I Like it!!!

Sunday, October 28, 2012

Jaga Pakaian dan Penampilan Diri


Memilih pakaian di kedai lebih mudah daripada menjaganya. Begitulah yang sesuai digambarkan dalam soal menguruskan pakaian. Sebagai lelaki, soal menjaga pakaian kadangkala tidak begitu dititikberatkan.

Namun satu perkara yang harus disedari oleh golongan lelaki, pakaian mencerminkan keperibadian. Cantik pakaian, cantik jualah pandangan. Untuk itu, cuba beberapa tip asas menjaga pakaian yang sesuai diamalkan agar anda berpenampilan kemas dan menarik. 


REHATKAN PAKAIAN

  • Seperti anda, pakaian juga memerlukan rehat. Jadi, pastikan anda berganti pakaian yang anda pakai setiap hari. Pakaian jenis suit misalnya, memerlukan sekurang-kurangnya sehari untuk direhatkan sebelum digunakan semula keesokannya. 



MENYIDAI BAJU

  • Lelaki kadangkala agak malas untuk menyidai atau menyangkut baju di tempat yang sepatutnya selepas digunakan. Jangan biarkan pakaian anda terperap tanpa disidai atau dilipat untuk mengelakkan ia berkedut.
  • Membiarkan pakaian tanpa disidai atau dilipat kelak akan menimbulkan kecacatan pada pakaian anda. Pakaian yang dibiarkan terlalu lama akan mudah ditumbuhi kulat serta merosakkan tekstur fabrik. Akhirnya, ia akan meninggalkan kerosakan kekal pada pakaian anda.



MENJEMUR PAKAIAN
  • Jemurlah pakaian anda di tempat yang terbuka atau di mana udara mudah bergerak. Ia memastikan agar pakaian anda dapat bernafas serta mengelakkan fabrik menjadi berbau hapak. Selain itu, cuba elakkan daripada menjemur di dalam bilik atau rumah yang tertutup. Jika menjemur di dalam rumah, pastikan tingkap dan pintu dibuka agar udara bebas bergerak. 


MENCUCI PAKAIAN
  • Selepas mengeringkan pakaian di dalam mesin cuci, terus keluarkan baju tersebut dan jemur di bawah cahaya matahari. Jangan biarkan pakaian terperap terlalu lama di dalam mesin pengering kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyumbang kepada penghasilan bau hapak pada pakaian. Ini selalu dilakukan oleh kaum lelaki. Baju mereka berbau bukan kerana tidak dibasuh atau badan berbau tetapi kerana baju yang telah lama terperap. 



MENGGOSOK PAKAIAN
  • Jangan memakai pakaian yang diambil dari mesin pengering secara terus tanpa menjemurnya terlebih dahulu. Seelok-eloknya, jemur seketika atau gosok pakaian agar ia benar-benar kering. Selain itu, ketika menggosok baju, cuba letakkan sehelai kain antara seterika dan pakaian anda. Ini bertujuan untuk menjaga warna serta kualiti pakaian agar tidak rosak akibat kesan haba melampau.



CUCIAN KERING
  • Jika anda membawa pakaian ke pusat dobi, pastikan anda mengenal pasti terlebih dahulu apakah produk cucian yang digunakan. Ia memastikan agar pakaian anda tidak akan rosak akibat penggunaan produk cucian yang tidak bersesuaian dengan fabrik anda. Selain itu, pastikan juga bahan pencuci tekstil yang digunakan itu adalah berasaskan cecair parafin yang mesra alam ♥









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Followers