I Like it!!!

Saturday, April 23, 2011

Selamat Pagi DeeDee dan Hari Yang Panas Ceria

Selamat Pagi Semua! Dan kalau dah malam baru korang nak baca Blog aku sekarang nih, Selamat Malam semua!!! [Haha, siap awal-awal ucap Selamat! Sungguh Bajet kan!]. Huhu... Hari ni sabtu lagi. Bermulanya hari ni, aku akan sibuk hingga sabtu depan! Mintak-mintaklah hari ahad dan seterusnya aku rileks walaupun bekerja. Hurm... Mau tau apa cerita? Sebelum itu, cerita hari ni dulu! Huhuhu... Pagi-pagi lagi aku telah bangun dan memamaikan diri. Di pendekkan cerita, terlintas membuat teh hijau di pagi hari. Tentu saja tau apa kesannya meminum teh hijau. Huhu... Tapi, amat baik untuk kesihatan perutku. Teh hijau panas tanpa gula. Memang benar iklan di tv tentang teh dapat membangkitkan semangatku. Semangat apa? Semangat ni banyak. Antara 1001 semangat aku yang bangkit ni Blogging! Haha... Wahhh, di pagi sabtu yang tenang di rumah sewa baru ni betul-betul membuatkan aku semakin semangat mau menaip walaupun tiada apa mau cerita sangat. Okeh, bangun pagiku melayan sudah music-music Korea dan Barat. Antara terbaru yang paling aku suka dengar tuu dari cadangan rakan juga malam tadi di Facebook, lagu Ring Ding Dong dan juga lagu Replay yang dinyanyikan oleh kumpulan Korea SHINee. Huhu... Layannnn. Lagu lain aku suka buat masa ni, J-Lo dan Pitbull - On The Floor kerana ada lagu lama oleh Kaoma - Lambada terselit sekali dalam iramanya. Begitu juga dengan lagu Travie McCoy bertajuk We ll be alright. Huhuhuhuhu... Apapun, apa lagu yang anda suka, sila cadangkan untuk saya dengar. Huhu... Sharing kan Caring???

Hari ni DeeDee nak ajak Fauzi lah jalan-jalan KL tunjukkan dia jalan mudah untuk sampai ke destinasi walaupun dia telah tahu kebanyakan tempat, tapi kali ni aku nak ajak dia ronda restoran dan gerai-gerai berdekatan rumah sewa baru ni dan jugak aku akan direct bawanya ke Sogo dan menunjukkan lagi jalan singkat untuk sampai ke Masjid India dan menaiki LRT paling cepat sampai ke rumah! Yippi! InsyaAllah. Jalan-jalan hari ni sebab aku nak beli barang keperluan rumah. Aku tak pasti lagi seminggu ni aku punyai masa keluar yang cukup kerana mungkin aku akan keletihan akibat kerja yang mendadak seminggu ni walaupun sepatutnya pada bulan ini aku harus sibuk dengan persiapan peperiksaan. Namun, begitulah kalau kita berada berdekatan dengan tempat kerja HQ, minta maaf sajalah dengan kerja Hakiki. Kirim salam saja lah, pasti tergugat dan terganggu. So, aku Redha jeww lah dengan tugasan ni. Lagipun, kalau aku ditegur atau dimarahi bagaimana sekalipun kalau kerja tak siap, sekurang-kurangnya aku ada alasan yang kukuh kan?

Esok Ahad, tapi aku kerja menggantikan teman yang akan Exam. Namun, tidak perlu ku katakan juga aku juga punyai exam. Tidak mengapa ba itu... Aku bagi peluang ya. Huhu... Exam kali ni pun, aku akan hadir sekadar untuk mengetahui bentuk-bentuk soalan. Aku tahu aku akan gagal pada ujian kali ni, tapi sekurang-kurangnya aku telah tahu daripada langsung tidak tahu. Examku pada 28hb April ni, tapi kesibukan daripada esok hingga 30hb. Hari ni pun tidak mustahil jika Big Boss or Bos ada call aku untuk cover mereka menjemput tetamu dari luar negara di KLIA. Nevermind, tugas is tugas! Harus jalankan! [Sedapkan hatiku saja :)] Huhu... Esok aku akan jadi penyambut tetamu. Isnin hingga Rabu sibuk menjemput tetamu dari Hotel-hotel di KL ke opis. Khamis pula exam. Jumaat tentu saja singkat masa bekerja [Yang Faham saja Faham]. Manakala sabtu 30 hb aku ditugaskan bertugas di Jusco, Mahkota Cheras! Mak aiii!!!! Jauh ba jauh~~~ Takpa-takpa, sabar Dee sabar Dee kap kun kap! Hoho... So, senyum tak perlu kata apa-apa... Janji pembaca tahu apa yang ku rasa kini cukuplah. Huhu... Di pejabat pula aku speechless saja bila ada-ada saja ragam lah. Di pendekkan cerita, aku buat jak satu-satu kerjaku... Lama-lama tu nanti siap ba jugak kan? Kan Kan Kan... Ini semua ujian ni... Tabah DeeDee! Sabar! Huhu... Ceria Ceria Ceria! Aja-aja! Fighting!!! Hari ni pulak biasanya aku akan balik rumah bini pertamaku. Hohoho... Memang tak sompat eden balik sobab ecok koja... Lupakan saja niat tu. InsyaAllah next week yeahhh... Petang di rumah ni pun best kalau jemur pakaian! Baru tadi saja si Wanzy [my housemate jugak] membasuh pakaian, sekarang aku pergi pegang pakaiannya di jemuran telah kering sedikit! Wahhhh... ternyata rumah ni boleyyy buat bisnes Dobi ni nanti cepat keringgggggg... Hahahaha...

Hari ni pun sebenarnya aku masih lagi terkena selsema. Agaknya kejutan air yang kotor tahap karat kot kat rumah ni. Alaaaa, K-eL kan? Jangan nak mengharap yer air bersih sejati. Ko tapis jewww, ko tengok balik penapis tuu tak perlu tunggu seminggu, tak sampai sejam dah kuning karat sudah penapis. Hehehe... Oklah geng. Setakat didih ni jer lah aku blogging now. Aku nak mandi dan bersiap! Tunggu Fauzi pulang dari kerja dan melangsungkan perjalanan kami. InsyaAllah segalanya okay saja. Dan tak mustahil jugak aku mungkin datang opis nak siapkan kerja yang tak pandai habis. Haha... Tata dear~
Jumpa lagi sidang hadirin dan hadirat!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers