I Like it!!!

Sunday, December 12, 2010

Peluang Sentiasa Ada...

Salam all Bloggers. Today aku bekerja lagi on Sunday. Sepatutnya aku buat kerjaku dan kerja2 arwah Kak Nana sebab aku yang menanggung kerjanya sehinggalah kekosongan ditempat mejanya itu di isi nanti. Kepada yang nak kerja tu, mohonlah... Bleh temani aku. InsyaAllah. Tetapi, hari ni aku ubah plan, aku nak menunggu orang yang pasang air-cond yang janji denganku semalam nak datang. Tapi, sampai 2 jam dahku menunggu tak datang-datang. Tak terbuat kerja aku menunggu. Apa lagi, blogging lah jawapannya. Sepatutnya aku nak buat blog pasal cerita wayang hari ni, tapi aku kekurangan 1 lagi gambar. InsyaAllah esok aku blogkan tentang wayang sebab semalam aku tengok wayang, sempat bergambar dengan seorang artis ni. Bos aku yang ambikkan gambar aku tu. Seganlah jugak mulanya aku bergambar dengan artis tu. Fofular lar katakan. Kekok aku tau. Hoho... Esok k... Erm, aku sebenarnya masih lagi ada batuk dan selsema ni. Belum juga sembuh-sembuh. Ubat dah nak hampir habis ni. Entah apalah demam ni kan?

Semalam, sabtu dan hari ni ahad. Aku isikan dengan pergi ke tempat kerja jugak. Sedangkan aku perlukan rehat sebenarnya. Tapi, siapa sanggup di antara ramai-ramai kat tempat kerja aku untuk stayback kat tempat kerja semata-mata nak jaga orang maintenance nak pasang air-cond tu? Aku kena pantau dorang buat kerja sebab banyak barang bernilai dalam bilik tuu... Masa mula aku ditanya tu, takkan aku nak cakap tak nak pulak, sebab memang bilik tu tanggungjawab aku untuk di jaga. Semua orang suka mempersoalkan nanti kalau aku cakap tak nak orang lain yang terpaksa buat. Rasa tak cukup rehat aku kena datang bangun awal di hari sabtu. Aku datang saja. Sebab mesti ada hikmah di sebalik keletihan dan ketakcukupan rehat aku ni. Syukur Alhamdulillah semalam, aku datang, saat aku tengah lapar dan perlu makan untuk makan ubat, tiba-tiba antara staff tu belanja makan. Dah tolong bungkuskan untuk aku lagi tu. Terima kasih lah ya. Save bajet aku. Chewah... Bukan per, kantin kat tempat kejer aku tuh cekik darah. Aku yang staff situ pun cas mahal-mahal. Rasa nak menyumpah, apakan daya, makanan... tak baek cakap yang bukan-bukan.

Dan jugak sebenarnya, semalam tu aku settle jer pantau dorang, nak tengok wayang tiket beli sendiri tu lah. Malang nasib aku, pulang jer dari opis nak dapatkan bas ke TGV Capsquare boleh pulak bas tak de. I mean, lambat betol. Lama aku menunggu, sehinggalah waktu tayangan telah bermula baru aku dapat bas, itupun belum sampai-sampai lagi sebab kesesakan lalu-lintas di KL. Biasalah. So, aku terlepas menonton cerita tu. Hmm... malamnya pulak aku ada aktiviti di TGV Capsquare tu jugak. Boss bagi aku tiket beberapa minggu lepas. Tiket tu bernilai RM200. Tiket untuk tayangan amal. Sebab tu mahal. Aku ambillah peluang dan kesempatan itu sebab bukan senang nak dapat tiket free yang bernilai RM200 kan? Esok korang tau lah cerita apa yangku tonton tuu... Sebab, InsyaAllah, esok, aku akan postingkan tentang movie tuu...

Sebenarnya, motif aku blogging hari ni tu sebab nak bagitau pasal Being Happy, Life Goes On. I mean, kita kenalah pastikan kita sentiasa ada sesuatu untuk di buat. Jika anda mengikuti blog-blog saya, mungkin ada yang dapat merasakan emosi kesedihan saya di setiap penulisan, tapi, saya seringkali juga mengatakan pada diri sendiri, La Tahzan. Jangan Bersedih. Hidup mesti sentiasa ceria walaupun sebaliknya ada kedukaan. Luka akan sembuh jika di jaga dan dirawat dengan baik. Begitu juga dengan hati dan perasaan kita. Pernah satu kajian yang aku terbaca di akhbar atau majalah rasanya, kalau kita tunjukkan diri kita pada cermin, walaupun sebenarnya kita sakit dalaman atau fizikal, kita cuba untuk tunjukkan pada cermin tu yang kita sihat dan gembira. I guess ini berkaitan dengan psikologi. So far, fakta kajian tersebut cool untuk diamalkan. Jika anda suka melihat cermin untuk kekemasan, sentiasa lah berwajah ceria selalu di cermin :) Hehe... InsyaAllah, kesakitan berkurangan, kesihatan baik pun bertambah...

Sentiasalah kita merebut peluang untuk menambah baikkan diri kita. Memandangkan sampai sekarang orang yang pasang air-cond ni tak datang-datang jugak. Aku nak buat kerja Hakiki di bilik opis yang satu lagi lah. Oklah Bloggers, chow :) Keep in touch.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers