I Like it!!!

Friday, December 3, 2010

Lawatanku Hari Ni ke Hospital Menjenguk Kakak...

Seperti yang telahku janjikan semalam, akan melawat Kak Nana di sokong sepenuhnya dengan rakan-rakan sepejabat. Aku seperti biasa saja. Bila waktu lunch itu, aku dan rakan-rakan sepejabat yang lain segera datang untuk melihat kondisi Kak Nana.

Setelah tiba, jelas juga kelihatan di raut wajah Kak Nana happi dengan kedatangan kami walaupun dia tidak mampu menunjukkan sepenuhnya kerana kami faham akan situasinya. Kasihan dari pemerhatianku. Dia baru saja menjamah sedikit makanan. Tidak berselera. Tapi cukup sekadar yang Kak Nana mampu makan. Begitu ramai kami di dalam bilik itu menjenguknya serentak dalam 12 orang. Aku juga tidak menduga kedatangan demi kedatangan staff-staff lain. Termasuk kedatangan Kak Intan dan Bos-bos kami.

Suasana semakin sebak apabila ada di antara rakan-rakan menangis tak sanggup memandang situasi penderitaan yang dialami Kak Nana ini. Kak Nana mula menghidap sejak dari tahun 2008 lagi menurut pengetahuanku daripada Kak Intan. Apapun, emosi itu tidak berjaya mengalahkanku. Setelah begitu lama kami di situ, dan masa juga amat mencemburui kami kerna masa melawat hampir tamat, akhirnya seorang demi seorang hendak berangkat pulang dan sempat bersalam dan mencium tangan dan pipi Kak Nana sebelum berlalu pergi.

Mulanya aku tidak mengendahkan tangisan dan emosi yang berlaku antara mereka kerna aku tahu jika aku turutkan, aku juga turut menangis. Ku tabahkan saja hati ini demi mengelakkan Kak Nana tahu dalam hatiku menangis jauh di sudut hati.

Saatku melihatnya terlantar di atas katil itu dan masih lagi mampu berkata-kata sepatah demi sepatah kata, aku sebak. Tapi, ku teruskan saja senyumanku untuk mengelakkan bertambahnya suasana kelam dan sedih di dalam bilik itu. Setelah satu-persatu di antara rakan-rakan staff telah bersalam dan berlalu pergi meninggalkan Kak Nana, tiba akhirnya giliranku pula yang membuatkan tanda tanya besar pada Kak Nana.

"Ko tak pergi Sembahyang Jumaat hari ni Dee?"... tanyanya padaku dengan suara yang agak lembut dan kecil. Ketika itu azan di masjid-masjid luar Hospital berkumandang. Aku tak terkata. Hari ni aku tak pergi. Namun, tanpa mempedulikan soalan Kak Nana itu dan hanya mampu menggeleng kepala dan senyum, ku capai tangan Kak Nana dan tunduk rendah dekat di telinganya membisikkan sesuatu.

"Kak... kuatkan semangat ya. Esok Kak Nana balik ke Sabah kan?"... sambil aku tersenyum ketika tunduk itu. "Kak Nana jaga diri tau, nanti, bila Kak Nana sudah pulang ke Sabah, Kak Nana jangan lupakan DeeDee tau"... Aku masih lagi tersenyum padanya sambil tangan masih lagi bersalam dengan Kak Nana... Betapa di saat aku hendak melepaskan tanganku dari tangannya yang sejuk itu, tangannya tidak melepaskan genggaman tanganku. Makin di eratkannya lagi dan berkata "Ya, Dee"...

Ketika itu hatiku sudah mulai sayu mendengar suaranya berkata begitu. Kak Nana meneruskan lagi kata-katanya... "Ya, Dee, kakak tidak akan lupakan DeeDee. DeeDee ganti tempat kakak tau"... sambil tangannya masih belum melepaskan tanganku... Tetapi aku ketika itu sudah mulai rasa lebih sayu dan penutup pertemuanku ketika memegang tangan Kak Nana yang lemah kaku itu, aku tundukkan kepalaku dan menyentuhkan dahiku pada tangan Kak Nana dan akhirnya aku kalah juga dengan emosi kerna kata-katanya yang sayu itu menyebut "ganti". Ketika itu berat tanganku melepaskan tangannya dan mengucapkan selamat jalan kerna ketika itu air mataku mulai bergenang di mata dan akhirnya mulai melinang jatuh juga tanpaku sedari. Hubunganku dengannya sudah seperti adik-beradik. Aku tak sanggup... sempat juga ku mengucapkan "Kak, DeeDee rindukan Kak Nana tau macam dulu-dulu"...

Kak Nana juga sempat...menjawab... "Kakak pun rindukan DeeDee juga dik..."... Kemudian, DeeDee berlalu pergi dan ada diantara staff yang lain tu sedar akan linangan air mataku mengalir dan terus menghulurkan tisu kepadaku memahami situasiku yang berat untuk mengaku aku juga turut sedih seperti mereka yang lain. Menolehku ke arah Kak Nana dan aku tahu, lepas ni aku belum tentu dapat bejumpa dengannya lagi dengan keadaannya yang sebegitu dan akan ke Sabah.

Bercucuran air mataku bersama rakan-rakan sepejabat keluar dari wad. Aku menjadi perhatian kerana bukan senang untuk melihat air mataku jatuh sebegitu saja. Aku cuba hentikan air mata yang jatuh namun aku gagal. Sepanjang perjalanan ku keluar dari wad perempuan itu, mereka sedar air mataku itu air mata tangisan kesedihan. Ku keraskan hatiku semula. Tetapi, sebelum keluar dari Hospital, sempat pula bertemu dengan Kakak kepada Kak Nana di pintu keluar wad perempuan. Dan, kata-katanya itu membuatkan aku lagi sebak dan hanya mampu mengangguk tak terkata. Dia berkata sambil menangis berlinangan air mata dengan kami semua sambil bersalam, " Maafkan Kak Nana ya, sekiranya sebelum ini dia ada menyakitkan atau tersilap dengan korang semua ya..."...

Keluarnya dari Hospital menuju ke Parking kereta, masih lagi berlinang-linang air mata tapi ku tahan-tahankan lagi supaya tidak terlalu emosi dan berusaha mengawalnya. Aku pun menukar topik dan bercerita-cerita lagi dengan staf-staf lain di dalam kereta dan pergi makan supaya tidak terlalu mengikut perasaan. Selepas saja makan tu... Pulanglah ke pejabat semula untuk bekerja.

Walaupun, masih terasa, aku sembunyikan. Namun, sekali lagi untuk hari ni, aku tak dapat menipu diriku. Aku menangis lagi sambil membuat kerja di dalam bilik senyap-senyap. Jatuh lagi bercucuran air mata ketika membuat kerja dan tak terkawal lagi. Ketika ku terdengar lagi bunyi kaki staff lain masuk bilik itu, aku berpura-pura... tapi, pura-puraku itu di ketahui...

Kak Yam akhirnya berkata padaku, "DeeDee...(dengan nada yang lembut)... rupa-rupanya, sensitif juga hatimu..."... Aku mampu lagi tersenyum... Kak Yam juga menceritakan kejadian yang berlaku padaku tadi ketika sempat bersalam dan berlalu pergi telah diperhatikan gerak geriku oleh Pengarah ofisku.

Pengarah ofisku pula rupanya hairan dengan ikatan akrab dan eratnya hubungan ku dengan Kak Nana sampaikan bertanya pada Kak Yam setelah Kak Yam menceritakan semula kepadaku. "DeeDee dan Kak Nana tu rapat yer?"... Akhirnya Kak Yam akhirnya menjelaskan pada Pengarah, "DeeDee dan Nana tu dah macam adik-beradik rapat. Sejak dari dulu lagi mula berkawan dan setiap kali Raya ke keluar ke masa si Nana tu sehat dulu, dorang dua la yang shopping sama-sama barang raya untuk di bawa balik pulang ke kampung setiap kali. Dah dorang dua pun keje duduk dekat tempat yang dekat dan sama..."... Pengarah menjawab... "ooo... patutlah... Terharu melihat keadaan mereka berdua begitu tadi"...

Ketika itu aku tidak langsung memikirkan tentang itu, tetapi, dengan penjelasan Kak Yam itu sudah cukup meruntunkan sebak nya dalam hatiku bila ku fikirkan semula kenapa aku menangis bercucuran sampai begitu sekali. Barulah aku mulai terasa apa sebabnya sebahagian dari diriku harus menangis tanpa henti kerana aku mulai terasa kehilangan dan kekurangan semenjak Kak Nana semakin jarang ada dekat denganku kini. Itu rupanya sebab ku. Aku tanpa sedar selama ini telah berkongsi cerita dan masalah dan macam-macam lagi termasuk makanan pun kekadang kami kongsi bersama ketika makan...

Apakah ini antara doa-doaku yang dulunya juga ku pinta telah tercapai akhirnya mendapat kasih sayang seorang kakak jika aku merantau di Semenanjung? Ya, aku teringat semula di saat ku sakit tenat ketika ku di Miri suatu masa dulu pada tahun 2009. Saat ku sakit itu, telah bermacam-macam perkara berlaku dan aku berdoa yang macam-macam seperti aku tidak memilikinya... Antara doa itu sebenarnya adalah ini. Meminta kasih sayang Kakak.

Ya Allah...Engkau yang Maha Kaya dan Maha Esa, nikmatMu telahku terasa tanpaku sedari ya Allah. Kini, sudah tibakah masanya Engkau mengambilnya semula?... Inilah sebenarnya antara doa-doaku yang jelas terkabul setelah mulai rasa akan kehilangannya...

Jika Allah sayangkan Kak Nana lebih dariku, Aku Redha Kak. Tak sanggup aku melihat mu menderita kesakitan begini. Aku hanya mampu beristighfar panjang untuk mengelakkan mengeluh... Kak, cepat sembuh dan kuatkan semangat mu ya... jika diizinkan Allah, insyaAllah, kita bersua lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers