I Like it!!!

Saturday, December 18, 2010

What makes you different just might be your greatest strength.

Salam!!! Hehe. How was your saturday today? Okay? Hehe... Me just fine. At last! relax at rent house! Even so many thing to do, I'm just let it be bak kata The Beatles. Hehe... Okay, hari ni DeeDee nak cerita tentang Hackers! Godam. Penggodam? Si pemecah Cyber... Hurmmm... The best dreams I wanna be... Chewaahhh... Tapi, tak boleh dou... kalau diturutkan, anda boleh disabitkan di bawah Akta yang berkenaan atas kesalahan menyalahgunakan IT dan Cyber dan memecah masuk dan dianggap crime! Jenayah! Criminal... Dan seumpama dengannya lagi... Sebelum tuu, nak cerita pasal Blackberry lah. Hehe... Why? Semalam, aku ni ternampak member gunakan BB ni lagi. Aku pun hairan lah. Hairan bukan pasal tak pernah nampak phone ni, cuma, sekarang, semakin menjadi-jadi demam BB ni.

Ye larr, BB ni kejap aku dengar best, kejap aku dengar tak best. Erm, oklah, memang ku akui pada mulanya, aku tak menyukai BB. Big, boleh lontar ke kepala anjing kalau kecemasan berlaku dan ada saja lah lagi rungutan mengenainya. Tapi, setelah kajianku yang terkini semalam, mendapati, aku semakin meminati kemudahan BB ni. My friend is so easily FB and anything lah about IT ni. So, pendek cerita, aku sudah mula dapat menerima hakikat tentang selain Nokia, maybe BB the next option for me yang jenis gila Internet nih. Hehe... Chuppp!!! Next topic ni aku nak share. Okay. Erm, tentang godam. Penggodam. Anda tahu apa itu godam? Pecah masuk dunia Cyber dan melakukan macam-macam kerosakan internet atau samada untuk kepentingan sendiri.

Semalam, aku tak sengaja. Bukan menggodam la. Cuma membantu. Semalam, aku dan rakan-rakan sepejabat kena hadir kelas di samping praktikal untuk mengisi borang wajib demi kepentingan kerja dan untuk di nilai. Di akhir-akhir tahun ni, biasa larr... Penilaian tu amat penting untuk markah kerja kami dan demi kebaikan rekod kerja kami juga samada untuk kegunaan company sendiri atau kegunaan rujukan company yang lain sekiranya menerima kami bekerja di tempat lain samada berpindah atau dipindahkan atas keinginan atau kerelaan sendiri. Usually, we fill that form hanya manual. Kertas borang biasa saja yang diberikan pada setiap orang samada nak menulis atau menaip print out dan dilampirkan bersama. Semua company di seluruh Malaysia ni pulak serentak perlu hantar before the end of this year. Jadi, demi bajet, dunia pun semakin maju dan canggih, salah satu inovasi yang telah diwujudkan untuk mengelakkan pembaziran menggunakan kertas, online form telahpun diwujudkan.

I guess, it's much more easier to fill in online than isi borang yang kalau tulis pakai pen silap kena pulak correction pen atau 'Blanko' dan kalau sudah salah isi satu paper, nak kena guna paper lain plak kan?... Jadi, semalam, bermulanya kami mengisi online borang keramat lah tu kunun... Cuma, setiap kelebihan tuu, ada kekurangannya. Bila online, if system down or low, off course saja lambat kan? Tapi, aku sentiasa yakin, kekadang tuu, kalau cara kita silap tuu pun boleh juga menyebabkan internet tuu lambat... I learn about this since I have phone and mengenali dunia internet sejak dari zaman persekolahan menengahku lagi... Itu saja punca utama setelah mengetahui kelemahan, kita pulak jangan lah demand lebih untuk expect yang lebih dari tuu pulak. Terima seadanya...

Berlakulah semalam seperti yangku duga iaitu, semasa memulakan pelajaran mengisi borang penilaian tuu online, internet kami semua pun lambat... Sebenarnya silap teknik, tu lah yang lambat... I follow the flow saja mulanya seperti yang diarahkan... menjadi. Tapi, lambat! Even si Pengajar pun mengalami kesukaran untuk log in dan memasuki ke next page borang.

Hatiku pula sudah meronta-ronta nak cepat log in dan menyiapkan segala-galanya hari tuu jugak. Jadi, tanpa berlengah lagi, aku pun membuat di luar batas pengetahuan si tenaga pengajar supaya aku dapat log masuk dengan cepat. Ini semua juga berkat pengalaman dan kepakaranku yang ku pelajari selama ini, dan Alhamdulillah! Berjaya log in dengan pantas. Tanpa berlengah, dalam keadaan kelas yang seperti semuanya mengalami kesulitan log in, aku terus share saja kesemuanya pada rakan-rakanku terlebih dahulu cara online pantas tuu, baru aku bagitau kat Pengajar. What Happen then?

Si Pengajar terkejut dengan cara yang ku kemukakan. Nampak dari raut wajahnya berkerut hairan. Macam tak percaya pulak ada cara lain. Tapi, dia menurut saja arahanku dan dia pun berasa teramat gembira kerana dapat log in dengan pantas walaupun pada mulanya dia macam tak nak sebab risau akan tiada Secure Connection dengan cara yangku ajar. Sebenarnya, aku tak risau pasal ada atau tidak https atau http saja semasa online sebab namanya sudah kita online di company, automatically connection kita juga akan berubah dengan sendirinya kepada Secure Connection kemudian. Lalu dia memujiku sambil dia berkata aku telah berjaya menggodam dan boleh dapat credit(markah) lebih nii sebab punyai alternatif terbaru untuk log in pantas. Dalam ku gembira tu dapat membantu, aku sebenarnya kelu sebab pujian itu sebenarnya berbentuk seperti sindiran.

Kenapa?

Bila aku telah dikata begitu, aku terkejut seumpama aku berjaya memecah kelambatan online dan tiba-tiba aku telah dibagitau berjaya menggodam. Erm... sebenarnya, niatku bukan nak menggodam untuk kejahatan ya. Lagipun cara yang ku ajarkan tu sesuai untuk diguna pakai oleh semua. Kalau sebenar-benar Hackers, bukan dapat memberitahu identiti sebenarnya pada khalayak ramai dan menunjukkan lagi cara tuu kat semua orang dengan skrin besar didepan kelas tuu... Huhu...

Apapun, aku tak lah peduli tu semua. Asalkan dapat sudah online pantas semalam, dan menyiapkan kerja, sudah memadai. Segala pujian tu hanya bagi Allah. Lagipun, aku tak sengaja bagitau cara tu buat si Pengajar tu rasa dia pulak yang kena ajar aku dalam kelas tu bukan dia pulak yang sepatutnya mengajar kita. Rakan-rakan sekerjaku pulak hanya menggelakkan karenah kami dua sebab terbalik. Maaf ya. Tak terlintas aku nak menjatuhkan maruah atau memperkecilkan kebolehan tenaga pengajar. Apapun, aku cukup gembira sebab Pengajar juga sangat gembira dengan cara yang ku ajar. Siap si pengajar nak bagi cadangan ni nanti pada semua pelajarnya yang lain jika mengalami masalah yang sama pula. Nampaknya, semalam, kami sama-sama dapat ilmu dan tersenyum riang semasa pulang dari kelas. Tambahan lagi, ilmu yang ada di manfaatkan bersama.

Bagi DeeDee, ilmu yang DeeDee ada tu hanya baru sedikit dari 1001 ilmu lagi yang ada di dunia ni. Walaupun sedikit kan, jangan lah kita sombong, riak, bongkak dan takbur... Berkongsi... Kongsikan pengetahuan anda tanpa ada niat nak menunjuk-nunjuk atau berbangga... Anda pernah dengar kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s? Nak tahu? Baiklah, hanya cerita ringkas nak mengaitkan dengan ilmu yang kita ada hanya baru sedikit.

Diringkaskan cerita antara Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s. selepas kedua-duanya bertemu di tempat pertemuan dua lautan, antara Lautan Roma dan Farsi, berlakulah beberapa peristiwa yang boleh dijadikan tamsil untuk teladan umat manusia.
Dalam pengembaraan mereka berjalan menyusur pantai, tiba-tiba kelihatan sebuah perahu kepunyaan anak tempatan, Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s pun melompat naik ke atas perahu itu tanpa dipelawa.
Tiba-tiba terbang melayang seekor burung pipit yang amat kecil lalu hinggap di hujung perahu. Burung itu menyentuhkan hujung paruhnya yang halus itu ke permukaan air laut.Setelah meminum air laut ia terbang semula sehingga lenyap dari pemandangan Nabi Musa a.s dan Khidir a.s.
Pada saat itu berkatalah Khidir a.s kepada Musa. a.s: "Hai Musa, engkau lihatkah apa yang dilakukan burung pipit tadi?" Musa a.s menjawab dengan segera: "Ya, saya lihat burung itu minum air laut." Soal Khidir a.s: "Tahukah engkau berapa banyak air laut yang diminumnya dan berapa pula banyaknya air laut yang masih tinggal di lautan itu?" Jawab Musa a.s:" Air yang diminum burung itu sedikit sekali, mungkin hanya satu titis sahaja, sedangkan air laut yang masih tinggal di lautan, banyak sekali, sebab laut itu tak terbatas luasnya, luas dan luas sekali, dalam dan dalam sekali."
Berkata Khidir a.s:"Hai Musa, ketahuilah olehmu demikianlah perbandingan ilmu kita manusia dengan ilmu Tuhan. Ilmu manusia termasuk saya dan engkau terlalu sedikit dan terbatas. Sedangkan ilmu Allah banyak, luas dan dalam sekali".
Setelah berkenalan, Musa a.s menyatakan bahawa baginda ingin bersama Khidir a.s dan menuntut ilmu kepadanya.

So, bagaimana? anda dapat faham sedikit sebanyak tentang ilmu? Adakah anda sekalian sudah bersedia juga untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan yang lain? Jika hendak berkongsi, dengan keikhlasan juga ya... InsyaAllah, ilmu itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Nak tunggu kita ni belajar kekadang tu ada saja halangan masing-masing. Alternatif lain tu begitu banyak sebenarnya. Jangan simpan lama-lama sampai ke mati, selagi dapat di kongsi, kongsikan. Ilmu itu juga bukan milik anda :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers