I Like it!!!

Thursday, December 9, 2010

Salam Takziah buat keluarga Kak Nana yangku sayangi...

"Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada warga PNM. Dimaklumkan bahawa kita telah kehilangan seorang staff iaitu Cik Zuzanah Ahmad Tawakal dari Bahagian Pusat Penyerahan Terbitan Negara. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 7:00 pagi ini di Tawau, Sabah. Bersama-samalah kita hadiahkan al-fatihah kepadanya... (senyap sejenak) ...semoga rohnya di cucuri rahmat. Sekian, terima kasih..." itulah teks, yang besar maknanya bagiku sampaikan pada pagi ini atas permintaan supaya di maklumkan kepada kesemua staff yang berada di tempat kerjaku. Tabah. Aku tabahkan hatiku pagi ini setelah mendengar berita dari seorang sahabat juga yang rapat dengan keluarga Kak Nana telahpun menghubungiku ketika ku di dalam bas lagi pagi tadi perjalanan dari rumahku ke tempat kerja. Pada mulanya aku tidak tahu siapa yang menghubungiku ketika itu. Aku seluk poket seluarku untuk mendapatkan telefon tapi aku mungkin tertekan keypad letak gagang. Aku mencari dalam log dan mendapati nama si Charlie (bukan nama sebenar) yang menghubungiku itu. Ah sudah, aku menjangkakan sesuatu. Aku kena bersedia. Ternyata benar apa yangku sangka setelah Charlie berjaya menghubungiku semula, "Assalammualaikum Dee... Dee tau berita tak?"... Aku menjawab,"Berita apa? [padahal aku sudah merasakannya]" "Berita pasal Kak Nana. Kak Nana sudah meninggal Dee, pagi ni".

Lantas aku pun menjawab, "Innalillahiwainnailaihirojiun... (diam sejenak)... Terima Kasih Charlie..."... "Tolong sampaikan pada rakan-rakan yang lain ya Dee...(sambil kedengaran di akhir percakapannya bernada rendah dan menangis)..."... "Baiklah..."...

Mendengarkan berita itu pada pagi ini, aku begitu tenang dan tidak terlalu memikirkannya. Jelas, pelbagai perkara telah berlaku dalam kehidupanku sejak kebelakangan ini apatah lagi dalam pengembaraanku di sini. Kesemua kejadian-kejadian yang berlaku di sekitar hidupku kini membuatkan aku tiba-tiba rindu pula pada ibuku di Kampung. Aku ingin mendengar nasihatnya secara nyata-nyata berbanding di telefon. Aku ingin menceritakan segala-galanya. Tapi, belum. Belum masanya lagi ku pulang sekarang. Ini semua ujian dari Illahi. Aku kena tabahkan lagi kekuatan hatiku. Alhamdulillah, selepas sejam pengumuman itu, kami staff di PPTN, membuat bacaan tahlil secara beramai-ramai di dalam bilik mesyuarat. Selesai sahaja tahlil, barulah kami memulakan collection untuk dikirimkan pada keluarga Kak Nana nanti. Kini, Kak Nana telah arwah. Semasa collection dibuat, hatiku tiba-tiba sebak dan sayu mengenangkan saat-saat dan kenangan manisku bersama arwah Kak Nana... Sambilku membuat kerja lagi, ku biarkan saja air mataku deras berlinangan jatuh di pipi. Pandanganku kabur tapi aku puas setelah menangis. Tangisan ku kali ini lebih melegakan dari sebelumnya. Ini tangisan kesedihan berunsurkan kelegaan dan kegembiraan. Setiap pesanan dan kata-kata Kak Nana, akan menjadi kenangan manis buatku... Semalam dan hari ni... 2 orang antara yang ku kasihi, pergi meninggalkan aku dan sekalian yang merinduinya. Ini masa mereka, tapi, kita juga sedang menuju ke arah perjalanan mereka tanpa disedari sejak dari mulanya kita dilahirkan lagi... Ku akui, kita tak sepatutnya meratap kesedihan. Kita yang sebagai orang Islam, buat seperti sebagaimana cara Islam. Bersedekah, bacaan Al-Fatihah dan pelbagai lagi... Itu semua telah ada... Tinggal kita mengerjakannya...

Peluang sebegini begitu mematangkan fikiranku. Ini hari ke-3 Maal Hijrah. Hijrahku takkan berakhir di sini. Segala yang berlaku terhadapku di Kuala Lumpur ini benar-benar memberikan kesan dan impak besar bagiku untuk menyedari kesilapanku... Thanks Ya Allah... Allah itu Maha Adil dan Bijaksana... Dahulu, aku cuma menyangka apa ada kalau ku bekerja di sini? Ada sebegini saja hidupku makan, minum, tidur dan kerja?... Tidak, semakin jauh ku mengembara, semakin bertambah nikmat dalam kehidupanku... Ketenangan yang ku temui... InsyaAllah, hari esok akan lebih baik dari hari ni...

Aku sebenarnya Kak, lega akan penderitaan Kanser kakak telah tidak menyelubungi kakak lagi. Terseksa rasanya melihat kakak sering mengadu akan kesakitan kemoterapi dan ketakselesaan kakak sepanjang ini. Tuhan lagi tahu apa yang kakak alami...

Apapun, hidup kena di teruskan. Aku pagi ni juga terkejut akan sesuatu. Luahan John. John bagitau pada DeeDee tentang malam tadi dia bermimpi telah bertemu arwah Kak Nana dalam berpakaian fesyen yang arwah Kak Nana suka. Fesyen moden. Cuma pakaian tu berbeza dari pakaian biasa. Lebih cantik dan tak pernah dilihat di mana-mana sebelum ini. John bermimpikan arwah Kak Nana datang ke pejabat bekerja seperti biasa dan ceria saja dengan pakaian cantiknya itu. Sebenarnya, John selalu menerima tempahan menjahit daripada arwah Kak Nana. Bukan si John yang menjahit, tapi ibu si John ni memang pandai menjahit mengikut kehendak fesyen-fesyen arwah Kak Nana. Tambahan lagi arwah Kak Nana memang pandai mendesign pakaian dalam lukisan. Ku akui, arwah memang kreatif dalam bidang seni. Semua pakaian-pakaian arwah, sangat cantik dan mempunyai banyak design dan padanan kain-kain chiffon yang digabungkan. Fesyen arwah Kak Nana telah menjadi inspirasi bagi rakan cina kami di pejabat. DeeDee amat mengagumi dan respect akan kekreativitinya dan keberaniannya dalam mengukir seni di dalam bidang fesyen. Impiannya hari tu katanya padaku, ingin membuka sebuah butik pengantin juga. I love your creativity Kak. You are one of my sumber inspirasi juga. I miss You :)

Pesanan arwah padaku itu benar-benar mendalam maknanya. DeeDee janji, akan lakukan yang terbaik. InsyaAllah. All the best. East to east, West to West, Be the best, to beat the rest... Thanks juga kepada arwah, kalau tak kerana bantuannya juga dalam membimbingku exam, mungkin aku kurang confident untuk menjawab ujian. Arwah pernah membantuku dari segi nota-nota dan contoh-contoh kertas soalan esei untuk exam penting. Ternyata kebanyakan tipsnya berkesan dan akan ku ajari semula tips-tips nya itu kepada teman-teman dan kepada sesiapa juga yang ingin mengetahui. I'm happy for having such a good time with you in Kuala Lumpur. The moment we shopping together, eat together, helping each other and celebrating majlis-majlis dan jamuan, dan segala ilmu yang sempat arwah curahkan padaku dalam pelbagai aspek. May Allah Bless You and your family :) At the end, it still happy ending. In memory. Zuzanah Ahmad Tawakal

Al-Fatihah



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers