I Like it!!!

Saturday, June 11, 2011

Nenek! Haha... I miss You Nenek!

Sabtu. Bangun tidur dengan mamai nya, tengok Pojie dah tak derk... Gi kerja lar tuu. Tengok Wan dah bangun, tapi maseh mamai gak ngan BB nya di atas katil. Aku pulak tak tengok jam dah pukol brapa. Keluar jer dari toilet tuu, sambung balik menghempas diri ke tilam tebal yang kenyal~ Tingkap dah di bukak~ bagi udara angin sejuk masuk~ Sakitnya kepala... Adeiii~ Aku jangkakan, mesti dah pukol 10 pagi nih~

Tengok jam, rupa-rupanya dah pukol 11 lebih pagi... Alamak! Lewat nyer? Ingatkan dah pukol 10 pagi~ Hurm... Nak buat apa gak... Dalam plan nak turun opis buat kerja yang tertangguh. Dalam pada masa yang sama plan nak pergi Rawang pulak nak jenguk kawan lama di Shopping Complex. Bila sms, kawan tak reply. Mungkin tutup henpon. Tengok-tengok dalam FB rupa-rupanya member ni demam. Tak per lah... next time jumpa eh... InsyaAllah. DeeDee doakan semoga member DeeDee ni cepat semboh! Huhu... Dah semboh nanti, boleh jumpa lagi. Lama tak nampak. Last jumpa dekat Miri kan? Tu pun beberapa tahun lepas. Makan ubat tau!

Pastu, DeeDee baru teringatkan pakaian nak basuh pulak. Haiyo! Sebaldi... Adoi nar!!! Bujang oh bujang! Cepat! Basuh!... Lepas rendam tuu, kepala dah melilau nak buat apa plak hari nih. Tengok si Wan bangkit dan macam bertukang dalam bilik. Rupanya tengah sibuk memasang rak almari kecilnya berwarna putih. Comel rak tuu. Beli kat IKEA hari tu. DeeDee tak sampai lagi pun ke IKEA di KL nih. Huhuhu... Selesai siap jer almari comel Wan tu, beralih pulak Wan bertukang pasang almari pakaian dia. All white gak. Cantik. Kemas-kemaslah bilik tu Wan, sementara tuu, aku pikir nak buat apa. Baru teringat, dalam kepala balik-balik pikir mo memasak, berulam dan dot dot dot... Sempat ker ah? Mana nak beli semua barang tuh?

Beberapa hari lepas, Kak Manis (bukan nama sebenar) ada sempat mengajar DeeDee jalan shortcut pulang ke rumah. Thanks Kak Manis! Kebetulan jer tuu, Kak Manis pun nak balik, laluan untuk sampai ke rumah DeeDee tuu, ada gak lalu rumah Kak Manis. Alang-alang seiring dan sejalan dengan Kak Manis, dia tunjuk pulak jalan tuu, pakej tunjukkan kedai runcit tersembunyik tapi padat barang-barang basic keperluan memasak. Teringatkan kedai runcit tu lewat petang tadi arr buat aku tak kesenangan duduk. Nak pergi ker tak. Last-last, teringat akan belacan dari Sarawak dalam peti ais tu yang Mak Pojie ngan Mak DeeDee bagik, langsung DeeDee out gedik lepas bersiap pergi membeli apa yang patut. Haha... dipendekkan cerita, 2 kali DeeDee turun semula ke kedai runcit beli ikan, cili, dan limau sebab kedai tuuu jual dengan harga murah! oh, I like! Dua kali gak DeeDee masak nasik sebab kali kedua masak tuu, teringatkan si Pojie balik kerja kang tentu belum makan.

DeeDee masak Ikan Kembong goreng cecah dengan Kicap Bercili padi dan di perah limau serta ramuan-ramuan rahsia DeeDee yang di ajar oleh keluarga turun-temurun. Pastu DeeDee buat pulak sambal belacan gabungan belacan Mak Pojie ngan Mak DeeDee tumbok dengan ramuan-ramuan sambal dan ramuan rahsia lagi yang pernah di ajar oleh best workmateku si Mally. Wah, bila semua tuu bergabung, meletop!!! Air Sirap letak ais batu. Pergghhhh... Terbaeeekkk~ Buat Wan ngan Pojie selsema kepedasan dan tambah nasik jer... Bukan main korang cakap timun aku banyak sangat tadi kan? Tengok 2 mangkuk timun tu habis gak dibedal kita bertiga. Aku dah cakap, sebatang timun takkan cukup punyerrrr~ Kita kan awet muda selalu. Terkena lar pulak lagi dalam ikan kembong goreng tu ada telur ikan. Perggghhh... Bila buat sambal tuu, sebenarnya aku teringat akan Nek laki aku. [Tempat aku, kalau Bruneian, panggil Nenek tu samada Datuk Laki or Nenek Perempuan]. Nenek selalu suruh aku buat sambal untuk berulam walaupun telah dilarang banyak kali oleh anak-anaknya supaya jangan makan pedas takut gastrik. Tapi, nenek memang macam tuu. Huhu... Nek, DeeDee teringatkan nenek. Tak sangka nek, pengalaman kecik-kecik dulu DeeDee suka buat kini DeeDee aplikasikan kat member-member seperantau. Nek suka gak suruh DeeDee buat burger dulu. Tak sangka gak DeeDee sempat ketika zaman tak derk kejer dulu bukak stol burger bersama Danial dan Apek, my bro~

Dari sambil makan bersantai berlapikkan newspaper di ruang tamu, sampai lah selesai makan kitorang berguling pulak di tilam tersedia kat ruang tamu sambil menonton perlawanan bola Kelantan versus Terengganu di siaran langsung tv. Haha... Boleh pulak si Wan sambil melayan bola tuu, tertiarap macam katak tertidur-tidur kekenyangan. Wahhhhh, dahsyat! Lain pulak effect sambal belacan aku agaknya kat si Pojie yang tiba-tiba terloncat-loncat nak tangkap anak cicak berkeliaran di siling! Bila anak cicak tuu terjatuh dan masuk bilik, lariiii. Eiiii~ Apa daaa~ Hahahaha... Aku pulak, ni, sedang sibuk menaip dan mengarang blog sambil sms. Haha... Layannn jer lar kannn... Hidup ni penuh dengan pelik-pelik~

Setakat tuu lar aktiviti aku hari nih di Sabtu yang ceria. Nak balik Seremban, sepupu pulak semua tak derk sekali dengan anak-anak dia semua terbang ke Bintulu menghadiri perkahwinan adik perempuan dia. Sepupu aku gak. Tahniah! Sorri aku tak dapat hadir. Ecok pulak, kiranya nak turun opis ker tak. Entahlah. Senang cer, InsyaAllah~ Huhu... Oklah, setakat ini saja For Today.

nenek dah lama takda... sebab tu teringatkan nenek. Al-Fatihah...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers