I Like it!!!

Saturday, October 16, 2010

Baru sampai sebentar tadi~

Hehe... ini kiraan yang ke 10 lelong.com yang telah ku perolehi. Hehe. Tadi, sementara ku tengah menunggu kedatangan Tuan rumah sewa nak ambil stok water filter yang aku jual, tiba-tiba ketukan yang kuat kedengaran di luar pintu rumah kami. Aku tak menjangka pun. Aku belum jugak call McDelivery suruh hantar makanan. Boleh plak sampai.

Rupa2nya, Delivery Skynet yang datang. Inilah antara barang yang ku terima dari Lelong.com tu. Yang lain2 semua setakat ni Alhamdulillah selamat sampai juga. Semuanya yang ku menang bida ada, yang ku telah jual semula kat kawan2ku yang sangat berkenan, ada yangku simpan buat koleksi peribadi dan kegunaan sendiri.

Boleh kalau nak buat bisnes untuk main2 macam ni. Hehe. Tapi sekadar mengisi masa lapang. Jangan sampai membazir sudah. Ingat! Jangan membazir! Simpan duit untuk keperluan sendiri juga masa susah. Tambahan lagi macam aku ni perantau, bekerja di tempat orang. Berdikari lah sikit-sikit. Walaupun bekerja di tempat orang, bukan lah bermakna kita ni tak ada tanggungan. Ibu bapa dan kakak ku perlu juga ku tanggung :)

Alang-alang aku sudah membuat blog ni jarang-jarang juga aku nak menaip sebab kesibukan dan mengikut mood rajin, aku nak cerita lah sekali perkembangan terpendek dan latest pasal aku baru-baru ni. Aku cerita yang baru berlaku 2 hari lepas ya.

Bad for me and good for me too. Aku kena ragut, rompak atau ugut. Lebih kurang lah kalau di gabungkan ayat menjadi = "Pow". Haha... [bukanlah sesuatu yang menggembirakan] Alhamdulillah. Aku berjaya mengatasi walaupun dalam keadaan stress juga sebelum tu sebab tengah sms sambil berjalan memberikan kata putus untuk pergi kursus yang ditawarkan ke tak.

Ceritanya begini, sepulangnya aku dari bekerja 5:30pm, seperti biasa aku akan berjalan kaki keluar dari opis dan menuju ke stesen bas. Sepanjang perjalanan ke stesen bas itu, memang sunyi. Bagaimanalah aku nak mengelak kalau memang itu saja antara laluanku ke stesen bas. Ada laluan lain lagi yang jauh menggunakan jejantas. Tapi, jenayah berlaku di mana-mana tak kira di tempat sunyi mahupun ramai.

Keluar saja aku dari pagar besar tu, memanglah aku ternampak kelibat seorang lelaki botak berambut pendek tu berbaju putih sluar jean dan berselipar jepun tu di depan aku berjalan juga. Aku taklah mengendahkan dia yang terus berjalan di depanku. Ketika itu, aku sedang me-Reply sms sambil berjalan.

Tiba-tiba, lelaki di depan aku itu berhenti di tengah2 dan menoleh ke arahku lalu memberikan salam.

Lelaki: Assalammualaikum Bang. Bang... maaf bang time-time macam ni bang, saya mintak maap bang, dah ramai saya mintak tolong dan ramai yang tak percayakan saya bang walaupun saya dengan berpakaian biasa macam ni seluar jean koyak sikit kat lutut kiri ni dan berselipar macam ni bang, saya mintak bantuan ikhlas bang dari abang. Abang boleh tolong bagi duit tak kat saya bang berapa saja yang abang ikhlas mampu nak bagi. Semalam saya dan anak bini saya kena "pow" di Petaling Street bang. Sekarang saya takde duit bang. Saya nak balik rumah pun takda duit ni bang. Abang tolonglah bang kita melayu sama melayu bagi bantuan ikhlas bang dengan saya [dengan muka kesian dan mata berkilat-kilatnya tu?]

Aku: (dalam kepalaku memang automatic sudah ku tahu apa mo jawab sebab banyak jugak budak-budak yang terkena kat kawasan nih situasi macam ni tapi berlainan orang jugak, mentang-mentang banyak user dan orang keluar dari sini kan) Maaf Bang~ abang tengok ni [sambil aku menunjukkan bontotku yang mantap dan seksi] saya sendiri pun tak bawak wallet(dompet) bang. Yang ada pun sekarang dalam poket saya tambang bas saya balik bang~

Terus saja lelaki itu tiba-tiba meneruskan jalannya tanpa sepatah kata ucapan "terima kasih kalau takda takpa" ka jugak kan. Ini senyap saja. Nampak sangat menipu. Tapi, nasib baik juga hanpon aku dia tak mintak or kebas. Ini semua atas bantuan Allah jugak semua ni. Aku bersyukur sangat2. Kamu dapat bayangkan ka apa rasanya selepas kejadian itu berlaku di depan mata kamu dan bagaimana kamu teruskan hidup lepas tu? [itu aku sendiri lah mendefinisikan sendiri]

Itu antara pengalaman terbaru aku ya. Sebenarnya, sekali dulu aku sudah terkena. Area yang tidak jauh dari situ juga tapi di bahagian jejantas. Aku turun dari jejantas terus kena oleh seorang tua meminta bantuan cara yang sama juga. Masa tu kira aku baru 2nd day sampai di KL nih untuk melaporkan diri di tempat kerja. Yang first kes tu memang aku ada bagi tapi tak ingatlah berapa telahku berikan sebab telah setahun lampau berlaku.

Pengajaran dari cerita ini, tentu saja kamu punya banyak pengajaran untuk di sampaikan padaku kan. Dan tentu ada juga persoalan yang ingin bertanya lagi. Tapi, namanya sudah cerita pendek. Tapi ingat, kisah benar aku.

Sekarang, kisah seterusnya ingin ku kongsi bersama. Ini tentang seorang sahabat dan juga merupakan seorang kakak bagiku. Nak cerita tentang, pasal, mengenai, berkenaan, Kak Banana (bukan nama sebenar).

Masa ku mula-mula datang ke tempat kerja ku suatu masa dahulu, tentu saja aku tak tahan dalam pencarian sahabat, teman berbual, teman berkongsi dan teman melakukan segala-galanya. Bukanlah bermakna kalau aku tidak dapat teman hidupku langsung boring. Tapi, at least, kita haruslah bertegur sapa dengan orang yang akan kita temui selalu. Janganlah bermasam muka dengan teman-teman. Kita tidak tahu jika suatu hari nanti orang-orang yang kamu masamkan muka tu lah yang akan membantu kamu di kala memerlukan. Tapi, pandai-pandai lah memilih.

Jadi, sepanjangku mengenali Kak Banana, kami serasi seperti adik-beradik. Usianya matang dariku. Terbaru tentangnya. Tentang kanser nya.

Telah begitu lama dia menghidap kanser dan menjalani kimoterapinya mengikut jadual. Rasanya sudah berapa tahun dia menghidap. Cuma aku nak cerita pendek, terbaru doktor memberikan berita yang kurang menyenangkan aku, dan rakan-rakan sekerja, keluarganya dan apatah lagi dia sendiri yang merasakan lagi kepedihan dan kesakitan yang dilaluinya sendiri seorang diri dengan telah entah berapa ribu dan ratus kali telah dicucuk jarum dan di tebuk di bahagian pinggang serta prosedur-prosedurnya lagi di bahagian lain.

[kamu tahukah yang sekali kimo saja sudah boleh merosakkan usus dalaman seperti paru-paru, hati, buah pinggang dan yang lain-lain lagi yang aku tak jelas, tapi yang ku sebut itu saja sudah cukup sekian perit]

Di teruskan cerita, berita yang doktor sampaikan itu adalah...

Kanser yang terdapat dalam darah Kak Banana tu telah merebak banyak dan bukannya sedikit seperti yang telah di ketahui Kak Banana dari nurse sebelum itu. Mungkin kerana nurse itu hanya di berikan arahan seperti itu atau dia tidak tahu. Tapi, jelas jawapan dari doktor seperti yang Kak Banana telah ceritakan semula pada kami dengan penuh kesedihan, Kanser darahnya itu telah merebak dengan banyak di keseluruhan dalam badannya.

Sebenarnya, setelah sekian lama Kak Banana menderita, Kak Banana telah mendapat ikhtiar daripada doktor yang mengatakan, salah satu dari cara untuk menghapuskan kanser itu adalah dengan pembedahan tulang sum sum itu. Pertukaran darah antara adik-beradiknya. [bukankah itu berita gembira?]

Tapi, itulah, akhirnya doktor menyatakan padanya yang terbaru ini, sebenarnya, pembedahan itu kalau berjaya sekalipun, sebenarnya risikonya tinggi, dan sebenarnya kanser itu tidak akan hilang. Kamu faham kah? [bagaimana rasanya di kecewakan? kamu tahukah bagaimana rasanya kesakitan yang telah di alaminya?]

Ringkasan, aku tak sanggup meneruskan cerita ini. Setakat ini, kami hanya mampu memberikan kata-kata semangat walaupun Kak Banana telah boring mendengar dan naik jemu dengan semua itu. Aku juga takkan pernah menyalahkan tentang apa sepatutnya yang dia rasa itu.

Sepertimana kita semua ini, setiap orang pasti akan merasa masalah, dan masalah itu tentu saja tak semestinya sama. Kalau ada pun masalah yang sama, rujuklah bagaimana cara menghadapinya seperti yang telah berjaya di hadapi sebelum ini. Setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Allah berikan kita sakit dan ujian kerana dia sayangkan hamba-Nya. Sudah. Aku tak nak cakap banyak. Aku memahami namun tak mampu mengekspressikan/menggambarkan~.

Setakat ini ya blog ku sementara waktu. Lain kali ku kongsi lagi ya. Tak perlu cerita semua. Janji ada mengikuti blog :)

La Tahzan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.


Followers