I Like it!!!

Saturday, January 29, 2011

Ehhhhh... Holiday sudahhhhhhh??? Yeay! Sabtu! Rehat~

Huahhhhhhhh.... Bangun tidur pagi ni nak cakap sedap selesa cukup okaylarrr... boley larrrr... Cukuplaarrrr.... Hahah..... nak tau kenapa? Nok, ada benda DeeDee nak share ni Nok! Hahhha... Okes Dokes... Mana nak mula ni ehhh???

Mula dengan salam dulu!!! Haha... Salam salam salam 1 Malaysia pembaca sekalian! Hari Sabtu yang ceria. Anda cuti? Hehehe... Pagi yang cerah dan indah sekali di Kuala Lumpur. Sejuk dan aku bangkit ceria diiringi muzik radio pada handphone juga... Hiah~ Layan Fly FM pagi-pagi nih memang cukup merancakkan pagiku. Alhamdulillah maseh bernafas eh... Hoho... So, anda semua, buat per tuu? Ada perancangan sudah cuti yang panjang ni? Hanya yang bijak saja pandai ambil cuti or apply cuti pada hari Isnin 31 January ni nanti dengan 2 February ni untuk dapat cuti yang sangat panjanggggggggggggggggggg sepanjang beras Moghul Faiza Basmati. Uiiii panjanggggggggg.... Hehehe... Da da da da dad ada dad adad adadadda dada dad daaa~ "I'll spread my wings and I'll learn how to fly" Breakaway - Kelly Clarkson :) ... Tak larrr bermakna yang tak apply cuti tu bodo Nok! hohoho... Aku pun tak jugak apply cuti Rabu tuu...

Minggu depan kan Chinese New Year! Pada 3 - 4 February tuu bersamaan hari Khamis dan Jumaat depan? Tambahan pulak sebelum CNY tuu hari Wilayah yang jatuh pada 1 February bersamaan dengan hari Selasa tuu pun Public Holiday gak! So, kepada yang office hour tuu kira hari Isnin dan Rabu jeww keja. Aku ada apply 31 January tuu OFF sebab ada duty last week Ahad sibuk buat kerja orang lain nak capai statistik. So, better aku rehat. Claim weiii... rugi tak claim sebab tak di bayar OT bahagian opis aku~ Huhu...

DeeDee nak share lar ni~ Pasal semalam dulu ah... Erm... Semalam haaa, aku pergi lah jumpa Kak Blossom (bukan nama sebenar) ada hal sebelum solat Jumaat tuu, then Kak Blossom ni suruh jumpa lagi pukul 3 pm pulang dari Solat Jumaat nanti. Aku pun iyakan saja. Hihihi... Rupa-rupanya, pada pukul 3pm tuu, Kak Blossom nak bagi Lokam! Hoho... ni che tau Lokam maa? Limau Mandarin tuu... Huhuh... I like! Tapi, Limau tuu jangan makan selalu sangat sebab kandungan asid dalamnya tinggi. Lagipun, limau tuu dari China nak datang ke Malaysia pun belum masak lagi. Dalam perjalanan ke Malaysia baru masak dalam Kontena Kapal yang mengambil masa beberapa bulan nak sampai ke Malaysia ni :) Okes Dokesss? Huhuh.. Terasa di hargai lah kunun sebab ada orang menyayangi sampai ingat nak bagi Limau ni haaaa!!! Ada special limau gak aku dapat! Huhuhu... Wah, lagi lah terasa teristimewa! Hak Hak... Syuttt... kamu saja tau tu Tau!

Plus... Aku terperanzat gak dengan janjinya after CNY celebrations, bila Kak Blossom start kerja semula, dia nak bagi "Angpau" Lai Liau~ Waaaaaaaaaaaaaa... Lagi la terasa plus plus plus di hargai. Ni yang buat aku lagi bersemangat kental nak kerja di opis nih! Hahaha... Terasa berbeza lagi dari yang lain [Poyo dan Perasan] plak... Hik hik... Happy saja. Bukan kerana orang yang menghargai aku saja, aku juga akan menghargai apa saja pemberian yang diberi terutama yang bukan aku terminta-minta ni. Segan larrr... Takkan nak menolak gakk~ Rezeki :) Kan... Bukan rasuah matchaaa!!!! Hahaha... Jangan main-main anda! Balik-balik kadang aku fikir, dalam ramai-ramai, aku saja yang layan dan share crita ngan Kak Blossom terutama tentang disiplin bekerja. Hehe... Aku amat mengagumi ketepatan masa dan disiplin dalam diri Kak Blossom kalau bab kerja ni. Walaupun kadang tak banyak cakap, tapi, kuat kata hati Kak Blossom tuu macam sedar saja aku berusaha untuk ikut disiplin bekerja macamnya kot, sebab tuu Kak Blossom ni pun lebih suka kongsi cerita ngan aku since arwah Kak Nana takda jugak. Patah tumbuh, hilang berganti. [Bukan nak memuji diri ni].

Selalu gak aku ni tolong Kak Blossom bab komputer yang aku mampu. Kak Blossom pun apa kurangnya, senang-senang punya masalah pun aku tanya kat Kak Blossom jer. Jadi, fair. Sama-sama bantu-membantu antara satu sama lain soal kerja. *thumbs up*

Hoho, sekian bab tu setakat ni okay dokes~ Ni nak crita aktiviti pulang kerja plak semalam bersama John (bukan nama sebenar). Hihihi... Aku ni, alahai~ macam biasa arr, KL ni kan besar deng, aku mintak John ajar aku jelajah suatu syurga pemborong pulak dalam KL ni. Haha... Aku kan rajin buat penerokaan tanah kat KL ni. HAHAkkzz... Banyak sebab kalau kenapa aku ni suka meneroka. Huhuhu... Nak tau aku teroka apa semalam? Aku teroka Plaza GM di Chow Kit! Haaaa!!!! Ni nak cerita lar ni deng! Yarabi! Errr... Ada tak sesiapa di sini suka berniaga? Ala... jual-jual tudung ka, kerongsang ka, T-Shirt ka, Beg Laptop sandang ka, apa-apalah! Macam-macam ada siot kat Plaza GM tuu!!!! Sesiapa nak tau jugak nanti mana tompat tuu, InsyaAllah DeeDee dan rakan-rakan seperjuangan Paparazzi lain akan bawakan yup!!!

Mulanya, cakap kat John, nak window-window shopping jeww kat Plaza GM tuu... Tipu!!! Kalau aku cakap aku keluar dengan senang hati dari Plaza GM tuu tak beli apa-apa! Huh... Aku beli jugak!!! Pantang tangan kosong! Tambahan lagi berbaloi-baloi beli di situ Borong dari harga Borong di Pasar Mydin Kuala Lumpur bai!... Hahahah... amat-amat berpuas hati. Kalau aku jual balik pun barang yang aku beli tuu dengan harga paling murah sekalipun seperti di pasaran, aku boleh dapat keuntungan dua kali ganda tau!!! Haaa... Apa-apa pun, barang yang aku beli borong tuu semalam untuk kegunaan aku jer lah... Malas nak jual dulu... sebab, nak risau apanya, banyak lagi 1 bangunan Plaza GM tuu kalau nak carik... Aku pun amat perlu barang tuu... Huhu... Best! Puas hati! Tak banyak tau melainkan penjual barang-barang downtown, uptown ka, pasar malam ka, Petaling Street ka, Hadiah-hadiah kepada kuli ka, perayaan ka dan macam-macam lagi. Pergilah :) Carik jeww kat area Jalan Lorong Haji Taib tuu kalau berani. Aku berteman ngan John pun agak-agak jugak lalu situ sebab banyak muka macam penyangak. Hati-hati saja lah ya... Aku akan pergi lagi nanti InsyaAllah sebelum balik Sarawak sebab banyak souvenir situ mengalahkan Masjid India dan Petaling Street :)

Selesai jeww keluar dari Plaza GM tuu, gatal pulak si John ni tanya aku pasal makan. Pantang arr aku kena tanya. Aku jawab Pizza Hut! Why? Bukan selalu pun... Kalau mengikut kalendar Cina tahun ni adalah tahun Arnab. Hahah... Ikut Zodiak Cina, tahun kelahiran aku tahun Arnab. Haha... So, apa lagi, kebetulan lah pulak beberapa hari ni si John balik-balik tanya kat aku bila nak try Pizza baru lagi di Pizza Hut, so aku pun semalam, setuju jer arr try Pizza terbaru di Pizza Hut. Eat. Laugh. Share. Pizza terbaru yang keluar di Pizza Hut semalam Ring of Fortune. Kalau korang perasan bentuk Pizza terbaru tuu berbentuk syiling lama Cina yang bulat tuu tapi tengahnya petak. Haaa.. tuu arrr dia... Gabungan kekayaan lah jugak bagi masyarakat Cina. Hehe... apa lagi, CNY setahun sekali jerr... Lagipun Pizza tuu baru lancar pada 21 January hingga 3 March ni. Jangan lepaskan peluang merasa. Kalau nak aku komen, ermmm, okay lah kalau untuk dua orang makan ambil regular size saja. Rasanya tak lah seberapa sedap Hawaiian Pizza tuu. Rasanya sedap lagi Hawaiian Chicken kerrr... Apapun, aku dan John, biasalah, suka mencuba benda baru :) Bukan nak mempoyo tunjuk-tunjuk. Cuma nak share kan pendapat. Hehe... Orait! huhuh... Kalau korang nak diskaun tak ambil set, bagus order Pizza sahaja dan dapatkan potongan 30% diskaun penggunaan Maybankard Visa or Debit. [Amboi Dee, Promote] Oh ya, pada Pizza tersebut juga ada empingan jagung yang rangup memenuhi Pizza serta Cheeseeeeeee di dalam kerak Pizzanyaa membuatkan kita terliur memakan ketika panas-panas... Berbaloi-baloi~

Selesai saja makan tuu, John pulak jenis yang tak suka balik rumah dia awal, so, keluar saja dari Maju Junction Mall tuu, macam-macam mulut merepek. Nak tengok wayang lar, gi Bukit Bintang larrr... Dalam semua tuu, aku setuju part pergi SoGo KL tuu jerrr... Sebab, lagi senang dan dekat jerr kalau aku nak pulang ke rumah semula untuk mendapatkan bas. Layan siotttt... Rambang jugak mata beta melihat offer sale CNY di SoGo tuu... Sabar saja aku. Haha... Nak jaga bajet gak sebab nak balik Sarawak ni nanti bulan March. Kena larr aku berjaga-jaga bajet supaya cukup tambang dll. Then balik rumah. Pukul 8:30pm rasanya sampai.

Balik rumah, mandi dan tak sabar mengeluarkan barang cute yang aku beli tuu dan share cerita kat Ami ngan Boy di rumah sewa. Haha... ape lagi... aku kan suka berkongsi. Haha... Ada-ada saja kisah si bujang ni. Wan pulak takda kat rumah sebab balik Johor. Bro rasanya di Rawang. Hanya kami bertiga di rumah. Al-kisahnya pulak, Si Ami gitau, nak suruh aku bangunkan dia dan Boy pukul 3:30am. Aku, ON jak. Sekaligus aku ponnn ikut sekali rupanya temankan dorang pergi Shah Alam. Ami mintak tolong Boy drive kereta Ami. Dan suruh aku ngan Boy bawak balik keta tuu ke KL semula. Huhuh.. So, pagi yang gelap tuu... Kesejukan kami bertiga :) Nak share nih. Hihih...

Dari KL-Shah Alam seksyen 3. Boy pandu. Pukul 4am jugak lah bersiap tuu... Lengang jer jalan. Hihih... Aku pulak, macam biasa arr duduk kat belakang, seronok arr jalan subuh-subuh tuu tengok pemandangan lampu malam-malam di Bandar KL yang kalau siangnya sibuk jerrr... Seronok! Huhuh... Tapi, perasan gak... Bersempena dengan hari Wilayah ni nanti kan, banyak jugak persiapan tau! Subuh-subuh lagi dah nampak dah macam ada sekatan jalan jerr oleh Traffik ni. Terutamalah di kawasan Dataran Merdeka tuu tadi. Memang penuh ramai bukan rasanya orang-orang awam jer, orang-orang yang sibuk buat Khemah macam ada jualan or Function. Jalan pulak menuju Dataran Merdeka tuu ditutup. Comfirm ni meriah nanti!!! Sepanjang perjalanan saja sudah nampak bendera Wilayah di rentang pada setiap satu tiang di Kuala Lumpur ni. Huhuhu... Pelancong pun macam orang putih kan, berjalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka tuu. Kes nak ambik gambar arrr ni pelancong kan? Hehe...

Tambahan lagi pembaca sekalian, baru aku nampak lampu-lampu pada bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka tuu bersinar-sinar bertukar warna lampunya indah dan menarik pulak tuu. Huhuh... Awal-awal subuh tuu dah on jeww. Hihih.. memang aku layan giler siot pemandangan tadi sepanjang perjalanan nak ke Shah Alam. Layannnzzz... Kalau tak tau Hari Wilayah tuu, sebenarnya Hari Wilayah ni adalah Hari Pembentukan Malaysia :) Jadi, bersamalah kita ya memeriahkan sambutan Hari Wilayah ni nanti dengan mengisi masa juga dengan perkara-perkara yang berfaedah bersama keluarga ka, rakan, tercinta dan tersayang~ Beruntung kita sebagai rakyat Malaysia ;) Alhamdulillah. So, kepada rakan-rakan yang kunun ada nak guna laluan di sekitar Dataran Merdeka tuu nanti, harap maklum lah yerrrr, ada lencongan yang ditutup. Faham saja larrr :D

Orait! Haha... Lupa plak nak cakap ni tauuu... Anda tahu tak Game Plants Versus Zombies? Haha... Bestttttt!!!! Aku suka main! Cute game! Kalau setakat malam tadi, aku dah main game tuu setakat lawan Zombi kat atas bumbung yang mana Bunga-bunga aku tu lontar sayor Kobis kat Zombi tuu supaya mati. Ahahahhahaa... Layan siot guwa... Haha... Game tuu pulak aku pernah main kat Laptop si Boy ni Housemate. Pastu, gian. Then, aku mintak lah letak dalam hard drive aku kan. Untuk sekian lamanya aku simpan, tiba-tiba teringat nak main 2 hari lepas. Amboi! Sekali jer aku main, huh! Tak pandang dunia Online sudah. Hahah... main sampai lewat malam pun aku tak perasan. Sampai habis bateri laptop lupa nak cas baru perasan. Keterlaluan!!! Hahaa... Semenjak main game tuu jugak, tahu tak? Aku baru perasan aku sepanjang dah memiliki Laptop kegemaran aku ni, rupanya, selama ni aku belum beli-beli lagi Mouse! Padan muka. Terpaksa aku pinjam kat Boy 2 hari nih. Boy pun main game, tapi memandangkan dia sibuk main game Poker Cute gak, jadi, dia tak pakai sangat Mouse. Ecok lusa ni aku kena beli Mouse sendiri nih. Tak bleyy blahhh derrrr main Game Plants Versus Zombies ni... Rasa sekali main nak lagi!

Hohoho... Iklan pulak aku sekejap tadi. Hehehe... Ow yeah, sambung semula ni cerita nak pergi ke Shah Alam. Nasib baik pagi yang gelap awal ni kitorang keluar kan? Pukul 5 macam tuu dah nak sampai dah. Sebelum sampai tu tadi, singgah larrr ke Seven Eleven ni haaa... Shell situ ada kan. Isi lah minyak sekali. Ami pulak suruh aku beli sarapan ringan jap dalam Seven Eleven sementara dia tiba-tiba nak 'melabur amanah saham'. Si Boy pulak sibuk isi minyak. Aku keluar lah dengan selambar nyer ke Pintu masuk Seven Eleven tuu. Aku perasan la jugak dalam Seven Eleven tuu, sunyi. Iyo lah! Pagi awal macam ni, takder orang... Tapi, aku perasankan sesuatu tau! Pada mulanya aku nampak si Awek Cashier ni lepak arr di luar pintu seven eleven ni. Duduk sembang ngan laki yang jaga seven eleven tuu. Agaknya sejuk giler lar kan dalam tuu, sebab tuu dorang kat luar jewww. Ketika dorang sedang sedap berborak tuu, bila aku datang jeww, si Awek tu terdiam ketika sembang ngan laki tuu.

Aku punya lah pikir balik, nak kata aku tak zip seluar, tak jugak. Baju aku tak cantik, tak jugak. Ada something wrong ker aku nih? Aku tak pedulik. Aku terus jer meluru masuk dalam Seven Eleven tuu. Suasana yang terang dalam kedai tuu yang penuh dengan cahaya tuu baru aku perasan apa benda yang tak kena dengan aku.

Patutlah aku rasa macam pijak semacam. Aku tengok selipar Jepun yang aku pakai ni terbalik!!! Patut yang kanan pergi kiri dan kiri sebaliknya. Adeiiii... Cepat-cepat aku pakai betulkan semula. Patutlarr dorang senyap jer tengok ke bawah kaki aku tadi time kat luar pintu. Ada yang tak kena. Haha... Nak cakap tak sempurna jauh-jauhkan... inilah akibat duduk bersilang kaki dalam kereta lepas tuu selipar di bukak sambil aku duduk bersila jer. Ko dah sedappp tengok pemandangan sampai lupa selipar tuu nak betulkan. Hahah... Dalam kereta pun gelap deng~ Okay, tanpa membuang masa, aku meneruskan hajat membeli sarapan dan minuman untuk dalam perjalanan lagi :) Akhirnya, aku jumpa semula minuman Mr. Brown di Kuala Lumpur ni. Tetiba saja aku terkenangkan kenangan aku bekerja bersama Lizz and Baem di Brunei suatu ketika dahulu. Aku di perkenalkan dengan Coffee Tin kontot brand Mr. Brown ni kira famous larrr di Brunei yang ketika tuu belum ada lagi keluarannya di Miri. Huhu... Sedap dan boleh menghilangkan ngantuk sebab kepekatan kaw kopinya yang tidak terlalu pahit. Anda patut try. Tibalah giliran aku pulak perkenalkan pada Boy dan Ami. Dorang sendiri pun tak pernah tengok gak. Hehe... Great!!! A new thing to SHARE!!! Alhamdulillah. Terubat jugak rasa rindu tuu pada sepupu-sepapat yang mula memperkenalkan padaku Mr. Brown tuu.

Since pulang ke Miri tu about how many bulan lepas tuu barulah nampak keluaran kopi Mr. Brown tuu di keluarkan di Malaysia. Brunei Darussalam ni biasalah, advance saja makanan ka, pakaian ka, game ka dan segala-galanya lah sehinggakan dorang sendiri pun tak tahu benda tuu belum dikeluarkan di Malaysia rasanya :)

Tapi, tuu arrr... aku rasa, aku terlupa sesuatu jugak pulak. Kalau aku minum kopi Mr. Brown tuu pagi-pagi sebenarnya, aku sakit perutttttttt!!!! Ahahahahhhaha.... menahan rasa jeww lah aku tadi dalam kereta tiba-tiba macam meragam pulak perut! Memang sah-sah sebab minum kopi tuu arrr~ Hahah... sabar jak la~ Kan? Dan, perjalanan kami pun masih diteruskan. Baru 15 minit macam tuu melalui Shell Seven Eleven tuu, akhirnya kami bertiga sampai di tempat Ami nak tuju tuu... Huhu... Sambil-sambil sembang lagi tuu kat luar pagar jap. Apa yang aku perasan sepanjang perjalanan di Shah Alam ni tadi ialah orang berbasikal. Dahla aku suka basikal!!!

Pantang aku tengok basikal! Kalau korang nak tahu jugak antara 1001 cara ketinggian aku, berbasikal lah :) Heheh... Weh, berbasikal boleh membantu memanjangkan tulang kaki tau! Try lah kalau tak percaya. Kalau nak tinggi lah. Ataupun kunun nak jadi Model ka :) Pramugara Ka :) Askar Polis ka :) Hik Hik...

Tambahan pulak, basikal yang aku tengok remaja-remaja di Shah Alam ni kayuh tuu tadi basikal yang alaaaaa, basikal lumba tuu!!!! Ada tengok De Tour De Langkawi tak lately? Haaaa, basikal tuu lar dorang pakai! Banyak dorang... Layan jewww aku membayangkan aku sendiri naik basikal laju tuu tau!!! Dapat jugak menambahkan kesihatan jantung dan memecahkan kalori di dalam badan. Dulu, aku ni memang tak pandai berbasikal. Tapi, keinginan tuu sangat tinggi mengalahkan kemahiran takda, akhirnya dengan beberapa kalinya jatuh basikal! Aku berjaya jugak mengayuh basikal dengan segembiranya! Haha... Kalau kat Kampung Pulau Melayu rumah arwah nek laki aku, memang aku suka main basikal besar dari badan untuk pergi ke kedai Lintai Abun (kedai runcit) nak beli barang atau berjual sirih dari rumah ke rumah di Kampung Pulau Melayu tuu. Huhuhu... Rm1 satu ikat sirih. Tetap ada orang beli! Hik hik... Kampung katakan. Aku ni pun pemakan sirih gak tau...! Putih tak gigi saya? Haha... Siap tumbuh taring gitu! Hikhik...

Oh ya, selesai saja urusan menghantar Ami tuu, aku ngan Boy punn bertolak semula ke Kuala Lumpur ikut jalan Tol seperti tadi. Dalam perjalanan tuu pulak kita dua jumpa aper sepanjang area Dataran Merdeka dah ni, ada banyak tau kereta-kereta Volkswagen lar, dan Mini Cooper lama parking kat tepi bangunan Sultan Abdul Samad tuu. Orang-orang pun sudah mulai ramai! Orang-orang yang kebanyakan tuu pulak beruniform dan bermacam-macam warna. Sibuk nak kawad atau raptai lah tu kan? Pastu, kita dua Boy ada lalu orang tengah jaga kuda. Banyak kuda! Mesti best ni nanti kat Dataran Merdeka! Have Fun! Enjoy and Meriah kan?!! Hihi... Best!

Dan, selepas melalui semua tuu tadi dalam hujan rintis, akhirnya aku dan Boy sampai ke kawasan rumah sewa kitorang. Parking lah kat kawasan Komuniti tuu sebelah surau. Azan subuh pun berkumandang. Tapi, dalam azan subuh yang berkumandang tuu, ada jugaklah entah 'Jin' mana lah tak reti dengar azan bergaduh. Dahsyat-dahsyat!!! Haha... Tau per benda?

Keluar jeww aku ngan Boy dari keta kan dan lock kereta seperti garis panduan yang si Ami telah tetapkan kat kita dua, boleh pulak belakang kita dua sekumpulan remaja bergaduh bertumbuk. Memang tak reti kenal azan Subuh ni. Gaduh nyaring-nyaring. Aku ngan Boy dah syak dorang ni mabuk! Tanpa membuang masa, selesai lock kereta, kitorang naik dan sambung menonton aksi gaduh ni time Azan subuh dari bilik kitorang jer dari atas. Nampak segala aksi-aksi power rangers kat TV tu menentang raksasa. Sah-sah, sambil-sambil dorang gaduh tuu ada yang sesama sendiri menenangkan diri sambil ada menyebut perkataan 'mabuk'. Memang dorang ni mabuk! Lama lah jugak dorang bergaduh tuu sepanjang subuh. Malas ahh nak layan tengok dah. Aku pulak lepas tuu meneruskan lah melepaskan hajat Amanah Saham aku pulak di rumah :P Lega baiii~

Selepas saja subuh tuu, aku perasan lah si Boy ni belum tidur lagi, padahal nak kerja pukul 9am ni OT lah. Boy selsema. Aku bagi dia ubat selsema aku yang tak habis tuu. Terus langsung ke bilik nak sambung tidur dan rehat semula. Sementara tuu, aku nampaklah macam sesuatu melintas depan pintu. Dah agak dah!!!! Cik T!!!!!!!!!! D**N!!! Ada lagi rupanya!

Yang aku hairan tuu, kenapa pulak Boy tak meloncat kat luar bilik ni? Ker dia tak perasan. Mungkin Boy dah masuk dapur. Aku pun taklah pedulik dan selesai jer Boy di dapur makan ubat tuu rupanya, dia masuk bilik. Aku tanya lah kat Boy ada perasan ker tak Cik T melintas dia? Tiba-tiba Boy macam urrrggghhhh cuak benci dengar Cik T tuu. Dia terus bengang kat Cik T! Tau tak Cik T? Tu dalam gambar tuu!!! EEEEEE~ Geram. Ingatkan operasi kitorang aritu dah selesai tau membunuh mereka-mereka ni. Nampaknya, perjuangan belum selesai!

Tanpa mempedulikan semua tu, aku dan Boy langsung tidur saja. Tapi, aku tidur-tidur ayam sebab macam dengar 3 bunyik! Dah agak dah!!! Cik T berjaya memecah masuk bilik dalam masa 15 minit!!! Bunyik yang ke-3 tuu paling jelas sebab dia jatuh-jatuhkan barang aku ngan Boy dalam bilik! Boy pun tak tidur nyenyak rupanya lalu bangkit on lampu! [Patut aku tak dengar dengkur Boy padahal ubat selsema aku tuu boleh membawa ngantuk, gara-gara benci kat Cik T, mengantuk pun takda makna eh Boy~].

Aku ngan Boy ni selongkar lah mana-mana kemungkinan Cik T tuu kan, tiba-tiba Boy menjerit "Besarrrrr Deeeeee!!!!" Aku dengan pantas bukak pintu dan berlari keluar ruang tamu supaya tak terpijak tikus dan meninggalkan Boy sorang-sorang dalam bilik tuu yang turut meloncat macam kera gak! Pastu, tak jugak Cik T tu kuar. Aku masuk semula dalam bilik dan kedua kalinya aku terperanjat dan tak tergerak-gerak lagi melihat Boy terperanjat kat Handponnya sendiri yang berwarna hitam disangkanya tikus kat kakinya. Haissshhhh (-_-')

Tapi, memang ada tikus punnn kat bawah pakaian yang kami dua Boy gantung. Aku pun nampak ekornya lalu ku suluh. Aku bagitau Boy. Boy pun dah cuak pagi-pagi tuu. Memang sungguh mengacau jiwa dan rehat kami jeww lah Cik T nih! Aku goyang sikit beg kat bawah pakaian tuu, tiba-tiba Cik T yang umur remaja tuu melompat berlari-lari keluar. Boy pulak tiba-tiba tak lepaskan aku! Di peluknya perut aku dari belakang. Rasa nak tercekik aku punya perut! Aku cuba menenangkan Boy pulak lepas tuu. Aku cakap kat Boy Cik T dah keluar bilik dah. Mati-mati jugak si Boy ni tak lepaskan pelukan perut aku ni dari belakang. "Betul Boy, Betullll, dah keluar dahhh, kat sini lalu sini lompat sini, lalu bawah beg aku dan keluar tuu"... Boy sangka ada 2 ekor... Adei... Akhirnya aku terlepas dari azab perut kena cekik. Barulah pagi tuu jugak aku dan Boy akan merancang untuk memulakan operasi semula nanti!

Hahahha... itulah dia ceritanya yer Cik Kiah sekalian. Haha... 2 hari punya cerita punyalah penuh. Kalau aku biarkan seminggu lagi aku tak taulah. Tak larat kot nak menceritakan cerita-cerita benar dan menarik yang berlaku padaku setiap hari. Haha... Aku pun nak tergelak balik teringat pengalaman pagi tadi tuu sebab tak kena lepaskan. Aku pun kena buat muka tenang walaupun geli gila Vavi kat Cik T tuu!!! Ewww!!! Okes Dokes!!!

Setakat ini sajalah cerita hari ni ya Rakan-Rakan! Bukan cerita yang direka-reka. Memang pengalaman aku sendiri yang aku rasa menarik untuk aku kongsikan kepada yang sudi membaca :) Bersempena dengan Hari Wilayah dan Chinese New Year ni, DeeDee doakan selamat bercuti dan hati-hati ketika memandu dan bercuti. Have Fun! Enjoy Yourself :)
XOXO

Tuesday, January 25, 2011

Forget About The World. I wanna make You Feel. Like You. Warnaku.

SawaDee... Kalian semua, hari ni sihat? DeeDee tak sihat hari ni. Demam, selsema dan gatalnya tekak! Rasa nak cuci garu tekak tu guna pencuci botol susu baby tu yang berus tuu... Eeee... arrrr....

Lately, aku sangat dipenuhi kerja-kerja orang lain. Di sebabkan statistik tidak tercapai, aku dan rakan-rakan setugas lain dengan sekuat tenaga berusaha untuk mencapaikan statistik. Mau pingsan rasanya sudahhh. Exhausted nya aku. Kalau aku ni robot, meletup sudaaa tuu. Kalau nak cerita pasal kerja, emangnya sampai ke mati gitu dong enggak akan pernah habis. Guwe udah kecapekan yang teramattt bangat sih kerna rasa tertipu dan mengenangkan negara. Waduh. Kok Gawat? Huh... pedulik. Like you the only girl in da world ka? Eleh... Come on, please la jangan suka mengambil kesempatan dalam kesempitan ni memaksa kami overdos exhausted.

Tomorrow, Wednesday. Aku apply OFF. Bukan apply. I deserve it. Aku mau rest hilangkan rasa sengal di badan dan keletihan.Patutnya aku sudah OFF dari Friday lepas. Just because ini, aku korbankan segala masaku even social and helping. Jumaat, lagi okay. Aku kerja. Walaupun sakit sudah kepala setakat 4:30pm. Then, Saturday aku sambung semula. But!!! There is but. Tapi, kerja bertambah. Aku buat bila tengok rakan sorang ni selamba jer boleh buat tambahan gak. Tapi, kerja tak habis, sambung lagi datang Ahad. Ahad pun tak habis. Semalam baru habis. Itupun, di bantu juga. Lain semua ni aku tak kisah pun. Cuma, tipu aku cakap, kalau aku tak rasa bersalah akan ketidak ada masaan aku terhadap kawan yang menumpang sebentar di rumah. Even sarapan bersamanya pun tak sempat. Wanzy. Lucky that Wanzy faham. Thanks Wanzy for da Kek Roll Lapis Sarawak yang ibumu buah tangankan padaku. Sempat teman-teman serumah dan rakan-rakan opisku merasa Kek itu yang berperisa Cadburry. Later aku pulang Miri aku juga mau serang HABIBI Shop tuu sebab berbaloi.

Wanzy pindah sendiri hari Ahad tuu pun aku tak sempat tolong angkatkan barang. Sorry. Tau-tau saja, aku pulang ke rumah, dia dan barang-barangnya telah clear. Hurmmm... Nevermind. Jumpa lagi ya di KL. Just that, awal-awal sudah aku terlalu sibuk tiada masa ketika ketibaan rakan lama. So, di pendekkan cerita, today, aku ada ke HKL. Mungkin kegagalan mengorat, aku tak dapat MC pun. Dapat ubat saja pun dah memadai. Sempat balik semula ke opis before tengahari. Sambung kerja. Tapi, itulah, dah tak larat nak buat kerja berat. Nasib baik terkena giliran duty di kaunter serahan saja. Boleh lah tenang-tenangkan minda. Petangnya pula, selepas lunch, aku makan ubat. Ada 4 jenis ubat. Ubat Nilco Syrup untuk tekak, Cephalexin Monohydrate kapsul Bom untuk antibiotik, Triprolidine HCI & Pseudoephedrine (Actifed) kaler pink untuk selsema dan seperti biasa, semua kenal, Paramore, eh! Paracetamol (panadol KK) tuuu.. untuk demam. Mengantuk siot makan tuu~ Boleh rasa terapung aku kerja tadi dan baru aku perasan di dunia ni aku tinggi rupanya. Haha... kandungan dadah berlebihan ni~ Aku tak patut makan time tuu sebab boleh menyebabkan mengantuk kan? Tapi tuu arrr, tak bleh tahan kat selsema yang tak henti mengalirrr macam air paip di hidung, jadi aku pun makan arrr...

Apapun, semua ni asam garam hidup katakan. Tapi, hari ni aku paling kesian dan aku sendiri terkezut. Rupa-rupanya kawan aku tuu yang buat tambahan kerja selambar tuu baru perasan dia sebenarnya buat back up kerja orang lain. Kenapa lah ko baru perasan? Adei... aku dah berapa kali membebel semasa sambil-sambil buat kerja tuu patut lah ko buat derrrrkk jeww... Kasian kau kan... Aku dah tak larat nak sama mood kecewa ngan kau. Ko kecewa lah dulu k, nanti ko dah tenang, kita sama-sama bergabung menjadi power renjes. [ni akibat ubat ka merepek?] As usual, aku pasti akan kongsikan lagu atau apa saja yang aku suka. Layan lah lagu dari si Mike Tompkins feat. Shad-beatbox ni yang lagu asalnya dinyanyikan oleh si Rihanna. Tajuk lagu tuu Only Girl (In The World). Okesss??? Layan lah lagu ni kalau dah muak dengar suara Rihanna nyanyikan. I like this video sebab melihatkan perangai penyanyi ni macam perangai aku gila video dan jalan-jalan serta warna-warna dalam elemennya yang aku sendiri sentiasa pakai. Skrol lagi ke bawah :)

Sampai sini saja hari ni blogging. Tired sudah si DeeDee.

Layannnzzz...
Tonton betul-betul, kalau siapa bijak, pasti akan jumpa perangai-perangaiku dalam video nih. Hik hik... Kepada fans-fans yang ada tonton YouTUBE and Dailymotionku mungkin perasan. Hak Hak... Okes Dokes... Chow Chin Cau.

Friday, January 21, 2011

Jawab Jangan Tak Jawab : Jawapan Dd Taring

Huahahah.... Salam to all Bloggers! DeeDee si Gigi Taring hari ni buat blog pasal kuiz yang Dd kena jawab. Haha... ni semua atas soalan kuiz-kuiz yang Bloggers me220784 bagi nih~ Haha... Terbaikkk...

Sebelum tuu, Dd nak tanya korang dulu. Apa khabar sekalian? Semalam di Semenanjung Malaysia ni Public Holiday bersempena Hari Thaipusam. Dd kira dekat lah jugak dengan kawasan India di Batu Caves tu, tapi Dd tak pergi sebab rasa tak best plak kalau Dd blum beli kamera nih. InsyaAllah, this coming March 2011 Dd akan beli kamera impian Dd tuu. Huhu... Can't wait. Sabar Dee sabar~ Memandangkan aku tak kerja semalam, tetap ku ada aktiviti bah! Hoho... Hari ni pulak sepatutnya aku offday tak kerja claim off aku duty hari ahad. Tetapi, disebabkan atas arahan Bos, urgent! Aku dan team-team power rangers yang lain terpaksa meneruskan kerja jugak! perlu capaian statistik!!! Target! Ecok kan Sabtu? Punnnnn aku kena turun kerja gak.

Dahla kepalaku sehari-harian ni sebenarnya berdenyut sakit. Tak pasal-pasal aku stress di tempat kerja tadi. Haishhhh...

Sabar jak... Aku tak salahkan orang lain. Aku salahkan sistem komputer tu saja. Haha... okeh, tanpa membuang masa jugak! Aku kena jawab 5 soalan penting bin ajaib dari bloggers cute kita ni tadi. Daripada 1001 soalan, hanya 5 saja? Takkan Dd tak larat jawab? Hehe... [ambik masa gak tadi aku list balik soalan nih kat kertas sebab pelupa]...

Serius! Aku layan soalan-soalan yang diberikan ni tadi. Walaupun kepala berdenyut sakit sebab tak cukup rehat, aku tetap nak jawab soalan ni hari ni gak. Aku tengok soalan-soalannya amat memberangsangkan dan best-best!!! Korang, lepas baca soalan ni kang, sila-silalah forward kat orang lain pulak. Aku baca jawapan-jawapan dari bloggers ni pun buat aku tersenyum saja :) Layan siot! Haha... okey! Mulakan!

5 Nama Samaran Korang :
  1. DeeDee : Mulanya Kak Yah kesayangan aku salu panggil aku ni 'dik' (adik), makcik-makcik aku pulak salu arr dengar gak kakak aku ni panggil, cuma silapnya, dorang kehilangan 'k' tuu... Dorang panggil, Dee... oww Dee... Semenjak itu arr nama aku sehingga sekarang kalau di Miri hanya certain tempat jeww tau nama aku tuu Dee. Terutamanya sekolah menengah dari form 4-form 5. Hehe... Kira bertuah ah nama kat FB aku guna DeeDee tuu. Kira dah ramai tahu. Even di opis pun aku praktik kan semua memanggilku DeeDee. Aku kan power rangers. Perlukan samaran.
  2. Boy : Nama ni pulak bermula dari jiran sebelah rumah aku. Selalu sangat panggil aku Boy. Di sebabkan apa aku tak praktikkan officially? Sebab, banyak sangat dah orang guna nama nih. Terutamanya budak-budak sekampung selepak aku, kat semenanjung ni teman serumah pun nama Boy, masa aku kejer kat Brunei dulu pun ada nama member Boy. Dengan itu, aku kurangkan pengetahuan orang lain tahu nama samaranku lain adalah Boy! Huhu... Hanya rakan-rakan sekampung dan van sekolah dan jiran sebelah menyebelah rumah jeww tau nama aku nih :).
  3. Ros : Habisla aku kena gelak ni kang kalau orang panggil aku Ros. Haha... Ni mak aku ni haa... kira konon panggil nama terakhir aku tuu Idarus-Rus. Tapi, sebutan mak aku Ros! Haha... Macam nama bunga kan? Nasib baik tau takda orang tahu. Sekarang aku bagitahu jugak. Baik tak aku? ;P Tapi, dalam sejarah hidup aku, hanya mak aku lah yang sampai sekarang pun panggil aku Ros. Aku pun tak kisah, lagipun ikut Bahasa Brunei kami, sebab tuu panggilannya tidak sesama nama asalku. Kira Rus lah sepatutnya dalam bahasa-bahasa nusantara yang lain :).
  4. Yus : Haaa... yang ni pulak, nama samaran aku masa kecik masa tuu jiran belakang rumah aku nih maseh ada. Sekarang ni dorang dah lama pindah tempat lain lah. Tapi, aku tetap ingat nama tuu sampai bila-bila sebab, aku suka. Unik. Tapi, sebenarnya jugak, tak lari dari nama sebenar aku Idarus tuu... Kata akhir nama tuu buat orang kampung panggil aku Yus... huhu... Hanya dorang panggil nama samaranku itu. Tetap aku menoleh gak! :).
  5. Idarus : Baru semalam aku perasan semula, kawan lama ku dari zaman sekolah Form 1- Form 3, tetap maseh lagi memanggil namaku Idarus. Terharu. Tak banyak orang boleh sebut dengan betul nama aku nih. Even cikgu aku sendiri dulu-dulu pun mula-mula panggil, Idrus jerr.. Tertinggal Huruf 'A' aku tuu... Aku boleh kategorikan siapa yang sampai sekarang masih lagi panggil nama asal aku nih, Idarus. Rakan-rakan sekolah dari zaman darjah 1-6 dan rakan-rakan dari Form1-3. Lain-lain semuanya telah ditipu dengan nama samaran kesayangan aku. DeeDee. Tetapi... Aku tetap tak lupakan kedua-duanya yang paling laku, sebab tuu mana-mana profil social link aku, semuanya DeeDeeiDarus ni mesti ada :).
Next questions ~

5 Tarikh Penting :
  1. 15 May : Every year of Almanac. It's my birthday. Kalau lah aku lupa tarikh lahir aku ni jugak, aku pun tak tahu. Hehe...
  2. 12 Januari : Ini tarikh yang bukan aku perlukan reminder handphone or memo supaya aku ingat. Automatik. Hari sejarah Hitamku yang tidak akan ku lupakan. Hampir di setiap sebelum tidurku aku akan teringat tarikh ni sebab tarikh di mana bermulanya aku sakit tenat dan di masukkan ke Hospital Miri akibat penyakit yang sukar di ubati. Apapun, Alhamdulillah, setiap penyakit ada ubatnya. Thank You Allah :) Tarikh ini antara tarikh yang membuatkan aku tabah setiap hari menjalani kehidupan.
  3. 17 0gos : Tarikh di mana bermulanya kehidupan baruku selepas titik sejarah hitam berlaku. Ini adalah tarikh hari ke-3 aku melaporkan diri di Kuala Lumpur dan buat pertama kalinya jugak menjejakkan kaki di tanah Semenanjung Malaysia :) Hari yang benar-benar bermakna buatku mendapat pekerjaan. Sesuatu yang diluar jangkaan ku sendiri juga. Thanks Ya Allah. Kau memberikan sinar padaku.
  4. 27 Mac 2011 : Ni pulak? Haha... Okey, aku kena bagitau jugak last-last bila aku nak balik Miri, Sarawak ni. Aku dah rancang cuti, dah beli tiket kapal terbang, dah bagitau Bos cuma belum bagitau kat parent and kawan-kawan aku lagi. Dalam kiraan jari aku, rasanya baru 5 orang jeww dah tau bila aku nak balik Sarawak nih. Hehe... Anyway... Wait me there! Mirian!
  5. 17 Januari 2011 : A day that My Big Boss panggil masuk opis :) Dia sahkan jawatanku. I'm now officially sah jawatan. Alhamdulillah... Kan kena gak aku bagitau kat sini? Adei~ Memang terkena aku hari ni ngan soalan maut Bloggers ni. Haha... Tak sia-sia perjuangan aku setahun bertungkus-lumus Exam tanpa mengulang, Kursus tamat dengan jayanya, Ujian Menaip dan Esei-esei dan bla-bla yada yada yada ~ Thanks again ya Allah. Syukran.

5 Perkara Yang Di Buat Semalam :
  1. Basuh baju dan kemas pinggan, gelas, mangkuk, tapak, dulang dan seangkatan dengannya. Al-maklum lah orang bujang, bujang lah jugak, memang bersepah macam tong deram. HAhaha... orang nak datang umah baru kemas.
  2. Minum Milo Ais kat kedai Nasi Lemak Murah dekat rumah. Sementara tunggu bas ke LRT Dato' Keramat.
  3. Jemput Wanzy di KL Sentral. Wan baru sampai KL dari Miri :)
  4. Hantar Wanzy dan barang-barang pindahnya ke rumah sewa aku~
  5. Petangnya, selesai angkut barang-barangnya ke rumah, ajak Wanzy gi makan dan lepas makan terus Shopping!!! di SoGo beli comforter dan bantal. SALE!!!
Next!

5 Perkara Buat Anda Gembira :
  1. Coklat!!! dan membuat orang lain rasa gembira sebagaimana aku gembira jugak!
  2. Swimming Pool Awam di Miri!!! Aku suka berenang di sana sehingga kelaparan keluar keletihan dan mencari makanan berat-seberatnya untuk di makan!
  3. Lepak dengan kawan-kawan, sepupu-sepapat sampai lewat malam/pagi bersembang!!! Huhuh...
  4. Hadiah! Apa saja! Asalkan menggembirakan!
  5. Hari Raya!!!! : Sebab, setiap kali raya, biar jauh macamanapun rakan-rakan dan saudara-maraku, tetap kami berjumpa!!! yeeehaaaa~

5 Sebab Jawab Soalan Ini :
  1. Kalau tak jawab, aku orang pertama kena pancung me220784 dalam 5 senarai teratas rakan comel dia!!! :P
  2. Aku tengah stress gila babi ni petang tadi di opis, sebab kena kerahkan buat kerja untuk capai statistik dalam 3 hari ni. So, dalam sakit-sakit denyut kepala aku ni tadi, hilang terus kesakitan memikirkan jawapan sebenar kepada soalan-soalan menarik nih. Hik hik... Best-best-best!!! *thumbs up!*
  3. Ada bagusnya orang nak tahu dari kita syok sendiri bagitau belum orang tanya kan?
  4. Tanda terima kasih saya jugak pada me220784 :)
  5. Sebab saya suka kuiz!!! Terutama lagi tentang diri sendiri yang orang lain tak tau nak jawabkan! Hukhuk~

Yahhh!!! Adakah saya pass the exam???!!!! Haha!!! Saya berjaya menjawab kesemua soalan awak. Balasannya... errr... saya tak forwardkan. Sebab saya rasa, kalau dorang perasan gak, dorang buat sendiri. Saya nak pastikan kuiz awak yang hebat ni terhad di ketahui. Sebab ia menyeronokkan. Nanti dah lepas-lepas saya sendiri muak nak baca entri saya sendiri pulak, baru saya forward kat orang lain. Hahah... Alasan... Tapi, kalau awak tak bagi soalan ni tadi, sampai bila kepala saya tengah berdenyut kesakitan ni agaknya. Huhuhu... perhatian saya awak berjaya alihkan! Thanksssssssssssss 1001XXX a lot! :) Keep in touch ya~ See You All again! Muah!!! Muah Muah Muahahhaaahaah~

Monday, January 17, 2011

Which one of them are you?

Hoho. Semalam, lupa nak cakap. Aku berjaya perbaiki kesilapanku. Huhu... Ingat tak hari tu aku cakap aku ada pinjam buku library tapi belum pulangkan, walaupun tak baca habis? Well, semalam aku dah pulangkan! fiuhhh... Lega~ Denda nya juga terlaksana langsai :)

Hari ni isu apa plak Dee? Erm... peminat kamu! huhuhu... siapa di antara mereka ni peminat kamu ka? Haha... Orait... Bercakap tentang peminat, apa ada?

Hurm, biasanya, peminat yang kalau sangat meminati orang yang diminatinya, apa perkara yang paling basic perlu ada pada dirinya yang sehinggakan orang yang diminatinya tidak tahu dia sedang diminati? [pecah kepala ni nanti memikirkan untuk kamu Dee!!!] Haha... okeh okeh, erm... biar aku lah yang meletakkan diri aku sebagai peminat pulak. Erm, kalau lah aku minat seseorang tuu, tentu jeww aku akan cuba untuk memahami apa kesukaannya terlebih dahulu. Hehehehe... Dah tahu, senang untuk menarik perhatian dan hatinya sekali. Kan? Rasanya, tak jugak kot? Hurmmm... Kalau tak macam tu macamana lagi eerkk? Hehe... Sebaik-baiknya kalau aku kan, erm, cukup aku tahu saja apa kesukaannya. Tapi, tak bermakna aku perlu buat apa kesukaannya. Why is that? Hehe... setiap manusia ni ada saja lain permintaannya. Dan ada juga yang sukakan kelainan. Bila yang jarang-jarang di temui itulah yang ingin dimiliki. Hehe...

Maksudmu Dee? Maksudku, kita buat sesuatu yang luar biasa. Tapi, tak perlu memudaratkan diri sendiri atau membebankan diri sendiri. Buat tu biar sampai orang yang kita minati tu pulak macam nak tahu apa kita buat. Hehe... Rasanya anda pernah try ker?

Well, me, done it all the time. Lihat target dulu... Huhuh... Tapi ingat! bukan untuk mempermainkan perasaan orang yang kita minati tu sudah!... Jangan demand lebih plak eh. Or mengharapkan lebih dari yang dijangkakan. Kalau buat gak, mau tak maunyer ekau kecewa haa!!!... Wait a minute! Dee!??? Ko ni crita apa ke benda ni? Aku tak paham! Hehe... Tiada tiada tiada~ Saja ba mau keluar isu ni bila tetiba saja ada peminat aku ni hadiahkan sesuatu yang aku boleh katakan di luar jangkaan ku :) Hehe... Siapa? Let see ya...

Ingat tak semalam? Aku lambat-lambat bukak bungkusan yang ada admirer aku tu hantar? Siapa ya admirer ni? Hurrrmmmm, siapa ya? Siapa tuuu? Siapa jugak kannnn?

Kenapa aku panggilnya peminat aku pulak? Hehe... Okay, kita buka kotak bungkusan tuu dan teroka apa ada? Mula-mula aku dapat bungkusan ni saja, aku sudah cukup gembira! Sebab, dapat bungkusan. Lepas tuu, aku tak menduga pulak bungkusan tu sebesar ini. Bila dibuka baru selapis jer pembalut bungkusan tuu pun! Aku dah cukup gembira! Haha... Cukup aku gembira kejap tuu, boleh pulak kan aku tak teruskan bukak. Kegembiraan tuu cukup buat aku tidur lena. Aku jenis menghargai. Hehe... sebab tuu aku teliti. Tambahan lah lagi, cutenya! kotak bungkusan tuu... Ada love-love gitu! Terutamanya lah Big LOVE tuu... apa tandanya tuu? Apa maksudnya tuu? Hurmmm... [pura-pura panda dalam perahu, kan?] Siapa ya si Peminatku ni? Hurrmmmm... balik-balik ni tertanya-tanya... Tahu pulak tuu kan alamat rumah di KL siap nama penuhku kat bungkusan... Hrrmmmm.... siapa ya? Kalau lah dia tengah baca jugak blog aku sekarang ni, adakah aku mampu buatnya tersenyum ya? Hurmmmmm... Cukupla aku senyum sorang saja kan... kalau dia tak senyum gak, aku masuk dalam kotak ni saja. Malu ah ke ding dong~ [ada muat ka?] Heheh... :P Just Kidding

First bukak jeww kotak Cute LOVE tuu, brrrrr... avaranzai konichiwa terperanzat! Haha... takda la... kagum saja. Tengok macam full house saja. Penuh dengan macam-macam :) Maksud? Okay, menurut kajianku ini sebagai Doktor DeeDee Hotak Hang, aku mendapati, peminat ini, sudah mempunyai perasaan yang bermacam-macam jugak seperti barang-barang di dalam kotak ni. Terutama lah perasaan SUKA tuu. Hurmmmm, adakah ini serius doktor?

Boleh serius ni jika dibiarkan berlanjutan. Ada ubatnya! Tapi, memandangkan belum serius, ubatnya saya simpan. Tidak boleh dikeluarkan semberono. Huhu... Apa ada di lirikan pertama matamu DeeDee? Hurm, aku terkezut macam ada pakaian di dalam kotak tuu, adakah ini G-String? Bikini? oh tidak!!!!! Haha... Acah saja... Rupa-rupanya Shemagh!!! Wowwwww!!!! I like Shemagh!!! Owwww yeahhh!!! Nampak sangat ni peminat dari Blog aku. Aritu aku ada letakkan episod Shemagh dalam blog aku kan? hehe... pandai anda ambil hati saya kan? Siapa ya ni? Hurmmm, mesti ada cucur ni disebalik udang :P Hehhehe... First komen, saya suka ya... Tak ada nya masa aku nak tukar pakaian lain dah tadi pulang dari kerja. Tau-tau saja pulang kerja tadi aku sampai masuk bilik, tertengok kotak Cute LOVE ni belum di bukak, aku macam curious saja apa ada dalamnya. Hehe.. Dapat jeww Shemagh ni, terus apply ke body. Haha... Siap bergambar siot nii... untuk tatapan si peminat yang telah menghantar ni dan sebagai tanda penghargaan kan? Hehe... Harus maa... Siapa tu?

Terima kasih ya to da fans tuu... beberapa minit la jugak aku nak menanggalkan semula ni Shemagh. Suka ni. Suka... Thanks ya... Anda yang baik hati. Walaupun saya tak mintak, tapi, takkan saya tak terima pulak? Baeeekkk punyaaa... Ehehehhh... Ini kira Shemagh kedua aku ah :) My First Shemagh of course la from My Dad last 10 years. Hehe... Aku masih menjaganya dengan baik :) Ini, lagi lah... Akan ku manfaatkan sebaiknya... Huhuh... tambahan lagi kan lately ni hari sejukkan. Amat sesuai pakai ni :)

Ada lagi tadi adegan-adegan aku dengan Shemagh ni, tak nak aku buat show sini, suprise lain hari eekk... Hehe... Macam-macam tau boleh buat dengan Shemagh ni. Demi keamanan jugak :) Peace!!! Ok ka dengan aku ni di pakai. Kalau ko cakap x okay siap! Aku telan nanti! Hahaha... Okeh, belum sampai sini lagi kejutan dalam kotak tuu... Nasib baik kan aku takda kejutan pengsan. Fiuh, kalau pengsan, sampai bila aku tak dapat bukak kotak tuu dan keluarkan barangnya. Haha... Sengal... Next? Aku jumpa apa dalam tuu? Sesuatu yang orang lain perlu ada iaitu sifat makan, aku jumpa makanan! dalam tuu!!! Wuhuuuu... Makanan makanan makanan... Yeay!!! Apa jenis makanan Dee? Let see~

Biskut!!! yeayyyy!!! Disebabkan diselotep dengan penoh rapinya, dan cukup menggembirakan, aku tak bukak-bukak lagi pun botol biskut ni sebab cantik jeww biskut tuu penuh. Tak tau bila nak makan. Haha... Ngek betol... orang makan jer lah kalau nak. Tapi, itulah, sebenarnya, ada sesuatu si peminat ni pasti tak menduga apa yang bakal ku rasa. Peminat ni nak tau gak ker? Heheheh....

First tengok jeww, kembali kenangan. Nostalgia aku masa lampau. Aku tahu biskut dalam tuu bukan yang si peminat aku ni buat, tapi, aku kenal sangat biskut lama ni. Dari tahun dulu-dulu dah wujud biskut ni. Aku teringat semula nostalgia aku masa kecik-kecik dulu di Pulau Melayu, Miri. Zaman arwah nek laki aku masih hidup. Hehe... Dan aku kenal sangat-sangat bekas sebenar biskut-biskut dalam balang ni. Balang ni bukan balang sebenar biskut ni kan? Balang sebenarnya adalah bekas tin besi yang berwarna biru yang mahal tuu. Wahhh... Teringat zaman dulu-dulu aku... Bekas tin tuu pulak kalau biskut-biskut di dalamnya dah habis, mak cik-mak cik aku suka buat apa tau dengan tin tuu? Dorang tak buang bekas tin tuu, dorang cuci bersih-bersih dan lap, kemudian jadikan tempat letak jarum, benang, gunting, butang-butang, pendek cerita tempat benda-benda berkaitan jahitan lah! Heheh... terkenang aku nostalgia lama. Pasti si Peminat tak menduga kan? :) Thanks. I really appreciate it! Sayang kamu ya peminat-peminatku :)

Eh? Ini lah tin biskut tuu??? Kenapa isi nya di luar? Balang lain? Apa pulak dalam balang ni? Uh??? Hehehe... Ya! Memang inilah bekas tin yang aku baru katakan tadi, pasti ada di antara kalian semua kenal kan? Biskut tin biru yang keras sikit bekasnya ni. Cantik. I like.

Berbalik kepada soalan tadi, apa ada dalam tin sebenar ni pulak Dee? Hehehe... Itu, hanya aku saja yang tahu kerana aku telahpun membukanya tadi walaupun telah di selotep rapat bagi mengelakkan penutup tin terbuka sendiri dan longgar ketika di dalam bungkusan di hantar kan? Hehe... Well, aku speechless apa ada di dalamnya. Someone just beat me in full of suprises! Hehe... Aku amat puas hati. Condition didalam tin biru ni sangat okay! Ada sesuatu yang fragile didalamnya, tapi dengan iringan kasih sayang dalam bungkusan, well done! Tidak pecah. Huhu... Siapa jugak peminat ni? Bagi nombo telefon please!!! In my inbox ya~ :P Hehe... Dan, last but not least! is sesuatu yang sepatutnya ada jugak di setiap pemberian tuu... apa lagi Dee??? Apa dia??? huhuhuhu... Pengenalan diri si peminat dan jugak ditujukan kepada siapa semua ini. Ternyata terjawab untuk siapa kalau sudah memangnya untuk aku. Aku jumpa surat. Surat?

Surat ni pengganti peminat untuk tidak dapat ketemu nyata, tapi, maklumat di dalamnya sudah cukup untuk menyampaikan rasa hasrat di hati. Anda telah berjaya buat saya gembira untuk jangka masa panjang ni!!! Hehe... Pandainya awak! Huhuhu... Saya pun hampir terlupa pasal posting Shemagh jugak sebelum ni yang saya postingkan. Di mana lah awak dapatkan Shemagh untuk saya tuu?

Bila melihatkan tempat asal ia di buat pada label tuu, jauh tuu... Woww.. dan warna biru lagi tuu Shemagh tuu. I like it! Surat ni pulak bersama-sama dengan barang-barang yang lain di dalam kotak tu, ku simpan semula dalam kotak Cute LOVE tuu. Hehe... Ecok nak bukak lagi happykan diri. Haha... Sampai bila Dee? Errr... sampai aku nak lah! :P Amboi, sakan aku kan melayan semua menan dalam kotak tuu siap posing maut. Ada lagi sebenarnya benda-benda dalam kotak tuu iaitu, newspaper dan kertas-kertas ujian darjah 6 kot? Macam tulisan artikel pelajar jurusan Oxford saja. Siap ada matematik. Wahhh, ni peminat aku ni berpelajaran tinggi jugak ni... Mesti Professor kot? Haha... Dari Emiriah Arab kot? Atau dari Korea kan? Hurmmmmm... Biarlah menjadi tanda tanya sampai bila-bila untuk edisi blog kali ni. Hehe... Tetap ku gembira bah! :)

Sebelum mengakhiri blog episode hari ni, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak dan ampuni aku jika ada terkhilaf kata dan salah laku. Ya. Kepada yang telah meminati dan menyukai blog saya juga ya~

Beta amat menghargai kesudian kalian memberi laluan kepada masa masing-masing untuk sudi membaca dan memahami cerita saya. Hehe... Kekadang tuu mesti ada tak faham bahasa. Hehe... Mix Language Rojak Maa... okeh! Ok daaa... Jangan serik tau!!! Haha... Biar pun macam kesusahan jeww nak mendapatkan bungkusan peminat ni agar hasratnya tercapai kepadaku, itu semua bukan alasan untuk katakan Tidak! Itu semua sokongan kalian tau! Takkan aku nak menolak :) Asalkan waras dan baik diterima akal dan minda, memadai :) Hand Shack and Kisses :) Muahhh :*


Sunday, January 16, 2011

No more Sorry Note...

Sunday. Anda di mana ni Dee? Apa anda buat? Kekadang, engkau datang bila kawanmu memerlukan mu tak minta di balas. Macam tahu-tahu saja. Tapi, ko sendiri pun tak tahu kan? Hehehe...

Ya!!! Hari ni aku bekerja! Dengan uniform ku yang semat! Ala-ala pramugara, pegawai Telekom! Pegawai JPJ! dan seangkatan dengan badan-badan pakaian uniform semat sedunia! Boleh suddddaaaa tu di bawa berkawat! :) Bulan ni giliran aku bekerja hari Ahad :) Selesai saja aku duty tadi, terus aku ke KLCC paksa si John temankan sekali. Haha. John apa lagi, ya beda bedu saja. On saja tuu kalau di bawa jalan! Aku ajaknya sama tengok Wayang! Huhu... bukan buat wayang arr! itu lain!... Itu Kenja namanya. Hehe... Hari ni aku dan John tonton wayang lakonan The Rock, 'Faster'. So, kepada sesiapa yang bercadang dah muak tengok Narnian ka, Gullivers ka, Hantu-hantu ka, Yahudi punya cerita ka, Tron ka, so, aku cadang, harus tonton cerita Faster ni! Layanzaaa... Aku suka. Mulanya bukan aku minat pelakonnya si The Rock atau dikenali sebagai Andy(nama sebenar).

Setelah ku bukakan hatiku sedikit demi sedikit dan melupakan keegoan si The Rock sebelum-sebelum ini dalam WWF/WWE, baru lah aku boleh katakan, cerita tuu harus di tonton! Best!!! Laki perempuan semua jemput tengok ya :) Aku kan kaki wayang ~

Semalam pula, engkau ke mana Dee? Cari-cari kau sejemput pun tak keluar. Hehe...

Semalam, aku bertiga! Aku, Marshill dan John. Dating! Pada 13hb Januari 2010, jatuh lah sudah hari lahir Marshill yang ke sama umur dengan aku~ Huhu... Jadi, memang agak lewat kalau nak cakap semalam baru nak celebrate. Hehe... Tapi, tak terlewat sekalipun untuk kawan-kawan terchenta macam kami kan Shill!? Hehe... Cuma, kasian sama itu Shill semalam. Di sebabkan abangnya perlu hantar televisyen (skema) ke Shah Alam, dia kena ikut. Kononnya aku ni menyedapkan hati Shill gak supaya kalau-kalau dia pergi tu pun, aku cakap lambat pun tak apa. Padahal, bukannya aku tak pernah pergi Shah Alam pun, jauh tuu jugak kalau guna kenderaan darat tambahan lagi Traffic Jam! Jadi, sepanjang aku dah sampai di Time Square tuu, aku tunggu John saja lah.

John pulak, macam lah aku tak tau, memang aku tau kalau ku suroh pukol 2 datang, tetapnya datang pukol 3 atau 4 bah! hehe... marah pun x guna... tunggu ko John beli Ferrari kan? Tiada alasan. Hoho... jadi, sepanjang menunggu tuu, aku dengan kebujangan biasa, ridin' solo lah jalan-jalan di Time Sq tuu... Gila kamu, aku mana larat jalan sampai habis tuu, terlalu luas dan memeningkan serta terlalu banyak pilihan tambahan lah lagi kedainya tembus sana, tembus sini~ Ada-ada saja lah barang barunya! Rambang mataku lihat. Terguris jantung rasa mo beli semua. Haha...

So, anda pergi mana saja lah DeeDee?

Aku ni full of suprise. Hehe... So, tanpa aku beritahu John dan Shill, aku ke kedai gift S&J lah yang terkenal dengan sikapku tuu, ada saja barang cute dan pelik-pelik. Instead of kedai cake, aku prefer lagi pergi ke kedai hadiah tuu. I feel so comfortable berada di sana mencuci mata dan melihat-lihat kekreatifan hadiah yang tercipta~ Siapa bilang aku tak beli? Kalau sudahku masuk tuu, haishhh, pantang keluar tangan kosong. Tambahan lagi mendengar orang-orang yang di sayangi sekitarku hari lahir ka :) Dapat kerja ka :) Kawen ka :) Tapi, terkadang, rasa sayangku itu tak semestinya aku tunjukkan dengan hadiah :) ada lagi? ya, ada lagi kejutanku :) Selamat berkenalan denganku :) Jangan kalian ada heart attack sudaa~
Alamak! Terlebey suddaaa~

Apa agaknya ya Hadiah Shill? Haha... Ok, kepadanya mungkin kejutan, kepada Bloggers, tidak. Ini aku share :) Nampak ni patung kiut ni? Aku hadiahkan pada Shill salah satu daripadanya :) I like it. When you touch this Doll, ia terasa begitu soft. Hehe...

Until lah si John datang, even John pun tak tau aku belikan hadiah apa pada Shill. Sebab, setibanya John di Time Square, aku minta tolongnya sembunyikan hadiah tuu dalam beg John siap dah pack ngan sampul beg kertas yang comel :)

Tapi, lama juga tunggu Shill, aku ajak John makan!!! Hoho... aku ajak John Western Food at the Top of My List. Then, aku rasa, baik tak perlu. Ajak John rasa KFC plak lah. (Kat Food Court) hahah... Kat Food Court Time Square ada makan-makan nasik! Baik makan nasik campur situ. Bila bawak John, makan dan sembang-sembang. Sok Sek Pok Pek Pok Pek, tau-tau dah pukul 4pm. Ada jugak terima khabaran Marshill x bisa datang. Sedih dia. Namun, aku pun, memujuknya supaya jangan sedih :) Kita boleyy ba tonton wayang lain kali dan jalan sama. Lagipun aku juga faham betapa perlunya televisyennya yang rosak itu dihantar pada sabtu itu kerna Warrantynya tinggal satu hari tuu saja~ Itu lagi penting. Kan? Well, Plan A tak menjadik, tetap aku dan John ada Plan B bah! Pergi mana Dee? Simple Plan! John teringat! Aku ada bungkusan ajaib yang perluku kutip sebelum tarikh tutup 20hb. Tambahan lah lagi dou, hari Thaipusam ni bakal menjelang tiba, aku belum lagi sempat ni beli kalung bunga :P Haha... Acah saja ya :P Baiklah, bersempena lah jugak kan sambutan Hari Thaipusam ni, aku nak ucapkan lah, Selamat Hari Thaipusam kat 3 orang kawan aku di tempat kerja yang berbangsa India dan rakan-rakan India ku lain di luar bahagian kerjaku dan jugak ane-ane, matcha-matcha, mamak-mamak dan rakan-rakan bloggers India yang lain, Happy Thaipussam okay. Dengar cerita, selasa ni dah tutup jalan kan Batu Caves? Ada jualan dan pesta-pesta. Sayang camera aku belum beli lagi kan bulan ni, tahun depan ya, aku akan pastikan setiap perayaan yang di sambut di Semenanjung dan Sarawak, aku try kumpul :) InsyaAllah.

Oh ya, sebut pasal Plan B tadi, aku dan John venture saja naik semberono bas ke Batu Caves semata-mata nak collect bungkusan ajaib aku yang sepatutnya sampai ke rumah ku, tapi, disebabkan tiada orang di rumah nak collect, dorang main letak Jer kat Pejabat PosLaju Batu Caves! Punya la jau-jauu~ Biasanya dorang letak kat PejPos Melawati jewww, maseh boleh claim sendiri lagi.

Bagaimanapun, aku dan John tetap berjaya mendapatkan! Itupun sejam masa terakhir collection time PosLaju nak tutup. Poslaju tutup pukul 8pm. Sampai melecet kaki aku pakai kasut baru aku tuu. Haissshhh... Sabar saja lah dengan PosLaju nih. Sampai hati. Ada hati ka PosLaju?

Aku dan John dari Leboh Ampang, naik lah bas ke Batu Caves number Metro 11. Sesampainya kitorang di Batu Caves pun tak jugak kitorang John ni turun gara-gara tak nampak dengan mata kasar pun alamat PosLaju tuu. John berkeras, turun dari bas bersama aku dan tanya orang kampung di sekitar kawasan Selayang. Punya la jau kami dua terlajak petang tuu. Orang kampung kata, kitorang ni dah terlajak. Sebelum sampai kampung dorang tadi dah kena turun. Jadi, aku dan John redha saja :) Pergi pulak ke stesen bas seberang jalan nak patah balik ke tempat yang dikatakan. Sebelum patah balik tuu, lirikan mata ni terpandang akan gerai Cik Kiah (bukan nama sebenar) jual kuih tepi jalan. Dengan penoh lenggang ulik mayangnya aku dan John melambat-lambatkan gerak tari pergi ke seberang dan berjalan ketam ke sisi gerai mak cik yang tengah nak ranap di serang orang membeli kuih-muihnya yang beraneka pilihan tuu. Katakan saja lah ko dan John Lapar Dee! Tak payah kau nak berMentafora sana! Haha... Ya! Aku akui. Aku kelaparan. Padahal di Time Square baru lepas makan di Food Court. Kan? Nampak sangat banyak tenagaku gunakan. Haus pun satu hal. Aku dan John masing-masing beli karipap inti kentang dan Pau Dorayaki. Eh! Pau Doraemon lah! No, no, no no... Orang Semenanjung sini panggil, Pau Sambal. Faveret aku tuu dou!!!

Makanlah kami ni tadi dengan penuh simpatinya di stesen bas sambil menunggu bas. Seronoknya aku makan kuih tuu sambil kaki ku terhayun-hayun duduk di stesen bas dengan riangnya menunggu bas seterusnya datang. Aku sangat gembira ketika itu. Penat dan lelahku hilang dek kesedapan Inti karipap rangup dan Pau sambal kakak tuu. Sedappp!!! Best jugak tau stesen bas dia, kerusi tu tinggi sangat. Aku suka. Terasa aku ni kecil semula macam mula-mula mak aku bawa pegi stesen bas dulu. Bezanya kali ni, bapak aku ni bawak, si John. Haha...

Tiba-tiba, datang bas! Aku acah John. "Entah-entah, ni bas kita yang bawak kita sesat tadi kan John?"... Haha... Ternyata mulutku masin. Aaaarr... memang pun bas tadi patah balik. Konduktor bas tu gelakkan kami dua John dan interview sikit. Dia sendiri termasuk kebanyakan penumpang dan pemandu dalam bas tu sendiri pun masing-masing tak tau. Macamana mau tolong ni? Hari dah nak Maghrib.

John dan aku akhirnya, setuju. Patah balik dan sesampainya semula ke Batu Caves Kuil-kuil tu, kami turun. Dan menyeberang mencari sampai dapat bangunan-bangunan di sekitar! Pada pukul 6:45pm tuu, hujan jatuh dan berjaya membasahi kuyup aku dan John sedikit demi sedikit. Setelah satu kali pusingan bangunan Dolomite Business Park yang kami berjaya jumpa siap mulut meyumpah terperanjat anjing di kaki kami dua John keluar mengejut dari bawah kereta besar lagi tuu, tak jugak jumpa Pej. PosLaju. Last-last aku pegi tanya kat tauke mamak berdekatan, dia terangkan map. "Lepas saja 4 bangunan ni,Encik belok kiri, jumpa Pos Laju"... Thanks :) Itulah al-kisahnya nak collect tuu. Balik dari PosLaju tuu pulak, aku ngan John, sambung lagi jalan kaki. Terserempak kawasan perkuburan Islam ni. Kus semangat. Terperanzat aku Maghrib ni jumpa. Dei~ tetapku candid Kubur tuu~

Teruskan berjalan kaki dari Kubur, sampai jugak ke stesen bas yang kami dua cari. Kepenatan aku tuu berbaloi sebab kotak bungkusan yang dihantar kat aku ni besar jugak. Besar jugaklah maknanya. Haha... Haiyo~ John! ambil gambarku!!! Mana kita ni John???!!! Terpaksa patah balik semula ke KL. Supaya aku dapat semula bas aku nak patah balik ke rumah pulak. Fiuh~ Letih wei yang teramat sangat semalam, pulang-pulang jeww aku ke rumah, settle semua, mandi dan terus terlentang tidur di tilam bilik tak bangun-bangun wei sampai pagi ni bangun terus pergi kerja. Haha... Wahhhh, bukan main sebenarnya aku mau bangun semula pukul 10pm mau masukkan kisah ni ke dalam blog, tapi, bangun sekejap pukul 10pm tu, sambung balik. Tapi set alarm pukul 11pm. Lepas 11pm jewww alarm tu bunyik, tetap aku malas nak layan. Di adjust aku terus bangun pagi nak kerja saja... Tak cukup cas. Hehe...

Sebenarnya malam semalam tuu, aku masih lagi berkeras nak ajak John tengok wayang lepas ambil bungkusan ni. Konon, dah sampai Sogo semalam terus nak lajak ke TGV Capsquare. John akhirnya bertukar fikiran demi kepentingan kesihatan dan kepenatan aku, dia larang. Aku pun setuju saja jika dipikirkan hari ni kan aku nak kerja?...

Pagi ni, aku ceria :) Memang cukup cas lah wei!!! Memang lah sangat2!!! Time tengah duty, bila lunch tengahari tadi, gelojohnya aku rebut peluang rehat tuu buat 3 perkara serentak! Haha, aku cuma ada masa 1 jam jak free eh! Aku makan, laptop online, dan bergayut sekejap di telefon ajak John tengok wayang pulang kerja sebabkan semalam tak sompat! Hehe... Well, Yup!!! Berjaya gak melepas gian hari ni! Boleh sudahku tidur lena. Malam ni tadi, aku baru bukak selapis dari bungkusan yang aku terima tuu. Wahhhh, kotaknya saja full of Love-Love gitu~ Apa ada dalamnya ya? Apa kata hati? Mau bukak tak malam ni? Ermmmm... ecok lagi lah aku sambung bukak ya. Hehe... benda baik kena cermat-cermat :) Hehe... Besar ni~

Okaylah sayang semua, aku rasa, minggu ni minggu holiday kan? sebab, Khamis Thaipusam. Khamis ni jugak PH. Khamis ni jugak aku kena jemput Wanzy dari KLIA. So, jumaat pulak Dee? Jumaat memang hari bekerja tapi aku claim off! Hari ni hari Ahad kan aku kerja, boleh claim off 1 hari. Sepatutnya esok boleh off, tapi aku mintak izin kat Bos tangguh ke Jumaat. Kan chantekk? Khamis hingga Ahad tak kerja? 4 hari rileks! Okay!!! Huhu... Bajet pun dah tak cukup gak gaji lambat ni. Tau Tak Per :) Okaylah, Selamat Hari Thaipussam, Happy Holiday and Have Fun Enjoy!!! GTG... See Ya again~

Wassalam~

Followers