I Like it!!!

Wednesday, December 8, 2010

Takziah... Ucu DeeDee cayang kitak Noor... Ucu Redha...


Assalammualaikum... Pagi ni aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan buatku apatah lagi buat keluargaku sendiri.

Ya Allah, telah banyak kali aku menangis pada bulan ni. Baru saja aku berusaha melupakan kesedihan mengenai Kak Nana, kini, tiba pula kesedihan yang lebih menyayatkan hatiku. Dugaan dan ujian ini semuanya datang dariMu ya Allah, dan dariMu jugalah ya Allah tempatku mengadu dan memohon belas kasihan serta keampunan. Ya Allah, ini merupakan hari kedua Hijrahku bermula ya Allah, telah ada pengorbanan. Ya Allah, tabahkanlah hati-hati kami semua ya Allah. Aku hanyalah seorang insan yang lemah...

Pagi ni, aku membuat kerja seperti biasa dan telah menerima panggilan telefon dari Ozy, pangkat cucuku tapi kami sebaya. Aku tidak pasti tentang berita yang disampaikan, lalu aku menghubungi ibuku... Innalillahiwainnailaihirojiun... Ya Allah... aku terkejut... lalu air mataku berlinangan lagi hari ni dikalaku sedang duduk kaku di bangku kerjaku sambil menundukkan wajah merasa sayu dan teresak-esak menangis tak mampu tak berdaya menahan lagi... Berita tentang anak buahku Nooraida meninggal dunia begitu menyedihkan hatiku. Aku belum sempat lagi bertemu dengannya untuk tahun ini, walaupun raya. Apatah lagi kini anak buahku itu sudah tiada dan aku pula begitu jauh dari sini di Kuala Lumpur...

Keadaan begini sememangnya sesuatu yang tidak ku duga akhirnya berlaku juga padaku... Maafkan aku abangku, aku tidak berkesempatan menemui kalian di Miri. Aku bekerja di sini dan berat juga hatiku untuk tidak pergi menjenguk. InsyaAllah bang, sepulangnya nanti ke Miri kita bertemu. Aku tahu abangku begitu sedih akan pemergian anaknya Nooraida yang seusia denganku. Walaupun Noor sudah berkahwin dan mempunyai anak, namun hati ibu bapa mana yang tetap menganggap anaknya itu sudah dewasa kerana mereka lebih tahu sifat dan perangai anak masing-masing, tentu saja mereka tetap menganggap anak mereka itu masih perlukan mereka.

Ketika abang menghubungiku tadi di sebelah petang, aku pun tidak tahu hendak berkata apa lagi kepada abangku yang begitu sedih akan pemergian Noor. Aku hanya mampu mengucapkan kata 'Sabar' pada abangku. Abang pun akur juga dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya setiap yang datang itu pasti akan kembali juga akhirnya. Kesedihan juga menyelubungi sepupuku di Seremban dan sanak-saudara di Miri. Syukur Alhamdulillah juga segala urusan pengebumian jenazah berjalan dengan lancar dan telah selesai pengebumiannya tengahari tadi tanpa ada sebarang halangan. Nooraida merupakan anak pertama daripada 5 orang adik-beradiknya. Aku sayangkan mereka semua. Apatah lagi cucu-cucuku. Nooraida telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kini, anaknya telah menjadi anak yatim dalam usia yang begitu muda. Nasib baiklah kami semua masih ada juga. Alhamdulillah. Bolehlah lagi kami mencurahkan rasa kasih dan sayang kami dan rindu kami pada anaknya nanti. Aby. Antara cucu kesayanganku yang pernah ku jumpa. Aku mempunyai 2 orang lagi cucu. Adik perempuan yang kedua arwah Noor pun telah berkahwin. Sebab tu lah aku ada 2 lagi cucu tapi aku tak sempat juga menemui sebab mereka berdua lahir sepanjang aku bekerja di KL. InsyaAllah jika Nek Ucu DeeDee punyai kesempatan, Nek Ucu DeeDee ni akan pegang dan jumpa kalian semua cucu-cucuku sayang :)

Petang tadi tu, di Miri hujannya tiada. Tapi di KL, petang tadi, tiba-tiba hujan yang amat lebat disertai dengan angin kencang begitu drastik sekali seperti rasa dalam hatiku terhadap perasaanku hari ni. Namun, sebenarnya, Allah turunkan hujan tu juga, ada hikmahnya. Antara salah satu hikmahnya adalah keajaiban dan kecantikan selepas hujan petang iaitu pelangi. Di setiap kedukaan itu pasti ada kegembiraan. Aku harus menerima apa jua keputusan di tangan Tuhan. Ini semua adalah takdir. Kita kena Redha akan ketentuan Illahi. Sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui. Ya Allah, terima kasih ya Allah, Engkau juga mengajarku erti ketabahan. Aku semakin tabah menghadapi cabaran ini berseorangan tambahan lagi aku sekarang merantau di negeri orang dan mencari rezeki nafkah yang halal yang lebih baik untuk keluargaku. InsyaAllah kelak, setelah beberapa perjuanganku selesai di sini, aku akan memulakan kehidupan yang lebih baru bila sudah pulang semula kelak ke Miri. Aku yakin ya Allah, aku akan pulang dengan penuh keyakinan dan membuat beberapa perubahan baru dan demi kebaikan semua. InsyaAllah. Dengan izinmu juga ya Allah :)

Ini Aby. Anak arwah Nooraida. Begitu comel di mataku. Seiras dengan wajah arwah ibunya. Aby, ibumu telah tiada. Kami di sini ada di sampingmu. Janganlah bersedih-sedih ya cucuku sayang mencari ibu. Suatu hari nanti, Aby pasti akan memahami keadaan sebenar Aby. Aby jangan nakal-nakal ya. Ibu tiada bukan bermakna ibu tak sayang Aby ya. Aby pun masih ada kami semua...

Aby ni suka sangat bermain dan bergurau. Kami turut terhibur melayan karenah dan gelagat si Aby ni kalau sudah bermain. Apatah lagi aku ketika sebelum tidur. Aby tak pernah menolak ajakan ku menyuruhnya memijak-mijak belakang badanku sebelum ku tidur dahulu. Aby seperti ada telepati denganku. Aku amat mudah berkomunikasi dengannya. Aby juga mudah rapat denganku. Kecil-kecil sudah cerdik. Asal aku meniarap saja keletihan kepenatan, Aby memandangku dan datang ke arahku lalu memijak-mijak belakangku dan berjalan-jalan di belakang badanku yang luas tanpa ku arah. Aby seolah-olah tahu di mana bahagian kesakitan dan kepenatan di belakang badanku dan terus-menerus dia memijak sehingga aku terlena kenyenyakan tertidur olehnya. Aby tak pernah menyakitkan aku sama ada terloncat-loncat. Malah, dia seolah-olah gembira jika sebelum aku tidur dia memijak di belakang badanku sambil bercakap-cakap dan bernyanyi sendiri dengan tawa dan riangnya. Aby, Nek Ucu cayang Aby.

Aby, mulai sekarang, Aby mesti lebih pandai dari sekarang tau! Besar nanti, Aby senang untuk berdikari. Bila Aby sudah pandai berdikari, senanglah Aby nanti. InsyaAllah. Nek Ucu minta maaf Aby sebab tak dapat temankan Aby hari ni ya. Aby mesti sentiasa kuat dan sihat tau! :) Hehe... Aby, Aby... Antara lafazmu yang Nek Ucu rindu suka dengar, "Cayang Aby, cayang Aby"... "Cayang Ucu, Cayang Ucu"... Sambil-sambil Aby sebut tu, sambil tu juga lah dia akan datang dekat dan memeluk erat mencium sayang pada kami. Aby... Sabar Aby... Ibu Aby disayangi Allah... Kalau Aby rindu pada ibu Aby, berdoalah pada Allah agar ibu Aby sentiasa dalam keadaan tenang, sedekahkan Al-Fatihah dan Yassin selalu, Aby kan pandai??? Amin. Ya Allah, lindungilah keluarga kami ya Allah... Aby, aby nak belajar mengaji tak? Moyang Nek Laki pandai baca Al-Quran dan mengajar mengaji. Aby belajar ngan Moyang mok? Moyang di sini, aku maksudkan dengan ayahku. Tentu saja kalau sudah arwah Noor cucu bapaku, anak arwah Noor, cicit kepada ibu dan bapaku kan... :)

Saat-saat begini, tentu juga abang memerlukan kekuatan dan ketabahan hati yang tinggi. Syukur Ibu Bapa kami masih ada. Tentu saja kekuatan yang terdekat nyata buat masa sekarang pujukan dan kata-kata semangat dari ibu bapaku menjadi ubat dan penawar kerinduan abangku pada arwah Nooraida. Abang, kita sekeluarga, saudara-mara dan rakan-rakan dan kaum muslimin dan muslimat sekalian tidak akan putus berdoa bang untuk ketenangan jiwa dan rohani kita semua masing-masing. Abang usah sedih-sedih lagi ya. Hari-hari kita semua sudah mendoakan dalam doa-doa harian bang. Tinggal kita sendiri saja lagi Redha dan berserah diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. InsyaAllah bang, ini semua takdir dan ketentuan dari Illahi yang terbaik yang harus kita terima. Usah meratap pemergiannya terlalu lama supaya Rohnya tenang ya bang. DeeDee, Kak Yah, Mak, Ayah ada di sisi abang apatah lagi saudara-mara kita yang lain bang. Abang terbaeeek :)

Salam Takziah...
" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha...."

Al-Fatihah...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers