I Like it!!!

Sunday, December 18, 2011

Ketika Talqin Dibacakan

Pagiku hari ni agak mengejutkan setelah menerima panggilan telefon dari rakan setugas menyampaikan berita sedih tentang sekembalinya suami kepada bekas rakan setugas kami iaitu Kak Jauhari (bukan nama sebenar) ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilaihi ro ji un ... Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali ... Setelah menerima mesej yang telah disampaikan, hati merasa tidak senang lantas bergegas bangkit membuka laptop untuk memaklumkan teman-teman lain di Facebook yang mengenali Kak Jauhari dan keluarganya. Pagi itu juga, setelah bersiap, aku dan 2 lagi rakan setugas bergegas ke rumah Kak Jauhari untuk menziarahi jenazah suami. Untuk makluman pembaca kalian, inilah buat pertama kalinya pengalaman dalam hidupku menziarahi orang yang telah meninggal dunia. Even selama ini ketika ku di Miri, Sarawak, jika ada saudara mahupun ahli keluarga ku meninggal, ibu bapaku tidak pernah menyuruhku menziarahi mungkin kerana kekhuatiran mereka sekiranya aku ni lemah semangat untuk melihat mayat.

Syukur Alhamdulillah, hari ni dari jenazah ditutupkan wajahnya dengan kapan, solat jenazah dan diusung ke tanah perkuburan sehinggalah selamat dikebumikan dan dibacakan Talqin aku ada di setiap masa mengerjakan dan memerhatikan sebagaimana salah satu Adab Menziarahi Jenazah yang telah lama ku ingin ketahui. Perasaan sebak terasa di perkarangan rumah Kak Jauhari sehinggalah ke tanah perkuburan. Melihatkan Kak Jauhari dan anak-anaknya menitiskan air mata, aku lantas teringatkan ibu bapaku di Miri, Sarawak. Salah seorang anak Kak Jauhari pagi ni terbang dari Kuching, Sarawak ke KL setelah mendengar khabaran ayahnya telah meninggal dunia pagi ni di rumah kediaman mereka. Ucapan takziahku buat keluarga Kak Jauhari... Al-Fatihah. Walaubagaimanapun, aku tetap tidak akan menyalahkan ibu dan bapaku sekiranya tidak pernah melepaskanku untuk menziarahi orang yang sudah meninggal dan keluarga mereka kerana kini aku telah faham apa dan bagaimana rasanya menziarahi mereka. Cukuplah syukur terhadap pelepasan ibu bapaku apabila aku merantau, dan aku boleh berdikari sendiri untuk mempelajari apa jua yang ku mahu pelajari sebagai pengisi kekosongan ilmu di ruang hati ini yang selama ini ingin ku kecapi. Pengalaman menziarahi ini cukup penting buatku kerana kematian merupakan salah satu Kekuasaan Allah s.w.t yang tidak sesaat ke depan dan sesaat ke belakang pun kita boleh mengelak.

Begitu banyak pengajaran yang aku pelajari hari ini setelah menziarahi keluarga Kak Jauhari. Terima kasih ya Allah guideku ke sini. Subhanallah ... Alhamdulillah ...

*Ucapan maafku pada rakan sekolah menengahku hari ini iaitu Nurul Aimi Binti Rohaizar. Tahniah kerana selamat bertunang hari ni. Maaf ya kerana tidak dapat hadir majlis pertunangan, DeeDee hari ni ada menziarahi kawan.

Wassalam


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers