I Like it!!!

Wednesday, August 3, 2011

۞ Salam Ramadhan Pembaca Kisah Hidupku DeeDeeiDarus ۞


Assalammualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua yang sedang membaca blogku :) DeeDeeiDarus hari ni belum agak terlewat ya kalau setakat telah 3 hari Ramadhan berlalu? Namun ada kisah di sebalik kisah. Pasti ada. Berpuasa di Kuala Lumpur pada tahun ini adalah kali yang ke-3 bagi DeeDee. Mula-mula lapor diri dahulu adalah pada tahun 2009. Setiap kali Ramadhan yang di lalui memang berbeza. Apa bezanya Ramadhan pada tahun ini buat DeeDee?

Sebelum menceritakan lebih lanjut tentang Ramadhan, DeeDee nak ucapkan terima kasih kat adik-adik kesayangan DeeDee dari Penang dan Sarawak. UoL memang menceriakan hari Abang DeeDee. I'm Happy! Saat ini akan menjadi salah satu kenangan yang terindah buat Abang DeeDee. Terbaru, kalian semua bawa abang ke ICT, di Shah Alam kan? Sebuah tempat yang penuh dengan lampu-lampu pokok dan juga berbentuk haiwan serta unik dengan kepelbagaian warnanya. Amat sesuai bagi abang yang sangat sukakan warna. Sangat-sangat mengujakan. Weeee~ UoL the Best! Selama ni abang cuma lalu jer tempat-tempat tu, tak pernah pun masuk lagi sebab belum ketemu siapa yang bakal membawa abang ke tempat-tempat menarik seperti kat situ. Ini semua bisa jadi pengobat kerinduan abang pada kalian. Thanks ya Allah. Alhamdulillah. I miss them very mucho gracias. I appreciate it.

Berkenaan puasa di bulan Ramadhan pada tahun ni, today adalah hari ke-3 kan, namun aku telah pecah puasa today atas sebab kesakitan yang telah menimpa diriku. Bukanlah kerana cuaca panas yang kini semua rakan-rakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak rasakan sahaja. Sebenarnya, dalam 3 hari berpuasa ni, dari 1st puasa lagi aku sudah tiba-tiba jatuh sakit. Tapi sakit yang belum lagi aku boleh katakan terlalu berat jika sekadar Flu dan Demam namun cukup juga dugaan bagiku menghadapi hari puasa kerana air Flu yang mengalir di hidungku tidak berhenti mengalir melainkan di lap tisu dan di sapu minyak angin. Cuma, bila hari ni rasanya sudah kebah demamku sebab usaha memakan ubat-ubat Panadol dan Soluble. Namun sekali lagi, tidak terhenti di situ apabila hari ni pagi tadi di pejabat aku melepaskan "hajat" yang kedua dan ketiga. Hajat yang ketiga itu yang benar-benar membuatkan DeeDee tersentap. Dengan segera selesai melepaskan hajat, DeeDee meminta keizinan dari Bos keluar dari pejabat dan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat pemeriksaan. DeeDee risau sebab DeeDee memang ada masalah gastrik tapi setakat ni, tak terlepas pun sahur dan waktu berbuka. Menjadi 1001 tanda kemusykilan. Setelah berjumpa doktor tadi, blood test dan doktor mengatakan berkemungkinan DeeDee mengalami masalah Diarrhea peringkat 1. Lebih kurang seperti penyakit Buasir namun jika Buasir lebih teruk tetapi DeeDee bukan terkena Buasir kerana bukan symptom sama seperti Buasir dan Doktor menerangkan masih boleh dirawat dan dicegah daripada berlaku parah asalkan DeeDee ikut treatment yang disyorkan Doktor kini. Sedih juga bila bertanya pada doktor, "Doktor, ubat yang doktor berikan nanti permulaan ni saya tak boleh puasa lah yer?"... Doktor senyum dan angguk. "Di dalam Islam juga, kita kan diberikan kelonggaran berpuasa jika uzur atau sakit?."

Aku akur... Better aku rawat sekarang daripada aku kesusahan kemudian. Selepas 2 minggu ni nanti, aku akan ada appointment lagi dengan Doktor untuk rawatan susulan untuk memastikan samada penyakit DeeDee ni bertambah baik atau sebaliknya. Terima kasih kepada yang turut memberikan sokongan padaku terutama pada adik-adik kesayangan serta rakan-rakan berdekatan dan juga rakan-rakan laman sosial. Kalian semua cukup menggembirakan aku kerana teman-teman yang dulunya selalu keep in touch dengan ku kini senyap saja entah kenapa. Sedih juga namun sekiranya kalian ada terbaca kini rintihanku, please keep in touch with me again. I miss you All. Mum and Dad tak tau pun pasal kesakitan ku kini kerana aku tak mahu kebimbangan pada benak fikiran mereka yang sekian lama kami tidak berjumpa ni. Last jumpa dengan mama, ayah dan kakak pada Mac 2011. Moga raya tahun ni, tiketku approve oleh admin dengan segera agar aku dapat melihat kondisi ibuku. Pembedahan mata ibu telah berjaya. I want to see you again Mum this Aidilfitri :'( I miss my Mum, Dad, Kak Yah and my saudara and sahabat serta keluarga-keluarga angkat. Di sini DeeDee hanya berusaha tabah menghadapi kesusahan dengan tenang walaupun jauh dibenak sudut hati adakalanya sedih dengan segelintir hamba-hamba Allah yang sering tidak puas hati dengan DeeDee walaupun DeeDee tak ganggu mereka. Jika difikirkan kejahilan dan keaiban yang mereka lakukan, sungguh cukup buat jiwaku yang lemah ini jatuh terkulai, namun, dengan kasih sayang yang Allah sampaikan sentiasa daripada teman-teman sepejabat, sosial network dan yang nyata-nyata ada, cukup buat DeeDee bisa terus meneruskan hidup ini. Terima Kasih ya Allah. Syukran ya Allah. [Sami Yusof - Healing]
♫ ♬♪♩♭♪

Semoga Ramadhan kali ini dapat kita semua lalui dan tempuhi dengan mudah segala rintangan dan dugaan yang melanda. Setiap penyakit itu datangnya dari Allah s.w.t, dan kepada Allah s.w.t jugalah tempatnya agar kita minta penawar penyembuhnya. InsyaAllah, dengan izin Allah kita semua sihat walafiat sejahteranya. Salam Ramadhan. Selamat Berbuka dan Bersahur.
♥℘.s. Æ ℓ٥ﻻ ﻉ√٥υ♥

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers