I Like it!!!

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja kepada Yang Bekerja dan Selamat Bercuti kepada Yang Tak/Belum Bekerja :D

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan blog dan juga rakan-rakan yang telah mengenaliku setakat yang mampu :)
Apa khabar anda semua? Kepada yang memahami hari ni hari Public Holiday kegemaran pekerja-pekerja seluruh alam, pastinya anda gembira. [Jika tidak gembira, wak hang wak lu, lantak kau lah ya :P]. Dan, kepada yang meraih keuntungan bercuti walaupun tidak bekerja tu, tahniah dan semoga gembira juga. Untung kamu buat masa ni :D [walaupun bukan pun kamu pun mengeluarkan pun modal pun :P]
Rileks-rileks lah ya...

Kepada yang bekerja pulak di hari PH ni, jangan bangun lewat macam saya pulak! Bangkit dan terus bingkas bangun dan tunaikan tanggungjawab anda yang cute itu. Tanpa anda yang bekerja, siapalah kami. DeeDee berasa amat syukur [Alhamdulillah] apabila hari ni diizinkan Allah untuk berehat di rumah setelah seminggu berpenat lelah bekerja menyiapkan kerja-kerja yang saya menanggung, ditugaskan dan urusan-urusan lain yang harus disegerakan. Oh, aktiviti saya sungguh padat sehinggakan saya tidak terdengar bila kawan-kawan saya memanggil saya hampir 3 kali... Oh, sungguh tidak patut saya melupakan dunia nyata yang saya pijak ketika itu. Haha... Balik dari exam aritu, kawan saya si Miss Wawa panggil-panggil jerit nama saya punnn saya tak sodarrr... Adoi... [ke mana pikiran aku masa tuh melayang? Asyik nak menyiapkan segala-galanya saja]... Sorry to say~ Sorry Seems To Be The Hardest Word by Elton John dan kumpulan BLUE la kunun ya :)

Exam! Selesai sudah exam saya buat masa ni yang telah saya hadiri pada 28 April bersamaan Tahun Gajah tu tadi. [Tahun Gajah ka? Bukan Arnab?] Terus-terang, soalan-soalan exam esei yang saya jawab semuanya senang, tapi, disebabkan saya tidak study, moga anda faham bagaimana rasanya memandu kereta tanpa kemahiran. {Begitulah al-Kisahnya} Jadi, apa lah tips dan cara anda menjawab Dee? {Terus-terang, saya salin bulat-buat nota rujukan yang disediakan untuk dirujuk} Wassalam... Waaaaaa {ini bukan untuk dibangga-banggakan}. Hebat anda Dee menjawab dengan penuh confident dan keluar dari dewan Exam dengan penuh keyakinan mantap berkesan meletup kebabom rupanya anda saja-saja jawab dengan ilmu yang setakat ada dan hasil pengalaman bekerja saja~ {Hurm, sekurang-kurangnya aku telah berusaha menjawab dengan bersungguh-sungguh} [dan tiada niat saya suka-suka tidak study sebab ada alasan yang tidak boleh saya ungkai di sini].

Takpe Dee, hari ni semuanya telah berlalu, dan apa cerita pulak semalam Dee? Bukan anda bekerja di Jusco Mahkota Cheras kah semalam? Sabtu kan semalam? Anda pun kerja? {Tu larrrrrr nak Habaq mai kat Hang!!! Ce Cite Ce Cite~ Begini haaa cerita nya~~~} Al-Kisahnya si DeeDee ni tadi ditugaskanlah bertugas di Jusco Mahkota Cheras yang jauhnya beribu batu dari tempat kediaman kalau tiada pengangkutan sendiri dan hanya menggunakan transport awam seperti Bas RapidKL dan Metro [kalau ada]. Jadi, bagaimanapun, dengan izin Allah, dipendekkan cerita, DeeDee dapat transport dari tempat kerja!!! Wahhhhh!!! Tak sia-sia usaha memohon transport penghantaran ke Jusco! Plus, pemandu tuu bukan pernah jumpa pun! Plus, DeeDee dapat kawan baru! Plus, Pemandu tu pulak hanya memandu untuk Timbalan Big Big Boss! Oh, Ya Allah, trimas-trimas ya Allah... Alhamdulillah Kau permudahkan kerja-kerjaku minggu nih... Aku kepenatan dan Kau berikanku penawar :) [FYI, if guna pengangkutan awam, DeeDee akan sampai sejam kemudian, Harap Maklum, Terima Kasey]

Tahniah atau dalam bahasa Koreanya, 축하합니다 Chuka Hamnida lar kepada Putera William, Duke of Cambridge (William Arthur Philip Louis lahir pada 21 Jun 1982) telah berkahwin dengan Kate Middleton (Catherine Elizabeth lahir pada 9 Januari 1982) pada 29 April 2011 bersamaan dengan Hari Jumaat di Westminster Abbey, London. Perkahwinan diRaja gitu. Anyway, tahniah ya dari DeeDee walaupun anda bukan kerabat saya :D Saya gembira sekali buat kamu di sana. Yang baik-baik begini usah di lambat-lambatkan. Happy dan Bahagia Selalu.
Saranghae and Hee Ae...

Jadi, bersempena dengan Hari Pekerja = Labour Day nih, anda nak buat apa Dee? Antonim dan Sinonimnya, baik saya berehat dan ikut mood kemampuan saya jika saya mahu teruskan window shopping lalu tershopping barang keperluan rumah. InsyaAllah. {Ada lebih baiknya jika anda berehat saja Dee}. Hargailah Hari Pekerja ini kerana tak semua dapat menikmati nikmat bercuti di Hari Minggu plus Isnin esok. Housemate saya kini si Fauzi pun sedang bekerja. Esok, insyaAllah, dia punyai masa dengan saya, jadi, saya akan bawa dia pulak membeli barang keperluannya. [Saya kan perunding imej dalam senyap]. So, bila semuanya telah stabil, insyaAllah kita Partyyyyyyyyy!!! Buahahahhaa... Dei Dei Dei~ Kain baju melambak dalam baldi tu Dee? Siapa mo basuh? Baik ko basuh, Holiday-holiday lah jugak! Tapi, di rumah mesti Kerja! Harus! Disokong di jamin HALAL! Pegi basuh sekaranggggggggg!!!! Jangan Escape - Enrique Iglesias!

Walhal, sebenarnya, hari ni, aku mana bley kuar gak. Kaki aku sakit kedua-dua urat sebab kepenatan dan bengkak urat asyik maju ke hulu ke hilir menunaikan tanggungjawab. [Muda-muda lagi dah gitu, nampak sangat tak jaga Kesihatan] Bukan begitu, entahlah... Haha... Ya, ya, telah saya sapu minyak Balm dan Minyak Cap Kapak! Beransur sudah pulih. Alhamdulillah. Plus juga, petang ni haaa, aku ada perjumpaan a.k.a perjanjian dengan Tuan Rumah Sewa Baru nih, so, better aku stay kemas-kemas rumah dan buat apa yang patut agar semuanya terurus. Petang ni jugak kununnya aku bayarkan kesemua deposit dan sewa-sewa lain dan jugak bil-bil yang patut. So, tiada alasan tiada duit! Itu semua hasil kutipan serumah Bini 1 dan Bini 2! So, mesti bayar apa yang di pertanggungjawabkan! [Susahnya menjadi Ketua Dua Rumah] {Tiada Alasan Dee! Mesti} [Ya ya ya, saya tahu, saja tadi~]

Oklah! Bulan May adalah bulan Kegemaran saya sebab Hari Lahir saya, Hari Ibu, Hari Pekerja, Hari adik-beradik angkat saya, Hari-Hari saya dan jugak Keropok brand Hari-Hari. Oleh itu, kita mesti gembira selalu! 행복해 Haengbokhe!
◕‿◕

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers