I Like it!!!

Tuesday, October 19, 2010

As I Promise, To Show it To :


Okay, just for today story. Not much, simple as I promise too~ I will post it if I get that "Teropong". Ehehhe.. But first, aku nak cerita sikit jer pasal kejadian dan isu terbaru ni yang belum lama ni aku ada postingkan kat blog ni. Ingat tak pasal kejadian "Pow" aku tuh? ya, tadi actually I just want to warn any of my friends yang work di tempat Dd too... yang ada di kalangan mereka juga lalu kat kawasan aku lalu ni kekadang berseorangan. Perempuan la terutamanya aku tujukan juga. Tapi, tu larrr.... facebook hanpon ni kekadang sot sikit. Kekadang tu dapat upload gamba. Kekadang tu tak dapat. So, ini salah satu gambar tu yang ku nak tunjuk. Di bawah ini.

Korang nampak kan betapa sunyinya gambar ni di waktu ni. Time ni aku baru balik petang tadi. Pukul 5:30pm. Biasanya jam kat laluan luar tu lah. Tapi traffic jam macamana pun, kat laluan dalam ni tetap sunyi. Hanya yang tahu saja, tahu di mana bahagian tempat ni. Kat sini lah kejadian tu berlaku. Ni lah di luar opis aku luar pagar. Kalau nak ngelak, payah gak, dah memang laluan aku nak mendapatkan bas. Kalau aku tak melepasi ni, aku tak balik plak kang. Bas pun bukan ada lalu dalam nih. Luar dari jalan nih menuju ke jalan besar. Penah lah jugak aku balik malam melalui jalan nih. Kekadang subuh atas arahan kena datang awal kalau ada tugasan penting, pun ada gak ku lalu jalan nih dalam gelap. Begitulah nasib di perantauan nih. Aku sorang jer kan. Apa-apa terjadi kat aku, macam tu jer lah di KL ni. Hehe. Yer la ada sodara aku kat Negeri Sembilan tu. Tapi, ni cerita kat KL. Korang kat luar sana nanti, bersiap2 saja la bersedia menghadapi dugaan yer. Kita tak tahu lagi apa takdir kita, aku pun tak menduga masa tu aku kena "pow" tapi berjaya juga ku atasi. Alhamdulillah. Itu semua atas bantuan dari Allah juga dan kebijaksanaan-Nya memberikan aku jawapan apa untuk ku jawab pada si penge "pow" aku tuh. Segala puji hanya bagi Allah :)

Oklah, ni dia seperti yang ku janji kan nak cerita kat orang-orang yang nak tau gak teropong jenis apa yang aku dapat bida tu. Ni hah, teropong biasa saja. Aku memang suka tengok teropong nih. Tambahan lagi dapat di lipat dan disimpan kemas dalam poket kan. Hehe.. Aku suka tengok benda-benda kiut nih. Yang bermanfaat ni. Boleh gak skodeng orang. Haha... Takde, aku berkenan kat teropong ni sebab, dulu, masa aku kecik-kecik, antara mainan yang aku ada lego, teropong dan bola kecik jer. Kereta mainan korek tanah pun ada. Hehe... Jadi, ntah mana dah kesemua menan aku tuh, ilang ke aper, tu lah bila ternampak jer teropong nih aku terus terkenang masa lampau yang terlampau lama sudaa tuu~~ Aku pun bida la habis-habis selama 3 minggu lah jugak usaha ku mendapatkan teropong ni akhirnya tercapai pada subuh tadi aku terima e-mail dari lelong cakap "Congratulation! bla bla bla dot dot dot lagi la..." So, heppi la :)

Itu jer benda ku nak cerita. Haha. Walaupun sebenarnya hari-hariku busy, kekadang tu, setiap kali ku busy tu, ada jer rasa tangan ni gatal nak menaip, tapi bila dah tangan bertemu kekunci taip nih, rasa malas nak bercerita tu lagi kuat!... Tu lar~~ Hmmm... cukup takat ni dulu. Aku ada impian! Impian kecik tu, dah tercapai jer nanti insyaAllah bulan ni, depan or Disember 2010 nih, baru aku postingkan lagi ekkk ape impian aku yang dah tercapai tu yang melibat kan dengan dunia warna nyata. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers