I Like it!!!

Sunday, December 30, 2012

2012 Bakal Berakhir 2013 Mulai Menjelang!


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca blogku. Mencuri sedikit ruang dan waktu untuk menaip berkenaan pertukaran tahun 2012 ke 2013. Apa yang berlaku terhadap saya sepanjang tahun ni?

Urm, yang paling ketara pertambahan berat badan dan sepanjang 3 tahun telah berada di Kuala Lumpur, Alhamdulillah, dapat membiasakan diri dengan keadaan persekitaran dan tibalah masanya 2013 ini untuk saya memulakan langkah baru yang bakal saya blog semasa demi semasa. InshaAllah.

Perancangan saya 2013 ada dalam benak fikiran saya dan ada juga saya catatkan pada tempat lain samada platform digital or manual. Yang saya pasti, ada dua perkara UTAMA & PENTING. InshaAllah akan diberitahu kemudian ;)

Salah satu artikel yang saya baca beberapa hari lepas telah menarik saya untuk berkongsi membaca bersama kalian semua terutama bab pemakanan yang kini, saya juga semakin lama telah melanggar peraturan-peraturan pemakanan yang kesannya memang cepat bertindak terhadap saya terutama kesan sakit & demam.

Amalan pemakanan Rasulullah cegah obesiti

Madu telah lama tercatat di dalam Al-Quran
Kajian terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010 mendapati 60 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 dikategorikan sebagai berat berlebihan.

Keseluruhannya, Malaysia kini menduduki tangga keenam di Asia dengan kadar obesiti tertinggi di kalangan dewasa.

Menurut laporan Malaysian National Health and Morbidity Survey pada 2006, sebanyak 43 peratus dewasa dan 38 peratus kanak-kanak di Malaysia adalah penghidap obesiti.

Kajian bertajuk 'Penularan obesiti dalam kalangan kanak-kanak' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008 menunjukkan peningkatan mendadak dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun ke atas sebanyak 30 peratus.

Ada juga usaha kerajaan bersama pihak media elektronik dan cetak dalam mengehadkan pengiklanan makanan dan minuman ringan kepada kanak-kanak sebagai menggalakkan tabiat pemakanan sihat terutama kepada kanak-kanak.

Tidak makan secara berlebihan
Mencegah obesiti bermula dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang betul. Cara pemakanan digalakkan Islam adalah tidak makan secara berlebihan.

Allah SWT berfirman: "Dan makanlah dan minumlah, jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan." (Surah al-A'raaf, ayat 31)

Saidina Umar pernah berkata: "Jauhi makan berlebihan. Sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, menyebabkan malas solat, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk."

Islam juga menyarankan makan secara perlahan atau tidak gelojoh kerana ia memberi kesan positif terhadap sistem penghadaman dan mampu menurunkan berat badan. Oleh itu, seseorang yang makan terlalu cepat, berkemungkinan besar akan makan secara berlebihan.

Cara pemakanan yang diamalkan Rasulullah SAW ialah tidak meminum susu ketika makan daging, tidak makan daging bersama ikan, tidak minum susu dengan ikan atau ayam, tidak makan ikan bersama telur dan daun salad selain melarang meminum susu bersama cuka.

Gemar makan berlawanan
Jika dilihat hari ini, masyarakat kita lebih gemar memakan makanan yang berlawanan dengan amalan Rasulullah SAW seperti koktel yang mencampurkan buah-buahan dengan susu. Masyarakat seharusnya mengubah tabiat ini yang boleh menjejaskan kesihatan.

Rasulullah SAW menasihati umatnya tidak memakan buah-buahan selepas makan nasi sebaliknya makanlah buah-buahan sebelum makan nasi.

Dari sudut saintifiknya, buah adalah sejenis makanan mudah cerna dan membantu penghadaman makanan berat lain. Jika kita terus makan buah selepas makan nasi ataupun memakannya bersama makanan lain, buah akan terperangkap dalam perut.

Hal ini akan mengakibatkan proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Apabila penghasilan tenaga tidak mendapat oksigen secukupnya, ia akan menghasilkan asid laktik dan menyebabkan perut sakit serta mengakibatkan otot perut menjadi lemah.

Di samping itu, Islam turut memberi cadangan pemakanan yang baik untuk kesihatan seperti kurma dan madu. Madu mempunyai khasiat setanding kurma. Kita juga disarankan supaya meminumnya pada setiap hari seperti yang diamalkan Rasulullah SAW.

Hadis riwayat daripada Aisyah, "Rasulullah SAW sangat menyukai makanan yang manis-manis dan madu." (Sahih Bukhari)

Nabi Muhammad SAW mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik iaitu mengambil pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu hendaklah dicampurkan dengan air sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan tubuh badan.

Antara lain, madu juga mempunyai khasiat yang mampu melegakan banyak penyakit seperti menghilangkan batuk dan mencairkan kahak, disamping dapat mencergaskan otak dan menguatkan daya ingatan.

Apabila kita mengubah tabiat pemakanan kita seperti yang disarankan oleh Islam, masalah obesiti dapat dicegah, manakala penjagaan kesihatan juga turut terjamin. InshaAllah.

Setelah membaca artikel ni, teringat yang lately asyik melanggar peraturan makanan sunnah. Mula-mula tu memang saya akan kata, takper, sekali sekala, tapi bila diperhatikan semula, saya rasa, kadang-kadang tu dah macam selalu-selalu.

So, semoga 2013 ni, saya akan lebih berhati-hati dalam penjagaan makanan dan tubuh badan saya sendiri. Kepada pembaca-pembaca blogku sekalian, jaga kesihatan selalu dan jangan membazir ;)

FYI: Regarding on makan-makan ni, jemput semua yang berada di sekitar Kuala Lumpur pada 31 Disember 2012 ni ke Dataran Merdeka untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baru dan Krismas anjuran KPKK dari mula matahari menyerah diri hingga menenggelamkan dirinya. Saya bertugas di kesemua 40 gerai makanan percuma di Dataran Merdeka dari pagi sehinggalah 12am (1 Januari 2013). Pelbagai juadah free, so silakan memakan percuma sebagai penutup 2012 ;)

LOVE, HUGH & KISSES

DeeDeeiDarus








Followers