I Like it!!!

Monday, December 6, 2010

Today Aku Ke Hospital By Myself

Bangun pagi. Sebenarnya, subuh sudah ku bangun dari tidur. Ketika bangun itu sudah aku memikirkan untuk turun kerja atau tidak. Lagipun, alang-alang esok PH bersempena Maal Hijrah. Lepas aku off semula kedua-dua handphone ku yang berbunyi alarm mereka, aku tidur semula membuat keputusan tak nak turun kerja hari ni. Aku pun bangun semula bila jam didinding menunjukkan pukul 7:30am. Aku bangkit dan makan Lozeng untuk melegakan kesakitan tekak ku yang teramat sangat. Aku bawa minum air kosong banyak-banyak. Kemudian aku baring semula sambil kepala memikirkan aku perlu off atau jumpa doktor saja di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan skali pakej ubat baru dan Sijil Cuti Sakit. Aku fikir ada baiknya aku datang ke HKL buat pemeriksaan darah sekali dan dapatkan MC tersebut sebab aku merasakan 2 hari memakan ubat yang disyorkan doktor yang merawat aku di Klinik Idzham 24 jam tu macam tak mendatangkan effect. Jadi, selepas sahaja aku bersedia, aku bangkit dari tidur pejam mata saja tu dan bersiap ke HKL. Pukul 8 lebih macam tu aku telah bersiap untuk ke HKL. Tempat tidurku pun tak berkemas-kemas sebab aku nak cepat-cepat ke HKL cepat juga aku pulang berehat.

Mulanya, aku risau juga tentang kesihatanku pada pagi ini. Tiba-tiba sahaja aku nampak di bahagian bawah mataku kemerah-merahan dan di tangan kananku ada 2 tompok merah. Aku risau tentang demam Denggi sebenarnya. Sebab, bagiku tak mustahil. Di rumah ni juga aku puas diLoveBite nyamuk betina yang gatal!!! Jika benar aku terkena Demam Denggi, apakah aku sudah bersedia untuk menginap di HKL? Hmm... Jauh di sudut hatiku mendoakan agar aku tidak terkena jangkitan Sondal Nyamuk Betina tuu... Simpang Malaikat 44. Disebabkan itulah aku sengaja hendak membuat ujian darah jika aku datang ke HKL. Sepengalamanku, jika 3 hari jer demam takde lar buat ujian darah ni. Kalau lebih dari 3 hari macam 4 dan ke atas, memang ada diarahkan untuk buat blood test. Dari blood test macam-macam kita ketahui kan?

Badanku sudah menggigil-gigil pagi ni dari ku menunggu di stesen bas seperti biasa aku mau kerja tu hinggalah aku dapat bas menuju ke Petronas berhampiran TH Selborn. Dari TH Selborn tu aku menukar pengangkutan awam yang lain pulak. Aku menaiki teksi. Apalah nasibku pagi ni dapat pemandu teksi yang entahla, benar atau pura-pura tindakannya itu. Boleh pulak dia terlepas pandang pintu masuk ke HKL tu. Dan terpaksa buat U turn lagi. Dahla tu menyumpah-nyumpah jer orang di sekelilingnya. Bila aku nak bayar, dia cakap "Bayarlah ikut berapa yang awak nak". [Some people might think they are lucky get that offer, pay as you want, but not for me even I know the real rate for that place from TH Selborn to HKL] Aku hulurkan Rm10 padahal aku memang tahu kadar sebenar tambang adalah dalam Rm3-Rm5 saja macam tu. Aku sengaja menguji balik kejujurannya. Ternyata, pemandu teksi itu seorang yang jujur walaupun kuat menyumpah setelah dia sendiri terkejut dengan nilai yang ku hulurkan. Alasanku memang benar sebenarnya aku tidak memiliki wang kecil yang lain. Hanya Rm10 tu. Kalau ada Rm5 pun, baru aku bagi. Akhirnya si pemandu teksi ni tadi memberikan semula baki Rm5 kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih padanya dan keluar dari teksi tersebut. [Amboi, cerita pasal teksi jer]. Sempat pulak si pemandu teksi tu cakap sebelum aku keluar dari teksinya, "Jalan baik-baik tau! Nanti kalau jatuh, bangun sendiri!"... Hehe... Kalau sesetengah orang mungkin rasa marah atau tersinggung ka apa... Tapi, bagiku, pemandu teksi itu seorang yang jujur dan apa yang dikatakannya adalah fakta sebenar. But, not all of kata-katanya itu 100% boleh ku katakan benar sebab ada kata-kata yang boleh di ambil tindakan undang-undang. Human is not perfect. So, masuk telinga kanan keluar jer lah telinga kiri :)

Sesampainya saja aku di HKL seperti biasa mendaftar dan secara percuma saja sebab company aku yang bayarkan segala-galanya dan macam biasa jugak aku buat blood pressure, temperature dan sedikit interview oleh pegawai yang memeriksa di luar bilik dalam HKL tu. Dan, seperti yang ku jangkakan, aku kena ambil darah. Cuma aku tak menjangkakan dua perkara saja tadi. Sebelum ambil darah tu Nurse cantik tu bagi aku 2 biji Paracetamol (Panadol) dan segelas air. Aku minum dan telan jer lah barulah surat-surat interview aku tu tadi diserahkan pada Pegawai yang ada untuk ambil darahku. Perkara ke-2 yang aku tak jangkakan tu ialah darahku diambil dari lengan sebelah kiri. Selalunya mudah bagiku kalau darahku di ambil dari sebelah kanan. Tapi, Alhamdulillah, dapat juga darahku di ambil tadi walaupun macam pam sedut semula jer dia tarik darah aku tu. Lepas tu, aku buat bodo saja menunggu arahan seterusnya. Padahal memang aku tahu mana nak hantar darah tu sebab sebelum ni aku dah pernah kena uji darah juga. Aku hantarkan result ke makmal A dan menunggu keputusan. Pada masa tu aku menggigil tiba-tiba kesejukan. Haissshhh... Sejukkkkk...

Bila keputusan darah telah dikeluarkan, aku mengambil dan cuba membaca result darah tu. Hmmhh.. memang tak boleh baca lah!!! Aku mana khatam bab-bab kedoktoran nih!!! Tak paham aku nak baca nombo ngan perkataannya yang pelik-pelik macam WBC, Hb, PCV, Neutrophils, Lymphocytes, Monocytes, Eosinophils, Basophils dan entah macamana lagi aku nak baca tu. Entah-entah aku ni sebenarnya Kamen Rider, tak pun Gaban. Power Rangersku mana?

Lepas keluar result, aku tunggu di tempat sepatutnya yang diarahkan. Sementara menunggu tu terleka lah jugak aku melihat keayuan Doktor perempuan tu yang sedang sibuk memeriksa kanak-kanak kecil di dalam bilik itu. Pintu bilik tu terbuka, jadi aku nampaklah. Masa doktor tu tengah periksa budak tu, secara tak sengaja, sempat pulak dia jeling curi kat aku. Pergghhh... nasib baik tak juling. [Ishh, tak baek cakap macam tuu DeeDee]. Tapi, ikhlas, memang doktor tu cantik. Kali pertama nampak dia tadi aku expect kawan aku dari Sabah yang dulunya pernah kerja bersamaku di Brunei. Dua kali ku pandang, memang bukan kawan aku tapi aku tersenyum saja. Seksi lah Doktor pakai penutup mulut :) Yang 3 kali pandang tu lah yang buat Doktor tu jeling kat aku sebab mungkin dia terasa panas kot kena pandang aku? [Perasan nak pelempang ko ni DeeDee... Hehe...] Pantang ba tengok orang Cantik dan dot dot dot. Namanya err... taknak gitau. Tapi lepas tengok namanya tu baru lah aku perasan kenapa dia cantik.

Mulanya aku tak mintak pun nama dia ni. Tapi, dia yang bagitau. Doktor tu lah yang bagitau. Kisahnya begini, selepas saja Doktor tu selesai memeriksa kanak-kanak itu, tibalah giliranku pula. Mari baca bab perasan. Aku lalu duduk dan Doktor memeriksa pernafasanku dengan Stetoskopnya. 6 point di blakang dadaku di periksanya. [Selalunya Doktor lain, 3 point jer dah terus Saddakallahulazim tak nak dah dengar guna stetoskop nih, tapi, lain plak Doktor nih, terasa lebih disayangi pulak :P] Masa tu barulah dia interview aku tanya pasal Denggi lah, member-member serumahlah, ada semburan denggi luar rumahlah... dan macam2 soalan lah dan karangan Doktor tu pun kemas dan chantekkk jer di tulis atas kadbod sakit aku tuu [Kalaulah Doktor lain, mau taknyer ditulis kat atas kadbod aku macam Doktor tu nak terkencing-kencing menulis ayat macam urat perut ayam sampai tak bleh baca. Tulisan Doktor la kunun]. Selepas tu, Doktor cakap kat aku, tunggu sebentar...

Di bawaknyer Doktor tu aku ponya kad ke sebelah maner tak tau, datang semula. Interview lagiiiii... Kali ni eye to eye plak. Aku nampak mata Doktor tu gunakan Contact Lens kaler Hitam. Cantik. Aku pun memberikan penjelasan padanya tentang aku memang ada pergi ke Klinik 24 jam dan memakan ubat tuu tapi kondisi seperti tidak berubah. Doktor itu memahami dan memberikan preskripsi obat yang baru gitu dong. Doktor juga memberikan penjelasan tentang keputusan darahku itu ada sedikit jangkitan kuman dan bakteria dan juga kandungan darah putihku meningkat! [Aku terkejut dalam hati pasal darah putih tu jer sbenarnya, tapi Doktor tu nampak tenang jer, so, aku pun bertenang lah] Boleh plak Doktor tu suruh aku palingkan lagi badan dan memeriksa sekali lagi belakang badanku 6 point jugak. [Wah, semakin disayangi] Hehe... Apapun memang Doktor tu macam tak puas ati jugak kot sebab risau aku ni kena Demam Denggi kan? Apapun, Alhamdulillah, kelihatannya seperti tiada sebab tak mengena symptom-symptom seperti gusi berdarah, bintik-bintik merah pada badan dan lain2 aku tak tau. Soalan last dia tu yang aku tunggu sebenarnya walaupun aku buat bodo~

Tau tak soalan ape? Huhuhu... Cuba korang teka. Hehe...

Soalan biasa yang semua pekerja nanti-nantikan. Kalau tak buat ape lar datang ke situ. Kan? "Hari ni kerja tak? Nak MC tak?"...

Aku dengan muka Gabannya menjawab, "Nak jugak. "...

"Ok, keluarkan I/C yer. Tunggu di luar :)"...

Aku menghulurkan I/C ku dan sebelum ku berlalu pergi tu sempat aku mengucapkan Terima Kasih padanya. Setelah dapat saja Sijil Cuti Sakit tu, aku pergi mendapatkan cop rasmi pulak di bahagian lain dalam HKL tu seperti biasa. Masa tu lah aku dapat nama dia!!! Kat Surat Sijil Cuti sakit tu kan ada nama Pegawai Perubatan. Nama dia Doktor Tengku Nor Diana Mariana binti (dot dot dot, taknak gitau nama penoh ;P). Sebab keturunan Tengku. No wonder lah Asian Look like Wonder Girls... Chewahhh... Heheh...

Oklah, esok Maal Hijrah kan, jadi Selamat menyambut Maal Hijrah. Like my Boss cakap, semoga bersempena Hijrah ni, kita semua sudah mula bersedia untuk berhijrah atau berubah lah. Ya, aku percaya, sudah tiba masanya untuk kita semua membina Azam baru bagi yang beragama Islam, berhijrahlah dalam bentuk apa sekalipun pemahaman kalian tentang hijrah. Hijrah itu pengorbanan, perjuangan, membentuk persaudaraan dan perpaduan. Tingkatkan lah semangat dan tegakkan syiar Islam untuk sepanjang zaman :)

Salam Maal Hijrah semua~
Moga baik-baik aja~
Selamat jalan 1431H,
Welcome 1432H...
Tomorrow 1 Muharram...
DeeDeeiDarus
pun akan
Hijrah
:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers