I Like it!!!

Monday, June 6, 2011

One father is more than a hundred Schoolemasters

Bulan yang lalu kita telah mengenali hari ibu right? What about Father's Day? Father's Day is a celebration honoring fathers and celebrating fatherhood, paternal bonds, and the influence of fathers in society. Bermula pada abad ke-12 untuk kaum bapa menyambut kebapaan. It is celebrated on the third Sunday of June in many countries and on other days elsewhere. Kekadang ia menglibatkan dengan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan. Well, seperti biasa... DeeDee pun tak pernah sambut hari bapa ni. Just that, sekurang-kurangnya DeeDee tahu ada hari yang telah wujud bersempena dengan penghargaan terhadap jasa-jasa ayah. Kalau DeeDee menonton kekadang tu kebanyakan movie di tv2, mudah ada sempena hari bapa or ibu. Memang menyayatkan hati kekadang. Layan perasaan tengok cerita-cerita yang memberikan pengajaran sampaikan teringat akan ibu dan ayah kita yang masih ada.

Tatkala sudah terlintas menaip blog hari ni, baiklah, bersempena dengan hari bapa yang menjelang tiba pada minggu ke-3 bulan ni, DeeDee nak sampaikan pengalaman DeeDee terbaca kisah menarik pendek yang DeeDee terjumpa ketika bertugas tadi. Tajuknya : Pesan Si Tua Untuk Si Muda. Suatu ketika dahulu, ketika sedang terlantar sakit dan diberitahu oleh tabib bahawa hayatnya sudah suntuk benar, seorang lelaki tua memanggil dua orang anaknya. Dia berpesan kepada kedua-dua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkannya nanti dengan baik. "Anak-anak ayah... bila ayah sudah tidak ada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. Pertama, jangan sekali-kali menagih hutang pada orang yang berhutang dengan kamu. Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai, jangan sekali-kali kamu benarkan dirimu terkena cahaya matahari. Amalkan pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akan berjaya," pesan lelaki tua itu.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki tua itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Selepas lelaki tua itu meninggal dunia, perniagaan dan kedai-kedai yang ditinggalkannya diuruskan oleh dua anak lelaki tadi. Kedua-dua beradik berkenaan menuruti pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Anehnya, selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu jatuh merudum. Sebaliknya, perniagaan yang diuruskan oleh si abang pula bertambah besar dan maju.

Suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelakinya tadi. Dia bertanya, apa terjadi pada perniagaan mereka. Si adik terus mengeluh dan memberitahu, kini dia hampir bankrap. "Apa yang kamu buat? Kamu ikut tak pesanan arwah ayah kamu?," tanya si ibu.

"Ikut, mak. Saya tidak pernah menagih hutang dari mereka yang berhutang dengan saya. Tapi masalahnya mereka tak bayar pun hutang-hutang mereka. Hutang itu sudah terlalu banyak sampai saya kehabisan modal. Untuk mengelakkan daripada terkena cahaya matahari, setiap hari juga saya terpaksa keluarkan duit tambahan bagi membayar tambang beca untuk ke kedai. Mak, sekarang duit saya dah tak ada lagi, saya kena tutup perniagaan saya". Si ibu berpaling pula ke arah anak sulungnya. Dia bertanya, bagaimana perniagaannya boleh bertambah maju dan besar.

Jawab si abang, "Bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan saya mesti dibayar dengan tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya, modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancar. Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kena cahaya matahari semasa pergi dan balik dari tempat kerja, maka saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang bila matahari terbenam. Ayah memang bijak, pelanggan saya semakin hari semakin bertambah sebab kedai saya dibuka paling awal dan ditutup paling lewat." Si ibu tersenyum. Ternyata anak sulungnya itu dapat membaca maksud di sebalik pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dulu.

Pembaca sekalian, orang tua adalah orang yang tinggi akalnya. Mereka tahu asam garam dunia dan sering menguji kita dengan cara yang tidak kita duga. Tetapi orang muda sering melihat pesanan orang tua pada satu lapis permukaan saja. Orang muda yang berjaya adalah mereka yang mendengar nasihat orang tua dan bijak membaca ketinggian akal mereka. Oleh itu, kepada rakan-rakan DeeDee yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka selagi ada. Sekiranya mereka telah tiada sekalipun, ingatlah pesanan mereka. DeeDee dalam apa-apa hal yang melibatkan kesedihan antara perhubungan rakan-rakan dan tingkah laku yang menyakitkan hati DeeDee oleh rakan-rakan, senang sahaja jika DeeDee teringatkan pesanan ibu dan ayah DeeDee. Di sana DeeDee akan berusaha bersabar dan ingatkan amaran dan ajaran keluarga. InsyaAllah. Selamat dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers