I Like it!!!

Thursday, July 28, 2011

Segannya Superman Hari Ni

Saya bukan Superman :)
Tabah jer lalui hari-hari lately nih. Especially bulan July ni. Entah kenapa la rasanya sungguh padat jadual kerja ku. Bila ku teliti semula diari kalendar ku, sangat-sangat *fenuh okay! OMG~ Sangat busy dengan function, panggilan sana-sini, terima itu terima ini dan pelbagai krisis lagi. Urgghhhh~ Leput kamek koh! San nyawa~

First cerita for today, DeeDee amat rasa terharu sangat-sangat kat Kak Blossom (bukan nama sebenar) amat prihatin DeeDee sibuk lately. Nampaknya gerak-geri ku ini seringkali diperhatikan ramai di pejabat nih. Patut lah semakin lama semakin ada saja yang mulai berkenalan. [Motif? *fengsan~]. Tadi, tiba-tiba dalam kesibukan yang teramat-amat mengejar untuk menyiapkan kerja, Kak Blossom call. Dipendekkan cerita, dengan muka gelisah aku nak menyiappppp kejer jer muka datang ke tempat Kak Blossom. Sedang Kak Blossom sibuk-sibuk buat kerja juga, aku cuba untuk belajar sekali apa yang sedang di adjust-adjustnya didalam Excel Office 2007 tu. Aku benar-benar mo belajar juga semata-mata untuk menyiapkan kerja lain yang terkena giliran aku kena siapkan bulan ni, tapi dengan tiba-tiba saja Kak Blossom offer dirinya membantu aku menyiapkan kerja yang sepatutnya aku lakukan bulan ni. Terharu aku dibuatnya. Serius, aku pun memang perlukan bantuan walaupun aku boleh jer buat tu, tapi, masaku terhad untuk aku fokus kerja hakiki ku terlebih dahulu. Kira esok jer lagi masa yang ada untuk aku dalam bulan ni menyiapkan kerja hakiki. Tapi, selepas Kak Blossom offer dirinya tadi tu, aku rasa bersyukur sangat-sangat dengan bantuanMu ya Allah. Alhamdulillah.

Settle sedikit masalah kerja tu, timbul lagi tugas lain lagi yang memang dah takder orang lain kena buat, aku juga kena siapkan untuk bulan depan. Tiba-tiba aku rasa macam beban begitu padat. Sabar saja ku. Entah macamana lar Bos aku perasan wajah aku berubah sambil-sambil ku menyiapkan kerja walaupun tidak terlintas langsung aku nak tunjukkan renyuk muka tu. Padahal aku dah cuba senyum time kerja tiba-tiba, "Kenapa wajah DeeDee nampak macam sedeyyy jer buat kerja ? :)" Tersentap aku dan hanya mampu terkulai senyum saja dengan Bos. Segannya aku, takutnya aku kalau aku terbuat Bos kecik ati ka, sedey ka. Tapi, rupanya Bos amat care kat aku. Tak sampai hati rupanya dia tengok aku macam rushing buat kerja dan berusaha menyiapkan dalam waktu terdekat. Terharu aku Bos pulak yang muka nya tiba-tiba macam bersalah. Hadoiii~ Segan saya~ Terima Kasih Bos memahami dan maafkan saya jika saya terbuat wajah sedey tanpa sedar tadi.

Setakat tu yang terbaru tadi dan sekarang tentang Lappy Putih kegemaranku, entah penyakit apa tiba-tiba menyerang, nasib baik brand Lappyku ni Lenovo yang ada Button Recovery. Terus aku tekan butang tu dan back up semua data-data aku kat HDRV sementara. Bila lepas format jer, perghhh, laju balik system Lappy aku macam mula-mula beli dulu. Weeeeeee~ Sangat ringan. Sungguh mengajar ku lebih menyayangi Lappy ku. Hargailah apa yang anda ada~
:)

Dalam 2 minggu sebelum nih, Wan kan di Surabaya, Pojie pulak masey di Miri, aku jer lar yang azab merasa air paip di rumah ni punya lar slow tahap gaban alirannya! Deras lagi aku kencing! Kalaupun keluar air paip nak menakung tuu, pergggghhhh, macam air Milo keluar! Karat! Air KL karat! Oh no~ Eeeuuuwww... sangat menangguh kerja-kerja membasuh pakaian ku dan memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Urghhh~ Tapi, dalam susah-susah tu, tak setiap hari aku susah, macam Jumaat lepas aku tak di rumah pun waktu malam tu. Tidur rumah ZMFR (antara adik kesayangan) di area Danau Kota. Sabtu kitorang p Hulu Yam mandi air terjun~ Weeee~ Sangat-sangat Best! G pun ada sekali :) Kak Comey (bukan nama sebenar) pun ada nya pun~ dan plus plus plus kawan-kawan sepezabat adik ~ :)

Isnin 25 Julai tu tadi, dalam kesibukan ku di tempat kerja juga menguruskan urusan membasuh ayam dan persediaan lain untuk Kenduri Rakyat 400 orang tuu, timbul pulak kenyataan-kenyataan dari housemate lama di rumah "Bini Pertama" aku. Huhuhu... Dorang semua nak pindah. So, memang aku juga kena uruskan. Pendek cerita, tentu saja bab Bajet kami akan persoalkan. Mampu atau tidak mampu bayar berdua saja lagi? Dahulu kami berlima di rumah tu, pendek lagi cerita jadi bertiga, pendek lagi, nak jadi berdua dah ni, last-last kang, paham-paham jer, pindah arrr~ Tapi, dalam ke*feningan aku sibuk memikirkan tuu, syukur lah ada cara untuk meneruskan hidup setelah aku selaku Ketua Rumah sewa berbincang dengan Kak Sewa tentang bayaran. Good News is, Kak Sewa cakap 2 bulan tak payah bayar. Free ker? No lah! DeeDee dan Boy (housemate lama) terlupa ker tentang deposit rumah 2+1? Tak semestinya Kak Sewa tu kena pulangkan kat kita. Dengan adanya sistem tu, dapat lar Boy meneruskan masa tinggal di situ lagi tanpa bayar apa-apa. :) Kegembiraan di terima bersama~ Weeeeeeeeeee~ [walaupun aku tak duduk dah rumah tuu, tapi tanggungjawab tetap ada].

Amboi Dee, lately, henpon tak habis-habis sibuk call lar, sms lar, hentak ar~ Hehehe... Sentiasa busy ya phone DeeDee. Why? Tempahan Kek Lapis lerrrrr~ Weeeeeee~ Amboi amboi amboi~ Ko buat ker Dee? Tak lah! Rakan kepada Rakan aku buat. Aku just tolong jer :) Alhamdulillah setakat ni sambutan Kek Lapis Sarawak tu mendapat permintaan tinggi dari rakan-rakan di laman sosial Facebook dan juga rakan-rakan sepejabat. Menjelang Raya pulak nanti boley la hidang-hidang kek tuu. Tahan lama, sedap dan bukan sekadar warna tanpa rasa. Setiap warna yang terdapat pada Kek Lapis itu, punyai perisa asli nya yang tersendiri. Terutamanya seperti Cheese, Chocolate dan Masam Manis. Mesti lar yang Ori... Hasil buatan orang Sarawak juga. Berpatutan harga jika dibandingkan dengan harga pasaran dan tiket pergi balik Sarawak. Padahal Kek Lapis Sarawak tu boleh didapati stoknya dari KL ni saja namun keaslian rasanya, tetap sama seperti di Sarawak kerana, orang Sarawak yang membuatnya :)

Cerita panas hot panas untuk hari ni, entah orang yang ke-3 or 4 sudah ni, Boyfren kepada MuMu (bukan nama sebenar) mengamuk memaki hamun si MuMu setelah terlihat gambar-gambar MuMu bersamaku di upload di dalam FB. Selalu saja aku ni menjadi mangsa keadaan. Ramai yang mencemburui aku. Tidak terlintas langsung ya aku mo buat pasangan-pasangan kekasih bergaduh. Apa ada padaku?

Kasihan melihat si MuMu tau. Macam ketakutan sudah mata pun macam berair sudah. Dia risau kalau aku di apa-apakan. Sudah lah... Aku pun tak tau orang sekarang, padahal aku dah siap letak caption pada gambar-gambar tu siap minta izin juga mana satu yang boleh upload dan tak boleh upload yang menunjukkan gambar-gambar tu semua atas urusan kerja dan tidak lebih daripada itu. Aku dah puas sudah kena macam ni, siap ada yang mo bertumbuk, sms ancaman denganku supaya jangan ganggu Marka-Marka mereka ni. Haloooo, kalau tak boley bersosial tu, sekali lagi saya cadangkan, tinggal dalam hutan tu dan jangan keluar-keluar. Haissshhh... terus-terang DeeDee cakap, tak der maknanya gambar-gambar dalam laman-laman sosial DeeDee tu bertujuan untuk mengaibkan sesiapa okay. Sebab tu DeeDee tak suka tag orang incase orang yang di tag tak nak. Dan, senang bagi DeeDee kalau sesiapa yang tak nak gambar tu disiarkan, just DELETE. Bagitau awal-awal. Tu jer... tapi, yang *feliknya, gambar orang yang suka membangkang tu, tak der plak dalam tuu, tiba-tiba EMO~

Bagaimanapun, sangat membengangkan aku ya lately. Terutama yang terbaru tu tadi pasal BF marah GF... Hehehe... Hairan bebenar aku budak-budak zaman sekarang bercinta [bunyinya macam aku ni dah tua sangat]. Please baca betul-betul ya syarat Social Network. Tidak juga orang paksa kita semua main FB,tapi bila sudah ada FB, macam-macam la makian.
Dei~ Dei~ Dei~

Setakat ni, dapat dihitung ku juga ramai kenalan perempuan yang BF-BF mereka yang perasan sempurna sangat tuu mo gaduh saja sama aku pasal hal-hal macam ni. Ko ingat ko saja ka ada couple? Jaga lar betul-betul tanpa perlu gaduh macam tuuu. Gambar-gambar yang ku upload tu, senang cerita, telah mendapat kebenaran dari makhluk yang ada di dalam tuu... Itu jer, yang gambar engko takder, ko takder kena-mengena dengan aku pun ko marah ni pehal? EMO! Aku tau, sebenarnya, ko mo aku ambil gambar ko kan? Kan? Kan? Hehehe... Eleh, malu-malu *fulak~ Meh gamba- meh gamba~ Cer gambo Cer Gambo~ :P [Yang sudah tu sudah ya, jumpa aku face to face kalau mo bincang. Bukan gaduh, bincang]. Next! {Kekwat}

Since dah too many kejadian serupa menimpa padaku, I guess kena buat akaun baru ker? Segala-galanya baru? Apa bezanya akaun lama dengan akaun baru tu nanti pulak? Please ok. Yang sudah ada tuu, Public Life. Private Life and Secret Life, jangan nak mengada-ngada nak wujudkan akaun. Itu prinsip aku. Once anda sudah share, itu bukan lagi Private dan bukan lagi Secret! Itu sudah jadi Public! Faham tak? Boleh jer kalau nak DeeDee buat akaun laman-laman social baru, tapi dengan syarat, akaun lama tu, tutup terus. DELETE. Tak der makner nyer wokeyy~

Erm, pasal masa depan pulak, InsyaAllah next year, DeeDee nak menjinak-jinakkan diri dengan dunia DSLR. Fokus hanya pada photoshoot. Bukan pasal nak buat income, pasal minat yang mendalam tapi kena pendam jer... Kalau luah pun pasal nak gambar-gambar untuk kepuasan pandangan mata sendiri. Namun, rezeki itu datangnya dari Allah. Datang jer rezeki memerlukan servis penggambaran DSLR dari DeeDee, insyaAllah, DeeDee akan buatkan yang terbaik. Bayar tau! :) *Wink-Wink* Bukan masa sekarang lah nak DSLR tuu. Still research and study about it. Later praktikal saja lagi sambil applikasikan dalam kehidupan seharian :) Kerana apa aku minat gambar? Kerana gambar-gambar ku ketika kecil semua nya telah rentung oleh kerana peristiwa suatu masa dahulu yang belum bersedia juga untuk aku ceritakan kini. Ikuti Kisah Hidupku DeeDeeiDarus ni slowly yaaa... InsyaAllah aku akan ceritakan bila tiba sampai suatu masa nanti~

Until here lah amigo amiga amigos~ Adios. Jaga diri dan sentiasa hargai peluang dan hargai diri sendiri. Ilmu jika ada applikasikan, bukan disimpan dan diguna untuk menyombong. Ilmu jika ada baiknya dikongsikan bersama :)
Tata
<3



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers