I Like it!!!

Tuesday, December 7, 2010

How Do You Feel Today DeeDee?

Adakah sekarang masanya untuk bertanyakan kepadaku apa rasaku sekarang? Ya! Aku rasa semakin pulih! Wuhuuu... Syukur Alhamdulillah! Apa plan anda hari ni? Hari ni adalah hari selasa bersamaan dengan 1 Awal Muharram 1432H iaitu Public Holiday!!! Cuti! Cuti! Cuti!... Gembira bagi yang bekerja dan tak perlu kerja hari ni :)

Ada yang nak berehat, ada yang nak bersantai, berkelah, bersama keluarga, menonton wayang, ke masjid-masjid, part-time job, meniarap dan tersungkur. Bagaimanapun, apa juga yang kalian buat, pastikan ia adalah aktiviti yang menyihatkan dan jangan terlibat dengan kegiatan di luar tebiat. Buang tebiat. Hoho... Aku rasa aku juga sudah faham apa maksud doktor tu semalam tentang result darah putihku meningkat!!! Aku fikirkan ia adalah kanser. Nauzubillah. Sebab kan orang kanser darah putihnya banyak? Tetapi, setelah ku teliti semula ubat-ubat yang aku telan, aku perasan salah satu pil tu Vitamin B! Pil tu saiznya kecil saja berwarna kuning. Seingat aku selepas aku menderma darah hari tu, aku juga disuruh kawanku ambil pil tersebut yang disediakan doktor. Baru aku faham. Sel darah merahku kurang sebab tu ku kena tambahkan. Kan? So, InsyaAllah, ia bukan kanser :) Lagipun doktor tu biasa-biasa jer... HOho~

Walaupun sebenarnya pagi ni, sakit betul kepalaku mo bangkit bangun dari tidur, berdenyut-denyut rasanya, tapi, ku bangkit juga sebab aku telah menyemarakkan api keresahan supaya bangkit dan bangun!!! Pegi buat aktiviti!!! Cepat!!!... Tau apa ku buat? Aku berkemas-kemas dan mandi! Bersiap konon nak tengok wayang! Aku check ada rupanya cerita kegemaran aku ditayangkan sudaaaa hari ni!!! Wayang Narnia!!! Woooo Wooo woooooooo~

Tapi, dengan serba lengkapnya aku berpakaian siap dengan wangi-wanginya aku, terlintas la masuk di kepalaku, pergi ke tak pergi?

Hmmm... sebab yang pertama, aku sebenarnya belum sembuh sepenuhnya demam. Sebab kedua, kalau aku sakit, orang lain sihat, tak pasal-pasal aku sebar penyakit plak kat TGV KLCC tuu. Hmm... Sebab ketiga, aku blom makan obat. Untuk makan obat, aku kena makan dulu makanan baru makan ubat. Sebab keempat, kalau aku makan ubat, dahla ada ubat yang boleh mendatangkan mengantuk, tetiba Narnia yang menonton aku pulak. Sebab kelima, Narnia yang keluar hari ni, Narnia dalam bentuk 3D! Berbaloi ke aku tonton cerita yang bisa menjulingkan mata aku?, Sebab keenam, kalau wayang dalam bentuk 3D, bukannya tiket murah!!! Sebab nak sewa cermin mata 3D tu!!! Mesti mahal dari Rm13 kan?... Sebab Ketujuh, start esok, aku kerja sampai jumaat jer, 3 hari jer kejer... apa salahnya aku tunggu sabtu jer jalan-jalan hari tu. Sebab kelapan, daripada aku membazir tak tentu pasal belum time gaji ni baik aku berjimat!!! Betol??? Hahaha... Dei!~ brapa banyak sebab daa...

Kena sabar menunggu jugak la aku kan? Hehe... Takpe, pawagam takkan lari punyer... Alaaaa, apa salahnya menunggu 2-3 hari lagi kan kalau dah pernah setahun aku menunggu keluar nyer cerita Narnia ni. Sekurang-kurangnya aku update cerita adventure tu sumber inspirasiku. Chewaahh... Hehe... seperti lagu Indon cerita dongeng main kat Tv3 selalu tu kalau korang tunggu pukul 3 petang, "Dunia khayalan, dunia impian, dunia khayalan, dunia impian...~"...

Hehe... jangan kuat berkhayal tau. Imaginasi, imaginasi juga, tapi jangan lupa berpijak di bumi yang nyata. Oh ya, tentang pergi wayang tu tadi. Jadi, aku pun akhirnya tak jadi pergi. Macam apa saja sudah lengkap mo jalan gi KLCC tengok wayang punya pasal. Tapi, kalau aku bertindak tanpa berfikir dulu tentu saja aku sudah membazir tadi. Fiuh... Tingkatkan nilai duit anda. Eh, apa nama kempen tu yang jangan membazir, ada iklan hari tuu aku nampak di Tv. Entahlah, aku pun tak pasti sudaa. Biarlah...malasku ingau...

Burp... Alhamdulillah. Hari ni sudah bermula hari baru juga dalam kalendar Islam, so sepatutnya kalian juga bermula hari ni sudah memulakan azam baru. :) New Year 2011 tu lain cerita. Aku tak celebrate sudah benda-benda macam tu setelah mengetahui apa yang dicelebrate pada malam itu adalah malam yang tak sepatutnya di sambut. Huhu... Kepada yang sudah tahu, tahula... Ceriakan hari anda.

Hari ni, aku nak perah sebijik limau kat mee goreng aku tu tadi pun masih bergetar-getar lagi tangan. Memang masih belum cukup zat makanan tubuh aku nih. Hmm, mungkin salah satu Azam aku nih menambahkan zat dalam badan dan berusaha maintain kekal sehat. Amacam? Setuju? Huhuh... lepas tu boleh lah DeeDee adventure lagi dan banyak benda yang ingin dikongsikan lagi :) Sebut pasal benda baru ni, tentu korang perasankan sesuatu jugak yang belum aku explain-explainkan dari tadi Blogging.

Tadaaaa... Hehe.... Ingat lagi kan gambar ni menjadi penyambut tetamu kalian setiap kali kalian buka atau baca laman sesawang blog aku ni? Ya, tukar tahun, tukar azam, tukar jugalah kononnya lembaran penyambut tetamu bloggers aku nih. Korang tentulah perasaankan gambar dan juga backgroundku berubah sedikit demi sedikit. Itupun mengikut kehendak aku. Bukan kehendak atau permintaan dari sesiapapun. Sekurang-kurangnya ini langkah pertama untuk memulakan azam baru dari 1001 langkah lagi yang mahu dilangkah. Jadi, jangan pulak korang lari lepas tengok ni macam bukan blog aku sudah. Memang blog aku lagi cuma gambarnya saja berbeda sih dari yang sebelumnya. Lebih baik bertukar gambar begini dari bertukar tempat untuk aku blogging. Kalau ku tukar tempat blogging nanti habis kena sumpah goblok pulak. Heheh... Bukan senang bagi kita nak memaintainkan Blog kalau tak aktif. Aku pun bukannya aktif sangat, tapi berusaha selagi mampu. Dengan memblogging ni, kita tidaklah begitu terikat dengan laman sosial yang lain. Kekadang, di setiap gambar, kita ingin ceritakan, tetapi tak tahu mana nak mula. So, berjinak-jinaklah dari sini ;)

Dan bersempena dengan Hari Maal Hijrah ini, DeeDeeiDarus ingin mengucapkan sekali lagi buat hari pertamanya Maal Hijrah ini, salam Maal Hijrah semua. InsyaAllah, di lain hari atau ada sebarang perubahan tentang blog aku ni, korang takkan ketinggalan punyer asalkan masih follow aku.

Menjelang bulan Disember ni juga, pasti ramai warga Kristian kita yang akan menyambut hari Natal tidak lama lagi kan? Kepada rakan-rakan Kristianku, bersiap sedia lah shopping!!! Haha... It's Shopping time and a lot of present kan. Kalau yang sudah biasa dengan suasana di Kuala Lumpur, faham-faham sajalah bagaimana sambutannya. Lebih jelas lagi kalau kalian jalan-jalan di sekitar Shopping complex seperti Pavillion dan Suria KLCC dll lagi. Oleh itu, 1 Malaysia katakan, kita haruslah menghormati setiap kebudayaan dan perayaan yang ada terutamanya di Malaysia ni kan, memang hampir kesemua perayaan ada di sambut. Huhuh... Salam 1 Malaysia ;) Jumpa lagi di Shopping compplex. Hahaxxx :P

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers