I Like it!!!

Wednesday, December 15, 2010

The Buried Life... Baby you are Firework~

Good day to everyone :) Today I'm totally suprised with my Boss. Not my Big Boss. Why? Hehe... while I'm busy doing my job, then my Boss come nearby. Aku punyalah sibuk sampai tak kisah kedatangannya kalau nak tengok kerjaku. Biasa jer bagiku. Then tiba-tiba saja Bosku offer ada apa-apa yang dia boleh bantu untuk ringankan beban kerja aku. Terperanjat lah aku dalam hati. Terkinjat aku. Terharu pun ada. Sebab, tak sangka aku ada bos seprihatin ni. Ye larr... aku takde plak bagitau dia aku benar-benar busy sebab buat kerja hakiki dan menanggung kerja orang lain. Tapi, dia sedar walaupun aku time tuu just buat kerja hakiki pun dah sekian sibuk, dia nak ringankan jugak beban kerjaku. Kerjaku memang banyak tapi tak semua tahu. Aku pun tak nak bagitau sesiapa di tempat kerjaku apa kerjaku yang banyak sampai aku terasa bebannya sebab bagi mereka yang lain kerja mereka lebih banyak dariku. Sebenarnya, walaupun kerjaku di mata mereka nampak seperti sedikit, rumitnya untuk setiap satu bahan yang ku proses tu mereka tak faham. Setiapnya berbeza saiz dan bentuk dan perlu di uji sebelum di proses.

Oleh sebab dah takde siapa tempat ku nak mengadu, aku just buat jer satu-demi-satu sampai siap tanpa perlu nak explain kat orang bagaimana rumitnya prosedur yang harusku lalui untuk melakukan kerjaku. Mungkin sudah terlalu biasa, sampaikan aku tak terdaya nak bagitau orang. Tapi, semenjak persoalan Bos tu ditujukan padaku, memang aku terperanjat. Takkan aku nak suruh orang pangkat yang tinggi dari aku ni buat kerja aku ni. Wah, betapa aku mengagumi sifatnya yang tak mengira darjat dan pangkat untuk melakukan kerja-kerjaku dengan niat untuk meringankan bebanku. Terharu. Tapi, aku tidak semudah itu nak menyusahkan orang yang lebih tinggi pangkatnya dariku yang telah melayan aku dengan baik dalam bidang pekerjaan kerana belum pernah bagiku terasa disusahkan olehnya. Bukan ku pinta untuk disusahkan. Tetapi, beruntung bagiku rasanya bila dapat bos yang menghargai pekerjaanku sebegini dan tidak ku terduga daripadanya. Alhamdulillah :)

Tapi, memang jelas sungguh Bos bersungguh-sungguh hendak menolongku sebab hari ni dua kali aku ditanyakan daripadanya. Hehe... sebenarnya Bos, cukup sekadar bos amat memahami aku. Itu sudah memadai bagiku. Tambahan lagi Bos ni kekadang suka menceritakan pengalamannya mengembara. Itu sebenarnya sudah cukup menghiburkan aku bila mendengar ceritanya yang menarik perhatianku. Bagiku, dia jujur dan tulus ikhlas menceritakan bukan kerana dia berniat nak mem-poyo bila cerita tu. Mungkin sesetengah orang fikir bila menceritakan pengalaman masing-masing tu seperti nak menunjuk-nunjuk. No. Kalau tak cerita, orang takkan tahu.

Siapa dia Bos yang saya maksudkan? Eheh... nak tau? jika pernah terbaca entri Blogku tentang

Sepintas cerita seringkas ini :)

barulah korang tau siapa dia ... Huhuh... Tak pernah aku jumpa orang sepertinya yang jenis tak berkira sangat dan tak mengendahkan siapa pun. Kalau dia buat kerja tu, memang fokus dan buat sampai dia siap. Hehe... bagiku, dia seorang yang bertanggungjawab. Aku akan mencontohi salah satu dari sifatnya. Tahniah Bos, anda salah seorang dari sumber inspirasi kehidupan saya. Yang baik-baik aja sih kita contohi dong... Dah dapat Bos sebaik ini, adakah aku akan dapat Bos sebagus ini nanti di tempat lain jika aku berpindah? Yang mana telah sedia ada ni, hargailah. Always appreciate your precious moments :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers