I Like it!!!

Saturday, April 16, 2011

Suka dan Sayang : Please lah okay, Dua Perkataan yang Berbeza.

Anda tentu saja tahu bukan perbezaan maksud bagi SUKA dan SAYANG? Perbezaan ketara antara suka dan sayang tuu ialah sayang terlebih dua huruf saja. So, sayang tu lebih panjang perkataannya jika dibandingkan dengan suka. Why Dee? Kenapa ko mo explain tentang ni sekarang? Just that, lately, aku perasankan sesuatu. Adalah orang-orang tuu yang macam keliru ka entah dengan Aku ni. Belum lama ni tiba-tiba saja aku terima isu meminta maaf? Uh? Ada saja yang meminta maaf dan terasa fikir aku ni memarahi dorang?... Ya... sedar saja lah kan, mungkin sebab apa kah itu. Di sini, saya, selaku empunya blog ni nak bagitau, saya kalau bleyyy tak nak yang perasan tuu, terasa bersalah ka or pikir bukan-bukan yang aku ni memarahi sesiapa ya. Ini suatu merupakan isu murahan. Saya berkawan dengan sesiapa saja dan suka sesiapa saja dan saya tahu batas-batas saya jika masing-masing pun telah menetapkan term and condition sendiri dan ini bukan isu saya perasan orang suka or dislike saya. Huhu...

DeeDee tak suka larrr tengok isu-isu Like or Dislike nih... Jangan buat susah-susah kat diri nih. Life is simple but not easy saja. And it is not good lah mau blogging pasal isu nih. Tapi, must know jugak what about my term and condition since this "thing" entah ape ni berlaku! Tapi, cakap mo sekali saja! Jangan buat aku ulang lagi. Nanti, kabur imej Blog nih. [Amboi Dee, jaga imej Blog nampak? Bagus sangat ker?]. Tak kiralah isu ni nak ditujukan pada lelaki mahupun perempuan kerana isu sebegini, masing-masing punyai pendapat dan cadangan tersendiri. Masing-masing sudah dewasa kan? Kalau tak dewasa, please! Out! Dah bagitau korang kan? Perasan tak mula-mula korang masuk Blog nih jer kena melepasi pintu gate cyber 18 tahun ke atas tuu? Or dalam bahasa rasminya, sini aku bacakan/taipkan semula bagi yang tak faham bahasa sahaja : The blog that you are about to view may contain content only suitable for adults. In general, Google does not review nor do we endorse the content of this or any blog. For more information about our content policies, please visit the Blogger Term of Service. Lepas tuu kan dah dibagi kat korang samada nak tekan [macam nak mengajar jer aku nih] I understand and I wish to continue atau korang nak pilih I do not wish to continue. Nahhhh~ So, hidup ni memang sentiasa ada pilihan baaaa! So, aku mintak korang yang perasan saja tuu please jelas ya tentang content dan warning nih.

Senang saja bah! Sekarang yang dapat membaca blog aku nih atas pilihan yang sepatutnya tidak kamu menyesal. Kalau tak nak faham nasihat tuu sudah. Siapalah aku untuk mengajar korang kan? Dan mintak jasa baik korang semua yang tersalah faham dengan layanan aku, bagitau saja. Nanti aku serviskan siap berus sekali kat yang tak faham. Pakej! Hahahaha... buat baik berkali-kali, buat jahat, jahat sekali. Ada faham matchhaaa? My entry blog this time is about How will you keep your relationship long lasting! [Ada betul ka ayat aku nih?] WhatEVA... Bagaimana membuatkan hubungan kamu lebih intim. Eh! Silap! Bagaimana untuk membuatkan persahabatan antara kalian semua berkekalan dan enggak tergugat langsung pecah belah dan bisa roboh keretakan terbelah 3. Nahhhhhh... Dahsyat ayat tuuu part terbelah 3... Sungguh kanak-kanak drastik ala-ala Ribena gitu.

For Me... [ini pendapat saya, pendapat anda?]... untuk mengekalkan hubungan sesuatu persahabatan tuu, antara 1001 tu, jujur. Give and Take! Take it or Leave it!... Hidup kita mesti sentiasa dengan perkara-perkara yang menggembirakan dan bukannya yang menggundah-gulanakan. Even by now pun kalau aku mau pikirkan sangat tentang sekeliling aku yang penoh dengan gundah-gulana ka, tetap tak akan habis. Teruskan saja hidup. Masalah, kalau dibiarkan terus atau diselesaikan, tetap tak putus ada semua tuu. Bezanya, bagaimana cara kita menghadapi dan mengatasi. Setelah itu, bagaimana cara untuk kita adaptasikan/aplikasikan pada rakan-rakan kita yang lain yang turut menghadapi or sedang menghadapi dalam masalah. Hidup tak sentiasanya sempurna right? Perfection is Boring! Practise makes Perfect! Araso? Arachi!?

Kita semua ni Fragile... I mean, hati masing-masing. Nampak saja di luar fizikal kita ni Good or Bad Looking or Teguh bagai BATA tapi dalamnya ada Taman Serigala berekor 9. Senang cerita, masing-masing punyai hati dan perasaan yang perlu di jaga baik-baik agar tidak terluka. Bila sudah luka tu berparut. Bila sudah sembuh tu, terluka lagi dan parut yang lama tu terasa sakit lagi. Boleh tak jangan tinggalkan parut? Guna SK II ka? Mahal tu geng. Cuba guna produk Nivea [For Men] macam aku nih. Facial Foam saja dah orang ingat aku buat Facial di luar. Dei, anda tahu ka? Kalau buat Facial di luar sana saja even aku lelaki mahunyer Rm199. Dei~ Dei~ Dei~ Tidak mampu saya buat. Tapi ada pernah lah Boypren kepada seopis aku buat. Mahal tuu. Better lagi guna yang ada brand tapi mampu dimiliki. Baru tidak Keruan bin Ikan Haruan. [Mulalah tu Dee, merepek!] Senang cerita, Jaga Hati Bukan Makan Hati orait! Tak puas hati, cakap! Bukan disimpan macam Freezer. Bila habis elektrik, cair Freezer, pastu bersambung lagi adegan Tak Puas Hati. [Hanya yang faham saja Faham kan?].

Hehehe... So, kesimpulannya Dee? Belum jugak saya mo menghabiskan hujah-hujah saya ni Yang Arif! Di sini, saya, selaku bekas Pembahas Sekolah, siapa yang setuju, sila buat begini! Nampak tak? Tak nampak pun tak pa... Sila jumpa saya. Hehe... [Bikin pecah Kepalak ba pikir ni]. Jangan difikirkan lagi kalau sudaa overload. Yang penting sekarang, aku dah sampaikan Content Warning aku kat korang yang tak faham sahaja. Yang Faham tuu, cukup jangan Panassssss... Bikin menyirap darah saja nanti. Aku tak cukup bajet ni nak belanja korang kasi darah rendah. Bulan ni pulak ada Kempen Derma darah kat Opis aku pada 23hb bersamaan dengan hari Sabtu. Sila hadir kepada darah yang telah terlebeyyyy sudaaahhhh... Jangan risau, saya selaku pemilik darah jenis spesis berdarah O Negatif, akan turut sama-sama memeriahkan majlis Derma Darah tuu nanti. Untuk rekod, insyaAllah, pada tahun ni, kira tahun kedua aku menderma darah. Bukan nak cakap besar, tapi, banyak kelebihannya menderma darah ni. Kan kan kan.

Aku pernah derma darah masa tahun lepas untuk pertama kalinya. Ketika tu, arwah Kak Nana masih lagi hidup dan betapa aku tidak memikirkan sangat kepentingan menderma darah tuu, tapi cukup memuaskan hatiku apabila aku telah mengetahui kebaikan menderma darah ketika itu. Yang setakat aku tahu tuu ikut belakang rekod sijil menderma darah aku tuu, ada kelebihan buat kita yang menderma darah bila sudah melebihi 50 kali menderma. Tak silap, kos tanggungan Hospital kita akan ditanggung Free of Charge saja. Tapi, mula-mula aku derma tuu, tak pulak aku terpikirkan sangat pasal tuu. Yang penting, aku ada rekod menderma saja. Sebab, itu antara 1001 impian yang aku ingin capai sebenarnya. Tetapi, semenjak arwah Kak Nana telah tiada, kempen menderma darah atau tidak perlu menunggu kempen ni membuatkan aku semakin mahu menderma darah dan ini merupakan alasan bagiku yang kukuh untuk kukatakan, ramai yang memerlukan bantuan/darah apabila kecemasan yang melibatkan darah terutamanya lagi spesies berdarah O Negatif or Positif. Kepada anda semua yang bukan berdarah O, walaupun berdarah A, B dan AB sekalipun, dermalah kerna darah itu bukan seperti menderma organ. Kalau anda derma darah, darah boleh wujud semula pertambahan, tapi bagiku, tidak pada organ seperti mata, usus dalaman ka. So, selain daripada kita boleh menderma duit tu, dermalah darah juga. Bukan sakit sangat pun. Macam kena gigit dek serangga jak. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa ramai di antara kita yang memerlukan darah ketika memerlukan. Bukan Vampire tau! [Walaupun aku bertaring].

Kenapa pulak ada kena-mengena dengan arwah Kak Nana Dee bila ko sebut soal derma darah? Semasa arwah bertahan dahulu di hospital, apa yangku faham, darahnya kan telah merebak semua kanser tuu. Pertukaran darah jawapannya. Jadi, bila tukar darah, tentu saja darah yang ditukarkan adalah darah yang sihat serta hasil daripada orang ramai yang pernah menderma bukan? So, hanya Tuhan saja yang tahu penderitaan arwah Kak Nana ketika itu. Kan?... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berat lah lagi rasanya orang yang merasakan keperitan dan kesakitan tuu kan? I wish, dengan hasil kita semua menderma darah, insyaAllah, bantuan akan sampai pada yang memerlukan apa yang kita derma. Okay? alright! until now then... Sekarang, sebagai penutup Blog for today, ingat-ingatlah rakan-rakan kita tak semuanya suka kita. Bila mereka tegur akan keburukan kita, Give and Take! Now, aku nak reply kat budak-budak yang memohon maaf kat aku tuu yang aku rasa, tiada ponnn silapnya padaku. Kasian saja aku kat dorang asyik merasa bersalah rupanya lately. Orait! Kamsahamnida!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers