I Like it!!!

Sunday, June 12, 2011

"Kenapa Cincin Kahwin Disarungkan Di Jari Manis?"

"Kenapa Cincin Kahwin disarungkan di jari manis?"... Persoalan ini telah pun ditujukan kepadaku. Namun, aku tidak mempunyai jawapan. Pendapatku pula tidak disetujuinya jika kerana cincin itu tidak disarungkan pada jari-jari lain seperti jari hantu, telunjuk dan ibu jari adalah sebab Yahudi. Sebenarnya, memakai cincin pada jari-jari tersebut menyerupai satu puak yang dilaknat Allah S.W.T pada zaman Nabi Luth... Sebab itulah diharamkan memakai cincin pada jari-jari tersebut. Namun, itu bukan jawapan untuk "Kenapa Cincin Kahwin Disarungkan Di Jari Manis?".

Tiada kaitan sebenarnya dengan cincin kahwin di jari manis. Yang bertanya kepadaku pula sebenarnya telah ada jawapan. Jawapannya sungguh sweet. Aku sendiri tidak terfikir. Mungkin juga kalian ada yang telah tahu, dan tidak tahu atau punyai pendapat masing-masing dan alasan masing-masing. Ini penerangannya kepadaku. Maknanya sungguh mendalam kenapa cincin kahwin disarungkan di jari manis. Jika kamu temukan setiap jari kamu, ibu jari dengan ibu jari, jari telunjuk dengan jari telunjuk dan jari tengah ditemukan dan dilipat ke dalam, jari manis ditemukan dan jari kelingking pun ditemukan, ibu jari ibarat parents, jari telunjuk ibarat adik-beradik, jari kelingking ibarat anak... Setiap jari itu dapat dipisahkan kecuali jari manis. Parents akan meninggalkan kita bila tiba masanya, adik-beradik ada haluan masing-masing dan anak akan meninggalkan kita bila sudah berkeluarga.

Jari manis pula, tidak dapat dipisahkan kerana seseorang yang akan menjadi jodoh kita, akan seumur hidup bersama kita. Itulah penerangan yang telah bertanya kepadaku. Bila ku fikirkan balik, jari tengah tu ibarat siapa pulak ya? Huhuhu... Entah lah... Terpulanglah dengan penjelasan ini. Apa yang pasti, bab kahwin ni, aku langsung takdak pengalaman. Dah aku belom kahwennn... Kursus kahwin ponnn tak pergi lagi~ Adei... Walaupun pergi kursus kahwin tu sijilnya ada kegunaan untuk sampai bila-bila pun valid, aku belum pergi gak. Sebenarnya, kursus kahwin ni seronok kalau pergi bersama-sama dengan pasangan masing-masing dan jugak bersama-sama dengan sesiapa yang kita kenal untuk berkongsi pemahaman dan persoalan dalam bab-bab cenggini~ Lama dah aku nak pi kursus kahwin nih. Dulu pun arwah Kak Nana sempat ajak nak pergi. Belum gak pergi. Huhuu... InsyaAllah DeeDee pergi.

Success in marriage does not come merely through finding the right mate, but through being the right mate. You don't marry someone you can live with, you marry the person who you cannot live without."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers