I Like it!!!

Sunday, June 19, 2011

Menjadi Tanda Tanya Kami Sebujang Sepah Semat 2

Sunday today buat apa? Memang dah kena booking ada date keluar dengan ShiShi (bukan nama sebenar). Pergi lepak karaoke di Ampang Park sempena buffday ShiShi. Well, ok gak place tu untuk menjerit, meraung dan terpekik terlolong. Huhu... Yang aku ni paling tak nak menyumbang suara pun menyumbang jugak lah tadik. Haha... Sampai kering tekak~

Walaupun selepas 2 jam berkaraoke, masa dorang dah tamat dan nak top up lagi masa karaoke, aku rasa memang patut aku blahhh dah... Tak minat sangat berkaraoke nih. Hehe... Kalau bagi tengok movie, yup! Favourite. Tapi, demi kawan lama kan, saya mesti respek gak! Huhu.. I join jak! Sempoi jek... Huhu... Lebih kurang 3:30pm camtu, aku blah dan naik LRT. Sesampainya di rumah, aku online. Masa online tuu, tetiba rasa lapar gak. Tengok kat dapor ada lebihan nasik yang Wan masak lebih tadi, so aku carik segala ramuan-ramuan rahsia dalam peti ais dan mulakan! Memasak! Hahaa... Lapar dou! Aku pantang jek tengok cukup bahan, kompom panaskan kuali. Buat nasik goreng ikan bilis jek style orang kampung takdek sayo takdek laok... Sesimple dan larat di makan. Sedappp nyer! Nikmatnyer! Ajak Wan makan, tapi Wan dah kenyang. Aku sapu habis arrr lebihan tuu~ Janji alas perut jek.

Rupanya gak, masa ajak Wan tuu, dia bersiap nak keluaq umah dah~ So, aku teruskan jek makan sambil mengimbas kembali nostalgia berada di Miri mak suka masakkan untuk aku. Tiba-tiba, bila Wan keluaq jek dari rumah, Wan jerit nama aku! "DEEDEE!!!"... nasib baik aku tak tercekik makan. Dah habis daa punnn nasik. Tinggal nak minum air jek... Aku pun melangkah ke ruang tamu dan melihat apa yang berlaku. Wan dah macam menggeletaq terkejut. Di lihat pada tangan Wan ada sekeping kertas kecil seperti browser iklan. Memang browser Solivite pun, cuma di belakang kertas tu tertulis mesej dari lelaki psiko yang aku penah cerita dalam entri sebelum nih!... Mesej nya begini, "Dik SMS 01******** (Abg Motor)". Mahu nyer time tuu Wan macam nak tak nak jek keluar. Aku tenangkan hatinya dan katakan, "Keluar jer. Biarkan"... Aku fikir positif jek, sebab abang tuu dah bagik no tepon. Kot-kot ada sesuatu kan?

Sesuatu yang macamana tu Dee? Ermmm, kot-kot dia terpandang kali pertama wajah Wan tu mengingatkan lelaki tu pada seseorang ker? Manalah tau ker, Abang Motor tu teringatkan arwah sesiapa ker yang mirip dengan wajah Wan ker... [Cheeeeyyyy, timbul rasa kesian plak kat Abang Motor nih kalo betul]... Atau, asalnya ada sesuatu ker yang tercicir masa Wan sedang jalan dia nak pulangkan? atau ermmm, entah!!! Kenapa perlu aku simpati kat dia? Sekarang nombor dah ada, so, nak kol dia or kol polis? Nak report terus atau masih lagi meneruskan sandiwara buat endah tak endah jek kat dia. Mula lah kepala hotak aku nih membayangkan lelaki tu kalo suatu masa kelak berjaya masok ke rumah. Adoh. Jangan di pikiaq lebih. Kalo betol Wan nak lapor pun, Wan patut ada tadi kat umah untuk ajak aku ker melaporkan pada polis. Sebab, aku nak cerita apa plak? Kan Wan yang jumpa orang tu dulu walaupun dia tak hingin. Sekarang pulak lelaki tu siap bagik nombor. Dik yang mana satu dia nak kenalan? Bila dia panggil Dik tu, mesti dia sedar gak kan dia tu pangkat Abang dan tua? Apa motif?

Apa motif eek? Awal-awal lagi si Abang Motor nih dah menggelar dirinya begitu. Jauh di sudut hatiku, nampak sangat kan Abang tu sedar dirik. Takkan aku yang kang tetiba kena chop perasan nak melaporkan pada polis kan? Kan? Kan?... Kalo dipikir balik, ermmm, rumah yang dia pandang tu, rumah sewa kitorang gak!!! So! Ini masalah bersama! Okaylah... Gantung sampai sini dulu. Okeh. XoXo... saya tengah tunggu Pojie pulang kerja nanti. Mo bincang~


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers