I Like it!!!

Friday, June 10, 2011

Awas! Anda Salah.

Haaaaa... wahhhh, ada projek! Ermmm, jap! mana si Pojie nih... sms. Hiah! owww, Pojie tengah overtime. Okeh okeh... Tak pa... Pas ni makan sama. Aku nak masak nasik lebih nih. Wan pun dah bagi Green Light suruh masak nasik makan jer ngan Ayam Masak Merah abang dia masak aritu dari Miri. Huhuhu! Terbaeeekkkk la Bro... pasni aku panaskan. Tengah masak nasik sekarang, tapi bukan nak buat sushi ahhh, bahan pun tak cukup nak buat sushi nih, makan hentam jerrr arrr macam tuuu ngan lauk-pauk yang ada. Hoho... Kejap lagi aku nak goreng yang lain-lain pulak plus sambal udang goreng belacan! Hahakkzz... Oppsss, melantak kau! Anda di rumah jangan marah ya~ [Ceh, macam lah tengah buat siaran lintas langsung...Ngada2 ah~]. Aku memang tau kalau abang si Wan ni yang masak memang sedap. Dulu makan Laksa Sarawak di hari raya tahun lepas, abang dia buatkan sambal belacan untuk di makan bersama Laksa Sarawak, perggghhhh, memang terbaeeeekkkk dou! Anyway, mood aku baik hari nih, aku bagi tips diet sikit lagi hasil dari penemuan aku hari tuu yang rajin terbaca ketika selak-selak majalah nak tengok Gadget. Nah~ Silakan membaca ya dear~

Tahukah anda, bar tenaga bukanlah pengganti makanan yang baik ketika berdiet kerana ia bertujuan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh? Ia tinggi kalori dan menyebabkan anda mudah lapar.

Bar tenaga sebenarnya lebih sesuai untuk mereka yang aktif (atlet) untuk kekal bertenaga.

Bar tenaga pula terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis tinggi gula (sesuai untuk mereka yang terlibat dalam sukan marathon) dan jenis tinggi protein (digalakkan untuk ahli bina badan).

Jika anda alah dengan susu, gantikan ia dengan yogurt kosong atau minuman yogurt untuk menikmati oat dan bijirin anda. Tambahkan buah-buahan kering untuk menambah rasa dalam hidangan oat anda. Masukkan sedikit mentega. Sedap!

Pengambilan kafein bagus ketika berdiet sekiranya anda aktif kerana ia membakar lemak. Tetapi, pengambilannya secara tidak terkawal boleh menyebabkan gastrik dan tubuh kehilangan kalsium.

Kaum wanita, jangan amalkan kafein. Tidak elok! Banyakkan minum air kosong.

Untuk mula berdiet memang agak sukar. Terutamanya jika kita tidak mempunyai sebarang panduan.

Kalau begitu, anda carilah teman yang sama-sama mahu berdiet dan mempunyai matlamat untuk kurus. Dengan itu, kalian akan saling berkongsi tip dan menyokong antara satu sama lain.

Anda juga boleh menjadikan mana-mana selebriti sebagai idola anda. Paling penting, belajarlah cara membaca label makanan. Anda juga harus sentiasa peka dengan kesihatan, ia adalah jaminan untuk jangka masa panjang.
(^~^)

Oklah geng! Anda semua dah baca kan? Terpulang nak buat ker tak jer lagi. Hahakkzz... Oh, nasi dah masak, DeeDee nak gi panaskan makanan. Tata anda semua~ jumpa lagi!
Muah~ Muah~ Muah~

beberapa saat kemudian.... Pojie pun tiba ke rumah... nak makan lar tuuuu~~~ arrrr~~~ bersiap!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers