I Like it!!!

Thursday, April 14, 2011

Dua Alam = Two World


Dua Alam? Apa ni??? Whyyyyy? Dee! Baik ko cakap! Apa? Urghhhhh!!! Tetttttt~ Hohohoh... Amboiiiii~ Lain bunyinya Dua Alam ni~ Tadi pulak member seopis cakap, aku ni macam kena jaga dua bini pulak. Haha... sekijap balik rumah sini, sekijap balik rumah sanunnn~ Apo ni Dee? Ko gaduh ka dengan member-member rumah? Ce cite ce cite~

Adalah sesuatu yang tidak ku duga untuk pindah rumah. Kejadian rancangan mo pindah rumah ni berlaku sebelum lagi aku mau terbang ke Miri. Rasanya, memang macam fool bulan ni... Hoho... bukan April Fool... Rasa macam, aku rancang mengejut sampai aku terkejut. Boleh kan, tiba-tiba saja aku rancang mo pindah dari rumah ku di Keramat Au3 ke kawasan yang lebih dekat dengan tempat kerjaku. Tetapi, entah macamana lah kan... Tuhan tu memang Maha Mendengar, aku mendoakan agar dapat hampir dengan tempat kerja, aku dapat jugak rumah berdekatan opis pulak! Masalahnya, larat kah aku hidup sorang membayar sewa rumah tuuuu? Ingat tak entri aku sebelum-sebelum ni pasal Wanzy dan aku nak pindah tu? Sebenarnya aku cancel nak pindah sama, sebab macam berat nak tinggalkan rumah di Keramat setelah memikirkan kesusahan dan kepayahan mencari rumah tu dulu. Tetapi, akhirnya aku juga yang membuat keputusan untuk pindah.

Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah, segalanya telah berjalan lancar dari segi dapat rumah dan dekat tempat kerja. Sebelum cerita lebih lanjut tentang dua alam aku nih, baik aku cerita pasal sebelum kejadian terbang Miri tuu yang tak sompat-sompat aku nak cerita kat korang sebelum ni sobab kepalo dah asyik pikir Miri Miri Miri dan Miri. Jadi, rasa nak menaip tu, tak habis-habis nanti perkataan perenggan pertama hingga akhir hanya perkataan Miri. Kompom kena potong markah! Huhuhu... bukan berkenaan penting sangat ponnnn cuma, DeeDee dah dapat kamera baruuuuuuuuu!!!! Yeayyyyyyyy!!! Hahah... [poyo] Ala... biasa-biasa saja. Bukan DSLR lah. Digital Sony kamera saja. Nanti ada masa, insyaAllah, aku akan terangkan pasal spesifikasi kamera tuu. Yang aku nak cerita pasal kamera ni sekarang ialah, bagaimana pulak aku dapat merealisasikan impian dapat kamera nih!

Pernah dengar tentang duit kutu tak? Atau tarik gaji la kunun. Aku guna duit simpanan tarik gaji aku lah tuu. Sebab tuu dapat. Tapi, kena kesabaran yang tinggi lah Beb... Kalau kita sabar, insyaAllah, dengan berkat kesabaran kita tuu, akan membuahkan hasil yang memuaskan hati. Inilah yang aku benar-benar bersyukur pada Allah. Kan aritu aku target amat sangat kat Kamera Sony Tx9 tuu yang kaler Gold! Tapi, tiba-tiba masa aku tengah carik di Sony Style di KLCC, tiada pulak kamera tu di Display kat tempat biasa display. Yang ada macam T99. Rupanya mata aku silap. T99 di display tempat Tx9 tu rupanya Tx10! Wahhhhhhhhh... ada baru lagiiiiiiiii!!! Yang aku pelik tuu, kenapa harganya Rm1299 padahal Tx9 Rm1499. Tak pandai turun harga plak tuu walaupun dah keluar keluaran baru. Sony memang macam tu kot? Apapun, beta amat berpuas hati dengan Kamera Tx10 tuu. Alhamdulillah. Tak jadik menunaikan impian Tx9, tetapi tertunai impian yang lebih baik Tx10 memang diluar dugaan saya. Wink! Jadi... apabila sudah ada kamera tuuu, aku pulang saja ke Miri, huhhhh!!! Sakan bergambar dengan rakan-rakan dan saudara terutamanya lagi view senja di pantai yang berlainan tempat di Miri. Banyak. Huhu...

Begitulah cerita ringkas mengenai kamera tu tadi. Dan sekarang, boleh sudah ku cerita pasal Dua Alam ni. Dalam pada masa aku bercuti di Miri tu, aku masih lagi dibelenggu bingung dan dilemma tentang rumah yang bakal ku duduki ni (yang berdekatan opis aku). Pendek cerita, settle kekalutan dan keresahan aku setelah aku berjaya mendapatkan ahli rumah baru tu! Pakej, rakan sekampung pulak tu! Wuhuuuuuu... Kamek orang Sarawak! DeeDee berjaya dapatkan rakan sekampung di rumah tuu!!! Yeayyyyyy!!!! Wanzy dan Fauzie! Yipppiiii... Kami bertigalah Bujang Sepah rumah baru tu nanti! Yeay!!! Hahaha... Ketiga-tiga kami orang Miri. So, tiada kekok! Harus! Macam biasa, kompom aku jugak yang kena jadi ketua rumah. Amboi~ Dahsyat-dahsyat. Hebat anda Dee! Aku yang dapatkan rumah sewa tuu dari member-member di opis gak. Pendek cerita buat kitorang nak sangat rumah tuu, murah dan dekat dengan tempat kerja masing-masing tambahan lagi ada kemudahan LRT! Weeeeeeeee~~~ Wanzy dan Fauzie dan Aku. Bila bergabung nama, Dd Wan Fauzie. Haha... ape je lah ko ni Dee... Mamai eek?

Berkenaan Dua Alam pulak, kira rumah yang dekat ngan opis aku ni Alam 2 larrr. Alam 1 mana Dee? Alam 1 tuu rumah lama aku lah di Keramat! Hurmmmm... Kenapa tak pindah terus lagi Dee??????? Buduhnya~ Ruginya~ Hurmmm... Tak! Ada sebab. Banyak sebabnya. Dalam banyak-banyak sebab tuu, rasanya, memang patut aku pindah terus ke rumah baru. Tapiiiii...ermmmmm.... Hurmmm... Aku tak ready nak blogging sebab apa di sini. Nanti lah aku ceritakan apa sebabnya. InsyaAllah. Belum sekarang. Apapun, kenapa baru sekarang aku nak blogging pasal rumah tuu, sebab esok, Jumaat 15 April 2011 sebenarnya bermulalah tarikh rasmi aku, Wan dan Pojie penyewa sebenar rumah tersebut! Huhuh... So, mulai sekarang, makin bertambah-tambah berwarna-warni lah hidup aku nih! Haha... Tapi, kelebihan kami semua diberi Mak Wan tuu, boleh pindah dari tarikh 4hb April aritu dah... sobab tuu lah kekadang aku nih malas dah nak update Blog aritu. Sibuk memanjang. Bukan pasal rumah jeww... Macam-macam lagi. Hope to see you all again okay lang~ Walaupun esok rasmi bagi kitorang, Aku tetap balik hujung minggu ke rumah Alam 1. Haha... kena adil. Lepas jaga bini 1, bini 2... Pastu bini 2, bini 1 semula... Arrr... Macam tu lah buat masa sekarang kehidupan aku di K-eL ni... Ada sebabnya~ Nanti ya~

Walaubagaimanapun lately aku menghadapi pelbagai situasi dan tak sempat aku kongsi bersama, aku harungi jua dan akhirnya aku berjaya juga setakat ini. Thanks ya Allah. Alhamdulillah. Ingatlah, sentiasa ada ujian terhadap kita kerna Allah sayangkan hamba-hambaNya. Until here dulu buat masa ni. Nanti aku ada lagi mo share, doakan saja aku share :D di sini. Tata. Kamsahamnida.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers