I Like it!!!

Thursday, December 8, 2011

This is My December ...

Goodbye November, Welcome December. Hari demi hari kian berlalu pergi tanpa ku sedari telah setahun aku meninggalkan Disember yang lepas tahun 2010. Setelah hari ni dan esok hari, cukup genaplah sudah pemergian 2 orang antara yang ku paling sayang dalam pengalaman hidupku. Arwah anak buahku Noraida dan rakan setugasku Zuzanah. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

Salam perkhabaran semua buat teman-temanku di luar sana yang setia untuk membaca blog terkiniku walaupun tahun ini aku agak kurang menaip cerita tentang hidupku jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Hari-hariku semakin tabah untuk ku tempuhi dan begitu banyak ingin ku kongsikan bersama namun setelah apa yang berlaku terhadapku semakin menuju ke pengakhiran 2011 ini, sungguh aku insan yang lemah tidak termampu untuk menceritakan semua tetapi cukuplah sekadar yang kalian tahu, itu semua bukanlah penghalang buatku untuk berhenti menaip blog, tetapi itu semua merupakan antara sumber inspirasiku lagi dalam meneruskan penulisan blog seterusnya di masa akan datang. InsyaAllah, pengalaman yang bisa kita jadikan iktibar bersama. Teruskan menyokong saya :) Terima Kasih.

Hari tak selalunya mendung. Kita masih lagi mempunyai rakan di sekeliling kita sebagai tempat untuk kita meluahkan perasaan dan bermanja selain daripada keluarga sendiri. Namun, di dalam kehidupan ini juga, kawan juga bisa jadi lawan buat kita samada di depan kita mahupun sebaliknya. Terkisahlah aku pada November lepas, walaupun aku baru saja di rompak pada bulan Oktober seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, namun, Allah itu Maha Kaya. Seminggu sebelum Hari Raya Qurban, rakan setugasku dari bahagian lain, Ryzal telah mengajakku mengikutnya ke Terengganu. Pada mulanya, memang aku menolak atas alasan yang malu untuk ku beritahu padanya tentang kewanganku merosot setelah dirompak dan potongan gaji besar mendadak, namun Ryzal menenangkanku setelah mengetahui dan tetap mengajakku untuk pergi juga kerana buat pertama kalinya Ryzal mahu pergi ke rumah bakal mertuanya. Demi kawan, aku sanggup pergi dan demi pengalamanku sendiri juga, aku harus pergi kerana ini merupakan peluang yang besar buatku untuk pertama kalinya menjelajah Negeri Terengganu yang terletak di pantai Timur itu.

Di pendekkan cerita, segala-galanya berjalan lancar dan penuh kegembiraan. Dan rezeki yang Allah berikan padaku sepanjang berada bersama keluarga mertua Ryzal adalah sesuatu yang diluar bidang kuasaku sendiri kerana Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Kaya... Alhamdulillah. Thanks Allah. Namun, di dalam suka ada duka. Ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku menyemak inbox Facebook ku dan menyedari ada mesej telah masuk. Setelahku membaca, ada gosip tentangku. Hehe... apalah agaknya gosip tentangku kali ini.

Rupa-rupanya, rakan setugasku Jane (bukan nama sebenar) memberitahuku tentang seseorang mencemburuiku ketika aku berada di Terengganu. Dipendekkan cerita, rakan yang paling dekat denganku yang paling ku tidak sangka rupanya mengata tentangku di belakang, "Dah tau takder duit, masih boley pulak si DeeDee tu pergi Terengganu. Tau lah belanja semua dorang janji support, tapi manalah tau kemudian kelak diungkit."

Pada ketika itu, aku rasa terkilan. Aku pun tidak meminta-minta semua ni Temanku, tetapi rezeki tidak terbatas hanya dalam bentuk duit. Rezeki itu datang dalam pelbagai rupa bentuk dan nikmat. Aku hargai tentang apa yang kau consider tentangku Teman. Namun, usahlah kau mencemburui nikmat yang orang lain ada, sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Istighfar sajalah yang mampu menahan rasaku ketika itu.

Memang tidak ku sangka apabila, teman sendiri yang paling rapat dan kira teman sama makan lagi mengata tentangku begitu. Agak terkilan, namun walaupun begitu tingkah lakunya dibelakangku, dan aku telah tahu sifatnya begitu, ketika aku pulang dari Terengganu hari tu, bertemu dan terserempak padanya ketika di pejabat, sepatah pun aku tidak mahu mengungkitkan tentang cerita yang dikatakannya tentangku. Kerana, yang mengekalkan aku dan dia sebagai rakan, adalah, kebaikannya sebelum ini terhadapku. Cukup. Baik buruk sekalipun tentang kawan-kawan kita ya teman pembaca blog ku sekalian, ingatlah tentang kebaikan mereka sebelum ini lebih banyak daripada kita terlalu sensitif untuk mengingati keburukan mereka terhadap kita. InsyaAllah, kita akan kekal bersama sebagai teman kerana silaturrahim itu amatlah penting sesama kita. Ini kisah benar tentang perkara yang berlaku terhadapku terbaru ini. Nama Teman itu tidak perlulah aku rungkaikan di sini demi menjaga keaibannya. Sesungguhnya rahsiaku juga mungkin ada padanya tanpaku sedari. Tamat.

December nak berakhir, apa azam anda untuk Almanac 2012? :) Bagiku, tahun depan adalah kira tahun ke-3 untukku bertugas di Kuala Lumpur. Dan, aku punyai perancangan yang banyak untuk tahun depan kerana tahun ke-3 bekerja adalah tahun di mana, macam-macam boleh terjadi. [Hanya yang telah 3 tahun bekerja saja mungkin tahu apa yang ku perlukan? :P]

Mungkinkah melancong menjadi tumpuan? Haruskah aku melangkah lebih jauh? hehe... Tuhan sajalah yang tahu perancanganku tahun depan dan Dialah yang menentukan samada termakbul atau tidak permintaanku. Tahun ini, walau apa pun yang berlaku, aku mesti habiskan apa yang telah aku mulakan. The most important thing bagiku di Kuala Lumpur ini ialah kerjaku. Yang penting kerjaku tetap siap sebelum berakhirnya bulan. InsyaAllah, barulah tenteram untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti seterusnya samada bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Sepanjang last ku balik daripada beraya hari tu, rinduku pada keluargaku sesekali menyelinap masuk ke hati lantaran aku sibuk membuat kerja dan di saat itu juga, sedikit sebak ada terasa jauh di sudut hatiku bila mengenangkan usia ibu dan bapaku yang semakin lanjut. Bagiku, tanggungan yang ku berikan pada mereka setiap bulan, rasanya masih belum cukup untuk ku berikan. Aku berusaha mak, pak... Doakan aku berjaya di negeri orang.

Terkini, sepupuku masih lagi tidak mengendahkanku yang di Seremban, ataupun samada mereka menganggap aku tidak mengendahkan mereka? Terpulang lah... Aku berserah saja tentang penilaian mereka terhadapku. Aku wish semoga soon or later, mereka akan memahamiku jua. Dan, dari Oktober hingga bulan terkini juga, potongan besar pada gajiku masih lagi berlanjutan mungkin sehingga bulan March or Februari akibat admin opis aku terlajak bayar lebih di atas silap faham bayaran menanggung kerja arwah Zuzanah. Still, aku kena tabahkan diri dan banyakkan bersabar sungguh kewangan aku merosot sehingga awal tahun depan. Semoga dengan kenaikan gaji yang diumumkan dalam Belanjawan 2012, bakal terlaksana dengan lancarnya dan InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan ku yang Nasi dan Garam saja paling sedap pun berubah :) Sabar Dee, Sabar... susah-susah kita ni, ada lagi yang lebih susah... Bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang kita semua masih ada kini. Tanpa merasa susah, kita mungkin tidak menghargai kesenangan. Thank You Allah.

Okeh, setakat ini saja...
Jumpa lagi
:*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers