I Like it!!!

Sunday, October 24, 2010

Anugerah Khidmat Cemerlang kau konon!

Baru pagi nih aku di hubungi oleh salah seorang hamba Allah ni yang buat aku bengang betol-betol dengar ayat nyer yang macam @#$%^& bila tanya pasal aku. Kalau tak tahu jangan menuduh melulu ikut sedap mulut ko jer. *&^%$#.

Pasal dia ni, aku nak cerita sikit. Biar aku ingat ada kisah aku tentangnya bukan untukku berdendam. Tapi nak bagi kesedaran kat aku sendiri gak sekiranya suatu hari nanti aku telah dapat seperti apa yang nya dapat iaitu Anugerah Khidmat Cemerlang. Ermmm, apa aku nak panggil gelaran dia plak eh dalam blog nih. Si Kuno lah. Sebenarnya, yang dia tak tahu cerita adalah, tiba-tiba, semalam, aku start dari bangun tidur saja, aku dah kesakitan. Time tidur pun terasa macam begitu banyak gas dalam perut. Dalam hatiku sudah menjangkakan samada aku keracunan makanan atau gastrik. Bila ku bangun tidur tu, perut terasa sungguh sakit untuk melepaskan "hajat".

Jadi, aku pun melepaskan hajat di tandas. Pedih. Memang macam zaman aku pernah keracunan makanan dahulu. Jadi, rupa-rupanya, bukan setakat itu sahaja. Ntah brapa kali aku melepaskan hajat dalam 1 hari semalam. Hajat cair saja. Memang aku dah syak yang aku nih keracunan makanan. Aku pun tak ingat apa yang ku makan hari sebelumnya sampai jadi begitu sekali. Semalam sabtu. Aku pun risau jika Ahad, pada hari ni, aku tak dapat kerja. Aku asyik mencari makanan pejal saja untuk di makan dan banyakkan minum air suam. Tapi, rasanya macam makin teruk.

Sehinggalah aku terjumpa stok pil Chi Kit Tek Aun aku yang ada, aku usahakan makan. Tak berkesan. Kesan sampingan sakit tu berterusan sampai ke tengah malam yang membuatkan aku langsung tak boleh tidur. Di tengah malam tu plak, member serumah aku Boy maseh lagi bangkit study. Dia lapar. So, aku pun masakkan stok Sosej Balutan roti Gardenier. Sambil aku juga makan sekali sebab nak buat hasil penghadaman ku pejal. Namun, pedih itu tetap berlarutan. Aku mengadu pada Boy. Nasib baik, Boy cakap, dia maseh ada lagi lebihan ubat sakit perutnya dulu yang ORS dan pil sesuai untuk kesakitan aku nih.

Dia memberikan aku dan aku rasa bersyukur dan bergantung kepada ubat itu sahaja. Tiba-tiba, pada pukul 3 pagi aku terbangun kesakitan. Pergi tandas. Pukol 4 pagi aku terbangun lagi. Sehinggalah azan subuh. Selang sejam saja, kesakitan tu kembali. Aku sudah mulai risau. Aku risau jika aku tidak meneruskan tugas pada pagi ni sebagai Penyambut Tetamu. Kredit kedua-dua handphone ku telah habis. Jadi, aku dapat idea. Celcom Broadband ku maseh boleh sms walaupun tak dapat call, jadi aku tukar simkad dan menghantar sms kepada bos tentang ketidakhadiranku meneruskan tugas hari ni.

Alhamdulillah, bos faham. Jika esok berlarutan jugak, aku mungkin akan mendapatkan surat cuti dari doktor esok Tapi, mintak2 aku dah sembuh esok. Tak sanggup. Perit dan sakitnya menyebabkan badanku begitu lemah dan begitu banyak kehabisan air. Kepala telah start pening dan rasa mual nak muntah saja.

Al-kisahnya aku nak cerita, lepas settle jer aku punyer deal ngan bos, kira-kira entah pukol berapa eh, si Kuno ni kol aku time-time kepala aku tengah sakit lagi nih:

Si Kuno: Eh dee! Ko duty kan hari ni?! Ko kat maner?

Aku: Aku tak dapat turun arinih, aku sakit.

Si Kuno: Ko tak turun? Selamatlah engkau! eh... (kan aku dah cakap kat si Kuno nih yang aku sakit dan tak dapat turun, cara cakap tu macam aku ni nak mengelak pulak dari kerja!)

Aku: Aku dah bagitau bos dah...

Si Kuno: Apahal ko tak datang hari nih? Ko ada hal nak jumpa siapa? (sah-sah memang bebal bin pekak! kan aku dah cakap. Terpaksa aku ulang lagi)

Aku: Aku tak henti-henti &^%$-*&^%$ lah.

Si Kuno: Oh.. ok lah. (entah dia dengar clear ke tak cakap aku. Aku bengong ngan dia ni tau)

Tahu tak, kenapa aku benar-benar bengong ngan dia ni? Pernah tu atas arahan Boss, suruh stayback kat opis supaya jaga tempat perpindahan barang. Dia bleh cakap tak boleh. Padahal, rumahnya dengan tempat kerja tu boleh jalan kaki jer. Aku geram sangat-sangat. Dia dah la terima anugerah cemerlang hari tu. Ei, aku tak rasa lah engkau layak dapat anugerah tu kalau macam ni! (bukanlah maksud aku, aku yang sepatutnya dapat anugerah tu, aku tak mengejar tu semua sebab aku sedar setakat kemampuan kerja aku).

Tapi, tu lah, dah senang, dah untung, ko lupa. Ko ingat aku escape ker hari nih. Aku ada saksi hari jumaat kesungguhan aku nak kerja hari nih. (bukan mau menunjuk) Hari jumaat tu, si John kawan sekerja aku bayar hutang kat aku tau. Sepatutnya dia nak bayar hutang Rm200 kat aku bulan 11 tunggu giliran duit kutu tempat kerja. Tapi, dia memang jenis memahami aku sekiranya aku dalam situasi sengkek perlu duit, dia percepatkan cara bayar dengan cara apa sekalipun. Sedangkan aku memang tahu pun kalau dia nak bayar awal memang boleh. Jadi, jumaat tu, si John bayar lah duit aku sebab hari tu dia beli hanpon yang aku menang kat Lelong.com.my tu dengan harga yang murah. Nokia 5030 XpressRadio tuu...

Lepas jer John bayar kat aku pagi Jumaat tu, petang tu jugak aku ngan dia pergi bersusah payah pusing sana pusing sini kat area Masjid India tu carik kedai Batik untuk function aku jadi Penyambut tetamu hari ni. Tau tak berapa harga baju tu lepas kitorang dah dapat? Rm195. Aku bayar dengan duit yang John hutang tu balik kat aku Rm5 jer kan?... Eiiii!!! Bukan aku nak memintak simpati lah walaupun baju tu harganya begitu mahal! Aku benar-benar nak turun kerja hari ni dengan baju tu sebab baju batik lama aku dah rosak tapi demi tugas, aku kena juga behave yourself lah, beli baju baru nak sambut menteri. Please lah. Ubah sikap mu sepantas mungkin. Aku mintak pada Allah, moga kau insaf ya. Dan aku juga sedar kiranya aku ini tidak sesempurna kalian di luar sana.

Apapun, setakat ini saja buat masa ni. Ceria-ceria selalu, kalau ada perkara atau masalah, di minta berkongsi, jangan simpan lama-lama dalam hati. Nanti parah pada diri sendiri. Biar terlajak perahu boleh undur, jangan terlepas cakap, nak tarik balik tu susah tau!

Ingat aku main-main ka kerja? Pantang aku main-main bila melibatkan kerja yang sebegini amat memerlukan khidmat kita bila sudah orang lain di minta tak nak hanya tinggal kita saja.

Oklah, Chow Bloggers~
:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers