuh badan juga secara langsung akan terasa lemah, mengantuk dan tidak bermaya.

Keadaan ini sekaligus membuatkan aktiviti harian kita turut terganggu. Namun begitu, perasaan negatif ini tida harus dibiarkan dalam diri kita. Untuk itu, jalan penyelesaiannya perlu dicari seberapa segera agar prestasi dan tumpuan terhadap kerja tidak terganggu.

Kesejahteraan minda merupakan salah satu aspek yang ditekan dalam kepenggunaan. Oleh itu, bagi membantu para pembaca mengekang 'bad mood' daripada terus menjejaskan kesejahteraan minda anda, Persatuan Keselamatan Kuala Lumpur (PKPKL) ingin berkongsi beberapa tips.

Penyebab - Dengan mengetahui punca dan penyebab 'bad mood', kita akan mudah mengatasinya. Sebagai contoh, kita 'bad mood' sewaktu melihat meja atau kerja yang berselerak atau memikirkan beban kerja yang berat.

Bagi meredakan perasaan 'bad mood' yang dialami, ambil sedikit masa untuk 'merapikan' semula meja kerja atau menyusun semula senarai tugas-tugas mengikut keutamaan.

Atur Keutamaan - Sebaik-baiknya, kita perlu mempunyai perancangan dan menentukan prioriti sesuatu tugas yang diberikan. Tentukan yang mana lebih perlu disiapkan terlebih dahulu dan yang mana boleh disiapkan kemudian.

Ini supaya keadaan tidak akan menjadi kelam-kabut. Jika perlu sediakan 'checklist' harian, mingguan dan bulanan anda. Ini dapat membantu anda mengenal pasti tugas-tugas mengikut keperluan dan keutamaan.

Disiplin - Sentiasa tentukan tarikh akhir sesuatu tugas yang perlu disiapkan agar segala perancangan berjalan lancar. Tindakan ini bukan sahaja mampu meningkatkan semangat bekerja, sekaligus berupaya menghindari terjadinya 'bad mood' akibat kelewatan menyiapkan tugas dan sewaktu bebanan tugas yang semakin bertambah.

Hindari Penyebabnya - Hal ini berkaitan dengan point pertama. Ketika kita mengenal pasti 'bad mood' sebaiknya kita hindari hal-hal tersebut sebelum memulakan kerja. Alangkah baik sekiranya penyebab itu dapat diselesaikan sebelum bebanan tugas menjadi semakin banyak.

Usahakan agar kita mampu mengawal perasaan agar apa yang dilakukan pada hari ini lebih baik daripada semalam.


Atasi Kebosanan Kerja

  1. Tetapkan tujuan agar apa yang dilakukan mampu membuahkan hasil. Selain itu, pastikan juga sebarang perancangan yang dibuat dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ingat! Kerja adalah suatu ibadah.
  2. Meluangkan masa untuk diri sendiri mampu meredakan perasaan 'bad mood'.
Untuk itu, sebaiknya setiap pagi luangkan sedikit waktu untuk melakukan aktiviti bermanfaat seperti minum kopi sambil membaca surat khabar atau mendengar muzik kegemaran yang mampu menenangkan jiwa.



Percayalah, 'Mood Baik' Di Pagi Hari Akan Terbawa Hingga Ke Petang.
  • Lakukan perubahan dengan menukar ganti 'screen saver' computer. Disarankan agar memilih gambar yang lucu. Melihatnya pasti akan membuatkan anda ketawa sendiri.
  • Cari aktiviti selepas pulang dari pejabat seperti bermain bola sepak, badminton, berenang atau aktiviti-aktiviti menarik yang lain.
  • Langkah ini secara tidak langsung berupaya membantu mencari kenalan baru sekaligus muncul peluang kerja baru.
  • 'Penderitaan' selama bekerja di pejabat mampu dibalas dengan membeli sesuatu yang berharga untuk diri sendiri seperti buku, pakaian dan sebagainya. Sesekali tiada salahnya untuk berbelanja demi kepuasan diri sendiri.
  • Mempertahankan prestasi kerja anda adalah sesuatu yang penting. Meskipun bosan, jangan biarkan prestasi anda menurun. Sebaliknya motivasikan diri untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin.





Alhamdulillah. Setakat ini saja entri blog DeeDeeiDarus. Sampai kita semua bertemu lagi dalam entri yang lain. InsyaAllah. Selamat bekerja, belajar dan berehat semua bersama disamping yang tersayang samada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin. Wassalam.


Monday, July 23, 2012

5 Sebab Diet Kecundang

Diet merupakan salah satu cara untuk mendapatkan berat badan ideal. Namun, jangan terlalu mengharap untuk berjaya dalam program diet anda sekiranya anda mengabaikan beberapa tip penting ini:

1. Melewatkan Waktu Makan
  • Kesibukan melakukan pekerjaan biasanya akan membuatkan anda menunda waktu makan. Namun, melewatkan makan sebenarnya akan meningkatkan nafsu untuk makan lebih daripada kuantiti yang sepatutnya.
2. Makan Pemanis Buatan
  • Sambil membuat kerja, tangan lincah menyuapkan kudap-kudapan manis, terutama makanan yang dihasilkan menggunakan pemanis buatan. Tidak kira di dalam makanan mahupun minuman. Kandungan pemanis buatan di dalam makanan ini akan memicu metabolisme tubuh untuk meningkatkan penyimpanan lemak di dalam tubuh.
3. Menjauhi Gandum Dan Bijirin
  • Jenis makanan ini secara bertahap akan mengurangi kemungkinan penambahan lemak di perut. Gandum dan bijirin memiliki jumlah karbohidrat yang membantu dalam proses pencernaan.
4. Mengabaikan Lemak Baik
  • Meski makanan berlemak merupakan musuh bagi mereka yang ingin melakukan diet sihat, namun tidak bagi avokado. Buah ini mengandungi lemak baik yang penting bagi tubuh. Menambahkan buah avokado di dalam menu harian akan mengurangi lemak di sekitar perut secara lebih cepat. Selain avokado, minyak zaitun dan kacang-kacangan merupakan sumber yang baik bagi tubuh mereka yang tengah diet.
5. Malas Olah Tubuh
  • Meski dikatakan lapuk, tetapi melakukan aktiviti olahraga memang menjadi senjata utama untuk membantu mencapai matlamat tubuh yang sihat, bugar dan langsing.





Wednesday, July 18, 2012

8 Petanda Lelaki Boros

Pada mata kasar, umum melihat kaum wanita yang lebih boros dalam berbelanja. Namun hakikatnya, jika diperhatikan kaum lelaki juga tidak terkecuali. Apabila disoal mengenai isu kewangan, kaum lelaki akan bersikap acuh tidak acuh. Ramai juga yang dilihat hidup mewah di awal bulan dan sesak di hujung bulan. Cuba teliti tanda-tanda lelaki yang terlebih berbelanja atau lebih tepat boros seperti di bawah. Apakah anda tergolong dalam kumpulan lelaki yang bakal dibaluti hutang atau sebaliknya. Fikirkanlah.

1. Menggunakan Wang Simpanan
  • Dalam keadaan terdesak, mungkin wang simpanan akan jadi sasaran. Ia sebenarnya satu perbuatan yang merugikan. Mungkin anda mengeluarkan simpanan di dalam akaun bank, amanah saham, insurans dan sebagainya untuk membayar bil-bil tertunggak anda. Akhirnya, anda akan kehilangan simpanan untuk masa depan anda sendiri.
2. Membuat Pinjaman Untuk Membayar Hutang
  • Keadaan ini samalah seperti 'gali lubang, tutup lubang'. Keadaan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah kerana anda perlu menanggung beban faedah tinggi yang dikenakan oleh pihak pemiutang kepada anda. Anda juga mungkin berhadapan dengan risiko muflis jika nilai hutang terlalu tinggi.
3. Menerima Notis Lewat Bayar
  • Kadang kala anda mungkin tidak menyedari notis-notis pembayaran yang dihantar melalui peti surat anda. Mungkin ada sesetengahnya yang sudah terlewat. Ketika ini anda mungkin di dalam dilema untuk memilih bil yang mana satukah perlu diutamakan terlebih dahulu. Situasi ini kerap terjadi pada lelaki bujang.
4. Dibebani Hutang Yang Tinggi
  • Anda membuat pinjaman kenderaan atau pinjaman peribadi. Di masa hadapan, jika anda mengalami kesukaran membuat semua pembayaran tepat pada waktunya, peluang anda untuk bebas daripada hutang dalam jangka masa panjang agak sukar. Ketika itu, jika pembayaran semula pinjaman berserta faedah melebihi 30 peratus daripada pendapatan anda, atau mungkin nilai hartanah ketika itu melambung, anda mungkin bakal berdepan dengan masalah jangka panjang.
5. Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
  • Anda berbelanja menggunakan kad kredit walaupun anda memiliki wang tunai di dalam tangan. Selain itu, perbuatan mengeluarkan sejumlah wang tunai menggunakan kad kredit untuk tujuan membeli barangan yang tidak perlu, juga boleh menjadikan anda mengumpul nilai hutang secara tidak sengaja.
6. Membelanjakan Wang Yang Belum Diperolehi
  • Anda suka hidup bermewah-mewah dan berbelanja berlebihan daripada jumlah pendapatan anda yang sebenarnya. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan juga akan menyebabkan anda akan mengumpul lebih banyak hutang secara tidak disedari.
7. Tidak Sedar Ke Mana Wang Yang Dibelanjakan
  • Anda telah sampai ke satu tahap di mana wang amat sukar didapati ketika anda ingin membeli barangan asas seperti membeli barangan dapur, makanan mahupun pakaian. Pada masa yang sama, anda tidak pula berusaha untuk membuat 'post moterm' ke atas semua wang yang telah dibelanjakan sebelum ini.
8. Tidak Sedar Jumlah Perbelanjaan Sebenar
  • Anda selalu mengeluarkan wang untuk berbelanja tetapi tidak menyedari ke mana wang itu dibelanjakan (contohnya membeli barangan mewah). Awas! Jika ini berlaku, anda berada dalam kedudukan yang berpotensi untuk dilanda masalah kewangan. Sebolehnya lakukan catatan terhadap perbelanjaan seharian anda.








Saturday, July 14, 2012

Maintain healthy & vitality during Ramadhan

Ramadhan is a time of spiritual and physical cleansing. During this time, your diet should not differ much from the norm and should be as simple as possible. Nevertheless, many people are prone to constipation due the reduction of dietry fibers and fluids, especially water.

Tips to maintain regularity:

  • Drink as much water as possible between buka puasa and sahur to give the body enough time to adjust to changing fluid levels.
  • Opt for high fiber foods during sahur. Complex carbohydrates or fiber-rich food enhance satiety, prolong digestion (up to 8 hours), minimizes blood sugar fluctuation and reduces hunger pangs during fasting.
  • Avoid refined carbohydrates such as white rice, bread or flour. They are quick to digest (last only 3 to 4 hours) and induce hunger. Also avoid food high in fat, sugar or salt.
  • Open fast with a glass of warm water, followed by a few dates. Ensure dinner is well balanced, with a small amount of food from each food group.



HAVE A NICE DAY
by DeeDeeiDarus




Saturday, April 28, 2012

"You only live Once, but if you do it Right, once is enough" ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca tegar blog ku. Apa khabar anda semua? Sihat? Cukup makan? Cukup rehat? Hehehe ... Pejam celik sekali lagi, dah nak tutup bulan April baru aku start blogging semula. Normal ka standard ni? Atau DeeDee tidak punyai masa? Aigoo ... tak tahu lah nak cakap apa. Speechless. Hari ni baru lah tergerak lagi hati ini hendak menaip ringkas apa yang ingin dikongsikan bersama.

Hari ni pun sepatutnya DeeDee dan seorang lagi kawan kepada kawan DeeDee nak keluar sama ke Melaka, tapi malangnya disebabkan perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka hari ni, telah menjejaskan program kami. Pada masa yang sama jugak, DeeDee pun tak sempat nak jumpa teman DeeDee yang datang dari Sarawak hari ni. Totally, gara-gara perhimpunan BERSIH tu, saya nak keluar pun, hurm, kena langkah berjaga-jaga today. Nevermind lah, ecok saja dating sama kawan kepada kawan DeeDee tu.

Hari ni, DeeDee nak cerita tentang apa ya? Hurm, ada ni DeeDee nak kongsikan perasaan sekarang. Sebentar tadi selepas solat Maghrib, teman serumah DeeDee mahu berbicara sama DeeDee face to face di meja dapur. Ternyata sementara DeeDee menunggu kata-katanya, DeeDee agak berdebar dan merasakan seperti ada sesuatu yang bisa menggusarkan rasa hati DeeDee. Walaupun begitu, DeeDee berusaha bersifat terbuka dan berwajah tenang untuk bersedia mendengar luahan hatinya yang seperti tidak senang. As a gentleman, DeeDee tidak perlu haru-biru. Setelah bersedia, DeeDee mendengar satu-persatu apa mesej yang sedang di sampaikan beliau kepada DeeDee. Ternyata benar seperti yang DeeDee duga, luahannya itu benar-benar membuatkan DeeDee berada di atas Pagar atau umpama jantung DeeDee seperti Telur di hujung tanduk. Pepatah DeeDee mungkin silap, tapi apa yang DeeDee ingin maksudkan di sini, antara DeeDee dapat berita gembira ataupun sebenarnya berita berduka.

Teman serumah DeeDee ini meluahkan masalahnya pada DeeDee dan DeeDee sesungguhnya mengerti akan apa yang diluahkannya. Keadaan di mana, dia seharusnya pulang ke negeri asalnya untuk menguruskan urusan keluarganya yang sangat penting. Seandainya DeeDee berada di tempatnya juga, DeeDee mengerti apa tindakan selanjutnya juga yang DeeDee harus lakukan. DeeDee pun pasti akan melakukan perkara yang sama sebagaimana yang beliau mahu lakukan. Cuma, kini ada persoalan yang tergantung di antara tindakannya. Di mana, dia juga tidak berani memberikan jaminan seberapa lamakah urusannya itu di negeri asalnya akan membuatkannya kembali ke rumah sewa ini ataupun tidak. By the meantime, beliau akan keep in touch dengan DeeDee untuk makluman lanjut. DeeDee memahaminya.

Terus, beliau juga ada menyatakan bakal mencari pengganti yang bakal menggantikan beliau ataupun dengan cara lain yang bersesuaian. Sementara DeeDee telahpun mempunyai banyak perancangan yang terbuku selama ini di hati DeeDee sebenarnya, cuma, antara menjadi ataupun tidak sebenarnya perancangan DeeDee ini. Biasalah kan, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Ingin tahu apa perancangan DeeDee? Telah lama sebenarnya DeeDee ingin tinggal bersendirian di rumah sewa Kuala Lumpur namun keadaan kewangan DeeDee yang juga tidak mengizinkan semenjak pernah di tipu lagi-lagi di rompak, semenjak itulah DeeDee mengalami kesukaran dalam mengimbangi kewangan DeeDee. Tambahan lagi semenjak teman-teman serumah sewa DeeDee yang dahulunya kami berlima, berempat, bertiga dan kini berdua, meningkatkan kos bayaran sewa rumah DeeDee. Dari pernah berkongsi bayaran sehinggalah kini siapa tahu dengan kata putus beliau akan menyebabkan DeeDee membayar seorang diri nanti. Nampaknya, cost living DeeDee bakal meningkatlah di Kuala Lumpur ini nanti bila duduk seorang :)

Apapun, DeeDee tidak bermaksud DeeDee suka ataupun sedih sebenarnya dengan keputusan sebenar yang bakal DeeDee tunggu nanti daripada beliau yang akan pulang ke negeri asalnya pada hari isnin ini 30 April 2012, tapi, DeeDee tidak menyangka yang permintaan DeeDee itu samada Allah s.w.t. akan tunaikan secepat ini. Entah DeeDee telah bersedia ataupun tidak tinggal bersendirian. DeeDee hanya mampu berserah segala keputusan kepadaNya. Jika benar DeeDee bakal solo, Alhamdulillah.

Jadi, sebenarnya DeeDee merasakan apa? DeeDee pun tidak pasti lagi, sebaiknya, DeeDee persiapkan saja bajet kewangan DeeDee untuk bulan Mei yang menjelang tiba ini. Jika benar beliau tidak kembali tinggal di rumah sewa ini lagi, insyaAllah, duit simpanan DeeDee untuk Mei ini, mencukupi untuk menampung sementara duit sewa secara berseorangan. Namun, jika beliau pun dapat kembali semula ke rumah sewa ini dan bersama-sama DeeDee membayar sewa rumah ini, Alhamdulillah. Itu saja yang mampu DeeDee lafazkan. Sebenarnya, persoalan besar yang bermain di benak fikiran DeeDee ni semula ialah, "DeeDee, adakah engkau benar-benar mampu membayar seorang diri sewa rumah pada tahun ini setiap bulan?" ... walaupun sebenarnya DeeDee menduga tahun 2013 baru DeeDee bersedia untuk membayar secara solo. Ujian Allah buatku. Hanya kesabaran saja bersamaku kini. Esok aku harus bersosial keluar ke Mid Valley menemui kawan kepada kawan DeeDee itu untuk meluahkan rasa hati DeeDee ini segera untuk bertanyakan pendapatnya. Kami akan bertemu di kedai Sushi dan bersembang di sana. InsyaAllah. Semoga pertemuanku esok dipermudahkan urusan. Hari ni sepatutnya kami berjumpa untuk pergi ke Melaka bersama-sama, nampaknya kami tunda ke sabtu minggu depan gara-gara perhimpunan haram BERSIH 3.0 yang berlangsung hari ni di Dataran Merdeka. Ataupun DeeDee perlu batalkan perancangan untuk ke Melaka kerana bajet yang bakal tidak mengizinkan sebab mungkin DeeDee akan mulai membayar secara solo duit sewa rumah. Wallahualam.

Apapun keputusan yang bakal ku nanti, semoga keputusan yang baik dan aku bersedia menghadapinya dengan izin Allah. Semoga hatiku kuat menerima apa jua keputusan yang bakal ku terima selepas April ini. Salam keamanan buat semua. Assalammualaikum dan jaga diri. Sampai kita ketemu lagi. InsyaAllah para pembaca blogku ;)












Saturday, March 31, 2012

“Life is what happens to you while you're busy making other plans.”

Earth Hour 2012. Biasanya berlaku antara pukul 8:30 p. m. hingga ke pukul 9:30 p. m. di setiap tahun seperti hari ini. DeeDee tak teringat pun hari ni Earth Hour. Kepada yang telah menyambut tadi, tahniah! Anda telah menyelamatkan bumi :) Kononnya lah ... Have fun anyway! Enjoy yourself ;)

Untuk sekian lamanya lebih kurang sebulan lebih sudah, DeeDee tak menaip dalam Blog sampaikan hari ni hari terakhir dalam bulan Mac. Apa yang terjadi DeeDee? Huhu ... sibuk sangatkah aku atau telah hilang seleraku untuk menaip? Baiklah. Hari ni start semula ya. Erm, terkini tentangku, semalam. Ya, semalam. Selesai saja urusan bank dan makan di Central Market selepas urusan kerja, aku dan John melanjutkan perjalanan ke SoGo KL untuk mencari pakaian. Cari punya cari, tiada pakaian yang sesuai dengan saiz badanku kini. Kalau ada pun saiz, tidak sesuai dengan citarasaku. Ada yang harga mahal. Last-last, hilang seleraku beli bila aku menyentuh salah satu pakaian yang aku berkenan di hati dan tiba-tiba salah seorang promoter tu betul-betul menyinggung perasaanku. "Baju tu semua saiznya di situ saja, saiz untuk dia takda (dia mengajuk ke arahku bila berkata pada John)." Aigooo, kecik ati aku dah takdek baju untuk aku ;( Aku dah gemuk sekarang ... Haishhh ...

Hari ni DeeDee telah pergi ke Gemas, Negeri Sembilan menghadiri Majlis Persandingan salah seorang rakan sepejabat DeeDee. Tak alang-alang kami sepejabat datang, 1 Bas opis datang menghadiri Majlis Persandingan Raja dan Permaisuri Sehari ... Gembira melihat mereka hari ni ... Syukur kami semua selamat sampai walaupun jauh tapi lebih baik dari kesibukan kota Kuala Lumpur ...

Melihatkan majlis persandingan yang telah banyak ku hadiri di Peninsular Malaysia ini buat hatiku terdetik untuk mencari pasangan hidup pula. Usiaku bakal mencecah 25 tahun pada tahun ini. InsyaAllah, aku akan berusaha mencari dan bila sampai waktunya, tunggulah saja Walimatul-Urus daripadaku beserta tarikhnya, InsyaAllah :) Bila aku sudah menutup zaman bujangku, maka terbukalah pula zaman berpasanganku dan tanggungjawabku bakal berubah sepenuhnya. Kita hanya mampu merancang, Tuhan menentukan. Andai cinta jarak jauh sekalipun, lautan bukanlah jadi pemisah, meskipun jauh, di era sekarang ini dunia seperti dilipat, sudah menjadi sangat dekat, boleh menelefon, boleh mengirim sms atau emel. Namun, jodoh tetap ada kerana setiap manusia diciptakan berpasangan. Bezanya jodoh itu kita tidak tahu jauh dekatnya dengan kita. Bila sudah tertulis di Lauhul Mahfudz, maka Allah lagi Maha Mengetahui :)

Lately aku banyak mengisi masaku dengan membaca novel karya-karya penulis kegemaranku. Salah satu buku yang ku baca kini, Bumi Cinta oleh Habiburrahman El Shirazy. Novel-novel karyanya banyak memberikan aku inspirasi selama ini. Novel-novelnya berbentuk pembangun jiwa tidak kira remaja mahupun dewasa. Hari ni sepanjang aku di dalam bas menuju ke Majlis Persandingan pun terus-menerus membaca novelnya. Antara novelnya yang sudahku baca sebelum ini, Nyanyian Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Di atas Sajadah Cinta dan juga Pudarnya Pesona Cleopatra. Banyak lagi novel-novelnya still in progress aku mahu baca ;)

Lately, about 2 minggu lepas rasanya, aku, Jannah(rakan dari sekolah Merbau) dan juga adik-adik angkatku, kami pergi ke Putrajaya menyaksikan sendiri Belon Udara Panas. Sangat menyeronokkan ya. Akan ku titipkan kenangan berwarna-warni ini dalam ingatanku selamanya. Indah :)

Gadget. Aku sentiasa mengikuti perkembangan gadget namun tak semestinya aku kena membeli kesemua gadget di pasaran. Setelah aku ketahui tentang gadget, harusku share sama-sama kawanku pengetahuan samada secara langsung mahupun tidak langsung melalui pertanyaan atau perbualan. Even aku tak sangka, Big Boss aku pun peminat gadget sekaligus sesekali aku dan Big Boss begitu asyik menceritakan perkembangan terkini gadget. Tambahan lagi, John sahabat pejabatku suka membeli gadget membuatkan aku tidak terlalu demand untuk membeli juga kerana gadget yang aku berkenan pasti berdekatan denganku melainkan gadget yang benar-benar impianku, aku sanggup membelinya ikut kemampuanku dan usahaku ;)

Kamera. Aku sudah mempunyai target kamera DSLR di dalam hatiku beserta dengan model kamera DSLR yang aku inginkan. Namun, aku tidak mengambil sepenuhnya DSLR seperti yang diburu para pengguna DSLR seperti NIKON dan CANON. Aku berkenan pada model kamera DSLR yang compact. Maksudku, model kamera digital compact, tetapi kualitinya terdapat pada DSLR. InsyaAllah, sampai masanya nanti akan ku miliki jua. Aku tidak lari dari meminati bidang fotografi walaupun aku tidak memiliki kamera secanggih DSLR. Soon or later, InsyaAllah.

Setelah 2 tahun dan 7 bulan aku berada di Kuala Lumpur, kini segalanya tampak kian berubah sedikit demi sedikit tentangku dari pelbagai aspek yang aku sendiri sedari. Untuk 3 tahun lagi?

Tidak lama lagi aku akan pulang ke Sarawak. Tiket sudah di beli. Oh, pejam celik mata, sungguh tidak menduga masanya akan sampai. Begitulah dunia ini, waktu adalah sesuatu yang kita tidak nampak tapi kita meyakini adanya waktu. Subhannallah ... Lama sudah rasanya tidak terbang ke langit ... Hehehe ... Apalah rupanya sudah wajah kedua-dua orang tuaku? Setiap kali aku pulang dan terlihatkan raut wajah mereka yang gembira melihat kedatanganku, buat hatiku sebak sebenarnya jauh di sudut hatiku.

Bagaimanapun, cukuplah setakat ini untuk bulan March punya entri ;) Simple saja ... Jumpa lagi. InsyaAllah :)





Sunday, February 26, 2012

In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on

Assalammualaikum semua teman yang sudi membaca blog saya kini. Apa khabar semua? Saya baru sihat sepenuhnya semula. Nak tau sakit kena apa? Kejap lagi saya cerita k. Hehehe ... Februari? Alamak, saya jauh ketinggalan rupanya untuk menaip pada bulan ini kan? Haiya, kalau sesiapa yang ada add akaun facebook saya pasti tahu ke mana saya menghilang dan sibuk saja pada bulan ini. Sangat padat jadual, tambahan lagi lambat payday. Aiyoo, banyak bajet keluar bulan ni. Hehe... pinggang I pun dah susut beb. Baru beli seluar baru 2 hari lepas. Beberapa hari lepas juga, syukur Alhamdulillah, saya telah berjaya membeli tiket flight untuk pulang ke Hometown saya tidak lama lagi. Saya ada urusan yang sangat penting untuk balik. Urusan antara hidup dan mati saja ;) Bukan setakat merindui keluarga dan rakan-rakan saja saya balik kali ini ...

Sepanjang menanti payday Februari, pelbagai perkara telah berlaku yang mungkin saya tak termampu menaip di dalam blog saya ini. Tapi, certain perkara akan saya sharekan. Di rumah sewa saya kini, hanya saya dan sorang lagi teman serumah baru. Kami berdua saja yang tinggal di sini. Jika keadaan kewangan saya stabil, jika saya menyewa seorang diri pun saya tak kisah :) Tetapi disebabkan semua perkara pun memerlukan wang walaupun duit bukanlah segala-galanya, so saya mesti lalui hidup ini sebagaimana orang lain pernah lalui ;) Bulan ni saya sempat menjelajah tempat baru. Saya dan opismate saya John menjelajah Ipoh, Perak semata-mata hendak merasa Nasi Ayam Bonda kepunyaan perniagaan keluarga opismate saya Shill. Sangat sedap ya nasi ayamnya. Boleh menandingi Nasi Ayam Panggang Kenyalang kepunyaan sepupu saya juga yang di Seremban, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, kegembiraan sentiasa ada walaupun di dalam kedukaan.

Cerita terbaru tentang sakit. Hujung bulan Januari yang lepas saya baru saja sembuh daripada demam. Entah selang 3 minggu kemudian, pada bulan Februari ini saya terkena Diarrhea. Kerap benar saya keluar masuk tandas tambahan lagi badan saya masuk angin. Sakit yang tak terhingga rasanya. Benar kata orang, kesihatan lebih penting kerana jika kesihatan terjejas, tentu saja kita tak mampu berbuat apa. Salah satu pun mungkin kerana saya terlewat makan dan last makanan saya makan adalah Double Cheeseburger. Hurmmm ... Apapun, pengajaran, jangan makan lewat dan kurangkan makan luar? Ermmm, nama hidup bujang ni expect aku selalu memasak ker? Hehehe... nampaknya kena berhati-hati sajalah ...

Pada hari DeeDee jatuh sakit tu pulak adalah sehari sebelum kedatangan teman-temanku dari Miri. Apapun, aku tempuhi juga dengan senyuman walaupun sakit perut yang mencucuk sepanjang menemani mereka. Hatiku kuat juga mahu menemani mereka :) Benar. Jika hatiku tidak tabah dan sabar, berkemungkinan aku tidak mampu dan tidak kuat. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Hyung(Danial) and Noona(Nono) transit sehari saja di Hotel Kuala Lumpur, keesokan harinya kesemua teman-teman kami berpecah dan hanya seorang saja teman yang mengikutiku pulang semula ke rumah sewaku. Hyung dan Noona pula meneruskan percutian ke Korea sementara aku di Kuala Lumpur membawa Bb menjelajahi jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk shopping!

Tersebutlah al-kisah hari-hari ku menemani Bb berjalan di sekitar Kuala Lumpur minggu lepas, salah 1 tempat yang wajib kami pergi ialah Pc Fair di MidValley MegaMall turut di temani opismateku John. Sangat seronok melihat hari terakhir Pc Fair di Mid Valley agak meriah ya. DeeDee turut tidak melepaskan peluang untuk meneroka kerana ada benda untuk di target. Pertama sekali barang yang DeeDee target ialah External Hard Drive. DeeDee nak ganti semula opis punyer EHD yang kena curik tahun lepas tu. Apapun DeeDee temui juga yang 500gb. Pasrah saja lah menggantikan walaupun sepatutnya DeeDee cari 320gb. Apakan daya, sekarang ini semua jual 500gb. Dalam pada masa yang sama juga, mata liar ini sempat terlihat kamera impianku di Display untuk dicuba. DeeDee tak lepaskan peluang lah mencuba. Hampeh! Dah tau dah kelemahan kamera tuh. Syukur DeeDee belum beli lagi. Boleh sudah DeeDee fokus kamera lain ;)

Di sepanjang berada dalam kesesakan ramainya pembeli di Pc Fair tu, DeeDee secara tidak sengaja terpandangkan headset Beats by Dr. Dre ... Dengan tawaran harga yang menarik, DeeDee dan John pakat beli sama. Walaupun DeeDee mahukan warna putih, tetapi disebabkan stok warna putih habis, DeeDee beli yang warna hitam saja. DeeDee kan minat mendengar music ;) Selain daripada terbeli headset, DeeDee secara tidak sengaja terpandang juga pendrive yang berbentuk kamera DSLR NIKON. Turut DeeDee tak melepaskan peluang untuk membeli tatkala tahu harganya sangat diluar kotak pemikiran. Sangat murah! Lagipun DeeDee memang sangat perlukan pendrive memandangkan pendrive 8gb lama DeeDee telah dicurik sekali. Done! Semua gadget DeeDee yang hilang 70% telah ada. Alhamdulillah ... Lain-lain, DeeDee kena save bajet lagi. Take time untuk ganti lagi ...

Setelah selesai semuanya termasuk berjalan-jalan bersama Bb, tiba masanya untuk menghantar Bb semula ke Lapangan Terbang LCCT. Di sana sekaligus DeeDee dan Bb menanti Hyung dan Noona pulang dari Korea kerana Hyung, Noona dan Bb akan sekaligus terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura untuk meneruskan percutian. Sepanjang 5 hari bercuti, memang menggembirakan kerana aku mengisi masaku dengan kegembiraan. Melihat mereka bertiga cukup gembira juga buat aku gembira. Haruslah aku dapat buah tangan dari Korea juga ;) Happy! Well, korang juga tunggu aku pulang ya nanti sebab tiket Flightku telah ku tempah, dan keizinan dari Bos telah di restui. Panjang sikit kali ni aku balik ke Hometownku Miri ... Alhamdulillah ... Bila Dee??? [TOP SECRET!]

Hari semalam dan hari ni saja, jemuran haruslah I sorang saja yang qonquer pasal dah puas enjoy, terus kerja lagi, baju semasa lagi, baru semalam dapat cuci! Buahahahahaha ... punyalah banyak Geng! Melimpah ruah keluar dari baldi... Aiyooo ... Hidup bujang lar katakan plus takdek mesin basuh, belum cukup bajet. 4 kali cucian Beb! Baru habis ... Hohohoho ... Mengalahkan baju perempuan nih ... Penat jugak tapi berbaloi sebab kegembiraan mengatasi kemalasan dan kepenatanku membasuh. Biar penat kerana puas hati, jangan menyesal diri sudah ;) ... Esok dah start kerja dah, haruslah hari ni mesti kering dah semua pakaian. Cuma esok Boss takder. Boss start mengerjakan Umrah bersama anak-anaknya. Sempat wish pemergiannya pada Jumaat lepas. Ada jugak DeeDee dan junior opismate DeeDee mintak wish. InsyaAllah, hajat kami Boss sampaikan. Amin ...

Entah kenapalah semenjak tahun 2012 ni, DeeDee asyik mimpi perkahwinan saja. Malam tadi lagilah mimpi yang sangat mengejutkan sehingga DeeDee terbangun dari tidur sebelum subuh kerana terperanjat akan mimpi tu. Sangat indah mimpi malam tadi kerana seperti benar-benar terjumpa jodoh. Hati rasa tenang. Walaupun masa singkat tidur di dunia nyata, namun kisah di dalam mimpi malam tadi yang indah cukup panjang sehingga ada salah satu adventure ku itu sanggup berenang di lautan. Akan ku simpan mimpi perkahwinan istana ku itu. Sungguh aneh terjumpa kerabat diRaja dan juga orang yang ku kenali. Semuanya jelas. Imej semakin kian jelas. Ini semua hanya mainan tidur saja kan? Nevermind ... still indah ...

Ok lah ... dah sampai ke penghujung bulan dah ni ... tak sempat nak taip banyak-banyak bulan ni tau ... Biasalah, kadang sabtu dan ahad kerja, keluar menghadiri kenduri lah, berjalan menemani kawan ... dan membasuh pakaian yang berlambak. Hehehe ... Apapun, Februariku berjalan lancar ya. Alhamdulillah. Jika ada kesempatan kepada pembaca-pembacaku di luar sana, kita berjumpa ya. Jangan lupa add saja facebook saya tu. Keep in touch. Hidup mesti diteruskan. Salah seorang temanku ada berkata pada diriku beberapa hari yang telah lepas ... biarlah kita berjuang bukan kerana menggilakan sesuatu yang orang lain gilakan, tetapi kita berjuang kerana ada target, dan sekiranya target yang kita mahu tu tidak tercapai, biarlah kita kalah kerana kita puas hati. Kata-katanya memberikan ku inspirasi. Hidup janganlah berputus-asa. Setelah kita dapat apa yang kita capai, jangan lupa ucap Alhamdulillah ;)

Sunday, January 29, 2012

Thank you for the moments I remember with a smile and tears in my eyes.

Assalammualaikum semua pembaca tegar ku :) Buat apa tu? Hari ni dah Ahad dah. 2 hari lagi habislah Januari ni. Last entri blog DeeDee mengenai Tahun Baru Cina dan cuti panjang kan. Alhamdulillah, sepanjang bercuti tu, DeeDee tidak berada di Kuala Lumpur. Hari Jumaat 20 hb Januari tu DeeDee bertolak dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama-sama 2 orang adik-beradik angkat Facebook. Perjalanan yang panjang dan jauh. Agak penat tapi menyeronokkan. Pasal? DeeDee bergolek-golek kat tempat duduk belakang. Hahahaha... Tidur bangun tidur bangun. Hari pun hujan ketika itu. Kejap hujan kejap tak. Sampai-sampai jer dah pukul 4am. Terus tidur jer pastu. Bilik sejuk. Best! Tiom Tiom~

Bangun pagi sabtu tu, mama dah sediakan sarapan. DeeDee pulak tak sabar nak ke sawah padi tu nak upload gamba Good Morning kunun... Hahaha... Fun and Enjoy. Sabtu tu adik dan DeeDee bersiap nak pergi kenduri kahwin kawannya. Lalu lah Balik Pulau dan melintasi Jambatan Pulau Pinang. Besar jugak Pulau Pinang ni kalau nak ronda. Ada saja tempat di sekeliling kalau tengok. Balik daripada wedding tu pun terserempak rumah kelahiran Tan Sri P. Ramlee. Sangat menarik ya. Cuma kami agak terlewat 1 jam untuk mengunjungi tempatnya kerana di buka sehingga pukul 5:30pm sahaja. Nevermind, next time ada lagi :)

Setelah lama ku berfikir panjang di dalam kereta kekadang, aku teringin pulak nak ambik lesen memandu kereta. Lesen sedia ada sekarang cuma lah lesen memandu motorsikal. Ada pun lesen memandu motorsikal ni, aku tak pulak memandu motorsikal di Kuala Lumpur ni. Geli ah... tengok banyak motor suka mencelah-celah gaya ala-ala Mat Rempit nih... dah lah peratusan yang menunggang motorsikal di sini kompom mati kalau eksiden. Haha... Bukanlah pasal nak mengelak kematian kan, cuma, memang tak bley ah nak tunggang moto kat sini, lain lah dalam kampung-kampung jer ker... InsyaAllah, sebelum aku pindah semula ke Sarawak, at least aku ada lesen memandu kereta. Aku nak belajar di KL lah. Dengar cerita lagi murah kot. Tapi start Mac tahun ni akan dinaikkan pulak harga. Lagipun adik aku yang sorang tu JPJ dia cakap buley Murah kalau ajak dia. [still kumpul bajet].

Sepanjang 4 hari di Kepala Batas, Pulau Pinang, terdapat banyak perkara yang betul-betul memadatkan masaku dan aku sangat bersyukur masaku tidak di sia-siakan. Ada saja pelajaran ku di sana dan perkara yang mahu dilakukan. Antara pesanan yang aku tak bley lupakan , pesanan daripada Tok Nek, "Dugaan tu Tuhan beri kat kita pasal kita terlupa kat Dia Lar tu", Mama, "Ni ikhlas ker tak ni?", Mak Teh, "Sarapan pagi tu penting sebab kita dah tidur seharian, bila bangun tu kita nak bagi usus kita aktif dan tidak rosak, jadi kita kena sarapan. Sekurang-kurangnya 2 biji kurma dan segelas teh 'O' suam atau panas". Antara 3 pesanan ni saja pun dah cukup banyak untuk ku pelajari dan amalkan. Thanks :) Nanti datang lagi nak dengar jugak... Pesanan yang diberi agak spontan tanpa mereka sedari juga, tapi cukup banyak bererti buatku si penghayat kisah orang lain.

Balik dari Pulau Pinang, haruslah begitu banyak pakaian untuk ku basuh. Hahahha... 3 hari punya pakaian aku kena basuh. Pakaian semasa dan pakaian yang sudah aku pakai semasa di Pulau Pinang. Agak *fenat, tapi sangat berbaloi ya percutian ku di sana. Aku sempat makan Pasembur @ Pasembuq. Kira rojak lah jugak. Cuma rojak dorang ni lebih banyak campurannya seperti campuran yang ada dalam stimbot :) Sangat sedap ya. Haruslah licin pinggan. Nanti nak cuba rasa nasi Kandar Penang pulak. Kari dorang lagi belom rasa. Huhuhuhu... Rupa-rupanya masa aku balik dari Penang tu, nak basuh pakaian cukup untuk 1 baldi jer ku basuh sebab pencuci pakaian aku habis. Agak tertangguh lah membasuh pakaian. Semalam dan hari ni baru nak habis pakaian yang di basuh.

Setelah 4 hari bercuti tu, entahlah, agaknya kebiasaan sudah bagiku. Setiap kali balik dari perjalanan jauh ker, mesti aku rasa macam demam-demam. Mungkin kerana faktor kita datang dari tempat bersih, bila datang ke tempat kotor semula, kita sakit lah. Faham tak? Maksudnya, Kuala Lumpur ni begitu banyak ya kadar pencemaran nya terutamanya air yang kurang bersih dan udara nya penuh dengan karbon monoksida dan sulfur dioksida. Sebab tu lah bila balik Penang jer segar-bugar. Mandi air pun rasa bersih sangat-sangat jika dibandingkan mandi di bandar Kuala Lumpur yang urgghhh, agak macam kotor ya... Sebab tu masa dah balik ke Kuala Lumpur, hari pertama kerja Rabu, bila bangun tidur tu rasa macam demam-demam jer. Tak pedulik, ingatkan letih jer.

Hari kedua bekerja dari 3 hari tu, barulah aku agak terasa demam tu, bersin sampai 3 kali, bila buang kahak jer keluar campuran darah, keluarkan hingus jer pun ada campuran darah lagi. Sah-sah aku demam dah kot. Aku ni agak pelik, demam pun aku tak perasan. Bila di tempat kerja, sambil-sambil buat kerja tu, boleh kan aku rest jap tertidur dengan buku-buku disekeliling meja aku tuh. Bos lalu pun aku tak perasan. Tiba-tiba hari Jumaat hari ketiga bekerja, aku bangun pagi terlajak tak dengar 2 bijik alarm clock aku bebunyik. Aku capai henpon terus sms kat member Opis aku E. L (Emergency Leave). Memang tak berdaya nak turun kerja dah. Badan tak bleh angkat. Untuk sehingga pukul 10am baru dapat bangkit. Siap-siap jer lepas solat Jumaat, aku bersiap dan terus naik teksi ke Hospital Kuala Lumpur. Blood Test dan Doktor memberikan preskripsi dan aku di suruh datang lagi keesokan harinya untuk buat Repeat Blood Test. Pasal apa? Incase aku kena Denggi Beb! Adoi naaaaaa... Risau dah pasal Denggi nih. Di Kuala Lumpur saja punya cerita memang bersepah kes Demam Dengggi tau. Walaupun area rumah sewa aku ni almost everyday ada buat semburan mencegah nyamuk tu tak kisah subuh ker, petang ker pagi ker... memang ada saja semburan dalam setiap minggu kedengaran, tapi, still nyamuk makin banyak membiak berleluasa. Bagaimanapun, semalam selepas blood test dijalankan, lega apabila Doktor memberitahuku, aku clean daripada masalah Denggi. Alhamdulillah.

Okeh, setakat tu jer bulan ni punya entri. February harus kita berjumpa tau! InsyaAllah. February ni pun awal-awal bulan dah cuti panjang macam cuti minggu lepas ketika DeeDee bercuti ke Pulau Pinang. Bulan February ni agak special sikit bagi DeeDee sebab DeeDee sedang menantikan kedatangan adik-beradik angkat lain dan kengkawan dari Miri. Dorang semua nak jenguk DeeDee di Kuala Lumpur dan mintak bawak berjalan-jalan di sekitar KL. InsyaAllah sempat. DeeDee pun akan apply cuti nanti eek :) Rindu mereka jugak :)
Okeh. GTG... Mua mua mua Tiom~Tiom~





Followers