I Like it!!!

Thursday, October 21, 2010

Sepintas cerita seringkas ini :)

Salam semua! Huhu. Kenapa plak dengan kalkulator nih? haha... Besar ba kalkulator aku ni kalau buat kerja pun tekan boleh salah tekan. Hahaxx.. Yang penting jumlah kiraan tu mesti betol wei~ ehehehe...

Bukan nak cerita pasal kalkulator jer hari ni haaa... Nak cerita sedikit jer aktiviti aku hari nih. hari ni pagi aku busy. Entah ape aku busy eh? Sampai tak ingat. Errrr... yang ku ingat, petang. Start kol 2 jer aku dan Mr. Kapak gi PWTC :) Hari ni kan sibuk pasal perhimpunan Agung tu. Bukan sebab tu lah aku datang. Arahan bos suruh Mr Kapak dan aku g anta kad jemputan yang kitorang print pagi tadi kat Utusan :) Hmmm... Tapi, berlaku sesuatu hari ni yang memang aku dah mendugakan dan menjangkakan. Hahaha... Berkenaan dengan errr.... meletup dan berat. Lepas ni aku cerita. HahaXX...


Ni ape kes nih? Cincin nih? HAhah... cincin yang aku suka pakai actually kalau time santai or kejer ker~ Aku suka barangan yang simple-simple jer macam stainless steel dan batu-batu kristal or jed. Yang hitam ni kristal jed biasa jer. Aku ader lagi kalerkaler lain. Tapi aku suka pakai kaler hitam nih sebab bleh matching banyak! Terutamanya dengan kulit aku yang cerah nih, makin lah terserlah jari-jemariku yang cerah nih. Hehe... menghargai kurniaan yang telah Tuhan berikan padaku jer :)


Okeh! Di teruskan cerita! Melalut plak. Hahaxxx... ni lar Mr. Kapak. Terbaekk!! Aku respect kat dia walau macamana skalipun orang nak cakap pasal dia. Kenapa? Haha... Aku menyanjung sifat yang ada padanya terutamanya, penyayang kepada emak!!! Aku telah melihat gambar-gambar ibunya. Setelah ku melihat, aku faham. Dia seorang yang prihatin. Walaupun Mr. Kapak cakap dia seorang yang pemalas, bagi ku, tak. Dia lebih rajin dari yang dirinya ketahui :) Ye larrr... aku kan bekerja sama di bawah pantauan nya juga, sebab tu selalu jumpa. Tetiba plak hari ni atas arahan, aku dan Mr. Kapak di beri tugasan hantar kad jemputan yang telah kami print pagi tadi untuk di hantar kat Utusan di PWTC hari ni. Anda tau PWTC? Hehe... Pasti anda tahu sebab sekarang tengah kecoh arr di Tv. Kecoh dengan baik la~ Ada cerita di sebalik gambar Mr. Kapak sorongkan motor nih. Aku ngan dia arini venture plak pakai motor rempit dari opis ke PWTC. Hehe... tapi, apa kejadiannya?

Mr. Kapak punyer motor nih, baru arinih aku naik ngan dia. Hehe... lepas ni rasa tak nak naik ngan dia dah. Bukan tak sudi, kecian aku kat Mr. Kapak. Pasal meletup ngan berat yang aku nak cakap tadi tu ni larrrr... Aku yakin yang teramat sangat! Tayar dia meletop ni sebab aku duduk kat blakang dia arrr tuuuu~ [hahaha, amat memalukan berat badan yang berat tak tertampung si Motor, jangan risau, aku tetap sedar aku berat ke tulang walau orang nampak aku tak segumok dulu... haha] Paham-paham jer la kalau kat KL ni bawak moto, kena laju-laju. Kerna laju-laju sikit tadi, ada gak babak terhentak-hentak yang dapat terkawal dan akhirnya tupai jatuh ke tanah juga di mana part adegan laju kami akhirnya menyebabkan hentakan yang menyebabkan tayar meletopppp! Hahaha... time-time hampir dah nak sampai PWTC tu arrr meletop plak dah. Mau tak mau, aku turun dari motor, dan sama-sama kami mengiringi motor tu ke bengkel yang berdekatan. [kena patah balik la jugak carik bengkel tadi] di pendekkan cerita, dah tukar tiub tayar Rm10, kitorang ponnn dapat juga meneruskan amanat yang bos suroh untuk pegi ke PWTC tuh.


Akhirnya kitorang berjaya sampai di dalam PWTC. Aku malas arr nak ambik banyak gambar hari ni. kurang kit beraksi. Tapi ada la jugak sedikit cerita di setiap gamba. Macam ni pemandangan dari beranda PWTC tingkat 2 ke 3 tak silap tadi or tingkat 1. HAhaxx.. bleh plak tak pasti kejadian baru tadi. Ada sungai blakang ni kan. Tu bangunan Dewan Tun Razak 1 & 2. Aku ambik semua gambar-gambar ni guna kamera opis jer. Actually banyak tau aku nak tangkap gamba. Tangan aku ni cepat kit bab ambik gamba, tapi aku disiplin kan gak, aku kena terhadkan sebab ini bukan waktu untuk main-main. Kerja, so buat kerja ya.


Masa ni kitorang maseh lagi tertunggu-tunggu panggilan telefon dari wakil Utusan untuk terima kad jemputan yang bos suruh hantar tu, so, kitorang tengah menunggu lah ni. Dalam masa aku menunggu nih, heran gak ada si pemancing nih tengah pancing ikan. Tapi, tiba-tiba plastik memanjang macam mayat plak dia dapat. Aku senyum jer lah. Kalau tak, lagi nampak dia angkat tinggi lagi tadi plastik tu...


Yang ni Mr. Kapak cakap hotel. Aku ingatkan la Bangunan UMNO ka. Mentang-mentang kaler dia merah putih haaa~


Yang tu plak Dynasty Hotel. Aku ingatkan larrr Dynasty Hotel ni cuma kat tempat aku jer di Miri ada. rupa-rupanya kat sini ponn ada. Maksud aku tuu, ingatkan nama setiap hotel tak sama. Mungkin berkaitan gak ngan dorang macam KFC ngan McD kan banyak cawangan. Maybe~


Just bunga kertas. Dulu mak suka tanam nih. Kakak pun suka. Dulu bunga kertas kat umah nenek aku lagi banyak!!! Pagi dan malam nenek aku dan aunty aku kadang rajin siram bunga. Macam-macam kaler dah aku tengok. Kalau bunga kertas ni semakin tua kan, silap-silap bleh jadi sepohon pokok yang besar tau~ ye lar, penjagaan nya mudah tak sesukar menjaga orkid, ros dan kaktus. Bunga kertas nih semua orang mampu nak tanam dan memiliki. Tapi, seperti yang kita ketahui, Bunga Kebangsaan kita Bunga Raya kan? So, tanam lar bunga raya gak eh :)


Bunga, Hotel dan Bendera UMNO :)


Balik-balik abang si tukang pancing ikan ni jugak aku ambil gambar. Kali ni abang tu dapat sampah lain plak. Kita semua patut respect gak kat abang nih. Masuk ni yang aku dah nampak dan buktikan, kiraan kali ke-2 kan dia dapat sampah? Tak tau plak awal-awal tadi lagi or lepas kitorang tak perhati dia ni dia dapat lagi sampah. Abang ni tak jugak putus asa kan? Kita patut contohi sifat jangan putus asa tu jer eh. Tapi jangan contohi sifat dah jumpa sampah tak tolong buangkan. Hehe.. Abang jangan mareee eh~


Abang yang kerdil, Kereta, Dewan Tun Razak dan Bunga Kertas


Kalau korang tengok nih, jemput lar masok eh. Shopping!!!! Tapi, berapi lah jugak harga barang dia. Kitorang paham. Sewa tapak gerai tu jer dah sekian. Mahal tau! sebab tu barangan yang dia jual tu mahal gak. Kecian lar jugak kat penjual-penjual tu. Untung kalau tak seberapa nak bayar tapak tu jer dah lebih. So, lu pikir lah sendiri okay~ Tapi, most barang-barangnya jual menarik perhatianku jugak sebab takda di jual semberono kat luar. Macam ada kain samping tu kan tenunan Barisan Nasional. Hehe. Tenunan Lambang UMNO. Ada tudung, kerongsang, dan perfume jemaah haji dan lain-lain lagi termasuk makanan. Silalah berkunjung :)


Ini dari pintu kitorang masuk tadi. Time ni aku ngan Mr. Kapak dah nak balik :)


Selamat Sampai gak! :)


Oklah, takat ni jer. Laporan aku hari ni yek. Jangan lebih-lebih. Anda bekerja, so at least ada bukti anda telah sampai di tempat yang di arahkan. Sudah. Integriti anda!
Ok la. XOXO. See you all again bloggers :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers