I Like it!!!

Sunday, May 22, 2011

The field of consciousness is tiny. It accepts only one problem at a time.

Trilogi di sebalik trilogi bakal merungkai episod ku kali ini sedikit demi sedikit. Walaupun aku telah membuat kata putus dalam keputusan hidupku untuk meneruskan kehidupanku berdekatan dengan tempat kerja, namun realitinya tak semua yang menerima. Di kala ini, kesakitan kepalaku telah berkurangan kerana asyik memikirkan untuk orang lain. Walaupun aku telah berhijrah ke rumah baru yang lebih dekat dengan tempat kerjaku, namun kisah di rumah lama tidak berhenti dan berakhir begitu sahaja. Baru-baru ini, aduan dari rumah lama telah sampai lagi kepadaku. Walaupun aku tidak duduk di situ, aku tetap terima aduan dan update tentang rumah itu. Aku yang merasa, lagilah siapa yang tahu. Ada di antara housemate lama di rumah itu seringkali menghadapi kesulitan dan kesukaran membayar pantas kepadaku bila ketika aku menagih duit sewa untuk ku sampaikan kepada tuan rumah sewa. Oleh itu, selalunya aku tolong dahulukan dengan duitku sendiri.

Aku terlalu menjaga hati tuan rumah sewa lama. Senang saja kenapa aku terlalu menjaga hati tuan rumah sewa. Walaupun hakikatnya tuan rumah sewa tidak tahu kesukaran yang tengah aku alami sekarang. Dahulu, mula-mula mencari rumah sewa, bukan main susah, setelah dapat, bila aku pindah sekalipun, aku tetap ingat janji-janji kami semua serumah lama itu akan duduk lama. Tetapi, sekarang keadaan telah bertukar jadi begini. Salah seorang housemate mengadu padaku yang seorang lagi housemate tidak balik ke rumah untuk sekian lama. Bilik housemate yang tidak balik tu pulak bukan main sepahnya siap dengan bekas-bekas makanan dan sisa-sisa. Terdapat juga bau yang tidak menyenangkan. Aku faham apa yang diadukannya padaku sedangkan aku pernah terlihat dan terhidunya sendiri. Namun, apakan daya kami yang tidak sebilik untuk mengemas dan membersihkan biliknya. Tanpa disedarinya juga, keadaan biliknya itu menjejas kami sehousemate samada dari kesihatan dan jugak mental. Kekadang Cik T (tikus) keluar masuk. Lipas dan seangkatan dengan tentera perosak kekadang shuffle dalam tuu~ Tak tau lah kalau ada makhluk halus sekali dalam tuu~

Apapun, housemate yang mengadu kepadaku itu mengadu agar tanyakan samada si housemate yang telah lama tak balik tu, duduk lagi ker tak di rumah lama itu. Kalau tidak duduk, akan mencarik pengganti baru menduduki bilik itu namun dalam aduannya pula, takut untuk mengemas dan mengusik barang-barang empunya housemate yang tak balik-balik tu nanti dikhuatiri hilang disalahkan pulak. Kalau ikutkan aku, semua itu sepatutnya boleh dilakukan terutama part membersihkan. Namun, ikutkan prosedur pembayaran rumah sewa, housemate yang lama tak balik rumah tu, tetap setiap bulan dia membayar sewa kepadaku walaupun ikut kiraan bayaran sudah 2-3 bulan tak balik rumah. Walaupun tetap membayar sewa, namun tetap lambat membayar kepadaku sehinggakan aku begitu sengkek untuk mendahulukan duit sewa kepada tuan rumah sewa terlebih dahulu.

Sebenarnya, lain-lain hal tu, aku dah terpaksa buat tak pedulik. Tetapi, aku tetap mempunyai tanggungjawab terhadap rumah sewa tuu sebab aku masih ada perjanjian lain lagi dengan tuan rumah sewa. Masalahnya, apabila perkara sebegini, aku juga yang disuruh menegur housemate yang telah lama tidak balik itu. Walhal, housemate yang telah lama tidak balik tu rakan sekampung dengan housemate yang mengadu tu. Apakah salahnya jika housemate yang mengadu tu sendiri bertanya sendiri pada rakan sekampungnya itu. Selama ini aku tidak berani menegur perangai dan sikap masing-masing sebab mereka adalah rakan sekampung dan aku terlalu menjaga hati hubungan persahabatan mereka. Rupa-rupanya di sebalik kehipokritan masing-masing, ada ketidakpuasan hati yang terpaksa melibatkan pihak ketiga untuk menyelesaikan.

Mungkin kerana aku jenis yang terlalu direct sound, sebab itulah aku terpilih untuk sound terus supaya tidak menghadapi masalah-masalah yang lebih parah seperti makan hati, berulam sambal goreng DeeDee masak, ataupun supaya hubungan mereka tetap macam biasa. Entah, itu sebenarnya antara 1001 sebab juga untuk aku telah berpindah ke rumah baru selain daripada aku perlu mengurangkan bajet kos pengangkutan awam pergi balik kerja dan juga terdapat isu-isu lain sebab untuk aku berpindah ke rumah baru ini yang tidak perlu ku ceritakan semua demi mengelakkan dari mengaibkan sesiapa. Cukup. Ini semua tidak akan berlaku sekiranya mempunyai sikap, give and take, tanggungjawab dan masing-masing tahu diri sendiri dah dewasa! Siapa lah aku yang perantau ini hendak mengajar orang yang sememangnya asal di sini. Jika dibandingkan usia, aku lebih muda berbanding mereka semua. Janganlah peristiwa seperti Singapura dilanggar todak berlaku lagi apabila si Hang Nadim telah memberikan ikhtiar, ada diantara pegawai istana yang tidak sukakannya lalu diakhiri dengan hukuman bunuh. [Sarcasticnya aku].

Semua ni berlaku pun sebab aku masih menyewa rumah tu walaupun aku tidak duduki lagi. Aku mempunyai sebab untuk masih terus menyewa rumah tu tetapi setakat Disember sahaja. Lepas tu, aku akan lepaskan tanggungjawab ini kepada yang sebenar-benarnya masih duduk di rumah sewa itu. Yang lain, tidak perlulah ku adukan di sini kalau aku benar-benar mahu mengadu. Lagipun, ini semua sebab sikap masing-masing dan tanggungjawab terhadap rumah sewa. Jika kita tidak dapat mengubah seseorang itu di penempatan kita duduki, adalah lebih baik jika beransur pindah ke penempatan baru daripada terus menerus memendekkan umur di penempatan lama. Tidak semua dapat menerima perubahan. Oleh itu, sentiasalah berubah mengikut keadaan agar fleksibel dan mudah serasi biar di mana pun kita. Berubah tu, biarlah ke arah kebaikan dan bukannya sehingga menjejaskan kesihatan sendiri dan kebajikan sendiri.

Terlihat aku akan akaun Facebook arwah Kak Nana hari ni, hari lahirnya hari ni. Aku teringat lagi, hari lahirnya walaupun tidak sama dengan hari lahirku, namun bulan kelahiran kami berdua sama, iaitu bulan May/Mei.
I miss U Kak.
-Al-Fatihah-


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers