I Like it!!!

Thursday, April 21, 2011

Ceramah Kanser : Sedap Untuk Tekak Tak Sihat Untuk Badan. Saya Setuju! Anda?

Pada 19 April ni tadi, aku yang sedang sibuk-sibuk membuat kerja, tak terlintas untuk menghadiri Ceramah yang diadakan kat opis aku nih sehinggalah si Marshill call aku ajak temankan sebab Qistina Aguilera tak de'. Aku on jak. Semasa tengok klip-klip videonya, dan sebutan tentang kimoterapi dan radioterapi mengingatkanku pada penderitaan arwah Kak Nana. Buat aku terus menumpukan perhatian mendengar ceramah yang disampaikan oleh Kak Dib rasanya nama panggilan senangnya. Nasihat-nasihat Kak Dib tuu memang amat benar dari segi penjagaan kesihatan, pemakanan dan gaya hidup!. Walaupun tak makan dek usia 64 tahun rupa Kak Dib tu, mengukuhkan lagi fakta-fakta serta amalan pemakanannya yang telah lama juga dia amalkan. Aku tertarik dengan beberapa nasihatnya. Antaranya, 5-7 tambahan sayur-sayuran & buah-buahan dalam makanan seharian. Makan ayam tanpa kulit, lebihkan makan ikan.

Bijirin. Kalau goreng-goreng makanan tuu, minyak sedikit saja. Tapi bagi aku, baik aku beli Periuk elektrik terbaru jenama Philips tuu yang kalau goreng tanpa menggunakan minyak. Walaupun makanan tu macam French Fries or Nugget. Sekurang-kurangnya 80% daripada lemak tuu takdak~ Hehe... Ada banyak cara lagi ba kan untuk menikmati makanan kegemaran dengan sihat asalkan pandai jumpa ikhtiar. Namun, memang benar kata Kak Dib tuu, jangan makan kulit ayam. Tau-tau sajalah kan, kot-kot ayam injection! Betul betul betul! Makan ikan tuu memang aku suka! Huhu! Tapi aku paling suka ikan goreng! Hehehe... ape ape jer larrr~ Pastu Kak Dib ada cakap pasal, api mesti kecil bila masak! Wahhhhhh~ Insaf terus aku dengar bila dia cakap part api mesti kecil tuu! Bagi korang mungkin ada yang tak insaf lagi kot or tak serik lagi membeli makanan di luar, tapi, sedang aku insaf-insaf tak nak beli makanan di luar ni, aku terbeli gak~ Cuma, time beli tuuuu, kurangkan makanan yang bergoreng sangat~

Sebab Kak Dib cakap, kekadang kita ni tak tau punnn makanan yang di masak dengan panas yang berlebihan boleh menukarkan kandungan kimia di dalam makanan tersebut yang boleh mengundang / mendatangkan kanser! Memang benar jugak tu kak! Kan pernah gak kita dilarang memasak sayur terlalu lama takut kehilangan vitamin. Rupa-rupanya, kalau sudah hilang vitamin tuu, ada di dalam kandungannya itu bertindak balas yang tidak baik jika dimasak berlebihan! [Baik aku berulam jer lah, tak yah nak masak-masak nih, melainkan aku sendiri yang masak. Ya dak?]. Thanks Kak Dib! Pastu kan geng, Kak Dib cakap, Minum air bersih! yang semulajadi. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Biasanya, orang peminat tegar minum air kosong or suam macam aku nih terlebey 8 gelas rasanya minum air~ Aku peminat setia minum air kosong saja! Huhuhuh...

Kak Dib cakap, senaman 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 20 minit. Saya percaya tu kak! Kalau tak bersenam, walaupun kita nih jalan kaki hari-hari sekalipun rutin kita, tak sama dengan senaman kan? Kalau kita konon perasan berjalan kaki hari-hari tuu atau turun naik tangga walaupun rumah 5 atau 12 tingkat sekalipun, takder maknanya kita akan kurus dou~ Badan kita nih mudah immune lah katakan. Macam kalau sudah terbiasa dengan pergerakan yang kita biasa lakukan tuu, takkan nampak sangatlah mengubah perubahan bentuk fizikal kita. Sekurang-kurangnya dalam senaman kita tuu, yang jarang pernah kita buat dalam masa seminggu. Contoh saja lah kan, macam dalam seminggu tu ada buat Bangkit Tubi or Tekan Tubi. Otot-otot yang terlibat tuu, akan berubah dan bermuscle lah dan nampak perbezaan sedikit-demi sedikit jika dilakukan berterusan tetapi sekurang-kurangnya 3 kali 0r 2 kali per week. [Macam ada pengalaman sajak]. Kak Dib ponn cakap pagi-pagi tuuuuu tarik nafas segar dalam-dalam kat pokok hijau~

Syukurlah semenjak pindah rumah baru nih, ada gak berderet pokok hijau depan rumah nih. Sejuk mata memandang tak kira siang mahupun malam. Suasana kampung tuu terasa ada saja~ Tapi, ingat gak pesan Kak Dib tuu pasal, sedut nafas tuu biarlah sedut time awal-awal pagi takdak banyak or takdak langsung kereta lalu! Baru dapat pure udara. Kan kan kan~ huhuhu... Betul tu kak! Lagipun, udara dari kenderaan yang berasap tuu mengandungi Karbon Monoksida dan Sulfur Dioksida yang berlebihan. Euuuuu!!!! I don,t like that!!! Huhuh... Banyak gak tips yang kakak tu bagi lagi geng! Hari ni pun aku terus amalkan sebab aku sangat memerlukan beberapa tips dia tuu selepas sahaja aku buat pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan selepas ceramah kanser tuu. Result yang aku dapat telahku duga jawapannya.

Hari nih saja aku telah mengamalkan seperti kakak tuu cakap, cukup memberikan rasa positif padaku. Iaitu dengan memakan segenggam nasi sahaja, lauk pauk buka genggaman dan sayur-sayuran/buah-buahan tiada limit pada bukaan tangan. Wow! Hasil yang mengkagumkan. Hehe... aku tak paksa diri aku, tapi aku rela. Hahahah... ye lar geng, aku perasan gak tentang perubahan fizikal yang berlaku kat aku nih semenjak tak jaga makan dan minum. K-eL air kotor, sebab tuu aku jarang minum air di rumah walaupun dah di masak. Makanan pun kadang beli dari luar jek. Hurmmmm... Macam kata Kak Dib, makanan kat luar tuu, kita tak tau kalau diorang masak guna minyak kitar semula. Ewwww... betul gak kata Kak Dib tuu! Kan kalau minyak digunakan 2-3 kali boleh mengubah chemical makanan dan mengundang kanser! Arrrrrggghhhhhhh!!!! I hate that! Bikin sakit orang sajak!

Hasil dari Health Report cakap, tekanan darah, kolestrol dan jantung aku semua ok. Tapi, berat aku berlebihan tak sesuai dengan ketinggian aku! Dulu aku berjaya maintainkan berat badan masa di Miri, tapi kat sini, aku terlebey 14.4kg geng! Oh no! Dah tu pulak, lemak 4.6% terlebih! Urggghhhh... Pastu, result kandungan air dalam badan kurang 5%... Lepas nih, aku tau lah apa mo buat sebab nasib baik dengan nasihat doktor tuu, dia bagitau aku saja. Hairan jugak kawan-kawan aku yang lain tengah menunggu. Dorang cakap, kenapa aku lama sangat ngan doktor tuu. Ternyata, lama dengan doktor tu bagus sebab nasihat doktor dan Kak Dib sangat berharga untuk diamal! Doktor tuu suggest aku ambik Omega 3, Fiber dan banyakkan minum air! Pagi-pagi breakfast dia cadang dalam minuman jus aku sekurang-kurangnya ada 2 buah-buahan+1 sayur-sayuran. Contohnya, dua biji epal muda blend with 1 carrot or timun pun buleyyy ba kan... Huhu... Wahhhhhhhhhh... good Suggestions!

Pastu, doktor ajar aku siap lukiskan kartun untuk aku tau! Dia lukiskan pinggan, sayur-sayuran apa yang patut ada dan sekurang-kurangnya 1 lauk/daging atas pinggan tuu. Yang jelas ketara, sayur-sayuran banyak!!! Waaahhhhhh!!!! I love sayuran! Pastu, doktor tanya aku kuat bermimpi tak? Aku cakap, ya! Huhu... Lately lah... Doktor cakap, tuu punca usus besar aku mengandungi Toxic-Britney Spears berlebihan! Wahhh... aku percaya tuu doktor! So, dipendekkan ceritera, doktor suruh aku detoxin saja tuu! Huhuhuhu... senangnya Detoxin! Beli saja lah nanti kat kawan-kawan yang ada jual Pelekat Pembuang Toxic-Britney Spears tu kan! Hahaha... Faber Max pun okay~ Huhuhu... patutlah aku selalu mengigau~ Banyak Toxic ka doktor? Bukan lupa cuci kaki sebelum tidur ka? Apapun doktor, anda terbaeeekkk~ *thumbs up!* Kamu sayang saya~ Doktor gtau, dalam masa 2 minggu saja aku boleh jatuhkan segala yang terok-terok meningkat tuuu... Caranya, [untuk aku saja ni] Colondetox, Fiber, Protein, Exercise, Water 5000cc/day. Huhuhu... Good! Oklah, aku nak gi sambung mamam roti Hi-Fibre aku brand Jacob's tuu... Hiah! Take good care of your kesihatan semua!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers