I Like it!!!

Wednesday, October 20, 2010

Kasihanilah penumpang bas. Jangan selfish driver!

Hiah! menyempatkan diri aku lagi hari ni nak blogging~ Erm, hari-hari ada saja lah benda yang ku mahu cerita yang bukan kisah tipu, tapi kisah benarku. Just mo crita pasal today~ Macam ni, aku tadi pulang kerja macam biasa. Dapat bas, dan duduk serta mengantuk la macam biasa sampai peduli apa ku orang pandang ku tertidur ka sudaaa time duduk tuuuu~

Jadi, tadi, bukan mo crita hal tidur ni lah. Aku perasan lah jugak si Bas Rapid yang ku naiki hari ni macam express bot ba bergerak laju di jalan plak. So, rasa macam duduk dalam Metro ada jugak. Sehinggalah terjadinya tragedi kecik tadi yang membengangkan banyak pihak di dalam bas. Penumpang pun bengang, pemandu bengong!

Kalau ku buat aduan Biro Pengaduan Awam ni mungkin dapat. Kisahnya begini! Macam biasa kalau sesiapa yang dah biasa dengan suasana Rapid KL yang 3 tempat duduk. Biasa 2 tempat duduk menghadap pemandu dan ada yang membelakangkan pemandu. Tapi, hari ni aku nak cerita pasal 3 tempat duduk yang menghadap pintu keluar tengah bas Rapid. Pada mulanya, 3 kerusi ni kosong saja mula2 ku masuk bas dan bayar tambang. Aku pun duduklah yang dekat first kerusi yang kirinya berpenghadang. Lepas tu, perjalanan demi perjalanan bas mengambil penumpang, sebelah kanan ku pula, duduk seorang kakak gempal berisi sikit lah jugak. Lepas tu, bas tu bergerak lagi dan sebelah kakak gempal tu kan kosong di sebelah kanan?, masuklah seorang penumpang kurus kecik yang aku bleh panggil kakak jugak lah. Then, bas pun meneruskan perjalanan...

Diteruskan cerita lagi,

Dalam kesesakan jalan raya sebentar petang tadi tu, aku memang pantang! Aku kompom akan automatik mengantuk dan tertidur lagi. Bila depan bas tu dah jauh jarak kereta beransur kurang kesesakan lalu lintas, baru dia pandu laju sikit. Asal bas bergerak jer, baru kurang sikit ngantuk...

Entah macamana lah arini, dalam sedar tak sedar aku kat gelagat bas tu hari ni yang asyik masuk 3 kali jer nak accident terlanggar bontot bas metro kat depan, tiba-tiba lah brek kali ketiga tuuuu kuat! Aku merasakan badanku melayang [macam lagu kumpulan Ungu-Melayang] ringan saja rasa badan. Rupa-rupanya betul-betul ba badanku terangkat lalu teralih ke kerusi kakak gempal sikit tu!

Aku, dan kakak Gempal tu tak ape-ape lah. Aku ngan kakak tu beransur dari kerusi tu automatik akibat kelajuan bas tu hampir nak terlanggar bontot Bas Metro depan dan brek mengejut nya. Tapi, kecian kat kakak kecik sebelah kakak Gempal sebelah aku ni. Kakak kurus kecik tu jatuh terduduk di lantai. Kedengaran kuat jugak hentakan tulang bontot kakak tu ke lantai bas. Dahla badannya kecik, tertolak pulak oleh kakak gempal sebelah aku tu. Apalah daya kakak kurus tu kan. Aku sebenarnya terkejut dengan situasi lalu nak bangkit bangun menolong mengangkat kakak yang jatuh tu. Tapi, badan aku pun tak dapat berganjak betol lagi untuk berdiri. Tak stabil sebab Bas Rapid tu blum stabil sangat menekan brek mengejut menyebabkan aku payah untuk angkat dari kerusi.

Aku terkejut gak dalam hati. Walaupun dalam fikiran memikirkan tentang kemalangan ke aku dalam bas ni? Alhamdulillah takde ape-ape. Senyap sebentar tu, tiba-tiba akak gempal tepi aku tu meradang kat driver.

Kakak Gempal : Apelah! Bodo betol! Cuba lah jangan berlumba ngan bas metro tu! Pehal! Laki aku pun pemandu Rapid KL gak! tak yah la macamni sekali! Apehal nak sangat berlumba berebut ngan Metro depan tu ambik penumpang!

Aku : (dalam hati, nasib baik kakak ni tak marah aku kerana aku tertolak dia duduk kat tempat kakak kurus tanpa sengaja)

Kakak Gempal : Huh!!! Aku buat report lepas ni. Tunggu lah engko! Aku report kat HR engkau. Bodo. Jangan la pentingkan diri sendiri! (sambil kakak tu ambil berat gak kat kakak kurus yang jatuh tu) Adik tak ape-pe? Sakit tak?

Kakak Kurus : Takde pape.. Sakit sikit jer kak... (tapi muka kakak tu dah cuak dah, kecian aku tengok)

Kakak Gempal : (Sambil kakak tu pandang aku berkata-kata) Kan!? Tak patut pemandu macam tu! Kan?

Aku : (Mengangguk ya tanda betul tu kak!) Ya!

Kakak Gempal : Agak-agaklah! orang dalam bas ni! Tunggu kau nanti! aku buat aduan! Laki aku pun keja Rapid KL jugak. Aku report kat bos kau!

Pemandu : Orang pegang la kuat-kuat! Baru tak jatuh! (bengang tak,lepas sendiri buat salah, nak menyalahkan penompang plak kan? Padahal, bas tu bukan engko yang punyer!)

Aku hanya bersetuju jer dalam hati atas kemarahan kakak tu. Aku plak tak nak cakap lebih-lebih sebab aku dudok dalam bas tu. Aku menyumpah kang, esok-esok, kena dendam plak oleh si pemandu tak berhemah nih~ Baik cukup kakak tu jer carik pasal. Laki dia kan keje Rapid. So, kak, respek sama u kak! Lain kali kita beli keta Big Foot langgaq bas abang tu kalau abang tu cakap bas tu dia yang punyer eh!?

Moral of the story :

*Agak-agak la wei pemandu bas! Bas awam untuk orang awam walaupun engkau pemandu, ko jangan sesekali wei pandu macam bas tu engkau yang beli! Duit orang awam gak tambang-tambang kitorang tu.

*Kalau ape-ape berlaku kat orang awam bukan engko nak menanggung sangat pon! kalau takat bas ko pandu tetiba rosak tepi jalan lalu ko gantikan untuk kitorang bas yang satu lagi untuk di naiki pun memang patut pun! Sebab, memang dah tugas dan tanggungjawab kau!

*Aku tak marah. Untuk kepentingan bersama jugak. Masa ni ko layan kitorang macam tu. Masa kemudian ko tak tau ada di antara ahli keluarga ko plak yang kena ker bila Allah nak tunjok. Maner lah tau!

Tadi pun, sebenarnya, masa tempat perhentian aku dan kakak tu pun, pemandu tu macam memandang bengis kat kakak gempal. Siap jer lepas kitorang turun dari bas tu tiba-tiba plak dia cepat-cepat tutup pintu dan berganjak laju bergerak nak meninggalkan kami lah konon. Tiba-tiba kena jerit lagi oleh seorang kakak tua yang sedang memegang tangan anaknya hendak turun dari bas tapi pintu bas ditutup dan terus nak bergerak. Betapa nampak sangat kan Pemandu tu macam bengong! Urggghhh, pandu bas macam lah bas tu dia yang punyer!

Apa-apapun, itu jer lah laporan aku hari ni. Yang penting aku selamat sampai ke rumah hari ni. Alhamdulillah.
XOXO semua bloggers dan readers~
:)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers