I Like it!!!

Wednesday, July 20, 2011

OMG!!! What date is today DeeDee? Di Mana Kamu?

Ya Ampun!!! Apa sudah tarikh hari ni? Oh No! Lebih dari pertengahan bulan July sudaaaaa! Sorry lar kat kengkawan-kengkawan dan peminat-peminat blog DeeDee yang semakin bertambah lately nih. Terlalu lama tinggalkan tak berupdate nak menaip blog. Tak terlintas langsung DeeDee tak nak menaip dah. Sedetik lebih pun tak terlintas di benak fikiran wokeyyy! DeeDee dah lama sangat-sangat nak taip semula just lately ada-ada saja hal. Huhuhu :(

Kepada rakan-rakan terdekat kesayanganku terbaru ni, terima kasih larrrr kasi hint-hint hon-hon kat aku, sound-sound kat aku "Kenapa DeeDee tak Update Blog Lagi?"... Waaaa... terharu rasanya ada yang sudi membaca blog saya dalam senyap. Sampai bila ponn aku tak tau kalau tak dek orang kasi sound kat aku. Hahaha... Adei na... Sorry-sorry sangat-sangat ya geng-geng dan rakan-rakan blog. Tak der maknanya buat masa nih aku nak tinggalkan page blog aku nih sebagaimana rakan-rakan blog inspirasiku sebelum ini yang sudah pun berhenti blogging. Itu belum cukup mematahkan semangatku untuk meninggalkan blog kesayanganku ini "Kerana Saya DeeDeeiDarus"... Wokeyyy! Weeeeeeeeee~ Apa khabar kamu semua teman-teman mesraku dan peminat-peminat yang bakalku jumpa? Followers baru, selamat datang ya... Kalau sudi just terus add FB saya and we'll chat while free.

Kerja banyak lately. Asal balik rumah jer, penat. 2-3 bulan maintain lagi kot berjalan kaki dari rumah ke tempat kerja. Tetapi..... huh! Selepas 2-3 bulan nih sejak July, amboi-amboi-amboi, nak menaip blog dalam blogspot punya lar malas. Ada saja isu dan agenda yang tertangguh. Haha... Urggghhh, aku tak patut tunda cerita-cerita dan pengalaman yang aku nak share. Nevermind, yang dah lepas tu, lepas. Sekarang aku mulakan kisah-kisah latest yang terbaru saja. Sebelum kisah yang terbaru nih, dipendekkan cerita kisah aku sebelum nih, aku sempat buat macam-macam. Antaranya yang aku paling-paling sangat-sangat ingat tu, aku dan MuMu (bukan nama sebenar) kena lantik bos kitorang kena jadik Pasangan Pengantin! OMG! *fengsan~ Hahahahhahaa... Ermmm, kalau tak nak, mesti jugak! Hahaha... Adoi yai, bagaimanapun, telah terlepas juga azab tu menjadi Modelling sementara untuk Majlis yang diadakan di opis! Segalanya berjalan lancar wokeh! Alhamdulillah. Next?!!!

Lama jugak aku nih berehat yerrr tak menulis a.k.a menaip blog! Agaknyer kernaku mencari ilham? Ataupun keterlaluan gembira sehingga tidak boleh menaip? Ataupun keterlaluan sedeyyy? Macam-macam but, yang pass let it pass okeh! Better aku ceritakan yang terbaru saja. Apa yang happening Deeeeeeee????!!!!! Tell us more! Hurm... jap! Last entri aku taip pasal apa ya? Oh, entri Abang Motor ekk? Hehehehhe... BANGSAT! Haha, takdek pa per dah... syukur lah... Mungkin agaknya dia target Wan jer tuu kot. Pelik gak, since Wan travel ke Penang last month untuk kerja, since that tiada lagi yang mengacau. Wan ada gak balik lately dari Penang walaupun kerjanya tak habis lagi. Hujung minggu time dia rajin jak ada lar balik dari Penang. Terbaru, kini Wan berada di Surabaya. Travel kerjanya jugak lar kot. Whateva, asal ko bahagia ya Wan! Huhu... Kira kat rumah hanya ada aku dan Pojie jer lah. Tu pun, Pojie kekadang tak sama syif kerjanya, susah wooo mo stay di rumah bersemuka lama sembang-sembang ka. Huhu...

Ermmm... mmm... mmm... just now pulak, Pojie cakap, start ecok dia akan pulang Miri, Sarawak. Hurm :( Sedey lar aku ni start ecok selama seminggu! Teda orang sudaa di rumah ni menemani aku! Hurmmmmm... Waaaaaaaa (ToT).... sunyi lar ni nantik... Pojie, ko kerja rajin-rajin ya di Miri tu nanti. Hurmmm... Hidup kena diteruskan jugak DeeDee! Aja-aja Fighting! Huh! Aku mesti tabah! Kuatkan semangat! Huh! Huh! Huh!

Justeru itu, saya, selaku penulis blog Kisah Hidupku DeeDeeiDarus ini, haruslah tabah menghadapi situasi di rumah dan pejabat! Aku pasti akan terasa sunyi, namun yang sentiasa menyayangiku pasti tidak akan pernahku lupakan! Contact! Contact! Aja-aja! Fighting Deeeeeeeeeeee! Hurmmm... Push-push... tarik nafasss... Walaubagaimanapun, kegembiraanku minggu lepas masih lagi tidak bisa ku lupakan! Oh, sungguh terharunya aku teringatkan peristiwa minggu lepas sampaikan berlinangan air mataku tanpa sedar ketika ku cuba menyembunyikan airmata jatuhku itu di belakang tempat duduk sambil memandang keluar tingkap kenderaan yang menghantar aku pulang ke stesen bas. Kenderaan siapa Dee? Bas? Stesen? Apa yang ko cerita ni? Cer Citer~ Cer Citer ~ Cer Citer!!!
☜ ☝ ☞

Hehe... baiklah, triloginya, ermmm bermula dengan kisah FB. Dari FB aku dah lama kenal ini budak. Peramah orangnya. Dah lama saling mencuit-cuit di FB dan entah bagaimana akhirnya menjadi adik angkat aku! Weeeeeee~ Haha... ZMFR (initialnya dalam ingatanku). ZMFR nih pernah mengupload' gambar-gambar tempat tinggalnya suatu masa dulu. Gambar-gambarnya itu sangat-sangat cantik. Kira adik aku nih photographer terhebat la sudaaa~ (Amin). Terlintas jauh di benak ku pada ketika itu ingin pergi melihat negeri orang belah utara nih. Hang tau ka belah utara mana satu? Hehehe... [Poyo ko Dee]... Pulau Pinang! Weeeeee~ Haha... sengaja bersempena lately birthday adik jatuh fulak on 12 July ni tadi, so aku memang dah prepare hadiah Domo Kun! & Perfume untuknya sehari sebelum dengar cerita ZMFR ni nak ke Penang on 15 July. Aku buat kata putus, aku nak join! Huhuh... Terhingin sangat-sangat lar katakan! Yes! Adik okay jak! Weeeee~ Aku pun join!

Di pendekkan ce citer ~ ce citer lar kan, macam-macam nak kena lalui untuk sampai ke Penang [alaaa, naik bas 4-5 jam jer kalau tak traffic-jam kejap], akhirnya, aku terPAKEJ dapat 2 orang lagi adik-beradik FB. Nahhhhh~~~ Tuwewww... Rezeki! Huhuhu... Kawan-kawan adik aku 2 orang tu yang berlainan agama dan bangsa automatik, jadik adik angkat aku sekalik. Haha... Yang felik nyer, adik aku nih jer asal Penang, Kepala Batas (Butterworth) 2 orang tu lagi, Sarawakian. Haha, sama macam aku... agaknya rezeki adik aku nih orang-orang Borneo ni agaknya~ Hahaha... Terbaekkk la dik... Jangan risau, kitorang takkan umpat ko guna bahasa kitorang... hahha... Jangan risau, kitorang gedik-gedik jer yer dik! :P Hahaha... Jadi, siapa namanya 2 orang lagi tu Dee? Ermmm, B dan G lah senang. Nama samaran saja k :P Kalau aku cakap jugak nama penoh kang, korang kena lalui aku dulu berkenalan, baru aku lepaskan berkenalan ngan adik-beradik angkat limited edition aku nih. 3 orang wokey! Haha... meriah beb! Hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku sesampainya di Kepala Batas, Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia tuu! Amboi~ Adoi yai~
♪ ♫ ♩ ♬

Plus! Aku dapat sekalik keluarga angkat! Weeeeeeee~ Abah dan Mama adik! Tanpa segan silunya aku, ikut resam di mana jua kita berada la katakan kan? Aku dengar dorang-dorang B & G nih panggil Mama dan Papa tuu tanpa panggilan Pak Cik dan Mak Cik, aku pun join arr sekaki. Haha... Mama, Papa! Weeee~ Alhamdulillah, family adik sangat-sangat Happening! I loike! OMG! Thanks ya Allah! Alhamdulillah! Sangat-sangat bersyukur! Memang tak terasa terasing nyer pun! Dengan keindahan luar rumah mereka yang cantik seindah khabar gambaran di dalam gambar-gambar ZMFR pernah upload' suatu masa dahulu, memang... ah! Santekkk!!! Ada sawah padi depan rumah sedang menghijau a lil bit kekuningan... OMG! Subhanallah! So beautiful lar that place! Sepanjang perjalanan cheq ke Penang ni, cheq senyum laaaa memanjang jeq sebab happy sampaikan cheq demam pun cheq tak sedaq na... Itupun G dah bagi kat cheq Pil Flu, still demam tanpa sedaq lagi... haha...
♕ ♚

Mana tak nyer demam DeeDee nih pembacaku sekalian, Plus lagi aku di bawa ke rumah Tok Wan (Datuk ZMFR) & Tok (Nenek ZMFR) di area Alor Merah tuu, perggghhhh... Gua cakap sama lu! Tok hidangkan kat aku rambutan yang banyak tak terhingga dan duriannnnn!!!!! My feveret!!! Dalam sibuk-sibuk Tok tengah bukak kerang rebus satu-satu tu, Tok sangat-sangat ringan tulang nak jugak hidangkan buah-buahan tuuu kat DeeDee! Terharunya! DeeDee tak pernah dapat rasa kasih sayang seorang nenek perempuan :'( Akhirnya kedatanganku tanpa di duga ke Penang nih, sungguh... sungguh mengharukan hatiku. Jauh di sudut hati kecilku menangis kegembiraan yang tak terhingga seumpama Hujan Lebat bahtera Nabi Nuh a.s namun ku sembunyikan lagi dengan senyumanku kepada Tok dan Tok Wan... Sempat jugak adik aku sorang tu si B siap hulurkan kat Tok Mangga ker Mempelam Telur tuu :P Tok siap tolong bukakkan cuci lagi. Hidang teh lagi tu. Dengan cawan yang satu jer lagi tuu pun siap kongsi aku dan adik-beradik minum bukan pasal tak dek cawan, "Kongsi 1 cawan tuh ambik berkat masing-masing lar katakan Tok" :P Hahaha... Gelak Tok dengar aku cakap camtu...
[Mo manja-manja ba katakan :P]

Macam tu lar al kisah pendek nyer yang membuatkan aku teringat banyak nostalgia di sana. Kebetulan pulak kepulangan ZMFR ke Penang kali nih sebab ada photoshoot untuk kawannya si Hiedayah dari persediaan inai, make-up, akad nikah di masjid, mamam-mamam di rumah pak cik Hiedayah dan last but not least, sesi kegemaran rakyat sedunia iaitu bergambar! Weeee, tau tak kat ner sesi tu diadakan? Harus larrrrr di Sawah Padi yang cantik menghijau tu kami semua p! Hahaha, well~ Sambil menyelam tu, tentu saja lar kita minum ayaq sekali! Mesti ada punya gambar sendiri~ Gedik's! Hahahaha... Weeeee~ Anyway, after this, insyaAllah, aku tak nak dah tangguh-tangguh menaip blog. Mana yang aku sempat, aku berusaha akan terus ce citer kat korang okeh! Wish U all Happy and Have Fun yeah! XoXo

♥℘.s. Æ ℓ٥ﻻ ﻉ√٥υ♥

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers