I Like it!!!

Wednesday, June 1, 2011

Goodbye May and Welcome June ~

Assalammualaikum dan Peace!!! Huhu (^~^). Salam perkhabaran khabarnya anda di sana? Anda semua khabar baik? I wish kamu semua termasuk aku sentiasa sihat walafiat serta sentiasa gembira disamping yang tersayang tidak mengira samada keluarga mahupun rakan-rakan tercinta tercintun~ Huhuhuuh...
Kalau ditutup cerita bulan May, apa yang mahu ku ceritakan pula untuk bulan Jun? Ermmmm, baiklah, sepintas lalu daripada bulan May ku. Yang terbaru, aku ada melawat Jannah a.k.a Janet, one of my Mualaf friend/OfficeMate too~. Sekiranya anda ada terbaca entri-entri blog saya tahun-tahun yang lepas, rasanya ada DeeDee ceritakan tentang Jane and Husbandnya dari Pakistani. Anyway, the best khabaran tentangnya kini ialah, telah selamat melahirkan anak lelaki darah kacukan Pakistan. Hai hai mere bai~ huhuhu... Aca aca aca chupp... Kuch kuch hotta hai~ Anaknya comel sangat! Sudahlah si Jannah ni berbangsa Bidayuh Sarawak kan, mix lagi dengan Pakistan = Anak yang Cute, Chomel dan Photogenic gitu! Huhuhu... Nice Jane! Haha... Congrats yeah!!! Happy for U! Semasa lawatan ke rumahnya juga, disambut mesra dan meriah oleh keluarga Pakistannya yang pernah mengenali aku suatu masa dahulu di dalam perjuangan menegakkan keadilan untuk meluluskan Visa dan perintah Mahkamah. Ketika itu, aku begitu teruji apabila soalan bertubi-tubi ditanyakan di dalam Mahkamah Dunia oleh Hakim. Apapun, segala-galanya telah selesai dan thanks Allah. Syukran. Alhamdulillah. [To Jannah : Jane! Sedapnya masakan Mak Mertua kau dari Pakistan! Nak lagi! Heheh, sanggup tau mak mertua kau bawak periuk dan beras dan segala intipati bahan dari Pakistan semata-mata untuk mewujudkan suasana tradisi makanan seperti yang mereka telah ada di Pakistan! Terbaeeeekkkk, aku puji masakan Mak Mertua kau. Sampai Mak Mertua kau panggil aku "where is Double Decker Jannah? (Dd)" hahahaahhaha] Love You Mamaji and Papaji~
Terbaru dalam bulan May tuu juga, well, as usual, handphone. Akhirnya, aku tak boleh lari juga dari kenyataan yang aku harus juga tukar handphoneku! But this time, aku terpaksa tukar because handphone ku Model Nokia 3120 Classic 3G tu totally rosak dari segi pandai on/off sendiri. Well, bukan nya membazir macam dulu-dulu lagi, memang aku kali ni agak menukar mengikut keperluan sudah. So telah ku tukarkan dengan Model Nokia X2-01 warna Hitam/Dark Brown I guess?. Apapun, beta amat berpuas hati setakat ini. Syukur juga kepada Allah, ku temui model Nokia terbaru ini yang baru dilancarkan pada tahun ini. Tambahan pula, harganya amat berpatutan! RM388 sahaja! Walaupun aku tahu harga sebenar di pasaran di dalam ranking RM350 sahaja. Tanpa berlengah lagi, aku just tukar saja I mean, trade in sahaja handphone lama tu dengan yang baru dan aku hanya membayar RM290. So, maksudnya, pekerja kedai handphone tuu, cas handphone lama aku tu dengan harga Rm98 sahaja. It's ok. Walaupun aku merasakan ada unsur-unsur penipuan oleh para pekerjanya menyatakan handphone lamaku itu speakerku di pijak, padahal aku lebih tahu handphone ku itu tak pernah sesekali aku pijak dan masalah terbesarnya sebenarnya ialah on/off, so wak lu saja lah kan? Kalo ko tipu aku, aku pun tak terlintas eksiden tertipu kau. Ko dan aku sama-sama untung, sama-sama rugi. Itu jewww~ Huhuhu... Tapi aku sangat berpuas hati dengan handphone baruku kali nih. Nampak eksklusif dan bergaya. [Harga pun berpatutan di tambah lagi dengan keypad berQWERTY words.] Alhamdulillah.
Oh ya, sebelum terlupa juga, sempat aku selepas sahaja melawat Jannah Jumaat yang lepas pada 27 Mei, 28 Mei tu pula aku berkenalan dengan teman-teman baru dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Seramai 9 orang kami termasuk DeeDee telah memulakan perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang [Balik Hari] menghadiri majlis doa selamat OfficeMate serumah lama DeeDee. Diringkaskan, terbaeeeek for the whole day of perjalanan. Alhamdulillah. Best! Sempat merasakan makanan tradisi ala-ala kampung terutamanya Ikan Patin Masak Tempoyak! Terbaeeekkk!!! huhuhu... Sedap! Terasa akan nikmat kuah tempoyaknya yang menusuk ke dalam ikan patin. Huhu. Majlis doa selamat tu pun diadakan bersempena dengan rakan setugas housemate lama punya anak telah lulus dengan cemerlang 9A gitu dalam peperiksaan. Terbaeeeekkkk~ I wish kita semua pun dapat yang terbaik dan lebih baik seperti itu nanti dalam apa jua pekerjaan yang kita kerjakan! Huhu! Congrats!!! Yeah!!!
Sambil-sambil menyelam, minum air kan? Banyaklah kesempatan yang diambil ketika bersiar-siar di Kuantan, Pahang tu. Mencuci mata dan menikmati apa jua yang mau di rasai. Sampai juga aku ke Pantai Teluk Chempedak dan menikmati pemandangan ciptaan Tuhan yang indah tu serta terlihatkan akan sejarah-sejarah lama dan juga semasa iaitu Istana-istana di sekitar Kuantan. Rupa-rupanya, housemate DeeDee tu tau selok-belok jalan Kuantan tu sebab dulunya dia bersekolah rendah di sana. No wonder lah ada gaya seorang Pemandu Pelancong. Hahaahahha... Si housemate DeeDee tu lar yang drive sepanjang perjalanan pergi dan balik sehinggalah keluar dari Kuantan barulah diganti oleh rakan setugasnya. [Teringat-ingat plak aku Keropok Lekor yang fresh-fresh di uli dengan tepung langsung di goreng dan panas-panas itu juga aku terus membelinya dan menikmati akan keenakan keropok lekor yang tak sama rasanya dengan yang sudah-sudah di makan di negeri orang setakat ini. Kelembutannya seumpama kelembutan cekodok pisang yang panas. Oh! Terasa nikmatnya. Alhamdulillah]. Di samping berjalan-jalan tuu, yang bestnya, seronok mengenali rakan-rakan setugas housemate yang setiap seorangnya mempunyai ragam dan kerenah yang unik masing-masing. Oh, dunia pasti boring jika semuanya seragam, sebab itulah agaknya Allah ciptakan manusia dengan pelbagai ragamnya masing-masing. Kesabaran saja yang penting. Huhu... Thank You Allah. I have hari yang menarik ketika itu. (^~^)
Muffin! Hahaha... erm, last Monday ada mesyuarat Agung di antara kesemua staff-staff yang ada di tempat kerjaku. Well, diringkaskan cerita, dalam mesyuarat tuu, tak diduga ada special request di antara kami. Hahaha... "Kepada sesiapa yang ada menyambut kelahiran hari jadi dari bulan Januari hinggalah Mei, sila naik ke pentas untuk sama-sama meraikan hari jadi masing-masing ya dan bersama-sama meniup lilin hari jadi di atas Muffin Cup Cake yang telah disediakan..." OMG! Hahaha, ingatkan lah apa benda yang disorong-sorong atas pentas tu, ingatkan nak buat magic ka, rupa-rupanya susunan satu demi satu Muffin Cake berhuruf HAPPY BIRTHDAY. Hahahahah... Oh, so sweet~ Sungguh menggamit hati saya <-- statement gedik ala-ala poyo. Well, dah naik atas pentas dan mengaku beramai-ramai la kunun kami semua ni tadi di antara yang dilahirkan dari bulan Jan-Mei, tiba-tiba kedengaran muzik "Happy birthday to you, how old now are you~~~~~????" Ahahahahahhaah... segan saya~ Baik saya sedar umur saya yang masih sweettttttt <-- Please lah... Hahahahaha... anyway, I really appreciate atas kerjasama semua pihak yang telah menjayakan situasi yang saya tidak duga. Hahaha... Thanks! [Terasa disayangi dan dihargai, Cheeeewaaaahhhh]
Opppsss, cukup setakat bulan May itu, kita bukak journal baru pulak untuk June ini. Well, the latest update that I received this morning is............ Congratulations!!!!!!!!! to Bro Baeeeeeeeeekkkkk Punyaaaaa!!!! Hahahahahaahha... Siapa tuuu? Bro Baek Punya ni, is Bro yang pernah tinggal bersama DeeDee dan housemate rumah lama suatu ketika dahulu. Terbaeeek Bro ni. Ingat tak entri-entri sebelum ni DeeDee ada cerita pasal Bro ni yang tonton tv bersama Cik T (Tikus) yang duduk sebelahnya? Hahaha... Dialah Bro! Haha... Ap cer Dee? This morning haaaaa, Bro sms me, dengan besar hatinya Bro ajak kitorang serumah ke Majlis Pernikahannya Pada 4 June nanti. Wahhhhhh, oh Bro~ Tahniah Bro! Saya dan rakan-rakan seperjuangan mendoakan yang terbaeeeeek buat Bro dan keluarga dan yang bakal Bro nikahi ni semoga Bahagia tak terhingga dan kekal sehingga bila-bila. Bak kata Acha Septriasa - Sampai ku menutup mata~ Hehehe... Okeh, kalo macam tu, nanti DeeDee suruh P.A DeeDee catatkan dalam diari Sabtu, DeeDee buat the whole day booking untuk Bro sahaja! Kita buat parti Bujang ya sebelum tuuuu. Ahahahahhaahahhahahahaahhaah~~~~ Acah jak! [Nak buat, aku on jewwww] Buahahahahaha... Okeh Bro! Thanks invite! Hahahahaha...
Okaylah Bloggers and Readers! Sampai di sini saja buat pembukaan Bulan June ni. DeeDee pun amat berbesar hati untuk menjawab sebarang komen dan pertanyaan sepanjang tahun ni jika ada dari kalian. InsyaAllah, feedback dari DeeDee akan DeeDee usahakan menjawab secepat mungkin dan kesempatan yang DeeDee ada agar, blog Kisah Hidupku DeeDeeiDarus ini sentiasa mekar hanya kepada yang hendak mengetahui lanjut tentang kisah hidup saya yang penuh dengan warna-warni nih. Hehe... Sekali lagi, DeeDee amat gembira buat Bro yang bakal menghadapi saat yang bahagia menjelang tiba ni nanti dalam masa terdekat. Semoga tiada apa-apa yang menghalang dan semoga dipermudahkan dan direstui oleh Allah S.W.T dan sentiasa dicucuri rahmat dan semoga majlis pernikahannya berjalan dengan lancar selancar-lancarnya~. Amin. Love You Bro!!! Bro Terbaeeekkkk!
♥℘.s. Æ ℓ٥ﻻ ﻉ√٥υ♥

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers