I Like it!!!

Sunday, June 19, 2011

Menjadi Tanda Tanya Kami Sebujang Sepah Semat

Lately about 3 hari lalu rupanya Gerhana Bulan. Kalo tak tengok berita dan baca di surat khabaq, takkan tau ah punyer walaupun perasan hari macam mendung semacam, sampai bila pun pikiaq hari nak ujan padahal hakikatnya tengah gerhana di siang hari. Huhu...
Apa khabaq anda?

Hari ni hari Ahad. Subuh-subuh lagi aku dah blogging 2 am nih. Kenapa? Macam tak dapat tidur ni. Teringat kejadian Sabtu malam dan Jumaat petang tu. Mungkin aku terlalu memandang remeh hal ini pada jumaat lalu apabila Wan pulang ke rumah dengan wajah yang mencuakkan. Jumaat, ketika itu, aku sudah di rumah bersantai selepas pulang dari kerja. Menonton movie Rio di Lappyku. Tiba-tiba Wan memberi salam setibanya dia di rumah. Wan memberitahuku, "aku hairanlah, kenapa laki tu asyik perhati aku dari tadi lagi sejak dari stesen LRT. Nak cakap kenal pun tak."... Aku pun bukan tau siapa yang Wan ni cakapkan tadi. "Mana?"... aku pun menjenguk keluar pintu melihat-lihat di sekitar. Ternyata, ada mata yang memandang. Aku terkejut! Mata yang memandang tuu pulak tepat memandang ke arahku! Aku langsung masuk ke dalam semula dan memberitahu Wan yang lelaki tu masih lagi memandang ke arah rumah ni.

Wan menjenguk lagi di pintu, ternyata, tidak beralih juga pandangan lelaki itu. Aku saja bergurau dengan Wan, "GAY kot? Jaga kau! Hahaa... (dengan nada mengacah si Wan)."... Wan pun menceritakan padaku bagaimana boleh dia curiga dengan lelaki tu. Mulanya Wan keluar dari stesen LRT dan menghala ke rumah kami. Tiba-tiba, Wan perasan terasa di pandang oleh seseorang. Wan menoleh, ternyata, betul, lelaki yang tadi tu menoleh seperti kenal. Tapi, Wan tidak kenal. Lelaki itu kelihatan seperti menunggu seseorang. Wan pun tidak mempedulikan. Tiba-tiba lagi, Wan terasa diekori. Ditolehnya, lelaki tadi tu yang merenungnya berada di belakang menunggang moto dan membawa 2 orang budak kecik dalam tanggapan Wan budak-budak tu mungkin anak-anaknya. Lama lelaki itu mengekori Wan di belakang (sebab laluan sama), lelaki itu akhirnya lesap menuju ke simpang lain.

Wan pun berjalan sendirian ke rumah dan setibanya Wan di rumah, Wan membuka kunci grill pintu pertama rumah. Ketika lambat Wan membuka grill tersebut, tiba-tiba Wan perasan yang lelaki tadi tu kini berada di bawah pulak memerhatikannya. Lelaki itu ada di sekitar Car Park. Di situlah bermulanya Wan rasa sesuatu yang mencurigakan langsung menceritakan padaku setelah sampai. Lama jugak lelaki tu di situ sehinggalah Maghrib. Wan pulang dari LRT tu dalam pukol 6 or 6:30 pm camtu. Mulanya memang aku tak mencurigai apa-apa pun. Aku pun berusaha untuk mengubah paradigma ku supaya tidak terlalu memikirkan. Tetapi, ia tidak berakhir begitu sahaja apabila hari sabtu telah tiba pulak.

Sabtu tu, aku dah settle segala-galanya dari segi membasuh pakaian, memasak, dan sempat membuat sekali lagi sambal belacan tumbok guna lesung batu pukol 9 lebih malam. Mengenangkan si Pojie nanti balik kerja malam mesti lapar. Huhu... Dalam pukol 10 pm tu, aku nih pergi lah membasuh lesung batu. Masa tu, Wan dalam bilik sambil menonton ulangan X-Men di Lappynya. Entah macamana lah kan, sambil-sambil aku membasuh lesung batu di singki belakang rumah, dari tingkat 4 nih aku boleh terpandang lelaki yang memerhatikan Wan tu berada kat belakang rumah kitorang! Arggggghhhhh... Apa ni??? Kenapa niiiii??? Hawat lagu tuuu??? Hang buat apa kat bawah tuuuu??? Dok pandang-pandang aku tengah basuh lesung batu ni? Aku simbah lontaq kanggggg????!!!

Ko nak apa asyik perhati-perhati macam tak puas hati ni? Kitorang ada buat salah ka kat hang? Dah lah aku yang tak kacau kau, buat pa hang plak kacau kitorang? Eeee... entah, aku pura-pura tak nampak dia jer masa basuh lesung batu tu, padahal dia dah nampak aku nih macam dah pandang dia. Lama lelaki tu dengan moto nya yang hidup enjin tu berhenti sekejap kat situ pandang aku. Ei!!!! Risau plak aku sebab, apa motif? Aku Cute ker? Eiiii~ :P ... Kamu sungguh Psiko baaaa!!! Lepas jek aku basuh lesung batu tuh, aku angkat, pastu blah dari situ dan cepat-cepat masuk ke dalam bilik Wan gtau hal tu. Wan terperanzat dan menutup lampu rumah. Kami bergelap dan cuba melihat sekitar. Dari belakang, lelaki tadi tuu beredar pergi.

Tapi, tak berhenti di situ. Rupa-rupanya, kedengaran bunyik motor nya beralih pergi ke depan rumah kami pulak berhenti kat tempat mula-mula dia dok ngendap kitorang kat bumbung parking keta tuh... Eiii! Kenapa lah ko ni? Aku tak faham dengan tingkah engko tuhhh... Kitorang berdua Wan rasa terancam jek. Rasa nak report polis. Betol-betol mencurigakan. Pastu, disebabkan lampu rumah kami bertutup, tiba-tiba, dengan macam tidak puas hatinya, lelaki tadi beredar dan kedengaran seperti bunyik motornya beralih ke belakang semula. Betul! Memang betul! Lelaki tu beralih pulak kat belakang. Aku dok ngendap dia semula dari bilik aku yang menghadap ke belakang dan mendapati, dia tak henti menoleh ke rumah kami. Kali ni, dia bawak moto tuu, tak on lampu motornya. Kononnya dia tak nak orang suspek dia kot... Eeeee... Nampak sangat menipu! Apa motif ko ni?

Mentang-mentang lah si Wan tu Hencem, Aku ni Cute dan si Pojie tuuu Comel, kerrrrr ko nak rompak kitorang? Or else???? Palis-palis!!! Simpang Malaikat 44. Nauzubillah! Hari ni kira hari ke-3. Tak mintak pun kalo lelaki tu buat lagi ker mengendap. Please lah jangan carik pasal ngan kitorang. Tak der arrrr, bukannya ape, kalo nak berkenalan ker, ape ker, kenapa sampai macam tuuu? Nampak macam penjenayah. Jangan lah sampai buat kami ter'Judge' anda bukan-bukan pulak. Yelah, dah lah mengendap housemate aku dari LRT, depan rumah, pastu belakang rumah. Eeeeiii!!! Ko tengah kira spender kitorang ka? EEEeeeeiiii... kena lah berwaspada nih area rumah baru kitorang nih. K-eL ni memang macam-macam berlaku. Tapi, Ya Allah, jauhkanlah macam-macam tak baik tu berlaku kat kitorang. Hindarilah kami dari kejahatan dan hasad dengki. Hanya padaMu lah tempat kami meminta agar diselamatkan.

Dah la pukol 10:30 pm macam tu ko ngendap. Pastu lebih kurang setengah jam gak ko depan rumah kitorang hari sabtu tuu. Eeeee... Apa motif? Jika berlanjutan, aku dan seHousemate akan buat report polis atau akan selesaikan dengan cara terbaeeekkk kami jek nanti. InsyaAllah segala-galanya fine. Amin.
(o_O)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers