I Like it!!!

Tuesday, May 17, 2011

Public Holidayku Hari ni yang kelam dan kabut sebentar~ Adeiiiiihhhh

"Uhh???! DeeDee!!! Bangun! Ko sik keja ka aritok??!!!" Jam di dinding sudah pukul 7 pagi. Si Fauzi mengejutkan aku dan aku bingkas bangun seperti rumah mahu runtuh dan senyum tak perlu kata apa-apa lalu berlari deras ke jamban. Kedengaran juga Fauzi berlegar di luar tandas. Aku out dan senyum mengatakan,"Fauzieee, ko sik ingat ka aritok PH? Hari Wesak? Hehehe...Aku ney ada keja aritok~ Huhuhu". [Haha, saja membuatkan Fauzi kehairanan aku bergegas ke tandas. Memang pun aku nak ke tandas pagi tadi, cuma maseh tertahan-tahan lagi sampai Fauzi bangunkan baru aku bergegas] Huahuahuahuahuahua...~

Apa pun, Selamat Menyambut Hari Wesak kepada rakan-rakan saya yang menganut agama Buddha. Hehe... keuntungan bagi kami di Malaysia ialah, hari perayaan di antara bangsa terbesar di Malaysia, kami pun turut tempias untung cuti umum. Dapat larrrr rehat~ Huhuhu... Anda tahu tentang hari Wesak? Tak tahu takper, DeeDee gtau dan hayati bersama okeh? Sebelum tuh, nak explain hal pagi tadi tu pulak. Yang si Fauzi risau aku terlewat tuu~ Hahahaha... Geng! Ko tau ka?!! Hari Isnin hari semalam? Adoi na!!! Semalam, memang betol weiiii aku terlewat bangun untuk pertama kalinya dalam tahun ni saja lah... Aku datang ke opis aku lewat jam punch kad sebanyak 21 minit! Huahauahuahauahauahauahaua [ini bukan sesuatu yang membanggakan!]. Adoiiii~ Ye larrr, mentang-mentang dah berusia nih, tiba-tiba plak aku lewat bangun! Ternyata kelenaan tidur aku dengan wish-wish hari jadi yang menggembirakan dari korang-korang semua yang wish aku tuh, cukup buat aku tidur tersenyum sampai terlewat bangun pagi untuk kerja~ Hahaha...

Alarm clock aku berbunyik pun aku siap tutup lagu alarm kat kedua-dua handphone aku tuhhh belum sempat pun lagu alarm tuh habis~. Ternyata, sungguh lena~ Huahauahuahaua~ Jangan diamalkan ya. Sebab tu lar si Fauzi bimbang kejadian semalam tu berulang bak kata Tomok -Sejarah Mungkin Berulang oh kekasih~ Huahauahauahaua... Apa pun, thanks la kat jasa baik si Fauzi care and tolong bangunkan walaupun tak ingat memang hari nih aku tak koja punnnn~ :P (^~^). Lantas, bila aku sudah bangun, aku sambung semula tidur dan bangun semula bila cukup rehat. Apa lagi, memasakkkkkkkkk!!! Hahaa... Ini saja kesempatan yang ada bila Fauzi di rumah. Dua hari lepas asyik makan dengan Wanzy saja. So kecian plak si Fauzi tak dapat join sebab syif kerjanya berbeza~ Kali ni aku masak, kompom si Fauzi sempat~ Yeayyyy~ Lagipun Fauzi kerja pukul 3pm bertolak dari rumah 2pm. Sempatttt~~~ Huhuhuh...

Oppsss, melalut pulak. Ya ya ya... tentang Wesak Day. Hari Wesak ni merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka. Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha, yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Patutlah semalam aku tanya kat Kak Blossom, dia cakap pagi-pagi dia akan pergi ke Kuil di Chow Kit. Anyway, Happy Wesak Day Kak Blossom (bukan nama sebenar). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi. Ohhhhhh, begituuuuu~ Selamat Hari Wesak 2011 dan selamat bercuti. ◕‿◕

Bulan May ni memang macam-macam perayaan ada termasuklah Hari Jadi saya~ :P Balik-balik cerita bufday. Haha. Soalnya semalam ko ga explain sama kami sih DeeDee? Semalam? Errrr... ya ya ya... Hari Guru semalam. Ya ya ya... Siapa yang tak ingat hari Guru kalau dah sederet dengan hari jadi aku~~~ Hehehe... Okay, Selamat Hari Guru juga kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya sehingga saya begini dan begitu dan juga kepada semua guru-guru di dunia yang selagi mengajarkan benda-benda dan pelajaran yang baik-baik dan bermanfaat! Huhuh... [Tak pulak PH semalam]. Hari Guru di Malaysia disambut pada setiap 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Begitulah al-kisahnya Hari Guru yerrrr kengkawan~ Huhuhuuh...

So, sekarang... apa lagi perkembangan terkini nak di share?Ermmmmm... takder... ermmmm, handphone aku. Hurmmm, menyampah sarapnya rasa handphone aku yang satu tu, tiba-tiba saja padam sendiri. Eiii... nampak sangat nak mintak tukar handphone. InsyaAllah tahun ni target tukar handphone. Pada mulanya aku nak carik handphone yang dapat dua sim card bukan CSL Brand, tapi yang Brand Samsung tuu. Tapi, tu larrr, yang touch skrin Samsung dapat 2 simkad tuu kebanyakannya cepat sangat stop jual. Banyak kedai tak nak rugi lar tuu. Hairan aku. Takper-takper. Aku kena save budget plak kali ni untuk carik handphone lain kalau boleh dapat letak dua simkad. Rimas rasanya membawa ke hulu ke hilir dengan 2 handphone. Macam terlalu ramai skandal plak :P. Lately, aku dah jarang tengok wayang. Memandangkan si Fauzi kekadang selalu rajin pinjam pendrive aku dan bawak cerita movie-movie terbaru. So, aku layan jewww. Hehehe... kalau layan tuu pun, kitorang layan ramai-ramai kat rumah sampai tertido-tido kat ruang tamu tuhhh. Tak kisah lah cerita seram ka, aksi ka, perang ka... terutamanya lawak ka, bila bersama-sama menonton, cerita tu tak best ker best, tetap best!!!! Layannnnn... hahaha... Sebab tu larrr rumah ni selalu riuh-rendah tak kira waktu malam mahupun waktu pagi sebab penuh dengan gelak ketawa riang raya Cornflakes~ Pedulik kat jiran sebelah rumah. Asal jer dulu mula-mula kitorang datang pindah, tiap kali nak tegur dorang, dorang buat-buat tak nampak dan sombong jewww. Hurmmm... Tak per... kitorang saja nak berkenalan sebab jiran jeww. Tak per lar kalau itu Pe'el korang di K-eL. Huhu... tetap kitorang meriah~

Buat masa nih, aku nantikan dengan kesabaran saja lah dulu cerita X-Men : First Class yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Huhuhu... yang tuu memang aku nak sangat tengok di wayang sebab aku tak pernah terlepas menonton cerita X-Men kegemaran! Sementara tu nanti, akan keluar pulak cerita Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides. Huhuhu... sabar jewww. Cerita melayu jer nanti aku berkira sikit nak tengok terbaru nih dengar pasal wayang Nur Kasih. Hurmmm, tengok lah macamana nanti. Hehe... So far, kalau pasal tempat kerja aku sekarang, Alhamdulillah sebab aku dah dapat kembali buat kerja aku ikut turutan asal semenjak MuMu (bukan nama sebenar) telah ambil alih kerja. Nampaknya sekarang di tempat kerja aku nih semakin ada muka-muka baru yang masuk kerja dari yang telah berpengalaman hinggalah tiada pengalaman. Bagus gak lah ada pertukaran wajah-wajah baru nih. Muak gak tengok ada segelintir pekerja-pekerja lama yang tak bertanggungjawab dan bengkeng. Sekurang-kurangnya dengan adanya yang baru nih, mudah untuk dilentur buluh dari rebungnya. [Senanglah mengajar dan menerima ajaran kerja yang dipertanggungjawabkan]. So, semuanya just fine. Alhamdulillah. Baiklah, esok sudah mulai kerja semula, saya wish, Selamat Bekerja dan meneruskan apa saja pekerjaan dan pelajaran esok ya.

Esok, ibuku akan menjalani pembedahan memotong selaput pada mata yang hampir menutupi anak mata. Semoga pembedahan selaput mata ibu esok berjaya dan maafkan DeeDee tidak berada di samping ibu ketika ini kerana menjalankan tugas di perantauan.
Love you Mum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers